Ngetest Kereta Orang Kaya

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye cerita ni dah basi tapi aku nak cerita jugak pengalaman aku ngetest naik kereta orang kaya. Err..rasanya 25hb Mei yang lalu kot peristiwa ni berlaku. Betul la tu. Hari Jumaat masa lunch time yang lama, sehari sebelum kazen aku nikah. 


Eh? Cakap pasal kazen menikah, nanti aku update pasal tu pulak eh. Saja nak kongsi peristiwa gembira yang berlaku dalam hidup aku, keluarga dan sedara mara tersayang dengan pembaca setia belog aku yang tak semenggah ni walaupun cerita dah lapuk. Perasan macam blogger hot ramai pembaca. Biasa la tu. Aku memang spesis perasan. Hehe.


Kembali kepada cerita asal. Memandangkan aku ni orang mesekin yang tak punyai duit berkoyan-koyan boleh sesuke hati je perabih dan memang non hado la nak mampu membeli kereta mewah-mewah, maka bila ada pameran kereta jenama luar negara yang hebat the vasss haruslah kita mencubanya bila ada Test Drive. Wohooo! Eh. Lupa pulak nak bagitau. Kereta yang aku dengan kakak test-drive tu semestinya KIA OPTIMA K5.


~Kereta Orang KAYA..(-_-")~


Err..tapi hari tu yang test drive nye kakak aku la. Sedih. Kalau aku yang drive mesti lagi seronok nak cerita pengalaman. Sayangnye masa tu tangan aku kiri kanan penuh pegang makanan. Aishooo. Memang dasar perot beso kuat makan betol. Nasib la. Jadi harapan nak ngetest drive tu terkubur begitu saje. Bagi chance la kat kakak aku. Pasrah~~


Jadinya, aku cuma dapat cerita pengalaman aku duduk sebagai big boss di seat belakang dengan memegang makanan lunch aku. Haha. Eh. Tapi kan korang, duduk kat belakang pun syok gilos. Selesa yang amat. Takde la terkepit-kepit kaki duduk kat belakang. Nak terkedang kaki luas-luas pun boleh. Luas oii! Pastu ekon pulak memang direct kena kat muka. Heaven. Memang boleh tidur dengan kerusi yang empuk dan selesa. Sebabnya ekon untuk bahagian belakang tu ade kat bahagian tengah yang orang suka letak barang tu. Natang ape tah panggil bahagian tu. Lupe pulak. (-_-")


~Inilah drebar a.k.a kakak saya. Kemaen lagi peace-peace. Kih kih kih.~


Pastu komponen dalam kereta tu semua pakai button. Punye la kecoh time sebelum kereta start jalan. Kakak aku la. Maklum le orang pendek. Kaki tak berapa nak sampai. Kena la adjust seat kan? Die nak cari button nak bagi seat ke depan sikit tak jumpa-jumpa. Asyik salah tekan button je. Punye la banyak button. Tanya kat salesgirl yang escort kami tu pun die tak tau tang mana button. Apa da! Nak promote kereta tapi tak study dulu pasal kereta. Sabo je la.


Kesimpulannya, memang best naik kereta tu. Maklum la kereta import kan. Jadinya korang yang setaraf dengan aku ni, kalau nak merasa naik kereta import yang mewah-mewah ni, sila pergi sua je muka kata nak test-drive kalau ada. Rugi oo tak try. Kalau nak beli memang tak mampu. Mahal nak mampos. 


Korang tahu tak lepas dah test-drive tu ada salesman sebok approach kata camni kat aku, "Belilah cik. Installment sebulan RM1500 je." RM1500 je? Yang JE tu yang aku tak tahan. Ko ingat aku kerja apa encik? Gaji aku pun tak lepas nak bayar. *pitam*



Bisik-bisik :: Dah dua jenis kereta jenama Kia aku pernah merasa naik. Masa zaman tok kaduk dulu pernah naik Kia Spectra. Kereta bapak teman tapi mesra zaman habes SPM. Haha. (-_-")

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. murah JE tu, alahai .. !

    i takleh nak test drive, kang accident payah .. baru dapat lesen, ke ke ke ke.

    BalasPadam
  2. lawa kan keter ni? power tak enjin dia?

    1500? aku taknak ulangi kesilapan aku yg dulu lagi dah.. mengalir air mata darah!

    BalasPadam
  3. xpenah test drive lg...

    takut plak nak test drive keta orang kaya ni hehe

    BalasPadam
  4. @Marya Hana:: ekekeke..tu la pasai..JE tu ha..mmg tak menahan..

    errr..a'a eh..yaya baru dpt lesen..kang musnah pulak kereta tu..hehe..

    BalasPadam
  5. @zulfikar hazri :: lawa sgt weh..enjin die power..bonet depan kemas..bonet belakang luas alam..ko masuk pun muat..ekekeke..

    tapi tula..rege nye boleh memekakkan telinga mendengarnye..huarghhhhhhhhhhh..

    BalasPadam
  6. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:: sha pun tak pernah merasa lagi..kete org kaya yg pernah try drive pun swift je..ekeke..mmg cuak bwk kete org kaya ni..

    BalasPadam
  7. manalah tau kan ada rezeki cik sha.. sy dulu keja ngan proton asyik numpang mengebat kereta proton je la.. nk test drive x pandai drive. kekekekeke

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan