Wedding Dress Cantik Untuk Hari Bahagia

Assalamualaikum. Hai!


Buat bakal pengantin *pompuan sahaja, aku ada berita baik nak dikongsikan dengan korang. Aku kompom, mesti ada di antara korang tengah pening-pening lalat mikir nak cari baju yang bersesuaian untuk tema majlis korang kan? Ada yang tak berminat nak sewa kat butik, tapi nak beli baju siap punya atau yang ditempah khas. Mungkin sebab nak buat kenangan baju tu simpan dalam lemari atau nak lain dari yang lain. Jadi, aku ade penyelesaiannye. Ecewah. Dah macam promoter baju kahwen pulak aku ni. Hehe.


Sebenarnya, besfren aku mintak tolong aku promote baju kahwen die kat belog aku ni. Die nak jual wedding dress die. Pakej lengkap dengan tudung dan veil sekali. Memang cantik sangat attire wedding dress die ni. Aku pun tak pasti kenapa die nak jual. Tak pulak aku tanya. Dah die suruh promote, aku jalankan je la tugas promote aku ni. Takdenye nak tanye lebih-lebih kenapa die nak jual. Ada la tu sebabnya kenapa kan.


Jadinya, kepada bakal-bakal pengantin yang ada niat nak tempah sendiri baju pengantin yang mungkin akan mahal, baiklah beli je yang dah siap punye dari besfren aku ni. Ehehe. Oh ye. Kalau ade owner butik pengantin yang berminat nak dapatkan baju ni boleh jugak kot. Boleh la recycle banyak kali guna untuk pengantin-pengantin yang datang butik nak sewa baju. Untung banyak tu. Berikut aku lampirkan gambar untuk tatapan mata korang. Mana tahu berkenan ke kan. Belek-belek la dulu.


*View penuh sambil berdiri*


Oh..lupa pulak nak bagi details pasal attire ni. Besfren aku cakap kain yang die beli buat dress ni sangat berkualiti dan berharga dalam RM400. Baju ni penuh manik dari atas sampai la hujung kaki. Memang cantik! Sebab aku dah tengok sendiri dengan mata aku ni ha. Dah aku pergi kenduri die kan hari tu. Apa da! Lepas tu kata dia, tempahan jahit baju ni hampir mencecah RM1200. Pengsan aku dengar! >_< *Respon orang kedekut memang macam tu ye. Hehe.*


So, berikut adalah ringkasan maklumat jualan wedding dress besfren aku ni. Sila ambil perhatian.
Harga nak jual : RM850 sahaja.
Aksesori tambahan : Tudung dan Veil
Saiz : S atau M
*sesuai untuk majlis nikah dan sanding atau bertandang asalkan warna temanya putih+grey*


Kenapa aku yang tak beli eh? Sebab rasenye aku memang kompom tak muat baju mek ni. Beliau sangat ramping oke. Dah la pendek dari aku. Ececeh. Berlagak kemaen macam la diri tu tinggi sangat. Haha. Tapi betul la. Aku tinggi sikit je dari die. Lepas tu die ni badan memang kecik la sangat. Macam tak cukup zat. Hehe. Dulu aku ni tukang urut peribadi die tau. Asal sakit tulang lenguh-lenguh je mintak aku urutkan. Kekadang aku takut gak nak urut die. Takut tulang die patah. Haha. Eh? Termengata besfren sendiri pulak. Ampun semek! Mung kan sayang aku. Dop marah kan? I Love U lah. Hehe. ;p


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan wedding dress ni, boleh la roger-roger aku kat belog ni atau emel aku (noorshahada@gmail.com). Nanti aku hubungkan korang dengan besfren aku ni. Mana la tahu korang boleh kautim-kautim lagi ke dengan die mintak diskaun. Wokeh! Jangan malu-malu kontek aku ye. Korang yang dah baca tu, sila lah sebar-sebarkan entri aku ni ha. Mana tahu ade yang berminat. Mekaseh!


*UPDATE [4/10/2012] : SORI KEPADA YANG BERMINAT. BESFREN SAYA MAKLUMKAN YANG BAJU NI DAH DIBELI OLEH BUTIK. HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM. MEKASEH! 


Bisik-bisik :: Ada sesiapa lagi nak suruh aku promote barang atau ape-ape saje? Meh la kontek aku. Bayaran tak mahal pun nak suruh aku tulis iklan dan review. Ecewah. ;p

13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wow... mmg cantik baju wedding tu, tapi rsanya xmuat ngan akak... huhuhu

    BalasPadam
  2. cantiknyaaaaaa *____*

    tapi sayang, saya jangankan kata wedding dress. calon pun takde lg. hehe

    BalasPadam
  3. memang cantik giler wedding dress dia. Mahal pulak tu. Tapi sah2 lah saya tak muat. & entah bila pulak lah nak kahwin tu kan..hahahahah..

    BalasPadam
  4. baju tu dalam keadaan elok lagi. cantik :)

    BalasPadam
  5. aku sebagai lelaki turut menyatakan bahawa baju tersebut adalah lawa!

    BalasPadam
  6. @Pn. Sheila@CC :: memang cantik sangat kak..tu la dgn saye ni lagi la tak muat..hehehe..

    BalasPadam
  7. @Siti Safiyyah :: cantik kan piah? tapi akak tak muat.. tak boleh nak beli dari die.. tolong pomot je la boleh.. hehe..

    takpe piah..sampai masa nnt calon dtg, tetibe die terus ajak kawen..dpt la pakai wedding dress..ehehe..

    BalasPadam
  8. @GadisTerbilang :: GT takmo ke? ngam kot dgn GT..ehehe..

    BalasPadam
  9. @Sophie Al-Yahya :: mahal upah jahit sebab jahitan beading tu kot..penuh dari atas smpai bawah..tapi mmg cantik sgt..saya pun berkenan tgk..tapi sama mcm sophie jugak la..dgn saye mmg tak muat..ehehe..

    BalasPadam
  10. @Rara Nasiha :: memang elok lagi rara..my fren ni kawen bulan 3 hari tu..baru sgt lagi..dan mmg cantik..^_^

    BalasPadam
  11. @ParkAir :: kan? ko yg laki pun kata lawa..aku yg pompuan ni lagi la berganda kata cantik..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan