Selamat Pengantin Baru Sahabat!

Assalamualaikum. Hai!


Sedang merasa sangat bersalah dengan besfren aku, encik Amir sebab diri ini gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinan beliau semalam. Alahai. Camne la nak tebus balik rasa bersalah ni ye? Kompom beliau merajuk jap dengan aku sebab tengah malam lepas kenduri pun sempat lagi send mesej "SAMPAI HATI" kat aku. Uhuk!


Jadi entri kali ni ditulis khas untuk beliau dan isteri. Sebagai tanda mohon kemaafan dari hati tulus aku ni. Mintak maaf la sangat-sangat wahai encik Amir. Bukan sengaja tak nak pergi. Memang ada hal yang tak boleh nak dielakkan. Kena jumpa contractor yang sedang renovate rumah dan pergi survey kedai yang die cadangkan untuk deco rumah. Lepas tu kena ikut kakak as my WP pergi cari kain untuk baju 'ehem'. Memang tak sempat nak melarikan diri sekejap untuk memunculkan diri kat majlis hang. Sori sangat-sangat-sangat-sangat. My false! T_T


Hari kenduri sebelah isteri hang pun aku tak dapat nak hadir walaupun hang ajak singgah masa aku turun Shah Alam hari tu. Sori sangat. Masa tu memang kompom tak dapat pergi. Lagipun mana la aku tau jalan nak pergi sana. Kad kahwen pun hang tak kasik kat aku. Apa da. Ehehe. Turun sana pun sebab kebetulan ikut kazen aku pergi event Digi WWWOW Awards tu. Lepas tu menumpang rumah adik dan pinjam kereta die dan die sebagai driver pulak. Segan la sikit nak menyusahkan orang walaupun adik beradik. Huhu. Sorry again.


Cilok gambar dari OP Wedding hang. Ain cantik sangat! (^_^)
~Ada yang berminat nak hire Sam Rais Photography ni? Gambar-gambar beliau capture memang nice. Sila lah jenguk fesbuk beliau ini.~


Nanti ada peluang marilah kite berjumpa ye. Aku teringin sangat nak berkenalan dengan isteri hang. Gadis yang dah berjaya curik hati dan pandangan mata keranjang hang itu. Hehe. Janji nak kenalkan tapi sampai sekarang ni tak kenalkan lagi. Masa kenduri mana sempat nak berkenalan. Ecewah. Ayat nak cover salah diri sendiri sebab tak mampu tunai janji pergi kenduri hang. Jangan marah. Nanti kite jumpe oke? Nak tebus salah aku dengan hang dan isteri.


Maafkan aku eh? Lagipun gambar kawen hangpa berdua retis sangat hokay. Pose macam model profesional gitu. Sweet sangat. Terpancar kebahagiaan kat wajah hangpa berdua. Aku tahu besfren aku ni pun bahagia sangat dapat isteri yang cantik dan baik macam Ain. Muka berseri-seri. Aku layan gambaq hangpa je la eh sebab tak dapat tengok secara live kecantikan dan kehenseman hangpa berdua masa hari bahagia tersebut. 


Maaf sekali lagi dan lagi dan lagi. Aku tak kan henti-henti mintak maaf selagi hang tak cakap hang maafkan aku. Sorry. Hadui. Memang rasa bersalah menggunung tinggi yang amat sangat sebab hang satu-satunya besfren aku yang aku gagal hadir masa hari bahagia. Memang tak dapat nak elak bile hal berkaitan dengan family ni. Maaf sesangat. T_T


Walaupun tak dapat menghadirkan diri, tapi doa aku sentiasa mengiringi hang dan isteri. Semoga kalian berdua berbahagia sehingga ke hujung nyawa dan perkahwinan yang dibina berkekalan serta sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Dan semoga hangpa dikurniakan bakal anak-anak yang soleh solehah sebagai penyeri rumahtangga. Hanya itu je yang mampu aku hulurkan sebagai tanda persahabatan kita. Hadiah nanti aku kasi kat hangpa berdua. Err..Nanti kenduri aku hang jangan pulak balas dendam tak mai eh? Tak baek tau dendam-dendam. ;p



Bisik-bisik :: SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabatku Amir Fahmi dan isterinya yang tercinta Nurul 'Ain. (^_^)


7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hehe. baik riesha. sampai buat post untuk tebus kesalahan ! hehe.takpe, nanti ada masa, gi la lawat rumah dia bawa hadiah sekali. :)

    BalasPadam
  2. baju ehem.. ehem yg bagaimana tu yer cik sha? ehem renjis2 ker.. ehem.. sarung cincin jer.. ehem.. hem.. hem..

    BalasPadam
  3. @Namee Roslan:: memang rase bersalah sangat kat die namee..huhu..

    tu la..ari tu die siap pas suh bini die yg tepon cakap dgn saye..die merajok taknak cakap..haha..rase mcm nak nanges je besfren merajok dgn kite..;p

    insya Allah..mmg nak sgt jumpe dia terutama sekali wife die tu la..mudah-mudahan berkesempatan..

    BalasPadam
  4. @THE LEKAT LEKIT STORY :: ehem hem hem..hehe..mummy mesti dah boleh tangkap punye ni maksud saye..hehe..;p

    BalasPadam
  5. @syafiqakarim :: amboi..eksaited pulak die..hehe..

    BalasPadam
  6. baju kahwin dorg sgt stylo!!! lawa kaler diaaaaaa

    BalasPadam
  7. Wow..nice gilaaa gambar kawin tuu..Hehe..Btw,awak kawan yang baik ye..Siap buat entry memujuk..Bertuah en amir dapat kawan mcm awak :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan