Assalamualaikum. Hai!
Sebenarnya cerita ni jadi hari Jumaat minggu lepas. Masa aku tengah cuti lagi. Tetiba teringat. Petang tu lepas kazen lelaki aku balik solat Jumaat, pinjam jap kereta kancil dia nak keluar dengan mak tercinta dan anak sedara tersayang. Mak ajak pergi C4 (carrefour) sebab dia nak pergi farmasi kat situ. Dah alang-alang pi masuk kat C4 tu aku pun nyinggah-nyinggah la kat bahagian wanita. Ada la 'sesuatu' yang nak dibeli.
Dok belek-belek satu-satu jenama sekali sampai kat satu jenama ni. Memang tahu jenama tu agak mahal. Tapi bile dah belek die lipat 3 helai sekali dengan harga yang terpampang kat atas tu macam murah je, aku pun hambik la. Gila dengan harga tu dapat 3 helai. Mesti la nak. Memang konfiden 3 helai harga yang tu sebab masa belek-belek yang lain, akak tu cakap yang lain tu harga lagi mahal dan untuk sehelai. Aku pun tak belek la yang lagi 2 helai kat dalam tu.
Sekali masa bayar kat kaunter, cashier tu asingkan dan scan harga sehelai demi sehelai. What? Dah terkejut dah masa tu. Dalam hati dah rasa macam nak marah sebab rasa tertipu. Tapi 'hold' dulu. Takpe. Kita bayar. Bukan takde duit pun. Lepas dah selesai bayar, aku masuk balik pergi kat bahagian tu. Cari-cari jugak akak promoter tu. Tapi die dah takde kat situ. Tanya kat promoter yang sebelah punya jenama katanya pergi rehat. Takkan la aku nak tunggu dia habes rehat kan? Jadi aku pun 'sembur' promoter yang ada kat situ la. Haha. Sakit hati woi! Rasa macam kena tipu.
Cenggini kot expression muka aku masa tu. Gamaknye la. Haha. |
Ini perbualan aku dengan promoter yang tak bersalah itu.
Aku : Nak tanya. Yang ni kira macam mana? Sehelai dengan harga ni ke atau 3 helai dengan harga ni?
Promoter : Ohh..yang ni kira sehelai harga macam ni.
Aku : Habes tu kenapa lipat sekali 3 helai macam ni? Mana boleh macam ni. Ini dikira menipu pelanggan. Pelanggan akan assume 3 helai dengan harga yang macam ni. *angkat mende tu tunjuk-tunjuk harga paling atas*
Promoter : Dia memang lipat macam tu. Kalau lipat sehelai-sehelai, nanti penat nak susun. Customer suka bagi sepah.
Aku : Tak boleh la macam ni. Kalau nak lipat 3 sekali kena la letak harga untuk 3 helai kat bahagian atas. Pelanggan akan tengok harga yang nampak paling atas sebab dah lipat 3 helai sekali. Kalau buat macam ni menipu pelanggan la.
Promoter : Err..kalau cik taknak boleh tukar kat kaunter ambik balik duit.
Aku : Bukan masalah yang itu. Bukan saya takda duit nak bayar. Tapi tak boleh buat macam ni. Tipu pelanggan namanya. Hmmm. Takpe la ye. Terima kasih.
Dah puas sembur promoter yang tak bersalah tu aku pun blah. Sian pulak kat die. Tetiba kena sembur dengan aku. Padahal yang salahnya orang lain. Hehe. Maaf lah. Memang geram sangat. Ye. Aku asyik ulang perkataan 'tipu pelanggan' tu berkali-kali sebab memang rasa tertipu sangat. Mati-mati la ingatkan ada offer untuk 3 helai harga murah macam tu. Sebab ada simbol diskaun-diskaun tu. Haissshhh..sakit hati betul rasa masa tu. Memang salah aku jugak la sebab tak belek lagi 2 helai yang kat dalam lipatan tu. Sebab konfiden habes itu harga offer. Huhu.
Aku bukanlah berkira sangat pun. Macam aku cakap tadi. Bukan takde duit nak bayar. Cuma bila kita nampak macam ada offer, mesti la kita nak grab kan? Jadi satu je la aku nak komplen. Janganlah buat taktik cenggitu. Kalau dah lipat 3 helai sekali, sila pastikan harga yang tertera di bahagian atas adalah harga untuk 3 helai sekali. Pelanggan kalau dah nampak lipat 3 helai sekali, dorang akan ambil dan tengok harga paling atas. Takdenye nak rajin belek lagi yang kat bahagian dalam.
Tak baik tau tipu pelanggan! You know what? Customer is always right! But in some situation only. Contohnya macam kes aku kena ni la. Hahaha. Haiiiyaaa. Itulah cerita nye pun aduhai. (-_-")
Bisik-bisik :: Pandai-pandai la korang pikir natang ape yang aku beli tu. Tak koser nak sebut. Haha.
dah pernh kena jgk ... hehe tpi kisian pekerja tak bersalah
BalasPadamitulah. papan tanda dekat barang tuh kadang-kadang mengelirukan kita
BalasPadamcerita wan pulak, pasal tanda harga..baju ni, dia susun sangkut dekat rak baju bertanda RM39.90..
BalasPadamWan ambik la, sebab nampak macam murah, walaupun jenama mahal sekalipun..sape tak nak kan, barang berjenama dengan harga murah..
masa dia scan..pang RM89.90.
memang nak marah la..nasib baik ada duit.
pastu gi jumpa adik tu, dia cakap, dia tersalah letak..baju ni sepatutnya dekat rak harga RM89.90 tu..
silap wan jugak sebab tak double check kan..nak cepat masa tu..hehehe.
pernah tertipu jugak masa nak beli tuala.. bukan tuala wanita tp tuala mandi. dah la corak lawa.. tgk sepanduk tulis rm5 jer.. pegang kain lembut.. pastu dia longgok byk2.. dgn tuala yg mcm2..takde tag harga kt tuala.. dlm hati igt tuala corak leopard tu rm5 la.. walau bukan keperluan sgt tp dh murah beli & simpan la.. kot2 nk guna lain hari.. skali byr rm 30. geram jugak.. jenis tulis besar kat kertas.. pastu pacak kt situ.. dekat brg xde tag harga.. tetap rasa tertipu. apa slhnya letak tag hrga at least org takde la tersalah faham..
BalasPadampernah gak jd cmni
BalasPadam@Aku Penghibur :: hehe..takde la marah pun kan promoter yang tak bersalah tu..cakap baik2 je dengan die..cuma membebel je la..sian die kena dengar saya membebel..:P
BalasPadam@Beto Ferdaus :: kan? dorang suka letak tanda diskaun tu kat tempat yg tak sepatutnya bagi kita konpius..
BalasPadam@Syazwan Che Deraman :: tu la kan wan..kekadang nak salahkan dorang 100% pun tak boleh sebab kita pun salah tak double check..hehehe..
BalasPadam@THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la mummy..yg ni lagi satu situasi yg saya pernah kena jugak..longgok2 kata rm5..tapi sekali nak bayar bukan rm5..hangen je rasa..
BalasPadambetul kata mummy..sepatutnya letak tag harga kat benda tu..bukan semata-mata letak sepanduk besar2 konon harga barang kat situ semua murah sama harga..baru org tak keliru..
@Mimie :: geram je rasa kan? huhu..
BalasPadamkadang2 taktik macam tu. tapi ye gak sebab takmau lipat banyak kali.namee pernah gak kena mcm tu..tp namee terus jadi taknak beli. hehe
BalasPadam