Rahsia Dalam Kelambu

Assalamualaikum. Hai!


Err..terlebih dahulu nak mintak maaf sebab entry perbincangan aku kali ni agak censored sedikit. Hew hew hew. Sebenarnye kan, aku agak konpius sebab tempoh hari masa aku tengah sebok menempek tengok anak mak angkat aku berinai, tetibe aku kena halau keluar dari situ. Makcik nye yang tolong pakaikan inai kata nak cakap benda rahsia orang kahwin. Aku pun dengan blur-blur ayam bangun keluar le sebab dah kena halau kan. Baru ingat nak menempek pakai inai sesame. Sekali kena halau daa. Sedih. T_T


Lepas dari insiden tu kan, aku asyik terfikir-fikir. Memang wajib ke pengantin dapatkan tips malam pertama dari orang-orang yang berpengalaman? Err..tak segan ke dengar orang-orang itu bercerita pengalaman dorang tu? Err..orang yang bagi tips tu pun tak rase malu ke cerita 'Rahsia Dalam Kelambu' dorang pada orang lain? Err..ke aku je yang agak konservatif hal-hal macam ni? Err..entah la weh. Yang aku tahu memang aku ni sensitif sikit bab-bab macam ni ye. Macam malu je tau nak share-share pengalaman orang. Perlu ke ha? (-_-")


Disebabkan asyik terfikir, aku sampai men'google' la semalam sebab nak tahu perlu ke berkongsi 'rahsia dalam kelambu' dan dapatkan tips malam pertama. Kot la terjumpa artikel agama yang menerangkan dan mengatakan benda ni sebenarnye salah di sisi agama serta haram dikongsi-kongsi dengan orang. Gigih gile. Sayangnye apa yang aku cari tak jumpa. Yang aku jumpa longgokan tips, e-book dan forum perbincangan tentang hal tu. 


Pengsan membaca ayat orang yang ramainye tak segan silu menyebut dan mencanang-canangkan pengalaman masing-masing. Tak kurang jugak yang gatal tangan menaip dan bertanya soalan tentang hal itu. Anak dara pulak tu. Wuu. Yang lagi nak pitam tu ramai gila yang 'horny' nak mampos taip ayat bukan-bukan dan lucah. Hadoi la. Boleh buat aku koma betol. Aku takde la baca habes. Baca sepintas lalu pun dah boleh agak dah perbincangan dorang tu memang berkisarkan hal yang tu je la.




Bercakap tentang hal ini, tetiba aku terfikir. Dari pemerhatian aku, kebanyakan yang suka berkongsi hal 'rahsia dalam kelambu' ni adalah dari golongan wanita. Err..ke mana la hilangnye rasa malu dorang eh? Golongan lelaki pulak aku kurang pasti. Mungkin mereka yang rasa diri mereka 'hebat' saja yang akan seronok mencanang-canangkan 'kehebatan' mereka. Lelaki kan ego. Takkan nak tunjuk 'kelemahan' sendiri pulak kan? Kalau yang wanita ni, kebanyakan nye sesedap rasa je berkongsi tak kesah die 'hebat' ke 'lemah' ke. Semua nak cerita. Pelik betol.


Aku bukanlah nak tunjuk aku ni baik sangat. Cumanya aku tak boleh la terima orang suka berkongsi 'rahsia dalam kelambu' ni secara terbuka. Sebab aku yang rasa malu tahu tak? Ok la. Jujur aku katakan, bukan aku takde kawan-kawan yang suka cerita hal macam ni. Ada. Dorang selalunye akan sebut 'Ilmu la ni weh. Ko kena ambil tahu jugak'. Tapi takde la aku pergi sound dorang depan-depan walaupun aku tak berapa gemar dengar dorang bercerita. Kang tak pepasal pulak bergaduh. Aku buat rileks je. Aku cuma akan bereaksi 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Macam tu je la mampu aku buat.


Dulu kan, aku pernah mengadu kat encik CH sebab dah penat nak dengar kawan-kawan aku cerita hal 'rahsia dalam kelambu' dorang. Nak tahu ape encik CH tempelak aku? "Nanti kita dah kawen jangan jadi macam dorang pergi canang 'rahsia dalam kelambu' kite kat orang lain. Kalau rasa nak kena 'ajar' buat la." Aku pun terus speechless. Tapi memang aku takkan buat pun. Gile hape?! Memang bukan aku la kalau buat camtu. Mungkin aku dah gile ke masa tu kalau aku ade buat kan. Kui kui kui.


Entah la weh. Mungkin bagi korang menda ni biase je kot kan. Tapi pada aku tidak. Ikut suka korang la kalau nak hentam aku ni konservatif ke, kolot ke, katak bawah tempurung ke, tak open-minded ke. Pedulik hape aku. Dah memang aku cenggitu pun. Ahaha. Bab-bab ni memang aku 'tertutup' sikit ye. Harap maaf. Sekian saje perbincangan kite yang agak 'censored' kali ni. Sebarang pendapat sila kemukakan di ruangan komen di bawah. Tapi jangan tulis menda lucah-lucah ye. Aku hempuk korang kang. Haha. Mekaseh.



Bisik-bisik :: Rasa macam tebal je pipi aku time menaip entri kali ni. (-_-")

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. setuju...banyak kali gak aku dengar cerita org perempuan dok kongsi citer2 macam nie sesama depa dioffice... aiyarrkk.. benda dalam kelambu nie ialah aib... tak kira la ekau hebat ka ekau kureng ker.. sapa yang buka dan dedah aib sendiri, itu adalah salah satu bukti org tu ada masalah "kurang kecerdikan" atau kurang didikan agama... Agama pesan suruh kita jaga aib sendiri dan pelihara aib org.. yg disebarkan..

    tp kes nie boleh dimaafkan andai ada org minta nasihat/tips utk selesaikan masalah... org yg pandai kena kongsi ilmu, tp kena berlapik la.. jgn sampai terdedah sampai semua nampak..

    BalasPadam
  2. @aceDultraman :: aku memang tak boleh go on la dgn orang yg suka buka rahsia dalam kelambu dia ni..tambah2 kononnye nak bg ilmu kat yg bujang2 yang baru nak tempuh alam perkahwinan..arghh..aku memang tak boleh terima..tensen..(-_-")


    kalau misal kata dah lama kawen, dan ada masalah batin or else yang berkaitan, aku rasa better pergi bertanya pada yang pakar misalnye doktor sakit puan/tuan ke..tak pun rujuk pada ibu bapa..bukan sebarangan je bercerita sesama sendiri dengan kawan2..(-_-")

    BalasPadam
  3. alah..biase la 2...bnde dh jd lumrah..menurun ilmu la katekan..heee .die xkan cite detail kot..bg hint2 je kot

    BalasPadam
  4. namee pernah terbaca stau blog ni..pompuan tu dah kahwin tp suka cite pasal dunia kelambu. lucah2. bg namee , nampak teruk betul. :( malu je. tak lawak langsung.

    BalasPadam
  5. haha.sian die..tak pasal2 kena halau. bgs tul makcik awk tuh share tips :)

    BalasPadam
  6. hmm..nasib la ai tak ada kawan2 yang jenis bukak cerita dalam kelambu dorang..

    kalo tak tatau camne nak react..

    BalasPadam
  7. @EnciK AxixOu :: err..menda biase eh? tpi luar biase bagi saye..wuuu..

    menurun ilmu? mcm menakotkan je bunyinye..

    BalasPadam
  8. @Namee Roslan :: saye pun pernah jugak jumpe belog mcm tu..memalukan kan? (-_-")

    BalasPadam
  9. @Cik Sibuk :: luckily la ko takde kawan cenggitu..boleh bernanah tau telinga..(-_-")

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan