Assalamualaikum. Hai!
Al-kisahnye, petang Khamis kelmarin lepas balik kerja aku straight pergi merayap kat mall nak membeli mata palsu aku yang dah takde stok. Kang rosak pulak mata aku yang cun ni ha pakai mata palsu expired dah. Lepas sejam merewang seorang diri kat mall dan dah dapat apa yang dicari, aku pun beransur pulang. Eh? Macam buat karangan pulak aku ni. Ehehe.
On the way nak balik tu, sampai kat satu simpang ni aku terpaksa la berhenti sebab ada sebuah bas cilok jalan nak keluar simpang. Sabau je la. Mementang la die beso gedabak. Lepas die setel je keluar dari simpang tu, aku pun ikut je la kat belakang die. Masa tu aku tak perasan lagi ada something weird kat belakang bas tu. Aku cuma membontoti bas tersebut dengan perasaan agak tensen sebab die kentot asap hitam. Begitulah nasib seorang penunggang motorsikal seperti aku. Pasrah je la. (-_-")
Lama sikit lepas follow belakang bas tu, baru aku perasan yang ada tulisan-tulisan agak lucu tercoret kat badan bas tu. Aku pun baca tulisan-tulisan tersebut satu persatu. "BAS INI SANGAT BURUK!" Erk? Hehe. Aku tergelak sensorang. Macam lucu pulak ayat tu. Kena habes dengan bas tu. Memang bas tu nampak buruk pun. Dengan berhabuk tebal nak mampos. Siap boleh tulis-tulis pulak tu. Tak pernah cuci gamaknye. Pemalas betol. Tambang je nak kutip.
Aku sambung lagi baca. "NOMBOR 4D UNTUK DITIKAM. 7645 2817......" Banyak le lagi nombor-nombor yang tertulis. Aku tak ingat pun. Yang tu aku maen bedal je tulis. Ahaha. Apakah? Sapa la yang kaki nombor pergi conteng kat bas tu. Ish3. Sambung baca lagi. " JANGAN NAIK BAS INI. SANGAT BURUK MACAM B*T*H!" Mak oi. Mencarot la pulak dah. Aishoo. Sabau je la. Aku yang membaca ni pun termencarut jugak la kirenye. Apa ni! Hish.
~Imej disedut dari carian Google~
Tapi sepanjang perjalanan nak balik rumah tu, aku tersenyum sensorang sambil drive motor kesayangan bile teringatkan ayat yang pertama sekali aku baca tu. Hadoi la. Memang ngam habes. Cuma yang aku pelik tu, manusia mana la yang mempunyai ketinggian yang amat maksimum setinggi bas tu untuk menconteng. Gamaknye deme memanjat dengan tangga kot. Kalau kerusi macam mustahil je. Tapi boleh jadi jugak la kalau orang tu tinggi. Hehehe.
Nampak macam perlakuan vandalisme je kan? Tapi sebenarnye dorang conteng tu bukan guna marker ke cat sembur ke. Tak pun. Cuma melakar atas habuk dan debu tebal yang tertempek kat bas tu je. Kira macam protes dengan kekotoran bas yang macam berpuluh tahun tak berbasuh tu. Serius memang kotor nak mampus dan nampak sangat buruk. Aku rasa kalau korang manjat nak jenguk dalam bas pun tak nampak kot sebab cermin pun dah tak rupa macam cermin. Kotor gila!
Aku rasa sejak aku sekolah lagi bas tu memang macam tu kot. Kotor! Dulu aku pergi sekolah memang naek bas jenis tu sebab sekolah aku jauh. Nak pergi bandar pun naek bas tu jugak. Walaupun dah berbelas tahun aku tak naek bas tu, selalu jugak la aku nampaknye. Tapi kondisi bas tu dari dulu sampai sekarang macam tak pernah di'upgrade' je. Nampak lagi 'worst' ade la. Padahal setiap hari orang naik dan bayar tambang bas. Camne tu? At least cuci kasi bersih pun dah ok kot kan? Entah la.
Persoalannya, perbuatan yang menconteng atau melakar tu dikira vandalisme ke tidak? Siapa yang bersalah sebenarnye? Pihak yang melakukan 'arts' melakar atas habuk tu ke atau pihak syarikat bas yang bersalah? Sila lah jawab. Ini soalan khidmat masyarakat dari aku. Nak tengok sikit pembaca belog ni orang jenis macam mana pemikiran nye. Amboi. Ko ingat diri tu psychologist ke cik sha oi. Nak tengok pemikiran orang kunun. Kih3. Selamat menjawab la ye.
Bisik-bisik :: Kadang-kadang kita dapat belajar 'sesuatu' dan tahu mentaliti orang lain dengan memerhatikan keadaan sekeliling kan?
yang bersalah ialah ekau.. sebab ekau tolong baca dan promosi kat blog plok.. lagi syok ler penconteng tu, bila karyanya dihargai.. ngahahahhaha.. baik ekau ngaku salah cepat.
BalasPadam@aceDultraman :: eh? tetibe aku pulak yg bersalah kan? ahahaha..ini bukan promosi oke..ini artikel kesedaran..kui3..
BalasPadamaku pelik beno la..syarikat bas tu takde inisiatif ke nak kasik kondisi bas tu nmpk elok sikit..dari dulu cenggitu je..makin buruk pulak tu..
dr situ dh th perangai driver yg pemalas..
BalasPadam@Zura :: tu la kan kak..at least die bawak la bas tu epergi cuci ke ape ke kan..ni tak..dibiarkan berdebu..syarikat bas pun takde nak amik tahu..dibiarkan je..tak well manage langsung..
BalasPadamTuh mesti kerja budak2 nakal. -.-
BalasPadamitu vandalisme secara sopan! kahkah
BalasPadamaku dulu masa sekolah menengah rendah memang kaki conteng bas. bukan macam, dah memang bodoh dah rasanya bila fikir waktu sekarang ni.
untung berkat didikan sempurna dan sedikit usaha untuk berfikir, aku tidak lagi tertarik akan kegiatan itu. HAHa
Simply wish to say your article is as amazing. The clearness to your post is simply spectacular and that i can assume you're a professional on this subject.
BalasPadamWell along with your permission let me to grasp your feed to stay
updated with coming near near post. Thanks a million and please continue the gratifying work.