Buat Sendirilah!

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya niat di hati pepagi buta ni kononnya nak buat kerja design sementara menunggu encik CH balik kerja. Maklum la, selalunya pepagi buta ni ilham nak mendesign boleh datang secara tiba-tiba. Mungkin sebab suasana yang aman damai kot. Tapi, bile duduk saje-saje tadi tetibe terpikirkan pasal majlis pakkebumkebum sendiri tak lama lagi. Sebabnya teringat bebelan kakak encik CH kat belog die tempoh hari. Haha. Padan muke aku dengan encik CH kena bebel. Tapi tak dengo la. :P


Memandangkan aku ni pengantin bajet sebab almaklum la bajet kecit je, maka ada jugak terlintas di hati nak DIY macam-macam untuk majlis sendiri. Dalam kepala otak ni memang ada perancangan nak DIY guest book, bunga telur, hiasan centerpiece, hiasan untuk photobooth dan macam-macam lagi. Cumanya masih belum lagi memulakan langkah. Berangan nak DIY itu la ini la tapi lembabs. Apa pun tak mula lagi. Ish3. Apa la nak jadi tak tau. Dah bulan 2 cik sha oii. (-_-")


Tapi itulahnya. Punya banyak sangat pikir sampai tak tahu nak mula yang mana satu dulu. Huhu. Rasanya kena buat list yang proper sikit baru boleh buat mengikut perancangan dan masa pun boleh bajet dengan sempurna mana yang patut dibuat dulu. Kan? Sekarang ni aku tengah meroyan google sana sini belog orang. Saja seronok nak tengok orang yang DIY untuk majlis dorang. Boleh la cilok-cilok sikit idea dorang. Huehuehue. Eksaited pulak bile tengok orang boleh DIY. Terus tetiba rasa semangat tak semena-mena. Hehe.






Kenapa nak DIY? Biasa la pengantin bajet kecit. Aku bukan orang kaya semua nak beli yang dah siap dan nak bertempah kat orang lain. Tak mampu la wei. Uhuhu. Baik buat sendiri je. Kata tangan kreatif. Eecewah! Lagipun kan aku rasa kalau DIY ni lagi puas hati kot. Tambah-tambah manusia yang ada tahap kecerewetan yang amat menggunung tinggi macam aku ni. Memang sesuai la buat DIY ni. Ye. Aku memang seorang yang sangat cerewet. Susah nak puaskan hati aku ni. Hehe. Masa proses cari barang-barang kawen yang lain pun bermacam kedai masuk tapi takde yang aku berkenan sampai kakak dengan mak aku berleter kat aku. Nasib la~~~


Nanti la aku nak buat list. Start bulan 3 ni boleh la mulakan sikit-sikit. Sekarang ni tengah busy dengan kerja kat opis sebab ade event beso nak berlangsung awal bulan 3 nanti. Jadi macam malas nak fikir banyak-banyak sangat. Tepu pale otak cheq! Setel satu-satu dulu. Kursus kawen pun belum pergi lagi ni. Rancangnye hujung bulan 1 hari tu. Tapi terpaksa tunda pulak sebab encik CH tu susah benau nak cuti. Haishh. Rasa macam nak cepuk-cepuk mamat tu. Aku pulak bebel kat dia macam la dia baca blog aku. (-_-")



Bisik-bisik :: Nak gunakan tangan sakti aku yang kreatip yang amat ni DIY untuk majlis kepakkebum sendiri pulak. Asyik design belog je. Hehe.

16 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. saya dulu lagi blur.. dlm masa singkat x tau nak buat apa di tambah dgn xde mood nak buat apa. Just mak je yg tlg listkan barang2 yg nak di beli.. kita tukang beli je apa mak nak. tu pun spt cik sha sedia maklum.. yg basic sgt2 la..

    BalasPadam
  2. wah dah nak kawen,kreatif gitu nak buat sendiri.tula sekarang ramai yang DIY.cantik pun cantik.dapat jimat plak tu kan..tak payah membazir pada benda camtu kan..;)

    semoga dipermudahkan segalanya ;)

    BalasPadam
  3. hehe. sebenarnya buat sendiri lagi puas hati cuma kena mula awal. sebab DIY ni makan masa juga. dulu namee fikir nak DIY juga tapi masa takde. sobs. terpaksa semua beli dan upah orang je. sha nnti kahwin , dah fikir ke nak baju pelamin semua macam mana ? dah boleh angan2 ni ! :)

    BalasPadam
  4. akaknye tuk barang masak, bunga telur, goodies xsiap hapa pun...nasib baik akak ade abg yg talented psl bende2 nie..so kurang sikit beban..

    BalasPadam
  5. majlis perkahwinan hal yang memang rumit, memerlukan komitmen juga ni.. pas urus satu hal datang lain hal lagi.. kekadang haru juga.. tapi insyaallah persiapan awal boleh membantu.. selebihnya moga Allah permudahkan.. moga dipermudahkan :)

    BalasPadam
  6. @THE LEKAT LEKIT STORY :: saya faham perasaan mummy masa tu..baru kehilangan ayah..pastu nak kenduri pulak..mesti blur je kan mummy masa tu..mujur mak mummy memahami dan tolong..alhamdulillah..dah nak masuk 3 tahun dah kan mummy?

    BalasPadam
  7. @shazrina :: hehehe..aku ni terlebih rajin..pastu minat jugak buat menda alah kreatip2 ni..cumanye selow..tu le pasai nye..hak3..

    BalasPadam
  8. @laskar pelangi :: insyaAllah..terima kasih mendoakan yg baik2..

    tu la..memang niat nak DIY..jimattttt..hehe..

    BalasPadam
  9. @Namee Roslan :: ha'ah namee..betul tu..mmg kena mula dari awal..skang nak mula buat sikit2..hehe..

    semua dah fikir dah..baju tak pi tempah je lagi..pelamin pulak nak buat sendiri..tak amik kat butik..hehe..

    BalasPadam
  10. @safrizal salleh :: errr..design ape yg nice tu? btw, thanx..kui3..:P *blur*

    BalasPadam
  11. @Zura Zue :: wahhh..best la kak..ade abg yg kreatif..hehe..

    BalasPadam
  12. @Nur Hani :: kan? tu kena jot down yg mana dah setel yang mana belum..

    insyaAllah..semoga Allah permudahkan..terima kaseh atas doa itu..^_^

    BalasPadam
  13. betul tu..kalau boleh DIY sendiri lagi jimat duit dan puas hati :)

    BalasPadam
  14. nini pun macam nak DIY je...bajet kecik tu satu hal, satu lagi rasa puas hati kot sebab boleh buat sendiri...hehe

    BalasPadam
  15. @Liza Razak :: kan? hehehe..sebab tu yg nak DIY tu..tambah org cerewet mcm saya ni ha..ki3..

    BalasPadam
  16. @nini :: betul tu nini..kalau buat sendiri memang kompom kite puas hati..kang kalau org buat kite tak kenan bile bg pendapat dan komplen sikit suh betulkan kang org yg buat sentap pulak..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan