Mata ketumbit! Suka mengintai eh?

Assalamualaikum. Hai!


Dulu kan masa aku kecik-kecik, mata aku selalu naik ketumbit. Kalau pergi sekolah dengan mata ketumbit mesti kengkawan ejek-ejek kata aku skodeng orang berak. Cit! Kurang asem betol. Haha. Ingat aku ni spesis pengskodeng ke hape. Sabo je la.

Ketumbit Tu Apa? 


Ketumbit ni maksudnya terjadi pembengkakan di bahagian tertentu di mata. Bengkak tu seperti jerawat batu yang ada 'mata' dan bernanah di bahagian dalam. Kadang-kadang ada rasa sakit berdenyut dan panas. 

Ketumbit boleh naik di 3 bahagian :
1. dalam kelopak mata
2. atas kelopak mata
3. di akar bulu mata


Tanda-tanda Nak Jadi Ketumbit


Masa aku kecik, memang kerap sangat kena ketumbit kat 3 bahagian mata. Tapi paling kerap kat akar bulu mata. Bila nak jadi ketumbit tu je, mesti mata aku jadi gatal-gatal. Pastu mak aku bila tengok mata aku merah-merah gitu, dia boleh pulak cakap, "hang sakit mata, aku sakit pungkoq!" Kononnya takmau berjangkit sakit mata. Entah petua mana la mak aku dapat tu. Pelik-pelik nau. Haha.


Padahal mata aku merah tu bukan sebab aku nak jadi sakit mata pun. Merah sebab aku pi tonyoh. Dah rasa gatal. Bangun pagi esoknya, mata aku tak boleh nak bukak wei! Melekat-lekat dengan tahik mata berkeping-keping. Rupanya mata aku nak jadi ketumbit. Bengkak sebelah mata naik macam bisul kat bahagian akar bulu mata. Selalunya mata belah kanan aku suka naik ketumbit tu.


Ketumbit


Kesan Selalu Jadi Ketumbit


Akibat dari kekerapan ketumbit naik mata masa aku kekecit dulu, sekarang ni aku mengalami sedikit 'kecacatan' kat mata belah kanan. Bulu mata kat belah mata kanan aku tak cukup wei! Ada bahagian macam satu kawasan tu takde bulu mata. Botak. Maknanya bulu mata aku ni berjarang la. 


Kat bawah pulak memang takda bulu mata. Dulu masa mak andam nak mekap masa aku kahwin, dia complaint tang bulu mata aku. Sedih! 


Memang tak tumbuh balik oi bulu mata aku. Kalau bulu mata gugur macam kebiasaan tu yang korang suka cakap 'gugur tanda orang rindu' tu lain la. Memang la boleh tumbuh balik. 


Ni sebab kesan ketumbit. Takde naik balik pun bulu mata aku kat bekas kawasan ketumbit tu. Huhu. Tapi nasib baik la bulu mata aku yang masih ada ni lentik. Boleh la cover sikit 'kecacatan' itu. Eceh! 


Punca Jadi Ketumbit


Dari pembacaan aku, ada beberapa punca yang boleh mengakibatkan mata naik ketumbit ni. Bukan sebab suka mengintai tau. Ni punca yang aku rasa relevan untuk diterima. 

Dijangkiti Bakteria

Ketumbit dikatakan berpunca daripada bakteria Staphylococcus Aureus dan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.

Bakteria ini boleh menjangkiti bila kita tonyoh mata dengan tangan yang kotor. Boleh juga dari alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna. 

Kekurangan Vitamin

Lagi satu, katanya sebab badan tak cukup vitamin atau nutrisi. Bila mata keradangan jadi mudah la dijangkiti bakteria kat mata kita yang keradangan tu. Takda 'perisai' nak lawan bakteria. Berkait dengan punca pertama aku tulis kat atas tu pulak kan? 


Yang pastinya aku masa kecik-kecit selalu kena ketumbit mungkin sebab kurang vitamin. Memang kot. Sebab dulu aku keding gila macam tak cukup zat je. Haha. Lepas tu main 'kotor' je kerjaan nya. Tangan tak cuci bersih pi tonyoh mata pulak. Eh? Macam logik pulak analogi ni dengan dua punca tu. 


Ketumbit


Petua Nak Sembuhkan Ketumbit 


Bila naik ketumbit tu, bermacam-macam la petua yang aku dapat dari mak. Memang ada sesetengahnya pelik-pelik je. Tapi takde la aku ikut yang pelik-pelik tu. Tak kuasa mak nyah! Gelis kot. Aku ikut petua yang aku rasa relevan je. Ni antara petua-petua yang mak aku share dulu. Tak tahu la mana dia dapat.


Ikat benang hitam kat jari manis

Ini yang selalu aku buat bila kena ketumbit. Ambil benang hitam ikat kat jari manis. Masa nak ikat tu baca selawat tiga kali. Selalu mak aku la yang ikatkan.

Taktau logik tang mana. Mungkin sebab 'pergantungan' kepada Allah dan percaya keajaiban selawat ke atas Nabi gamaknya. 

Sapu dengan bawang putih

Ini kekadang je aku buat. Pedih oi tenyeh bawang putih kat ketumbit tu walaupun tak masuk mata. Dah la pedih, pastu rasa macam panas-panas je. Tak tahan. Memang jarang buat.

Yang ni macam logik sebab bawang putih kan memang  bersifat antibakteria. 

Sapu dengan 'air mawar'

Errr..'air mawar' tu maksudnya air kencing sendiri. Eyark! Katanya masa kita kencing, sua jari sikit kat pancutan air kencing tu. Lepas tu bila hujung jari dah terkena air kencing terus sapu kat bahagian ketumbit tu. 

Entah celah mana la datang petua ni. Langsung tak masuk akal. Hahaha. Aku tak pernah buat yang ni. Gelis sangat. Uweekkk. Bukan ke lagi kuman nanti? Dah la mata ketumbit tu akibat keradangan kuman. Lagi nak tambah kuman. Pelik nau!


Itulah antara petuanya. Yang aku tahu la dari mak aku. Ke ada petua lain yang korang tahu? Share la sikit. Hehe.


Mujarab Ke Petua Sembuhkan Ketumbit? 


Aku teringat kisah masa kawan pernah datang rumah, dia tegur pasal anak sedara aku ikat benang hitam kat kaki. Dia ingat kena gangguan mistik. Lepas tu kitorang jumpa bomoh dan disuruh ikat benang hitam kat kaki. Haha. Comel je. Nak tergelak je aku bila teringat balik.


Jadi aku pun explain la kat dia punca kaki anak sedara aku tu ada benang hitam. Sebenarnya anak sedara aku tu mata jadi ketumbit. Tapi nak ikat benang hitam kat jari manis dia memang tak boleh la. Budaknya buas gila. Jadi solution nya ikat je kat pergelangan kaki. Itu lah sebabnya. Baru la dia tahu itu sebenarnya petua orang lama kalau mata naik ketumbit.


Mujarab ke petua tu? Yang aku pernah cuba, ikat benang dengan sapu bawang putih tu. Tak pasti la kemujaraban nya. Sekadar ikhtiar dan menyantuni petua orang lama je. Dia macam apa tu istilah nya orang sebut, placebo effect. Haa..gitu.

Maksud Placebo Effect 

Ohh..buat korang yang tertanya-tanya apa maksud Placebo effect, meh aku terangkan dengan ayat mudah. 

Placebo effect = rawatan/bahan yang tidak berbahaya diberikan sebagai 'ubat' dengan tujuan untuk menyenangkan hati pesakit. 

Kadang bukan sebab rawatan/bahan tu menyembuhkan. Tapi dia macam 'pukau minda' seolah dengan buat macam tu boleh sembuh sakitnya. Jadi pesakit tak fikir la sangat kesakitan tu. 


Secara logiknya, kita kena yakin yang sebenarnya Allah yang sembuhkan. Allah adalah Maha Penyembuh segala penyakit dengan kehendakNya. Itu hanyalah sekadar ikhtiar. Macam kita sakit, kita jumpa doktor dan makan ubat la. Gituuuu. 


Rawatan Untuk Ketumbit


Kalau korang nak tahu, sebenarnya ketumbit boleh sembuh sendiri tanpa apa-apa rawatan pun sama ada ikut petua orang lama atau rawatan dengan doktor. Ketumbit akan kecut dalam masa seminggu lebih kurang. 


Ketumbit tak berjangkit juga ya. Korang telek la lama macam mana pun mata yang naik ketumbit tu, takda nya mata korang pulak naik ketumbit. 


Anak dara aku si Cik Merah tu pun pernah naik ketumbit masa umur dia 5 tahun. Sekarang dah 6 tahun, setakat ni takda dah naik lagi. Mungkin sebab dah cukup vitamin kot. Kami suami isteri duk beli vitamin tambahan untuk anak-anak makan. 


Masa dia pernah kena ketumbit dulu, aku takda pun buat ikut petua kat atas. Rawatan dengan doktor pun takda. Biar je gitu. Lama-lama bengkak tu pecah keluar nanah dan surut sendiri. 


Tapi seandainya bengkak tu berlarutan lama sampai berbulan, tak surut dan makin sakit, korang kena la pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan eh. Jangan biar pulak. Kang melarat jadi lain pulak.


Cara Atasi Ketumbit 


Walaupun ketumbit tak berjangkit, tapi boleh jadi berkali-kali tau. Jadi macam mana nak atasi ketumbit supaya tak naik lagi kat mata? Mungkin cara ni dapat membantu. 

  1. Jaga kebersihan tangan dan peralatan mekap (berus) 
  2. Jangan tonyoh mata yang tiba-tiba rasa gatal tanpa cuci tangan
  3. Bersihkan mata dengan ubat mata bersesuaian seperti ubat titis mata eye more jika rasa kering dan gatal

Masa aku kecik dulu memang main selut je kerjanya. Hahaha. Tu yang banyak kali kena ketumbit kot. Dah besar takde pulak kena ketumbit dah. Dah pandai jaga kebersihan. Hihi. 

Penutup


Janganlah dimomokkan mitos mata naik ketumbit sebab skodeng orang berak atau mandi. Itu adalah tak betol ye. Nonsense! Hahaha. 

Sebenarnya itu sebab orang dedulu nak larang kita dari buat perangai tak elok macam tu. Lucu jugak orang dedulu nak larang kita mengintai. Comel. Indah je bahasa kiasan depa kan? 


Bisik-bisik :: Siapa antara korang pernah jadi ketumbit?


11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Betoi2 petua org dulu2 mmg pelik tpi kdg2 mhadi...tag ayaq mawar tu adoi xsanggup la

    BalasPadam
  2. kalo ko nk tahu time aku kawin ketumbit tu naik. so dlm gambar kawin mmg nampak jelas le.. mertua aku cakap ada butir ketumbit atas belakang, kalau picit buang insyaAllah hilang la ketumbit tu...

    BalasPadam
  3. nice sharing. hehe. aku pun dulu penah kena. tapi kejap je. mmg sakit lah. haha. banyak petua boleh amal. salam kenal

    BalasPadam
  4. pelik bebeno petua diorang... kah kah kah.. tapi semua pon tak amalkan sangat.. koh koh koh

    BalasPadam
  5. @Thempty Yanty :: tu la kan? org tua ni banyak je petua nye yg pelik..hehe..yg ayaq mawar tu pun saye gelis je dengar..lagi la nak buat..memang tak sanggup la..

    BalasPadam
  6. @ParkAir :: masa kahwen mata naek ketumbit? haha..nasib ko la..nak wat camno..:P

    ko picit ke ketumbit tu weh? sakit kot..huhu..

    BalasPadam
  7. @محمد رازيق :: sakit kan? hehe..yang paling tak tahan tu bile bangun tido mata takleh nak bukak sebab nanah ketumbit tu..haduii..

    salam kenal juga..^_^

    BalasPadam
  8. @iqbalsyarie :: berbulan dah mata naek ketumbit? housemate tak pergi check ke? ketumbit selalu dalam seminggu dua dah baik dah..lama sangat dah tu sampai sebulan..

    BalasPadam
  9. @Aujinz :: pelik bebeno eh? itu lah petua orang tua dulu2..memang pelik2..kui3..

    BalasPadam
  10. riesha ada pakai eyeshadow ke ? kadang2 pasal mekap pun boleh ketumbit. atau berjangkit bila pakai mascara org yg ada ketumbit. ::) get well soon ok.

    BalasPadam
  11. Dulu masa kecik kalau ada ketumbit rasa malu. Takut orang ejek mesti intai orang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan