Cantik Dalam Hati

Assalamualaikum. Hai!


Ini semalam punya cerita tapi baru hari ni nak cerita. Lantakkan je. Lambat sehari. Belum basi lagi. Kan kan? Hehe. Semalam aku offday. Sebabnya train ngok ngek buat perangai pulak hari ahad tempoh hari masa aku on the way nak balik Penang. Patutnya pukul 11 malam perjalanan aku. So sampai rumah dalam pukul 6 pagi tu boleh la bersiap-siap terus pergi opis. Tapi stuck kat KL Sentral sampai jam 2 pagi pulak. Train pun ada delay jugak hokay. Dah la encik CH tak boleh teman. Pukul 10.30 malam die dah cabut kejar last LRT nak balik. Stressssssss.


Disebabkan itu, *skema pulak rasa* lepas dah puas membuta maka petang semalam aku pun decide la nak pergi meringankan kepala dengan buat treatment rambut kat saloon. Padahal sebenarnya aku dah rimas gila dengan keadaan rambut yang serabot sangat. Mengerbang-ngerbang. Hantu Kak Limah punye rambut pun kalah dengan rambut aku. Rambut nak panjang je tapi malas nak jaga mana tak serabot. (-_-")


Sekarang rambut aku dah tak macam Hantu Kak Limah lagi. Hoyeahh! Ringan je kepala rasa. Seronok pulak ada orang main-main rambut aku semalam. Tapi sedih jugak tengok rambut yang dah kena potong tu. Huhu. Siap mintak adik tu bungkuskan nak bawak balik rumah. Adik tu memula blur ingat aku main-main. Hehe. Pastu die cakap, "Nah kak. Nanti rindu-rindu boleh la main sambung-sambung rambut." Amboi dik! Ko perli akak ye. Haha.


Harap maaf! Gambar aku tayang rambut memang takkan ade la ye. Ingat aku buang tebiat ke nak share gambar tak pakai tudung. Dah nak mampos kot kalau aku buat perangai macam tu. Haisshh. Tengok gambar model ni dah le.




Oh ye! Lupa pulak nak kasi tahu. Saloon yang aku pergi tu hanya untuk kaum muslimah je ye. Memang best! Environment dalam tu serius selesa sangat. Interior design die lawa gila. Sebenarnya kat saloon tu bukan je setakat boleh buat treatment rambut. Treatment untuk badan dengan muka pun ada jugak. Nanti nak pergi lagi. Ambil pakej untuk bakal pengantin punye. Mahu buat facial dan lulur-lulur badan ni sikit. Ecewah. :P


Haa..masa adik yang tengah buat rambut aku tu dok kelebet-kelebet rambut aku, owner kedai tu datang nak kutip sewa. Owner nye Cina la. Lawak gila sembang dengan auntie tu. Adik-adik yang kerja kat situ pun suke benor ngusik auntie tu. Auntie tu pun melayan je. Hehe. Aku pun tumpang gelak sama. Dalam dok bersembang tu, tetiba auntie tu cakap pasal orang pakai tudung buat rambut.


Auntie : Orang Melayu pakai tudung, buat rambut cantik-cantik pun bukan orang nampak. Nanti tutup jugak. Rugi saje buat. Bayar mahal-mahal.

Adik Buat Rambut Aku : Takpe la auntie. Tak tunjuk kat orang pun, dekat rumah mau cantik-cantik jugak untuk orang kat rumah ma. Yang penting "Cantik Dalam Hati".


Perghhh..terkedu aku dengar adik tu jawab. Hehe. Aku suka part die sebut "cantik dalam hati" tu. Walaupun adik tu tak pakai tudung, tapi jawapan die kat auntie tu memang terbaek. Aku doakan semoga satu hari nanti hati adik tu terbuka juga untuk bertudung. Serius die memang cantik sangat orangnya. Kalau dia pakai tudung mesti lagi berganda-ganda cantik. Mudah-mudahan satu hari nanti hati die tergerak nak bertudung. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Impian konon nak bakal suami yang guntingkan rambut bila dah kawen nanti sebenarnya. Takpe. Sempat lagi nak bela rambut bagi panjang balik. Kui3.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. salam..

    kak sha buat tu kat saloon kat penang ek?

    kat kl tak tau lah ada ke tak saloon untuk muslimah.. tp klu ada mesti best..tak de lah segan nak pegi.

    BalasPadam
  2. @Anna Boleyn :: wasslam hana.(^_^)

    ha'ah..kak sha buat kat penang..dekat la jugak dengan rumah nak perginye..hehe..

    betol2..sebab tu akak pergi saloon tu..memang tak segan..

    BalasPadam
  3. cantik dalam hati. mendalam maksudnya tu. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan