Perwira Di Hati Kami Selamanya

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak berkongsi sikit dengan korang bertapa bangga dan bersyukur nya aku dilahirkan sebagai anak seorang anggota polis. Yes! Arwah abah aku merupakan seorang anggota PDRM yang berkhidmat di bawah unit Pasukan Gerakan Am yang mana menuntut beliau banyak bertugas di luar menjaga sempadan negara satu ketika dulu. Beliau lah perwira di hatiku, mak, adik dan kakak selamanya.


Kami adik beradik dah 'alah bisa tegal biasa' ditinggalkan oleh beliau berbulan-bulan demi menunaikan amanah dan tanggungjawab beliau untuk menjaga keamanan negara. Dan aku sangat kagum dengan mak tercinta yang lebih tabah mengharungi dugaan untuk membesarkan kami adik beradik tanpa suami di sisi bila arwah abah terpaksa bertugas di luar kawasan. Korang pernah rasa ditinggalkan oleh 'pemimpin keluarga' yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga demi berkhidmat untuk negara dan rakyatnya?


Aku akui yang kami kurang mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya setiap hari dari arwah abah seperti korang yang bapa sentiasa ada di sisi. Tapi kami bersyukur sebab setiap masa yang beliau ada untuk kami akan digunakan dengan sangat berkualiti. Bersyukur sebab walaupun jarang ada dengan anak-anaknya, beliau berjaya didik kami menjadi seorang manusia yang baik.


Korang nak tahu tak? Aku kehilangan arwah abah tersayang ketika aku masih lagi bersekolah. Ketika itu umur aku baru 15 tahun. Sedang bertarung belajar untuk menduduki peperiksaan PMR. Korang tahu tak? Arwah abah aku meninggal ketika beliau sedang bertugas di sempadan. Ketika aku sedang bertarung nak ambil exam PMR lagi 2 minggu. Korang tahu tak? Bertapa luluhnya hati aku ketika mendapat tahu arwah abah meninggal? Aku hilang semangat. 


Tapi aku tetap bersyukur sebab arwah abah 'pergi' tak sia-sia. Beliau 'pergi' setelah menabur bakti kepada negaranya dan mungkin juga untuk agamanya walaupun dia seorang mualaf. Beliau 'pergi' meninggalkan anak-anak nya dengan didikan yang baik serta tidak menyusahkan isterinya. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kami tidak menjadi seorang manusia yang mudah lupa diri. Amin.


Nak tahu kenapa aku tulis entri tentang ini? Baca dan hadam baik-baik status yang telah aku nyatakan di wall fesbuk aku 2-3 hari yang lalu.






Sekarang sudah tahu kan kenapa tetiba aku tulis entri tentang sejarah keluarga aku? Sebabnya aku sangat jelik dengan sikap sesetengah individu yang terlalu taksub dengan pemimpin parti mereka sehingga sesedap rasa memaki hamun institusi kepolisan. Arwah abah aku merupakan bekas seorang anggota polis. Sudah pastilah aku sebagai anaknya yang pernah menyanjung kerjaya beliau berasa terpukul dengan ketidaksopanan manusia lain yang menghina kerjaya seorang polis.


Oh ye! Kalau korang nak tahu, arwah atok iaitu bapak mak aku juga pernah berkhidmat dengan PDRM. Beliau pernah berbakti kepada negara ketika negara diambang ancaman pihak luar berpuluh tahun yang dulu. Kakak aku juga telah berkahwin dengan seorang anggota PDRM. Masa korang tengah 'buat perhimpunan' hari tu pun, abang ipar aku bertugas jugak tau nak menjaga ketenteraman. Yes! Kami berbangga menjadi sebahagian daripada mereka yang telah sanggup berkorban semata-mata demi 'berkhidmat untuk negara' ni.


Ini bukanlah bertujuan nak menunjuk riak. Tapi nak bagitahu pada mereka-mereka yang menganggap polis sebagai 'anjing', arwah abah aku yang telah berkhidmat sebagai seorang polis mampu melahirkan anak-anak yang hormat pada manusia dan agama. Aku sangat pelik kenapa sejak akhir-akhir ni kebanyakan dari rakyat Malaysia, ramai yang sudah tidak menghormati institusi pertahanan seperti polis. Sesuka hati memaki hamun dengan penuh emosi hanya disebabkan politik. Dan kebanyakan dari mereka adalah seorang yang beragama Islam. Sangat menyedihkan.


Aku sendiri kurang jelas kenapa mereka ni nak kaitkan polis dan politik. Dikatakan polis itu 'anjing kerajaan' la, 'anjing BN' la. Alahai. Kenapa la begitu pemikiran mereka ye? Agaknya mereka ni terlupa satu benda kot. Walau apa pun terjadi kepada negara, diperintah oleh parti politik mana sekalipun, polis-polis ni la yang akan berdiri di barisan paling hadapan jadi benteng dan perisai mempertahankan negara dan rakyatnya jika berlaku sebarang ancaman musuh dari negara luar. Ada ke di antara korang yang memaki-maki tu nak berdiri di barisan paling hadapan bertemu dengan musuh negara?


Mungkin ada segelintir polis yang telah mencemarkan imej kepolisan. Tapi jangan dilabel kesemuanya begitu. Sila hormati polis-polis lain yang mana memang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk negaranya. Dari kamu memaki-maki dan membuat tuduhan rambang sebegitu, apakata kamu isi borang dan pohon jawatan sebagai polis kemudian berkhidmatlah dengan jujur untuk negara kamu. Perbetulkanlah apa sahaja yang sebelum ini kamu kata korup dan sebagainya itu. Jangan hanya pandai berkata-kata sahaja. Boleh?


Hai. Entahlah. Malas nak komen panjang isu ini. Masing-masing ada akal dan bijak pandai. Berfikirlah dengan waras dan bukan dengan emosi yang membuak-buak kerana terlalu taksub dengan politik. Ingin dimaklumkan di sini supaya tiada yang salah faham. Walaupun aku merupakan ahli keluarga yang pernah dan sedang berkhidmat dengan PDRM, bukan bermakna aku ni memihak kepada kerajaan. Maklum la korang sendiri yang cakap polis dan sekutu-sekutunya tu 'anjing' kerajaan, kan?


Maaflah. Aku seorang rakyat yang neutral, yang cintakan keamanan negara dan sayangkan agama aku. Aku tak sanggup nak tengok negara kucar-kacir hanya disebabkan oleh saudara seagama aku yang bertelagah dan berpecah belah kerana politik di dunia dan berebut kuasa nak mentadbir negara. Aku tak rela mereka yang beragama lain memandang serong terhadap agama aku yang suci. Bukanlah nak kata aku sudah cukup selesa dan tidak mahu memperjuangkan agama. Jangan sebarangan membuat tuduhan pula. Sama ada kamu boleh terima atau tidak penulisan aku ni, aku tiada hak untuk menyalahkan sesiapa. Sekian.



Bisik-bisik :: Aku bersyukur sebab darah seorang perwira negara mengalir dalam tubuh aku walaupun aku tak mampu nak jadi polis seperti beliau. Terima kasih abah!

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mereka tu lupa @ tak nampak kot tak semua polis2 tu penyokong parti kerajaan.. Kalau guna LABEL polis sbg anjing.. ada juga polis yg menyokong pembakang jadi penyokong dorang pun anjing jugak ker?? Kenapa nak labelkan orang dengan anjing walhal kalau di fikirkan kadang2 Anjing tu lg mulia dari manusia yang suka menggunakan anjing utk menghina manusia lain

    BalasPadam
  2. @THE LEKAT LEKIT STORY :: saya harap kalau jadi apa-apa kat Malaysia ni, dorang la orang pertama yg berdiri di barisan paling hadapan jadi perwira mempertahankan keamanan negara dari musuh luar..jangan hanya pandai bercakap saje...

    BalasPadam
  3. Bapa aku jguak polis.masa bersih dia kena bertugas di dataran merdeka....tahukah anda bertapa serius aku risaukan bapa aku...? aku dah pesan kat adik aku kat sana apa2 jadi call abang...macam mana nak sampai tu lain cerita...kalo bapa aku kena hari tu pukul..aku cari sorang2...tak kira sapa pun yang pukul...mark my word

    BalasPadam
  4. @Frause :: bapak hang kena bertugas kat sana ke masa tu? huishh..kalau aku jd hang pun aku risau sangat2..

    aku pernah rasa risau tu camne bila dapat tahu masa arwah abah aku bertugas dulu, kawan dia terpijak jerangkap samar dan kaki pakcik tu hancur sebelah..risau bapak aku terima nasib yg sama..huhu..

    ramai tak faham perasaan famili seorang petugas polis yang terpaksa bertugas dgn risiko bahaya mcm ni kan?

    BalasPadam
  5. hidup polis!!hehe. saya tak faham juga kenapa ada yang panggil polis , babi la...sial la. padahal polis malaysia antara yang terbaik dalam dunia tau. hehe.so..we shud proud of it.. :))

    BalasPadam
  6. Besederhana lebih baik, tidak payah terlalu ekstrem. 2 2 pihak pun sama..

    BalasPadam
  7. manusia memang tak reti bersyukur.
    Sophie percaya anggota polis dah jalankan tugas mereka dgn baik & cekap.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan