Assalamualaikum. Hai!
Tulisan kali ni mungkin agak 'berat' sikit dan panjang berjela. Mulanya nak ignore je walaupun sebenarnya dah lama teringin nak menulis pandangan. Tapi hari ni rasa terpanggil pulak nak tulis secara tertib pasal isu yang tengah hangat meletop-letop sekarang ni. Sebelum ni sekadar post status sahaja di ruangan fesbuk nak menyampaikan suara hati dan buah fikiran. Tak sangka dapat pulak banyak pandangan dari rakan-rakan yang lain. Ada yang menyokong. Ada yang menentang. Biasa la tu. Manusia kan? Kita semua ada pandangan masing-masing.
Sebelum aku ulas lebih lanjut, berikut adalah kronologi status aku di fesbuk berhubung isu ini. Tujuan meluahkan rasa tersebut adalah kerana jemu mendengar rungutan dan berita yang asyik menyampaikan isi penyampaian yang sama saje. Tiada niat lain selain itu. Jadi harap maaf jika mungkin ayat yang tertulis itu ada yang sedikit kasar dan keras bunyinya.
*Maaf kerana bahasa yang sedikit kasar..masa ni tengah hangen sangat..huhu..T_T*
Itulah luahan rasa hati aku. Maaf sekali lagi jika bahasa nya agak kasar. Sekarang biar aku ulas dengan lebih lanjut. Maaf kalau terlalu panjang berjela ulasannya. Tujuannya supaya korang senang nak paham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau korang tak boleh terima pandangan aku, itu hak korang. Aku takde hak nak bantah. Terpulang atas penerimaan masing-masing. Semua bijak pandai terpelajar. Boleh berfikir secara rasional. Bukan terlalu emosional.
# Situasi yang buat aku rimas tentang isu ini.
- Ramai yang sudah bekerja, merungut tak mampu nak bayar hutang PTPTN tapi bergaya dengan kereta dan berjoli itu ini sesuka hati. Siap ada yang pakai kad kredit lagi. Bukan la semua. Tapi kebanyakkannya. Hmm.
- Ramai yang bising, takde kerja sebab susah nak dapat kerja. Maka mereka tak boleh bayar PTPTN. Jadi nak sangat ia dihapuskan supaya tidak terbeban lagi. Sedangkan dalam dorang bising susah nak dapat kerja tu, ramai pulak orang asing yang bekerja kat negara kita ni ye. Kenapa begitu? Terlalu demand dan memilih kerja ya? Hmm.
- Pelajar yang tak habes belajar pun berkobar-kobar nak hapuskan PTPTN. Kononnya ditindas. Terpaksa ambil PTPTN. Tiada pilihan lain. Taknak bila dah habes belajar nanti terbeban nak bayar semula. Jadi mahu dihapuskan. Hmm.
- Semua yang berkobar-kobar nak hapuskan PTPTN ni, berbahas mahukan pendidikan percuma. Katanya memang tanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan tersebut. Jadi hutang-hutang dorang tu kena dihapuskan jugak sebagai ganti pendidikan percuma yang sepatutnya dorang dapat tapi tak dapat. Hmm.
- Telah dipolitikkan. Kononnya memberontak sebab tanda protes ada menteri yang boleh dilupuskan hutangnya begitu saja. Kerajaan corrupt. Kerajaan membazir. Jadi digunakan alasan ini mahu hutang sendiri pun dihapuskan juga. Biar adil kononnya. Hmm.
Terus terang, aku cukup rimas dengan situasi-situasi di atas. Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka-mereka ini untuk melepaskan diri dari tanggungjawab melunaskan hutang masing-masing. Ye aku faham seandainya perjuangan korang tersebut kerana nak menyatakan ketidakpuasan hati terhadap dividen yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana. Itu syarat yang telah dinyatakan dari seawal sebelum kita bersetuju menandatangani surat perjanjian dengan mereka. Kita perlu akur. Lagipun masa itu kita tidak dipaksa pun. Cuma korang je bagi alasan kata terpaksa dan tiada pilihan lain kan?
Dah nama pun pinjaman. Sama juga macam kita membuat pinjaman dengan pihak bank. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak buat pinjaman peribadi, pinjaman kahwin. Ada percentage dividen yang dikenakan. Tapi kita tetap bersetuju juga kan? Situasinya sama sahaja. Ada yang cakap dividen = riba'. Sebab cukai pentadbiran itu boleh dikatakan riba'. Sepatutnya berapa yang kita pinjam, jumlah itulah yang perlu kita bayar. Haram kita membayar riba'. Maaf. Soal ni aku tidak layak untuk menentukan halal haramnya. Ilmu agama aku masih cetek lagi. Tapi aku bersangka baik. Mungkin dividen yang dikenakan tersebut adalah untuk membayar gaji pekerja di situ. Wallahualam. Itu antara dorang dengan Yang Maha Esa sahaja yang tahu.
Aku pelik kenapa ramai yang membangkitkan isu pendidikan percuma. Ok. Memang kita dah sedia maklum yang pendidikan percuma sudah diberikan di peringkat rendah iaitu peringkat sekolah. Yang dituntut ni adalah pendidikan percuma untuk peringkat tertinggi iaitu di universiti. Sebelum ulas isu yang ni biar aku jelaskan dulu tentang pendidikan percuma ni ye. Siapa kata tiada pendidikan percuma kat Malaysia ni? Aku rasa macam banyak je kerajaan dah sediakan. Siap dapat duit poket bulanan lagi.
Contohnya seperti Giat Mara. Yes. Mungkin ia diperingkat sijil sahaja. Tapi boleh consider di peringkat tinggi jugak tu sebab bukan sekolah lagi. Cumanya bukan di universiti je la. Tapi percuma kan? Dapat elaun bulanan pulak. Lepas tu dapat ilmu kemahiran lagi yang mana lebih berharga untuk pasaran kerja yang memerlukan kemahiran. Kenapa ramai yang kejar nak belajar tinggi tapi hanya dapat teori tanpa kemahiran, kalau tahu tak mampu nak tanggung kos pembelajaran di universiti? Ada pilihan untuk dapatkan pendidikan percuma yang memberikan kemahiran kan?
Nak belajar tinggi di universiti sebabkan nak ada sijil ijazah/diploma/master/phd untuk mudah dapat kerja? Alahai. Kalau setakat ada semua tu, tapi kerja praktikal haram langsung tak boleh buat, apa guna? Sekadar ada semua tu tak cukup. Oh! Sebab dengan adanya semua tu boleh demand kerja hebat dan gaji yang besar ye? Hmm. Kalau begitu, memang kamu bukan pekerja yang berkualiti sebenarnya. Ilmu teori saja tak cukup dalam bidang pekerjaan ye. Memang perlu ada teori. Tapi kamu perlu juga ada kemahiran yang praktikal untuk melaksanakan tugas kamu.
Baiklah. Sekalipun kamu mahu pengajian tinggi di universiti itu diberikan secara percuma, boleh. Di peringkat sekolah sila belajar bersungguh-sungguh dan capai keputusan yang cemerlang. InsyaAllah pelbagai sponsor yang bakal kamu miliki untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Bukan sahaja di dalam negara, malah jika mahu melanjutkan pelajaran di luar negara pun turut ditanggung. Jangan risau. Pendidikan percuma bakal jadi milik kamu. Tak perlu bising-bising lagi. Dan yang penting tak perlu buat pinjaman pelajaran. Mudah bukan?
Kita kena tahu. PTPTN adalah sebuah perbadanan. Bukan 100% hak milik kerajaan. Cuma dipantau sahaja oleh kerajaan. Mereka sebuah badan berkanun. Yang ada undang-undang sendiri. Mungkin sebab itu ada dividen dikenakan sebagai syarat pembayaran semula pinjaman. Ya, memang betul badan berkanun mendapat dana dan peruntukan dari kerajaan. Tapi mereka perlu urus sendiri kewangan mereka. Ada yang hentam aku kata, "Mahu faham sendiri la kan walaupun badan berkanun siapa yang pegang PTPTN".
Baiklah. Saya faham kamu penyokong pembangkang. Saya hormat pendirian, sokongan dan ketaatan kamu terhadap parti kamu. Tapi jangan serang saya secara peribadi dengan isu politik secara membabi buta. Saya tidak mahu terlibat dengan isu politik. Saya masih belum bersedia untuk menyokong sesiapa. Pernah saya menyatakan pendirian saya terhadap dunia politik suatu ketika dahulu dalam entri ini. Saya mengaku saya adalah rakyat 'atas pagar'. Jadi, sila hormat pendirian saya sebagaimana saya hormat pendirian kamu.
Ya, memang kerajaan yang mengawalselia PTPTN. Even kalau pembangkang yang tadbir kerajaan nanti pun, PTPTN ni dorang jugak yang akan kawalselia. Takde isu di sini untuk menghentam PTPTN kerana mereka dibawah pentadbiran kerajaan. Kamu rasa andaikata pembangkang pegang kerajaan, dorang akan hapuskan ke PTPTN ni seperti yang diwar-warkan kalau dorang rasa ada untungnya mengawalselia PTPTN ni. Sendiri mahu faham juga ye. Jadi tolong jangan cakap pasal politik dengan saya. Saya tak berminat!
Bagi pendapat aku, pinjaman PTPTN tidak logik untuk dihapuskan. Sangat tidak relevan. Bukan semua dari kita ni terdiri dari golongan yang kaya berduit. Pinjaman pendidikan tidak salah sebenarnya. Apa salahnya kita melabur sedikit untuk mendapatkan ilmu? Bagi aku, investment untuk mendapatkan ilmu itu tidak menjadi masalah. Ini kerana kita akan menjadi seorang manusia yang lebih menghargai ilmu. InsyaAllah jika niat untuk mendapatkan ilmu itu kerana Allah.
Sedangkan yang berbayar ni pun ramai yang tidak bersungguh-sungguh belajar dan mensia-siakan ilmu. Inikan pula jika diberikan hanya percuma. Kelas ilmu agama di masjid pun ramai tak ambil kisah walaupun hanya diberikan secara percuma kan? Sebab apa? Sebab ramai dari kita ni sebenarnya tidak menghargai ilmu. Jangan nak nafikan pula. Itu kenyataan nya.
Masih mahukan pendidikan percuma untuk semua peringkat juga kononnya itu kewajipan kerajaan salurkan buat rakyat? Hmm. Boleh rasanya. Apa kata kita semua pun bekerja secara percuma juga. Anggap itu kewajipan kita yang perlu disalurkan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang sangat maju. Semuanya dari peringat apa sekalipun jawatannya. Menteri (tak kira orang kerajaan atau pembangkang), bos, kuli, dan sape-sape jela. Tak kira yang berkhidmat dalam sektor kerajaan atau swasta. Takde pengecualian.
Kita berkhidmat secara percuma. Biar duit gaji yang sepatutnya kita dapat tu, rolling gunakan untuk memberikan segala-galanya secara percuma. Pendidikan percuma, rawatan kesihatan percuma, minyak kenderaan percuma, naik pengangkutan awam percuma, penginapan percuma, lalu tol percuma, apa-apa saja la kemudahan semuanya percuma. Logik ke tidak ye? Dah kata nak semua percuma kan? Hmm. Nyawa kita ni pun pinjaman dari Allah juga. Terlupa agaknya kita ni kan?
Sebenarnya, isu ini aku lihat dari sudut KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG. Bukan nak mempertahankan PTPTN. Aku sendiri berhutang dengan PTPTN dengan amaun yang sangat banyak. RM21000. Belum termasuk dividen lagi. Jadi kenapa pulak aku nak mempertahankan PTPTN sedangkan aku pun kiranya tergolong dalam golongan yang 'tertindas' kan? Sepatutnya aku pun kena menyokong perjuangan menghapuskan PTPTN ni la kan?
Tapi tidak. Mustahil aku hendak terlibat sekalipun ada yang akan kata "Eleh. Kalau PTPTN bagi pilihan ko nak bayar ataupun tak, mesti ko pilih taknak bayar kan?" Maaf. Aku bukan manusia yang lupa diri dan tidak mengenang budi. Dan aku bukan manusia yang suka lari dari tanggungjawab. Itu bukan aku. Aku seorang muslim yang berpegang kukuh dengan ajaran Islam. Aku sedar duit pinjaman pelajaran yang aku dah dapat dulu, aku bukan sahaja guna untuk beli buku dan bayar yuran. Malah aku dah gunakan untuk sara hidup aku ketika dalam pengajian. Belanja makan dan sebagainya. Dah jadi darah daging aku.
Pendirian aku, membayar hutang adalah wajib dan tanggungjawab aku sebagai penghutang untuk melunaskan hutang-hutang aku. Aku takut dengan azab Allah terhadap mereka yang berhutang tapi tidak mahu membayar semula. Sangat takut. Dan aku sedar aku tak mampu nak tanggung dosa lari dari bayar hutang. Dosa yang ada sekarang pun dah berkoyan-koyan tak tertanggung. Huhu. Kalau korang aku taktau la kan pendiriannya macam mana.
Hai. Entahlah. Kenapa ramai betul yang ambil mudah isu hutang ni ye? Korang semua tak takut eh dengan azab Allah? Sudah kebal nak hadapi azab dariNya ye? Ye la kan. Korang mampu nak tanggung dosa berkoyan-koyan. Sebab tu beriya-iya berjuang nak dihapuskan hutang korang tu dengan alasan 'menteri' tu boleh kenapa korang tak boleh. Hmm. Eloklah tu. Esok di akhirat korang beratur la beramai-ramai dengan 'menteri' tu ye. Kemudian jawablah dengan Yang Maha Esa kenapa kamu lari dari kewajipan membayar hutang tu.
Pelik-pelik juga manusia yang ada kat atas muka bumi ni ye. Ramai yang pendek akal rupanya. Maaf seandainya ada yang terasa. Aku maksudkan pendek akal itu bukanlah hendak mengatakan mereka ini bodoh. Jangan salah faham dan marah aku pula. Tiada niat untuk berkasar. Dikatakan pendek akal itu bukanlah bermaksud bodoh, tetapi tidak boleh berfikir secara rasional. Berfikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak. Anda semua orang yang bijak bukan?
Kesimpulannya, yang berhutang silalah bayar hutang kamu itu. Ingatlah, HUTANG ITU WAJIB DIBAYAR walau apa pun alasan kamu. Sekian terima kasih. I rest my case. End of discussion.
Bisik-bisik :: Ramai rupanya manusia yang beragama Islam suka mengambil jalan pintas untuk melarikan diri dari kewajipan eh. Tak sangka sangat! Malu rasanya. T_T
Sangat bagus entry nie! CK suka ... dah tahu berhutang bayar ajelah. Masa dapat duit bukan main lagi joli. Semua tu politik belaka nk mansuhkan PTPTN.
BalasPadamMahasiswa/i yg belum habis pengajian tu semua akal letak mana? Takkan tak boleh fikir yg setiap hutang wajib bayar??? Akai ada ka???
Kalau taknak bayar PTPTN jgn mohon dr awal! Klu dah mohon tp cam menyesal, pulangkan balik duit tu ... jgn joli sakan.
Habis kerja pandai lak wat loan beli kete, tpi loan belajar ngelat nk bayar!
suddenly it become more complicated... huhu
BalasPadamserious, menyampah gila dengan orang-orang yang merungut pasal ptptn ni. tak mampu bayar? pakai kereta mampu, berjoli mampu, bayar yang berapa kerat tu tak mampu? terlalu ikut agenda orang lain, macam tu la.
BalasPadam@Cik Kamoo :: ramai orang yang lupa diri kan CK? hai..entahlah manusia skarang ni..
BalasPadam@zulhilmi tempoyak :: benda ni tak complicated kalau takde orang yang menjadikan ia begitu..entah lah..nak cakap banyak pun takde guna jugak..
BalasPadamapa yang penting, kite berpegang pada agama..HUTANG MEMANG WAJIB DIBAYAR..itu firman Allah di dalam Al-Quran..
@Rara Nasiha :: itulah..saye pun dah naek meluat dengan mereka-mereka yg tak kenang budi ni..
BalasPadamFuh aku dapat rasakan heat bila baca tulisan ko ni, rasa macam ada di tepi bersemangat berpidato haha!
BalasPadamBetul lah tu hutang wajib dibayar, dan pelajar patut habiskan belajar dahulu, jangan sia2kan harapan mak bapak..
@ParkAir :: haha..aku dulu memang pemidato pun masa sekolah..mekaseh..kih3..
BalasPadamwowwww panas2 hehehe.dulu isu ni takde plak hangat mcm nie.tiba2 je meletup2..dulu ptptn lg teruk cas 3 percent lg byk riba dia hahaha.skang riba dia 1 percent je..dh kurang sikit haha
BalasPadambetul tu klu dah berhutang byr shj la..
BalasPadamhye gorgeous =)
BalasPadamyezzaaa... at last jmpe gak siswa siswi yg normal.. =p huhuhu. rimas gila dgn isu pendidikan percuma lah.. hapus ptptn la.. ntah pape. even aku x amik ptptn , tp aku sedar ramai member2 sekeliling aku yg perlukan duit tu utk study. yg guna utk keperluan lain pon ada gak. tapi x kisah lah.. pandai guna, pandai lah bayar.. huhu
setuju sangat...suka dengan perempuan yg ambil tahu isu semasa..
BalasPadamMcm Tun M ckp.. kalau x nk tak payah ambik.. Setuju dgn entri cik sha. Pun rimas dgn Isu ni. Semua nak memberontak dh skrg
BalasPadamem kalau taknak jangan amik. cuba fikir...duit PTPTN tu bukan sekadar bayar yuran tau..ia bantu untuk tampung duit belanja sepanjang semester jugak. the other party nak mansuhkan PTPTN sbb kononnya nak beri pendidikan free...tapi duit belanja sepanjang sem tu siapa nak bagi ?? well hello.nak guna duit kerajaan juga ke ??? somebody explain please. diorg yg join pemansuhan tu...nak benda free. belajar taknak sgt pun. sanggup skip class untuk pergi ber demo. padahal duit ptptn beli handphone. mansuhkan bunga okay la. kalay the whole ptptn, i think its a crap.
BalasPadamada beberapa agenda di sebalik isu ni, tapi yang paling besar ah tentu la politik.
BalasPadambudak2 yang menyokong pemansuhan dan mintak pelajaran percuma pulak adalah budak2 yg sepatutnya tak layak sambung belajar sebab tak reti guna otak rupanya...setakat masuk ipt atas sijil spm yang makin lama pun dah makin kurang kualiti.
nice entry. keep it up!
betul tu...dah pandai pinjam pandai2 la bayar geng...sendiri mau ingat...tu pun nak kene ajar ke?...
BalasPadam