Assalamualaikum. Hai!
Buat kali ketiga sepanjang hidup aku ni, sekali lagi Langkawi menjadi destinasi percutian aku. Kalau tahun lepas aku pergi dengan famili kakak tercinta, kali ni pergi dengan besfren tersayang pulak. Sementara masih bujang trang tang lagi ni, boleh la nak berhuya-huya dengan kengkawan. Dah kawen nanti nak bercuti haruslah dengan suami tercinta. Aku nak berkepit doplohpat jam dengan suami je. Dah kawen boleh berkepit macam belangkas uolss. Haha. Poyo betol!
Sebenarnya dah lama plan nak bercuti ni. Besfren yang aturkan. Semua dia yang booking. Dari hotel sampai la ke kereta sewa. Aku tinggal nak keluarkan ongkos untuk bayar mana-mana yang perlu. Kami share perbelanjaan la. Err..tak kira pulak berapa perbelanjaan seorang. Main keluar je duit. Ish3. Apa la aku ni. Sebenarnya taknak sedih tengok jumlah duit yang keluar. Tu yang tak kira. Itu alasan yang sebenarnya. Keh3. Ada la dalam tigaratus lebih kot aku habes. Agak-agak je.
Kami di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Pergi hari Jumaat [15/3/2013], balik hari Ahad [17/3/2013]. Hari pertama dengan kedua je la yang berjalan sakan. Hari ketiga kan dah nak balik. Memang tak sempat nak pergi mana-mana dah. Balik pagi. Kejar masa sebab mak besfren nak pergi kenduri kat Penang. Oh ya! Lupa nak bagitau. Kami pergi berempat. Aku, besfren, mak besfren dan kawan tempat kerja besfren a.k.a kawan baru aku. Jom layan gambar-gambar sepanjang aku kat sana.
Masa pergi dan balik. |
Tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam. |
*************************************
Oh ya! Kali ni banyak pergi tempat yang aku tak berpeluang terjah masa datang dengan kakak tahun lepas. Selain nak bercuti dengan besfren, tujuan paling utama aku nak pergi Langkawi kali ni adalah untuk memborong ceklat. Hari kedua tu lepas dah pergi melawat sana sini dan balik berehat kat hotel, petang tu kami pi Pekan Kuah. Borong ceklat kat kedai Pak Mail. Hehe.
Aku borong ceklat dengan sangat pelahap sampai habes duit berkoyan-koyan. Sob sob sob. Saja beli siap-siap. Kat Langkawi kan ceklat murah. Kalau beli kat Penang mahu bankrup aku. Jadi dah alang-alang pergi Langkawi borong je la. Takpe la. Demi untuk kanak-kanak yang datang meraikan aku nanti. Akak hadiahkan korang ceklat ye. Bagi tambah gumok dan rosak gigi. Naseb korang la. Haha.
Itu je la cerita percutian aku kali ni. Minggu ni nak pergi Terengganu pulak. Aiyoo. Memang banyak pakai duit sungguh bulan ni. Huk3. Berkorban sikit untuk masa depan. Eceh!
Bisik-bisik :: Langkawi is soooooooooo HOT! I is rentung! Dah la kulit memang hitam mutu keunggulan. Huhu. Naseb la.
rumah tu mcm rumah melaka jea
BalasPadamtangga batu
cantik la
asal dorang campak duit syiling kat situ
mcm campak duit dlm kolam erk
pasang niat la tu
bestnya riesha !!!! rasa nak jerit sebab teringin nak pergi. seriously. ni mesti borong banyak chocolate ni. heheh. riesha, nak tanya pandai tak buat design flash ??
BalasPadam@Amyma Omar :: insyaAllah..memang satu hari nak pi jelajah Sabah pulak..dulu masa belajar kat sana tak pi mana-mana pun..tak berkesempatan..takde ongkos..tumpu kat belajar je..huhu..
BalasPadammekaseh sudi folo..insyaAllah..ade rezeki saya folo kamu ye..^_^
@zarena heeney :: a'a la kak..sha pun baru perasan rumah tu macam rumah kat Melaka..hehe..tapi rumah tu memang cantik kak..yang pasal duit tu saya pun tak pasti..mungkin betul cakap akak..dorang pasang niat la tu kut..tapi syirik kan bagi kite orang Islam wat gitu..huhu...
BalasPadam@Namee Roslan :: besttttttttttt sangat namee..hehe..nanti namee ajak la husband pergi..hanimun..:P
BalasPadamdesign flash? boleh..untuk ape tu?