Assalamualaikum. Hai!
Dulu masa aku kecik-kecik, errr..takde la kecik sangat, umur masa tu dalam lingkungan 13-15 tahun, aku ada impian nak jadi seorang penulis. Kengkonon je la. Masa tu kan, aku ada satu group yang suka berangan dan menulis satu buku cerita cinta yang kitorang sambung-sambung ceritanya mengikut idea yang muncul dalam kepala otak masing-masing ikut giliran. Kemaen kau! Kecik-kecik dah pandai tulis cerita cinta imaginasi. Kui3.
Cerita cinta yang kitorang tulis tu pulak berdasarkan watak yang masing-masing pegang mengikut group Spice Girls. Aku pegang watak Emma Button kot kalau tak salah. Kononnye comel plus lemah lembut gitu perangai aku ni ha. Wakaka. Masa zaman tu kan group Spice Girls memang tengah hot sangat. Watak boifren imaginasi pulak group apa ntah aku dah tak ingat. Tapi bila aku kenang-kenang balik kemerepekan perangai kitorang dulu tu rasa macam lawak pun ada. Haha. Bila aku dah pindah sekolah dan berpisah dengan dorang terus senyap cenggitu je la cerita cinta imaginasi kitorang tu.
Bila dah besar dalam tingkatan 4 ke atas, disebabkan impian nak jadi seorang penulis tu masih menebal dalam diri, aku berangan pulak nak jadi penulis novel. Sebabnya masa tu gila dok baca novel cintan-cintun. Konon nak tulis jugak novel cinta berdasarkan imaginasi aku dan yang jadi watak utamanya tentulah aku dengan nama yang sedikit glemer. Terpengaruh dengan novel yang dibaca punya pasal. Haha. Tapi memang takde la terhasillnya. Bila umur dah meningkat, imaginasi aku makin memudar. Tak reti dah berimaginasi.
Tambah pulak lepas kenal dengan encik CH, kegilaan aku terhadap novel terus mati. Sebabnya bila aku excited nak beli novel setiap kali masa keluar berdua, mesti kena larang dan dibangkang secara keras oleh beliau. Lama-kelamaan aku terus jadi tak minat dengan novel. Maka terkubur la hasrat nak jadi penulis novel cinta. Memang tak layak langsung pun. Kan aku cakap tadi aku dah tak pandai nak berimaginasi. Hehe.
Masa zaman belajar kat universiti pulak, aku ade berangan nak jadi penulis artikel dalam majalah. Eh? Kuat berangan jugak aku ni rupanya. Kui3. Tapi memang takde la jadinye. Aku pun tak tahu macam mana nak mintak jadi penulis artikel. Pastu apa kriteria yang perlu ada. Nak hantar artikel kat mana. Nak tulis artikel kategori apa. Jadinya terkubur je la angan-angan aku tu begitu saje. Lagipun kan, aku sedar diri. Mana la nak ada syarikat penerbitan majalah yang teringin nak hire aku ni ha. Takde talent kot. Tulis merepek-repek macam ni boleh la. (-_-")
Masuk zaman kerja, aku mula minat dengan buku motivasi. Buku motivasi yang paling aku suka baca ialah tulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Semua buku beliau aku ada beli dan buat koleksi. Sampai sekarang. Rak buku aku penuh dengan buku-buku beliau. Mak aku pun sampai pening dengan perangai aku. Kalau aku pergi kedai buku, balik mesti usung buku tulisan Dr. Tuah. Hehe. Sebenarnya aku berminat dengan cara penulisan beliau yang sangat santai dan terkesan di hati.
Disebabkan itu, aku pun mula berangan nak jadi penulis buku-buku motivasi pulak. Haha. Berangan tak habes-habes Cik Sha korang ni. Serius, sampai sekarang impian tu masih lagi membara-bara di jiwa. Tapi rasanya masih belum boleh dilunaskan kot. Sebabnya pengalaman hidup aku masih lagi seciput. Lagipun, aku masih belum menjadi seorang yang betul-betul berjaya. Penulis buku-buku motivasi ni kan selalunya mereka-mereka yang dah berjaya dalam hidup. Pada pandangan aku la. InsyaAllah kalau ada izin Allah mana tahu mungkin satu hari nanti hasrat aku yang satu ni tercapai, kan?
Jadinya sekarang ni, aku hanyalah seorang penulis blog saje la. Dah sesuai la tu. Tulis merepek-merepek je semedang. Berjela-jela pulak tu. Naik juling biijik mata korang yang membaca. Nasib la eh. Hehe. Dah memang minat aku menulis. Sebab tu la panjang-panjang je penulisan aku gamaknye. Ok la tu jadi penulis blog pun kan. Tak jadi penulis blog yang popular pun takpe. Aku pun takde kot impikan yang tu. Cukuplah sekadar penulis blog picisan. *Picisan tu natang ape eh? Hehe.* Asalkan apa yang aku tulis ada sikit input yang baik yang boleh dikongsikan dengan pembaca belog busuk aku ni walaupun yang banyaknye merepek meraban je.
Eh? Jap jap. Maknanya, impian aku nak "Menjadi Seorang Penulis" tetap tercapai jugak la kan walaupun hanya sebagai seorang penulis blog? Hoyeahhhhhh.. Jadi la tu. Tercapai jugak hasrat aku rupanya. Haha.
Bisik-bisik :: Suka tak baca belog aku ni? Mekaseh la ye sebab sudi jadi pembaca hasil nukilan aku mengarut kat belog ni. Hehe. Lebiu ol much! :P
saya nak kata suka baca novel tak sangat la.. blh la takat2 baca novel pinjam tp dr kecik memang minat menulis.. masa sekolah rendah sy dh pandai tulis diari tp luahan perasaan sy masa tu dlm bentuk pantun. jgn gelak.. memang betul. selalu sy akan tulis bila sedih jer. Dh besar sikit still tulis diari tp diari yg biasa la.. suka karang puisi & karang cerpen tp x kemana pun semua tu. Cerpen2 tu ntah mana hilang lepas berhijrah kesini & rumah dah renovate. Sejak disini memang takde mengarang apa2 smpai la mula karang blog.. impian nk jd penulis ada tp nampak gayanya usaha dah takde. hahahaha
BalasPadam@THE LEKAT LEKIT STORY :: part pantun memang saya tergelak beso la mummy..hehehe..sori sori..:P
BalasPadamsaya pun baru perasan bila mummy cakap tulis diari tu..saya pun suke jugak tulis diari masa dulu-dulu..berjela-jela pulak tu..tapi mula-mula je semangat..lama-lama dah malas sebab lenguh jari..hehe..
yang karang cerpen pun saya ade buat jugak..tapi sekerat jalan..tak reti nak imejin sangat..huhu..
jadinye skang ni kite jadi penulis belog je la mummy..hehe..
sekarang ni penulis blog, kalau ada masa cer wat sinopsis pastu antar ke publisher..
BalasPadamaku tak pernah teringin pon nak jadi penulis..berangan pon tak penah..alih2 jadi jugak aku penulis blog yang merapu..kehkehkeh..
BalasPadam@ParkAir :: masalahnye sinopsis apa la yg aku nak tulis nye wei? hahaha..
BalasPadam@Ym.Bundle :: merapu rapu pun aku suka je baca ko merapu..hahaha..
BalasPadamaku susah nak suka kat belog org tambah-tambah yang tulis panjang-panjang walaupun aku sendiri tulis panjang-panjang..tapi belog ko memang ade tarikan tersendiri walaupun panjang..hehe..
nini pun teringin nak jadi penulis novel...tapi sampai ke sudah novek tak tamat2...haha
BalasPadam@nini :: hahaha..kalau cenggitu tak boleh nak kata apa dah la..:P
BalasPadamSalam .. kalo nak jadi penulis novel umur bape ye ??
BalasPadam