Perkahwinan Ibarat Bina Masjid, Bukan Reban Ayam

Assalamualaikum. Hai!

Bersua kembali. Gigih je kan update bulan lepas dengan 4 ketol je entry aku mampu tulis. Memang kekangan masa akibat sibuk dengan kerja betul. Bila malam nak menulis pulak dah mengantuk. Haiyo. Harapnye bulan ni boleh la menulis dengan lebih rajin.

Idea nak menulis tu kemaen lagi bagai mencurah-curah ibarat air terjun. Waseh! Tapi tu la. Mampu catit dalam buku nota je la. Nak membebel panjang menulis dalam belog ni, masa asyik lari mencicit-cicit merata tak ketahuan hala. Ye ye o je kan. Padahal time malam boleh je kalau nak menulis. Tapi membuta tak hengat dunia. Ngahaha.


MENARIK UNTUK DIBACA


kahwin

Sembang Topik Perkahwinan

Pejam celik dah masuk bulan tiga. Dah satu perempat dari tahun 2012. Haiyo. Cepatnya masa berlalu. Sangat pantas sampai kekadang rasa macam tak terkejar kan? Bila masa berlalu semakin pantas, maknanya usia pun bergerak selari dengan pantasnya setiap saat yang berlalu. Tapi kali ni bukanlah aku nak berceloteh pasal masa dan usia pun. Topik kali ni berkisar hal kahwin-kahwin. 

Boleh ke orang bujang ni nak sembang topik perkahwinan?

Err..menulis pasal kahwin ni bukanlah bermaksud aku dah tergedik-gedik meroyan nak kahwin ye. Sila jangan salah faham pulak. Pada aku tak menjadi kesalahan pun kalau orang belum kahwin nak sembang topik ni. Cuma nak berkongsi pandangan je dengan korang semua. Lagi satu buat peringatan dan persediaan. 

Tempoh hari masa kat office, walaupun sibuk dengan kerja mestilah ade jugak selit-selit berbual dengan officemate. Manusia kot. Bukan robot buat kerja sampai tak bercakap-cakap. Jadi kami sembang la topik kahwin ni. Walaupun dua-dua masih bujang lagi. Hahahaha.

Walaupun berbeza jantina dan usia yang mana dia lebih muda dari aku, tapi aku suka bersembang dengan dia hal-hal hidup ni. Aku suka cara pemikiran dia. Oh ya! Dia officemate baru aku yang gantikan officemate lama. Dan dia lelaki okay. Tapi kami bukan skandal ye. Pangkat adik kot!




* Imej disedut dari carian Google*


Pandangan Dari Seorang Lelaki Tentang Perkahwinan

Aku saja la tanya pendapat dia pasal kahwen muda dan macam mana nak tahu lelaki tu dah bersedia ke belum untuk berumahtangga. Perbincangan secara ilmiah la. Ada ayat yang dia sebut sampai sekarang terngiang-ngiang di kepala hotak aku (err..macam tak kena je ayat ni...lantak le!). Tapi memang aku takkan lupa la ayat dia tu. 

Cuma yang bakal aku coret nanti mungkin tak sama la seratus peratus. Cuma point nya tu sama la.  Tak lari dari maksud asal yang dia cakapkan. Ehehe. Dialog dia berbunyi begini..


Akak. Memang la bila dengar pasal kahwen ni macam seronok. Tapi seronok bukan untuk sehari masa kenduri tu je kak. Jauh lagi perjalanan. Saya kadang-kadang tak berapa setuju dengan yang dok gebang sangat pasal kahwin muda ni bagus la itu la ini la. Bukan saya nak cakap kahwin muda ni tak bagus. 

Bagi saya semua perkara ada positif dan negatif nya. Bukan semua 'bernasib baik' dalam perkahwinan yang dibina. Perancangan itu perlu. Kalau ada orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, saya akan jawab "Hang ingat kahwin ni macam nak bina reban ayam ka?". Senang cerita.

Kahwin ni kak, bukan nak bina reban ayam. Kalau macam bina reban ayam, nak runtuh ke nak jahanam ke, lantak le. Saya pun tak peduli. Tapi kahwin ni nak bina masjid kak. Masjid tu ibarat rumah Allah. 

Jadi mesti la kita nak masjid tu teguh kekal sampai syurga. InsyaAllah. Bagi saya kalau nak bina masjid ni, persiapan pun kena mantap luar dalam diri sebab nak pastikan isi rumah dalam masjid tu mencapai piawaian. 

Lagi satu kak, lelaki ni..kalau dia cakap dia dah sedia nak kahwin, memang betul la tu dia dah ready semuanya. Tak perlu nak paksa-paksa. Sesetengah perempuan ni depa tak faham. Asal tengok kawan-kawan dah kahwin, dia pun tergedik-gedik nak kahwin. Lepas tu meroyan ajak pasangan depa kahwin. 

Lelaki kalau dah kena push, walaupun masih belum ready, terpaksa ikut kehendak pasangan depa sebab dah sayang kan. Tapi sampai bila boleh bertahan perkahwinan yang macam tu? Sebab tu la banyak kes rumahtangga hancur tu kak. Ada skandal kat luar la apa la. Betul tak, kak?

Lebih kurang gitu la ayatnya. Tapi aku setuju dengan apa yang dia sampaikan tu. Perkahwinan ni merupakan satu komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar. 

Pandangan Peribadi Tentang Perkahwinan

Bagi aku, perkahwinan adalah amanah yang Allah bagi untuk kita 'pegang' dan kemudi dengan sebaik mungkin. Tapi zaman sekarang ni aku perhatikan ramai yang gagal dalam mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing dan memegang amanah Allah tersebut. 

Entah lah. Nak cakap lebih tak layak pun lagi. Mungkin kesilapan dari diri sendiri dan juga ujian dari Allah. Tapi itulah ramai yang 'gagal'. Sebenarnya sedih bila tengok situasi tu. 

Ya. Memang aku masih belum berkahwin dan tak tahu bagaimana 'perjalanan' sebuah rumahtangga yang sebenarnya. Tapi, tak semestinya aku tak perlu ambil tahu pasal hal ni kan? Aku masih boleh belajar dengan observe sekeliling. Dan aku banyak belajar dari pengalaman mereka yang sudah berkahwin yang berada di sekeliling aku. Sampai kadang-kadang timbul rasa takut untuk berkahwin. Sebab dugaan dari Allah kita langsung tak boleh jangka kan? Haiyoo. Takutnya nak kahwin. (-_-")

Hmm. Lepas ni kalau ada yang tanya bila aku nak kahwin, aku nak jawab macam adik tu cakap jugak la. "Ingat kahwin ni macam bina reban ayam ka?" Haha. Macam aku pulak yang nak jadi ketua keluarga dan keluarkan mas kahwin bagai kan. Hehe. Takpe la. Next entry kalau rajin aku tulis kenapa aku masih belum berkahwin sampai usia dah hampir kertu ni untuk perkongsian dengan korang. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Kenyataannya, tak semua yang kahwin muda akan 'berjaya' dengan perkahwinan mereka itu kalau tiada persediaan yang mantap. Lagi-lagi persediaan bab agama tak kukuh. Make sense or not?

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tapi perumpamaan dia betul lah riesha. org skang ni kahwin main bedal je tanpa persediaan mental . sebab tu banyak cerai berai. niat nk kahwin itu sendiri dah tersasar.sbb tu jd reban ayam. hehe. kahwin awal bagus,elak maksiat. dalam masa yg sama kena lah matang dan terima tggjwb :)

    BalasPadam
  2. @Namee Roslan :: tu la..sebab tu saye setuju jugak dengan pendapat die tu..betul kawen awal bagus dan boleh elak maksiat..

    tapi itulah, kalau niat sekadar itu je dan tak berusaha untuk memperindahkan kehidupan rumahtangga yg dibina awal tu dengan sebaik mungkin, untuk tidak berjaya mempertahankannya memang sesuatu yang tak mustahil boleh berlaku..kan?

    BalasPadam
  3. masalahnya cik sha, reban ayam sekarang ni pon lawa-lawa (advance) tau ..

    rumahtangga org2 skrg, sebenarnya lagi terok dr reban ayam. dorang pikir "KAHWIN" habis cerita. walhal banyak benda nak diambil kira..

    BalasPadam
  4. bila sampai masanya, dan duitnya cukup, maka kamu akan berkahwin juga akhirnya...


    "aku nak kawin!!!!" kalau boleh tahun depan.. kena simpan 12k....

    BalasPadam
  5. @Marya Hana :: ye tak ye jugak kan? dah moden skang ni..kekadang siap ade ekon lagi..hehe..

    err..tapi reban yg saya sebut ni kira macam reban ayam yg kat kampung tu la..kui3..

    betul tu yaya! semua fikir kahwin je dah lepas..dorang terlupa perjalanan kehidupan dorang lepas dah kahwin tu lebih berat sebenarnye..

    BalasPadam
  6. @zulfikar hazri :: ye la ikar..kalau takde duit camne nak buat kenduri kan? ehehe..

    sebenarnya jodoh ni semua kuasa Allah..kita hanya mampu rancang..tapi kalau Allah tak izinkan lagi, apa yang kita telah rancang pasti tak terlaksana jugak..pasti ada sebabnya tu..

    12k je? cukup ke tu? kalau bakal bini ko tak demand insyaAllah cukup..kalau die demand camne?kenduri belah die ko kena support semua, kenduri belah ko pun ko kena kuar belanja lagi..camne tu? kih3..

    BalasPadam
  7. @♥CIK SHA♥Bukan Shahada dah bertunang ka?hehehe

    BalasPadam
  8. hiksssss.... sebagai lelaki.. saya setuju dengan kenyataan opismate akak tu.. =)

    BalasPadam
  9. matang betul pendapat dia tu Sha..lagi satu ada yang fikir nak kawen awal2 sebab taknak dikata loser..
    kena pasang niat nak mencari keredhaan Allah..

    BalasPadam
  10. @Anonymous :: erk? ni siapa yg pandai2 cipta kontroversi ni? haha..;p

    BalasPadam
  11. @ezal ezham azami :: aiseh! menyamar nampak..haha..bukan kamu ke tu yg cakap tu?;p

    BalasPadam
  12. @norinaomar :: betul tu weh! matang betul die fikir..tu yg aku share kat belog aku ni..bg yg tak berapa nak matang kalau terbaca mata terbeliak luas sikit..otak pun dapat berfikir dgn waras..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan