Pengalaman pergi Digi WWWOW Awards 2012

Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam mimpi je. Hari Sabtu ada kat Putrajaya, tetibe dah ade kat Penang dan datang bekerja hari ni. Err. Sekarang waktu kerja tapi nak curi tulang update belog jap sebab kat rumah tak sempat nak update memandangkan rumah dah macam kena ombak tsunami pecah sana sini. Nak tido pun ibarat merempat di dalam rumah sendiri. Sebenarnye rumah tengah ada renovation. Jadi memang tak nyempat la nak berblogging. Bilik pun takdo. *alasan kukuh untuk curik tulang..hehe..*


Oh. Untuk pengetahuan korang, hari Sabtu lalu (9 Jun) aku pergi Kolumpo temankan adik lelaki tersayang ke majlis DiGi WWWOW Awards 2012 kat Shah Alam. Adik aku tercalon dalam Top 5 Finalist dalam kategori MalaysiaKini : Photojournalist of the Year. Bukan kategori belog yang banyak sangat kontroversi katanye sebab blogger-blogger yang femes tak menang dan tercalon pun sebagai Top 5 finalist. Tapi aku pun macam terkujat la jugak masa announce Top 5 untuk kategori belog sebab sorang pun aku tak kenal dan tak pernah dengar. Kih3.


Lagipun memang aku tak ambil tahu pun pasal award ni sejak diperkenalkan tahun lepas. Lagi la nak masuk bertanding dengan belog tak semenggah aku yang entri banyak membebel dan berjela-jela je sampai orang nak baca pun muntah. Memang harapan la. Harapan, harapan menjadi layu. Tetiba nyanyi lagu tema Seindah Sakura. Haha. Aku bukan blogger pemes apatah lagi cun nak dapat vote bertubi-tubi kalau aku masuk bertanding. *mode sedar diri..;p*


Masa Event. Baru masuk hall dan orang tak ramai lagi yang hadir.


Kiri : My Lovely Adik. Kanan : Kakak die yang super cute. Kih3.
Adik lagi sorang yang ikut support takmo bergambar. Biarkan die. Hehe.



Memang satu pengalaman yang baru la dapat pergi event camtu. Mujur la adik aku tercalon. Kalau tak, memang tak merasa la nak pergi. Nampak la jugak blogger-blogger pemes dan artis-artis. Tengok dari jauh je. Memang idok la aku nak tegur. Saya gadis pemalu hokay. Tapi kitorang dapat seat belakang artis, orang-orang kuat yang sponsor award dan blogger-blogger pemes. Duduk seat selang 2 barisan je dari Maria Elena dan Hanis Zalikha tau. Tapi takde la aku nak terhegeh-hegeh pergi tegur dan ambik gambo. Memang bukan aku la tu. Takat ushar je la. Hehe. *padahal segan kot nak tegur blogger pemes*


Apa pun, keputusan pemenang dah diumumkan malam tu. Walaupun agak ramai yang merungut dan tak berpuas hati, terutamanya dalam kategori blog. Tapi apakan daya dan apa nak dikata. Yang menang dah pun dapat hadiah. Redha je la. Mungkin bukan rezeki. Adik aku pun tak menang. Tapi takpe la. Itu satu pengalaman buat dia. Bertanding dengan photographer yang memang dah otai-otai dalam bidang fotografi. Itu kira satu bonus buat dia sebab tercalon sebagai Top 5 Finalist. Boleh masuk dalam portfolio dah. Good effort adik! Nanti cuba lagi oke!


Sayangnya, kitorang adik beradik tak puas hati sebab pihak penganjur tayangkan gambar yang salah masa dalam tayangan montaj. Ada ke patut? Tak semak dulu ke? Haish. Ada ke letak gambo adik aku dalam montaj. Bukan gambo yang die hantar untuk pertandingan. Glemer adik aku muke die beso gedabak terpampang kat skrin depan. Haha. 



Gambar adik aku terpampang besar kat screen. Montaj hancus! Tapi takpe. Adik saye yang ensem glemer buat seketika. Hehe.



Gambar sebenar yang adik aku pertandingkan. Die memang suka amik gambar street photo. 



Tapi, aku rasa memang banyak kureng la event ni hari tu. Kerusi tak banyak disediakan. Kitorang ni naik turun la dari bawah ke dewan tempat event berlangsung. Kat luar dewan takde sedia kerusi pun untuk orang yang hadir awal untuk duduk-duduk dan lepak sementara tunggu event start dan boleh masuk dewan. Yang ada booth-booth jualan je. Nak lepak kat tembok tepi pintu masuk hall memang idok la sebab ramai orang smoking kat situ. I don't like it! Lastly, aku dengan adik merempat tepi tembok kat area parking bawah menunggu event nak start.


Pastu kitorang kebulur. Nak pergi ambik makanan pun macam was-was sebab nampak macam jualan makanan je bukan bagi free untuk tetamu yang hadir. Serius aku ingat dorang jual makanan kat situ. Haha. Dah masuk dewan, majlis start lambat pulak. Ingatkan punctual sebab yang selalu tak punctual ni majlis gomen je. Kih3. Apa-apa je la. Semoga dorang punye event manager study dari kesilapan yang berlaku masa event tu dan tak berlaku lagi perkara yang sama untuk event pada tahun akan-akan datang.


Walaupun begitu, saya bangga dengan pencapaian adik saya. Semoga beliau terus sukses pada masa-masa akan datang. I love u lah adik! Jangan putus asa oke. Banyak lagi peluang untuk serlahkan bakat yang ada tu. I will always support u!



Bisik-bisik :: Award yang paling best ialah kita berjaya cabar diri untuk memajukan diri dalam apa juga yang kite lakukan. From ZERO to HERO! 

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tahniah utk adik sbb tcalon ^^,

    BalasPadam
  2. adik cik sha memang berkecimpung dlm bidang photography or dia memang minat and jadikan hobi?

    btw, congrats adik sha ^^

    BalasPadam
  3. woahh, bestnya! tak pernah pegi lagi event besar-besar mcm ni :)

    BalasPadam
  4. tak sangka pulak kau ada adik lelaki, ingatkan kau semua adik beradik perempuan je..


    gambar adik kau tu memang lawa pun! ada makna

    BalasPadam
  5. @Cik Z@i Pen@nG :: mekaseh cik zai..^_^

    *jawab bg pihak adik*

    BalasPadam
  6. @Marya Hana :: die mmg berkecimpung dlm bidang photography..dan mmg minat die..dan mungkin hobi jugak..hehehe..

    dulu die amik kursus bidang ni..skang pun die sedang belajar lagi kat kptm..tp bidang multimedia rasanye..hehe..

    anyway, thanx 4 d wishes..hehe..

    BalasPadam
  7. @Rara Nasiha :: saye pun 1st time pergi..hehe..

    BalasPadam
  8. @Eyriqazz :: terima kaseh..hehe..die mmg suke ambil gmbar macam tu..^_^

    BalasPadam
  9. @ParkAir :: mekaseh weh..akaknye idok la nak masuk bertanding nih..tak layak kot..heheh..

    BalasPadam
  10. @zulfikar hazri :: ni adik sedara la..tapi rapat..kire macam adik jugak la..aku adik beradik 3 org je..sume pompuan..sila tgk kat BELOVED tu..ehehe..die ni anak maksu aku..^_^

    btw, thanx..die mmg suke capture gmbr mcm tu..kate die ade maksud yg mendalam dan tersirat..

    BalasPadam
  11. seronoknya diaaa!!! hehe. saya teringin gak nak gi.hehe

    BalasPadam
  12. Yang kalot promot salu bukan fames blogger, tapi yang blogger lain tue, sebab tue lar yang tak kenal2 yang nmpak.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan