PORTFOLIO : Blog Saudara Ariff Sham

Assalamualaikum. Hai!


Ini adalah kali pertama aku nak buat entri portfolio hasil kerja aku. Sebelum-sebelum ni main tulis je. Semua hasil kerja sumbat dalam satu entri. Punya la kuat membebel dan tak profesional betul. Haha. Kali ni biar aku tulis secara tersusun. Setiap portfolio akan ditulis dalam satu entri. Baru kemas sikit ye dak? Customer nak, tapi contoh hasil kerja taknak tulis kemas-kemas. Perangai huduh betul aku ni kan? Kui kui kui.


Ok la. Ini adalah belog kedua yang aku design. Dah ada peningkatan sikit la sebab dah ade pengalaman edit belog sendiri sampai nak buta mata. Amboi, propa betul. Hehe. Kali pertama dulu masa design belog kakak aku, pengalaman tak berapa nak ada. Hasil pun takde la hebat mane sangat. Macam cincai pun ade jugak aku tengok. Ish3. Tapi kali ni, alhamdulillah. Banyak jugak la peningkatan dari yang sebelumnya. 


Terima kasih kepada sedara Ariff Sham sebab sudi menggunakan khidmat tangan kayu aku yang sangat sakti ni. Hehe. Alhamdulillah hasilnye memuaskan hati beliau. Aku kerah kepala otak nak cari design yang betul-betul bersesuaian sebagai identiti belog beliau tu. Maklum le beliau serahkan bulat-bulat pada aku untuk design sendiri mengikut kepala hotak berkarat aku ni. 


Seperti biasa bila mendesign ni aku memang jadik burung hantu la. Tak tidur malam. Nasib baik la time cuti. Kalau tak, mahu ting tong pale otak. Kerja kat opis pun tak jalan nanti. Ehehe. Ok la. Banyak pulak aku ni membebel. Memang dah habit betul. Hehe. Sori sori. Meh la tengok hasil kerja aku. Aku fully design belog ni dari zero. Kira pakej lengkap la. Template, header, footer, banner flash, watermark, signature, button page. Nampak je simple. Tapi nak mengerah otak cari idea tu memang boleh pengsan le. Jom tengok!


-Watermark-


-Full Template-


Abaikan icon shoutbox dan yang sebagainye yang kat tepi tu. Menda alah tu memang statik. Hehe. Design adalah hasil kreativiti aku sendiri yang tak berapa nak kreatif ni. Mungkin tak secantik macam orang lain yang dah memang pakar bab design mendesign ni. Apa-apa pun aku sangat-sangat berterima kasih kepada sedara Ariff Sham kerana sudi melaburkan duit untuk mengupah aku. Customer pertama dari orang yang aku tak kenal in reality. 


Next portfolio design belog kakak encik CH pulak yang dah tertangguh lama nak mampuih. Mentang-mentang le kenal kan. Sesaje buat lambat-lambat. Keh3. Sori bakal kak ipar. Bakal adik ipar mu ni memang sengaja je buat lambat. Nak buat yang terbaik untuk impress bakal kak ipar. Ecewah! Kalau ada yang berminat nak upah aku jangan segan-segan contact kat email oke. I will serve you the best as much as i can. Gracias!



Bisik-bisik :: Alhamdulillah..rezeki makin murah. Boleh buat belanje kawen. Hua hua hua.

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. cantik tu... da rezeki nti insyaAllah ps nk tempah sama... hehe

    BalasPadam
  2. cantiknya blog dia.namee punya blog buruk kemain. taktau dah nk buat apa. nk renovate lama dah tak renovate, hehe

    BalasPadam
  3. terer anda ini...i kureng skit bab2 mcm tu

    BalasPadam
  4. cantikkk sangat!

    tapi tu laa, aku ni jenis payah nak puas hati, nak soh orang design pon macam tak berani.
    but u did a good jobb sis! =)
    well done.

    BalasPadam
  5. @Pn. Sheila@CC :: biase2 je tu pn sheila..beginner mcm saye ni..idok le kreatif mane sgt..ehehe..

    nak tempah? wahh..mcm gembira je rase..;p

    BalasPadam
  6. @Namee Roslan :: mekaseh..itulah hasil tangan kayu sakti saye..hew hew hew..


    belog namee content dah best..rupa takde pun org tak kesah sgt..^_^

    BalasPadam
  7. @embun d tengah malam :: alhamdulillah..ade la sikit bakat..;p

    BalasPadam
  8. @A.I :: alhamdulillah..ko yg cerewet pun kata cantik tu kire oke la jugak kerja aku eh..keh3..;p

    BalasPadam
  9. Mekacih ye cik sha.. mmg yg tebaeeekkk.. klu ade sesaper yg nk design belog bole la soh cik sha buatkan.. pasti anda puas ati dan ia mmg bebaloi-balooiii.. jom ke belog ariff tok lihat hasil tgn cik sha ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan