Assalamualaikum. Hai!
Seperti yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, hari ni aku update pasal hari gembira kazen aku tu oke. Selamat dah lagi sorang kazen aku menjadi isteri orang. Aku yang paling tua sekali ni ntah bila la. Asyik bagi yang muda-muda lepas dulu ni. Ekeke. Sabo la. Ada berita baik nanti aku war-war kan ye. Sekarang ni biarlah rahsia dulu. Tak molek kecoh awal-awal. Ecewah! Hehe. *bajet artis yang orang nak ambil tahu kisah hidup*
Dah 2 minggu berlalu dah kesah ni sebenarnye ye kawan-kawan. Tapi memandangkan aku ni pemalas yang amat nak menaip, maka terhasillah entri basi ini. Tak kesah la kan. Janji aku sudi jugak berkongsi dengan korang walaupun bukan pasal aku. Kazen aku ni muda 4 tahun dari aku. Seorang guru bahasa Arab kat sekolah di negeri Johor. Tu yang aku feeling tulis tajuk entri pun bahasa Arab. Wakaka. Suami dia pun seorang guru jugak tapi posting kat Sawarak. Kira buat sementara waktu ni, dorang terpaksa berhadapan dengan PJJ (perkahwinan jarak jauh). Jauhnya!
Hari Sabtu yang lepas kenduri kat belah Kelantan pulak. Suami kazen aku ni orang sana. Dalam family kazen aku ni, dia sorang je yang kawen orang jauh. Kakak sulung dan kakak kedua kawen orang dekat. Kawan satu sekolah gitu. Die ni je dapat orang jauh sikit. Kenal masa belajar kat kolej IPG kot. Dapat la sorang menantu orang luar MakCik aku. Nanti boleh la jalan-jalan kat Kelantan selalu. Hehe.
Taknak cerita panjang-panjang sangat. Just nak share gambar je la dengan korang. Tapi tak banyak la gambar yang aku snap. Sebab aku snap pakai henpon cap ayam aku je. Aku tak jadi wedding photographer dah macam untuk kakak die dulu. Yang jadi official wedding photographer untuk kazen aku ni, adik lelaki aku. Err..sebenarnya adik lelaki aku tu kazen aku jugak. Tapi sebab membesar sama-sama dan rapat sangat jadi consider adik la. Ehehe. Gambar yang cantik-cantik banyak kat die la.
Ok lah. Jom layan gambar! Harap maaf kalau gambarnye kualiti agak kurang memuaskan. Maklum la snap pakai henpon cap ayam je. Hehe.
Tunggu akad nikah. Masa ni tok kadi tengah bagi ceramah. Kih3. Cantik tak bunga tangan tu? Bunga hidup tu. Akak aku yang buat. Die ada bisnes yang arrange hantaran kawen, hand bouquet dan sebagainya. Akak aku wedding planner tau. Time aku kawen nanti semua akak aku yang akan arrange. Wohoo! Syoknye dapat sponsor dari kakak sendiri.
Masa ni pengantin laki nak bukak purdah tu. Tetibe kakngah kazen aku ni cakap gini, " Eleleh..malu-malu pulak. Macam tak biasa tengok. Buka je la." Tergelak orang kat situ. Tu pengantin pun gelak jugak tu. ;p
Hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. Sweet kan yang bantal tu?
Masa hari kenduri esoknya. Cantik kan kazen aku ni? Macam aku jugak la. *perasan* Haha. Ni aku yang suruh dia posing camtu. Sekali kelabu pulak gambarnye. Hampeh betul henpon aku ni. Huh!
Pengantin Lelaki ♥ Pengantin Perempuan
Ini tentulah aku, kazen pengantin perempuan yang bajet cute. Haha! *aiyo..pipi ngembang dengan pesat! (-_-")*
Itu sajelah gambar yang aku nak share dengan korang. Malas nak upload bebanyak. Hehe. Oh ye. Cakap pasal adik aku tadi kan, nanti aku promote pasal business die kat korang. Die memang ade talent jadi jurufoto. Gambar yang die ambik memang cantik-cantik. Biasalah. Mewarisi bakat kakak die ni. Nak jugak tu puji diri sendiri. Haha. *muntah hijau*
Bisik-bisik :: Tahniah ieta! Kak Shada doakan semoga perkahwinan kamu berdua berkekalan sehingga ke syurga dan diberkati Allah sentiasa. Semoga menjadi isteri yang baik dan solehah buat suami.
amboi comel kazen dia... best la cik sha kawen nnti akak sendiri jd wedding planner.. sponsor lak tu.. wah mcm retis la nnti. kekekkee
BalasPadam