Assalamualaikum. Hai!
Sebenarnye persoalan ni dah lama berlegar-legar di pemikiran aku ni. Sebab dah banyak kali jugak terjadi kat perumahan aku ni. Dari kampung sebelah. Aku selalu terdengar azan Isyak dilaungkan lewat dari waktu sepatutnya. Lewat sikit takpe. Ini sampai sejam lebih. Tapi itulah. Cuma tak terluah nak bertanya pada yang lebih arif. InsyaAllah nanti berpeluang aku akan bersemuka dengan mereka yang lebih berilmu untuk bertanyakan tentang ni. Sekadar nak dapatkan penjelasan dengan lebih jelas secara bersemuka. Baru puas hati.
Semalam kejadian tersebut berlaku lagi. Jadi aku ade la update status kat fesbuk kononnya nak bertanyakan pendapat kawan-kawan. Mana tahu kot ada yang berilmu dan arif pasal ni. Tapi haram takde yang respon pun. Status aku dipandang sepi je. Update status sendiri kemain lagi macam-macam doa, hadis, ayat Quran keluar. Tambah-tambah kalau bab perkahwinan, cinta, aurat, semua laju je. Tapi bila ada kawan ajukan persoalan azan dan solat camtu sorang pun tak respon. Sadis betul. Persoalan apa yang aku maksudkan? Nah! Ini keratan status aku tersebut.
Al-kisahnye, semalam dalam jam 9.30 malam gitu aku g toilet nak buang hajat dan nak ambil wudhu' untuk solat Isya'. Tengah kushyuk buang hajat tu tetibe aku terdengar laungan azan. Aku ni pesyen tak masok jamban time azan sebenarnye. Lagipun tak elok kan time azan masuk jamban. Setan iblis semua tengah bertempiaran lari berebut nak masuk rumah depa tu kalau dengar azan. Betul tak?
Lepas dah setel buang hajat terus menuju ke laptop yang terpasang dan terhasillah status tersebut. Lepas tu aku pun pergi le menunaikan solat Isya' dulu. Setel solat dan berdoa panjang berjela, aku pergi ngadap drama dulu kat tivi3. Masa duk layan drama tetibe teringat status aku tu. Aku pun pergi le check. Sedihnya sorang je kawan yang respon. Tapi die pun tak sure dan cadangkan aku bertanya kat Ustaz Azhar Idrus yang pemes tu. Cumanya belum tergerak hati lagi nak buat. Kalau di antara korang terasa nak ajukan persoalan aku ni pada dia silakan. Aku tak kesah pun.
Tapi, sekarang ni aku nak bagi pendapat la sikit tentang hal ni. Memang aku bukan seorang yang arif tentang hal agama. Dan aku pun takkan sekali-kali nak memandai-mandai meletakkan hukum sesuka hati. Sebab aku memang tak layak. Sekadar nak luahkan pandangan aku je. Sebabnye kawan yang respon semalam tu cakap "Mungkin ada ceramah agama. Sebab tu azan lambat. Selalunya begitulah kalau ade kuliah maghrib kat mana-mana". Tapi aku argue balik. Itu yang die kata tak sure dan suruh tanya kat UAI.
Apa yang aku argue? Pada pendapat aku, seeloknya lebih afdal didahulukan azan dan solat Isya'. Bagi aku, ceramah agama tersebut tak perlu drag sampai ganggu waktu azan bila dah masuk waktu. Boleh diberhentikan buat sementara dan dahulukan apa yang patut. Memang ceramah agama itu adalah tujuannya untuk memberikan ilmu agama. Tapi aku rasa solat lebih utama. Jadi sepatutnya postpone dahulu majlis ilmu tu dan tunaikan dahulu azan dan solat Isya', kemudian baru sambung semula ceramah tersebut selepas solat Isya'. Ke tak boleh buat macam tu eh? Entahlah.
Ye. Memang aku akui yang aku tak pernah hadiri majlis ilmu atau ceramah agama atau kuliah maghrib kat mana-mana sebab aku lebih selesa solat di rumah. Jadi aku tak tahu situasi sebenar di tempat kejadian. Lagipun aku perempuan kan? Lebih elok solat di rumah. Bukan tak teringin pergi. Salah anggapan korang tu. Aku pernah pergi, cuma masa bulan Ramadhan sebab nak tunaikan solat sunat tarawikh yang setahun sekali datang. Tapi sepanjang aku pergi masjid tunaikan solat sunat tarawikh tu tak pernah la pulak ada situasi macam ni. Azan tepat pada waktunya.
Ye sekali lagi kalau ade yang hentam " Eleh! Macam la ko tu selalu solat awal waktu. Sebok nak bising azan lewat. Biarlah dorang nak selesaikan dulu ceramah agama tu." Memang aku mengaku jarang solat di awal waktu. Selalunya memang terlewat dari waktunya. Maklum la bila di rumah atau di tempat kerja atau ke mana-mana selalunya memang akan ada je gangguan. Bukan tak pernah solat awal waktu selepas dengar azan, cuma jarang sangat. Tapi kalau sedang berada di rumah Allah, bukankah lebih afdal solat di awal waktu?
Itulah yang menjadi persoalan aku. Kenapa ditangguhkan azan apabila masuk waktu sebab nak habeskan ceramah agama? Yang mana lebih utama? Siapa boleh jawab persoalan aku ni? Apa-apa pun, aku nak mintak maaf kalau persoalan aku ni nampak macam orang bodoh agama. Sebab nak tahu aku bertanya. Sebab aku rasa ada reason relevan maka aku argue. Harap maaf. Sekian.
Bisik-bisik :: Walaupun nampak macam remeh, kadang-kadang kita selalu terlepas pandang tentang hal begini kan?
ustaz azhar idrus ckp ape cik sha?ml tahu gak
BalasPadam@Kumbang Jingga :: belum tanye la KJ..nnt sha tanye eh..
BalasPadamBismillah
BalasPadamapa yang aku belajar la ni kan..solat isya x jadi masalah untuk dilewatkan..tapi jgn sampai nak dekat subuh baru nak solat..sebab ada beberapa pendapat ulama mengharuskan solat isya disepertiga malam.dah kalau ada majlis ilmu..dan dah masuk waktu isya dan majlis tersebut belum tamat..semoleknya berhenti sebentar untuk memberi laluan pada azan isya di tempat lain2 dan boleh sambung majlis ilmu tersebut..atas dasar kepentingan tertentu..
contohnya..
andaikata majlis tersebut berhenti begitu aja..kemungkinan para penuntut majlis ilmu tersebut akan tertanya tanya dan perkara itu akan terbawa bawa ke dalam solat dan mengganggu khusyuknya solat mereka..ha gitu..jadi x mengapa nak meneruskan majlis ilmu tersebut..(bersangka baik)
masalah kedua.
azan tapi dah lewat..semoleknya..kalau nak azan pon..pasang la speaker dalam masjid dan didengari oleh ahli jemaah tu sudah la..ataupon memadai hanya dengan iqamah sahaja..sebab molek pasang speaker dalam..takut kang..berlaku kekeliruan orang lain yg dah sudah semayang..haa gituu
@JIJI YU :: mekaseh jiji yu sebab menjawab persoalan saya ni dan memberikan saye pemahaman yg jelas..^_^
BalasPadambab yg melewatkan solat isya tu saye ade jugak pernah belajar..tu la..cuma yang konpiusnye pasal azan dilewatkan tu je la..
sebab pada pemikiran saye adalah lebih afdal diberhentikan ceramah agama bile dah masuk waktu dan azan terlebih dahulu..bab nak tangguh solat lepas azan dan sambung ceramah tu, wallahualam..mungkin benar apa yg jiji cakap tu..takut ada yg tak kusyhuk dalam solat pulak kalau dgr ceramah tak habes, kan?
cumanya kalau dah azan tu molek jugak solat dulu, sebab dah alang-alang..lagipun dah ade kat rumah Allah..melainkan ceramah tu buat bukan kat masjid/surau..itu lain cerita la..
tapi saya setuju yang bab speaker dalam masjid tu..sekalipun nak azan lewat kerana nak habeskan majlis ilmu di masjid, elok lah speaker luar ditutup..bimbang org lain terkeliru..biar ahli dalam masjid je dengar melalui speaker dalaman..
apa-apa pun terima kasih sangat2 di atas penjelasan jiji tu..banyak jugak membantu..tenkiu so much!^_^
sejam lewat...nape di lewatkan..ibarat mcm solat jugak lah...azan nie ayat yg di laungkan untuk memanggil org bersolat...buatnye org xperasan dh masuk waktu then dgr azan br sembahyang..padahal waktu dh lama masuk..
BalasPadamdulu kalau dgr cermah,time msuk wktu mesti azan dlu baru smbung crmh blek.
BalasPadamaku tak pernah jumpa kes ni, jadi aku tak pernah curios nak kaji.
BalasPadamtapi pendapat aku, azan elok tepat masa, tapi solat isyak lewat takpe.
selalu pegi kuliah atau tgk ceramah Dr Maza, memang dorang berhenti kejap ceramah bagi laluan kat azan, lepas tu sambung ceramah bagi habis then baru solat.
nanti aku try kaji dalam kes hadis mcm mana ye sha.
Di Malaysia ni orang kita ni kaya dengan budi bahasa..nak azan pun kadang kala siap ada turn lagi..kalau Syu perasaan la lani pun ada masjid dan ada surau yang kadangkala mengikut parti.Contohnya kampung Pelet.Ada masjid dah tu tak sampai 100 meter ada Surau PAS.Jadi bila Azan pun tengok sapa dulu Azan.Kalau Masjid Azan, surau akan akan selepas tu..tapi kalau di Mekah dan Mesir diaorang akan Azan serentak. Sepatutnya bila dah lewat azan cukup sekadar untuk didengar oleh jemaah di dalam masjid itu sahaja.. Tapi janagn pulak terkejut ada dinegeri tertentu untuk solat subuh azan akan di laungkan beberapa kali. Azan tujuan utamanya adalah untuk memanggil orang bagi solat berjamaah. Setahu saya tiada hukum bagi Azan yang boleh menjejaskan ibadah solat kita.
BalasPadamkite tak penah dengar lagi la azan isya' lewat. mungkin pernah tapi tak perasan kot.
BalasPadamtapi kan, pelik betul bila org cuba lencongkan persoalan kita dengan isu yg lain, contohnya bab solat awal waktu pulak.
childish kan?
Assalamualaikum.. azan apabila masuk waktu itulah yg terbaik.. andai ade ceramah, beri laluan kpd azan dahulu.. org yg pegi masjid/surau sbb dgr azan itu boleh skali dgr ceramah.. dpt pahala dgr ceramah skali.. tiada isu kalau nk solat isyak lambat.. yg penting xnk bg kekeliruan kpd masyarakat.. kalau nk azan lambat jgk, pandangan sedara² kat atas tu dah bg.. azan hanya utk yg berada dlm masjid//surau itu shj.. wallahu'alam..
BalasPadamSaya pernah pergi sebuah surau. Masa tu ada ceramah sampai azan isyak berhenti sekejap untuk perdengarkan azan. Kemudian penceramah sambung bagi ceramah sampai pukul 10.30mlm pun tak habis lagi. Solat isyak belum dikerjakan lagi dan ada jemaah yang dah balik sebab tunggu lama. Persoalannya- Boleh ke sambung ceramah lepas azan atau solat isyak yang patut didahulukan?Terima kasih.
BalasPadamPada pendapat saya , azan tidak patut dilewatkan , kerana azan sendiri adalah satu kitaran .Hal ini bermakna lepas satu daerah telah bekumandang azannya , daerah yang satu lagi akan azan berkumandang pula azannya. Seluruh dunia ada kitaran ini . Hal ini melambangkan seluruh dunia sentiasa akan ada azan yang berkumandang . Jadi , pada pendapat saya, hal melewatkan azan sewajarnya tidak berlaku . Melainkan jika di kawasan saudari telah ada satu kawasan ibadat yang lain contohnya surau , yang telah melaungkan azan . Maka muazzin di masjid tersebut hanyalah perlu melaungkan azan untuk orang di dalam masjid sahaja (SPEAKER DI DALAM MASJID SAHAJA). Jika tidak ada tempat ibadah lain yang melaungkan azan , maka adalah perlu bagi penceramah tadi memberikan laluan kepada azan . Kerana dari zaman Rasulullah SAW lagi kita telah diajar untuk mendahulukan azan & iqamat (MENGHORMATI [ AZAN & IQAMAT ] ). Buktinya , kita diminta menghentikan semua pekerjaan yang sedang kita lakukan ketika [ azan & iqamat ] sedang berkumandang dan memberi fokus utama kita untuk menjawab [ azan & iqamat ] dan membaca doa selepas [ azan & iqamat ] .
BalasPadam#Dalam hal melewatkan solat isyak pula memang adalah dibenarkan bagi tidak mengganggu kekhusyukan jemaah dalam solat . Oleh sebab itu , penceramah boleh menyambung semula ceramahnya selepas memberi laluan kepada {azan & iqamat } kerana hukumnya adalah harus .Dalam situasi ini , adalah lebih baik ceramah dipendekkan agar solat dapat disegerakan . Walaubagaimanapun , hal ini merujuk kepada ceramah yang tidak diadakan di pusat ibadah dan hadirinnya adalah terdiri dari rata-ratanya perempuan dan kanak-kanak .
# tetapi kerana ceramah tersebut diadakan di [ masjid/surau ] dan bagi kaum lelaki khususnya , adalah lebih baik sekiranya mendahulukan solat berbanding [ceramah/majlis ilmu] . Penceramah sepatutnya memberi laluan kepada solat dan menjelaskan kepada jemaah bahawa ceramah tersebut akan disambung selepas solat (apabila azan/iqamat telah selesai dilaungkan) . In Shaa Allah , tiada kesulitan yang akan berlaku seperti jemaah hilang khusyuk dan sebagainya .
Namun , ini hanyalah pendapat saya semata-mata . Adalah lebih baik sekiranya saudari merujuk kepada ustaz atau ustazah yang lebih arif dalam ilmu agama .
Surau sebelah rumah sy ni azan lewat plak dah lebih 20 minit. Dari masjid boleh dengar azan tu. Masjid dah start solat jemaah. Tetiba surau berhampiran dgn suara mengantok tak enak dan menganggu bacaan imam masjid. Dorang laungkan azan subuh tapi dah lewat dekat setengah jam tu. Saya rasa ni x ok sebab mana tahu kalo ade orang tua yang sedang bersahur nak berpuasa. Atau orang foreigner bermusafir dah solat pastu dengar lagi azan dorang solat semula sebab ingatkan salah waktu.
BalasPadamazan lewat mengganggu org yg nak solat dirumah, xkan la org kat rumah nak tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu walaupun hp dah kata masok waktu tapi masjid belom azan2, pastu klau ada yg nak sahur ke berbuka puasa ke, memang mengganggu lah..
BalasPadamKita disunnahkan untuk azan walaupun sudah terlewat, malah untuk solat qadha dan jamak ta’khir.
BalasPadamJika kita datang ke masjid pada jam 3 sebagai contoh, maka sebaiknya kita azan terlebih dahulu tanpa menggunakan pembesar suara.
Jika kita dan rakan-rakan datang dalam jam 2 dan masih ramai orang yang berada di dalam masjid, maka kita disunnahkan azan dengan suara perlahan, sekadar didengari rakan-rakan kita.