Assalamualaikum. Hai!
Hujung minggu yang lalu, aku turun Kolumpo sebenarnya. Yang aku membebel dalam entri semalam pasal train delay sampai 3 jam masa aku nak balik Penang tu. Aku turun sana semata-mata nak attend wedding kawan baik masa study dulu yang sama-sama mengharungi kesusahan dan bersengkang mata nak menyiapkan projek tahun akhir memasing. Hehe. Memang wajib kena pergi. Sebab aku dah janji dengan die kalau die kahwin aku mesti datang walau apa pun rintangan. Ecewah!
Aku pergi kenduri tu dengan sorang lagi kawan baik, Cik Yan. Mujur die stay kat sana jugak. Ada la jugak member nak ajak pergi. Kalau tak, sensorang la aku bawak diri sebab encik CH tak boleh cuti masa hari kejadian tu. Maklum la tengah training. Mana beliau boleh nak cuti sesuka hati. Terpaksa la cik tunang die ni bawak diri sendiri. Kesian. Tapi takpe. Naseb baek pandai berdikari. Kui3. *nak jugak tu up diri sendiri..hehe..*
Masa on the way nak pergi tempat kenduri tu, punye la banyak cabaran. Sesat merata-rata. Sebab tak familiar dengan jalan. Cik Yan pulak tak biasa drive area Kolumpo sebab die stay kat area Kota Damansara. Kitorang main redah je la. Bertuah sungguh budak berdua ni. Haha. Naseb baek sampai jugak.
Sampai je kat tempat kenduri tu, pengantin tengah snap-snap gambar dengan tetamu dan famili kat pelamin. Kitorang naik atas makan dulu la. Ingatkan kami berdua je kat situ yang kenal sesama sendiri. Tetiba muncul satu group lelaki coursemate kitorang. Fuhhh. Ada jugak yang dikenali. Hehe.
Ok la. Malas nak membebel panjang. Nak kongsi gambar yang ada beberapa keping je ni ha. Takde banyak gambar sebab aku tak bawak kamera. Ni pun snap pakai kamera henpon cap ayam aku tu dengan cilok satu gambar dari member yang bawak kamera gedabak die. Tenkiu encik Protoz. Meh la share lagi gambar-gambar yang ko dah snap tu. :P
Cik Yan dengan Puan Akma. Dedua cun! Member saya semua memang cun-cun. Saya cuma menumpang cun je. Hehe. |
Kami dengan pengantin pompuan. Pengantin laki pi solat. Ye. Saya tahu. KeKEMETOTan saya sangat terserlah di sini. Haha. Nak buat camno. Dah semua kawan spesis tinggi-tinggi. |
Congrats my dear Akma. Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang baru dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Semoga segala kepercayaan, kasih sayang dan persefahaman yang telah terbina semasa perkenalan selama 10 tahun yang telah terjalin sebelum ini akan terus dibaja dan diperbaiki dalam menempuh kehidupan suami isteri ni. Dan semoga berbahagia sehingga ke akhir nyawa serta berpanjangan hingga ke syurga. I'm happy for you! (^_^)
Rasanya ini last wedding kengkawan baik yang aku attend untuk tahun ni kot. Buat kawan-kawan lain yang ada jemput, hanya doa yang mampu saya iringkan dari jauh. Maaf sebab tak dapat pergi. Jangan terasa hati. Bukan memilih nak attend wedding sesiapa. Cumanya saya terpaksa atur masa dan kewangan dulu kalau nak pergi mana-mana wedding kengkawan. Maklum la semua jauh-jauh. Hehe. Apa-apa pun, saya doakan semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Semoga dirahmati dan diberkati Allah juga.
Bisik-bisik :: Wedding sendiri harapnya semua kengkawan yang saya pernah pergi wedding dorang tu sudi la datang nanti. Eceh! Macam mengugut pulak. Hehe.
saya tunggu awak pulak :D
BalasPadamtahun depan cik sha pula lah yer..
BalasPadamsejak tunang ni nampak makin bahagia.. pau kat pipi pun nampak mekar.. kekekekekeke. :D
@onie :: hehehe..insyaAllah..coming soon..^_^
BalasPadam@THE LEKAT LEKIT STORY :: insyaAllah mummy..nanti saya jemput ye..hehe..^_^
BalasPadamtu la mummy..pau kat pipi tu semakin tak dapat dibendung je rasanya..hahaha..
hahahhha.. ... itu bukan mengugut, itu menanam harapan.. koh koh koh
BalasPadam@Aujinz :: err..sebenarnya memang mengharap jugak la..hek3..
BalasPadamselamat pengantin baru untuk kawan ko..ko kawen nantu jgn lupa jemput ye sha..
BalasPadamKat mana ni kak sha? Macam kat dewan keramat je. Anw..selamat pengantin baru to ur friend. Majlis kak sha bile pulak? Hehe :D
BalasPadam@Ym.Bundle :: insyaAllah..nanti aku jemput semua pembaca belog aku dan kawan-kawan belog aku yang sudi nak datang..hehe..
BalasPadam@Anna Boleyn :: ha'ah hana..betul dah tu..dewan keramat mall..hehehe..
BalasPadamtenkiu bg pihak die..^_^
majlis kak sha insyaAllah tahun depan..nanti kak sha jemput eh..hehe..