Assalamualaikum. Hai!
Aku dah lama perhatikan fenomena 'aib-mengaib' ni. Semakin hari semakin berleluasa. Tambah-tambah kat dunia maya ni. Bukan bermaksud kat dunia realiti takde menda ni berlaku. Memang ada cuma tak berapa terkesan mungkin sebab tersebar pun dalam lingkungan kecil saje. Maksudnya hanya yang ade berdekatan saje yang tahu. Ye la penyampaian cuma dari mulut ke mulut.
Contoh - Perbualan Senah dengan Jenab.Senah : Ko nak tahu Jenab, Si Melah tu nampak je cantik kat luar. Tapi...Jenab : Tapi apa Senah?! Cepat la kabo ke aku.Senah : Kalau ko nak tahu Si Melah tu pengotor nak mampus. Bilik die Ya Rabbi bersepah-sepah. Baju berterabur sana-sini. Kadang-kadang berminggu-minggu tak basuh. Dia main pakai je. Pastu sembur perfume banyak-banyak.Jenab : Ye ke Senah. Mana ko tahu? Jangan buat cerita. Kang jadi fitnah la pulak. Aku taknak tanggung dosa memfitnah.Senah : Betul la Jenab. Ko ni lupe ke aku ni duduk serumah dengan dia.Jenab : Ye tak ye jugak. Lupa pulak aku aku ko serumah dengan die. Patut la aku sebatu pun dah boleh bau perfume dia. Rupanya pakai baju tak basuh. Ntah-ntah yang dalam-dalam pun macam tu eh? Ee..pengotor nye Melah ni. Ni nak kena bagitau kawan-kawan lain ni.
Maka, aib Si Melah yang pengotor pun tersebar. Pengotor tu boleh dikategorikan aib ke eh? Lantak le. Aku tak reti bab nak bagi contoh aibkan orang ni. Sori. Hentam je la eh. Ehehe. Apa yang aku cuba sampaikan ni cuma nak tegaskan yang aib pun boleh tersebar dari mulut ke mulut. Bermula dari orang yang terdekat yang tahu pasal kite. Sebab dah menyampah sangat, terus disebarkan kat orang lain.
Kalau di dunia maya ni pulak, aib boleh tersebar seantero dunia. Mana taknye, dari segi penulisan, gambar atau video yang tersebar, tak mustahil satu dunia boleh tahu bukan? Bagi seorang yang dikenali, mungkin dalam masa sesaat je boleh menjadi 'hit'. Bagi yang kurang dikenali pula, mungkin ambil sedikit masa untuk menjadi 'hit'. Melainkan sesuatu yang dia buat tu terlalu mendatangkan kebencian orang. Maka semua orang pakat 'bekerjasama' menyebarkan aib dia bagi menyatakan rasa meluat mereka.
Tapi apa yang dimaksudkan dengan 'aib yang tersebar' ni? Aib tu apa sebenarnya? Macam mana aib boleh tersebar? Siapa yang mulakan dan siapa yang bersalah dalam hal ni? Banyak sangat persoalan yang boleh dikemukakan tentang hal ni. Sampai kadang-kadang tak tahu berpunca dari mana. Pening kan?
Maksud Aib
Aib membawa maksud sesuatu perbuatan yang memalukan dilakukan oleh seseorang tanpa disengajakan atau dengan niat oleh orang itu sendiri. Aib boleh tersebar melalui 2 cara saja. Diri sendiri yang mendedahkan aib dia atau orang yang terdekat yang menyebarkan aib dia. Kemudian tanpa disedari, aib tersebut semakin tersebar dengan meluas sebab ramai yang 'berkongsi'. Semuanya bermula disebabkan diri sendiri atau orang terdekat yang mendedahkan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?
Aku pernah dengar hadis tentang aib ni yang lebih kurang begini bunyinye, "Tutuplah aibmu kerana Allah telah menutupnya" dan "Jangan disebarkan aib orang kelak aibmu pula akan tersebar". Maaf kalau kurang tepat sebab aku tulis dengan bahasa aku sendiri yang aku faham maksudnya dari penyampaian hadis tersebut. Tapi begitulah lebih kurang maksud hadis tersebut.
Alasan Menyebarkan Aib
Kadang-kadang ada ramai yang suka menjawab tanpa berfikir bila aib tersebar. Diri sendiri yang menyebarkan menegaskan, "Gambar aku. Aku punya suka la nak share pun. Aku telanjang ke, tak pakai tudung ke, seksi ke, kau pedulik ape. Kubur masing-masing la weh!" atau "Video peribadi aku. Aku upload untuk tatapan aku dan kekasih aku. Lantak le gedik ke, lucah ke. Sape suruh kau tengok. Kau tu yang dengki. Busuk hati!".
Dia terlupa yang dunia maya ni luas. Sekali dah upload walaupun untuk tatapan sendiri, semua orang boleh tengok. Walaupun itu salah diri dia sebab menyebarkan aib sendiri, dia tetap berkeras mempertahankan perbuatan dia yang kononnya itu hak dia.
Dia terlupa yang dunia maya ni luas. Sekali dah upload walaupun untuk tatapan sendiri, semua orang boleh tengok. Walaupun itu salah diri dia sebab menyebarkan aib sendiri, dia tetap berkeras mempertahankan perbuatan dia yang kononnya itu hak dia.
Yang menyebarkan cakap, "Dia sendiri yang dedahkan aib dia, aku cuma nak berkongsi untuk bagi pengajaran pada orang lain. Bukan salah aku sebab sebarkan. Memang padan la muka dia. Sape suruh gedik sangat. Perangai macam @%&#*. Padan muka!" atau "Aku benci gila kat dia ni. Biar dia tahu sikit rasa malu tu macam mana. Siapa suruh share kat aku rahsia dia. Bodoh!".
Mereka terlupa yang perbuatan mereka itu boleh mengundang banyak dosa dari orang lain yang turut serta untuk caci maki.
Mereka terlupa yang perbuatan mereka itu boleh mengundang banyak dosa dari orang lain yang turut serta untuk caci maki.
Sembunyikan Aib
Entahlah. Kadang-kadang aku rasa benda ni terlalu kompleks untuk dihuraikan. Bagi pendapat aku, jika kita tahu kita pernah melakukan sesuatu yang mengaibkan, eloklah simpan sahaja pada diri sendiri. Kemudian menginsafi diri dan memohon kemaafan pada Allah minta dilindungi. Tidak perlu didedahkan atau diceritakan pada orang lain. Sebab kemungkinan untuk disebarkan pula pada orang lain memang tinggi.
Pada yang mengetahui aib orang pula, eloklah dinasihatkan orang itu secara peribadi. Tak perlu disebarkan pada orang lain dengan niat mahu memalukan dia. Semua tentang dia disebut-sebut. Nama, gambar, video, disebarkan. Tak perlu buat begitu. Perbuatan tu namanya khianat. Cukuplah dengan menasihat secara peribadi. Kalau dia taknak dengar lantak le kat die. Yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita sesama muslim.
Sebenarnya, dunia penulisan belog ni kadang-kadang menjadikan ramai manusia seperti 'lupa diri' dan 'terlepas laku'. Menulis sesedap rasa. Terlupa yang tanpa sengaja telah menyebarkan aib orang. Nak menjadi keyboard warior kononnya. Aku pun kadang-kadang terfikir, sepanjang aku menulis ni pernah ke aku buat salah dengan mengaibkan orang? Takut terlepas laku tanpa disedari. Jika ada, aku mohon maaf pada mereka yang terlibat.
Kita semua pernah buat silap. Kadang-kadang kita tak sedar kita juga pernah buat sesuatu yang memalukan. Tapi kerana Allah sayangkan kita, aib kita tersebut dilindungi olehNya. Jadi seeloknya, kita menginsafi kekhilafan kita tersebut dan jangan terus mengulanginya.
Bisik-bisik :: Selalu muhasabah diri sendiri dan menginsafi jika pernah berbuat khilaf.
sekali dah upload dlm intenet,benda tersebar, mmg xboleh nak padam balik..kalo mengadap intenet 24 jam xbermakna celik IT sgt..youtube tu boleh je private kan video bg kat org tertentu tgk..sama mcm gambar kat fb...haih..
BalasPadamkan kat sini pun dah kata ^_^
BalasPadamBenda ni orang ni hanya pentingkan keseronokan, tanpa menyangka syaitan lagi seronok sbnrnya ^_^
Alhamdulillah punya kesedaran..saya naqal kan beberapa dalil ye, untuk manfaat bersama
BalasPadam1. janganlah kamu mengintip (mencari keaiban) orang lain." - Al-Hujurat (49):12
2. "Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu yang akan menyebabkan Allah merahmati dan menimpakan kepadamu kesedihan saudaramu itu." Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
3. "Sesungguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain." - Hadis riwayat al-Bazzar
wallahua'lam bissowab
:)
satu jela, kalau nak upload apa2 kena fikir. sebab orang luar bukan semua baik. :/ ada je yg nak aniaya. so bahaya dan risiko sgt la.
BalasPadambudaya mengaib ni semakin menjadi-jadi..temasuklah org yang terpelajar huhu
BalasPadam@Rina Rossoneri :: betol..sekali dah upload untuk public memang tak boleh nak tarik balik..tak mustahil dalam masa sesaat orang boleh download apa yg kite dah upload tu..
BalasPadamsebab tu kalau dah gatal sgt nak upload yg bebukan konon untuk private dan org tertentu je tgk, set le sesiap.. betol tak?
@Gua :: ntah le..yang itu niatnye wallahualam..kite bukan tahu niat orang kan?
BalasPadamape2 pun, kalau nak elakkan diri dari diaibkan orang, pepandai le jaga diri dan jari kan? jgn sesedap je jari tu nak klik2 upload yg boleh mendatangkan aib diri sendiri..ye dak? ;p
@Aretikz :: tu le kan? tanpa disedari benda ni kekadang boleh menjadikan manusia bermusuh dan memncaci maki sesuka hati..seronok tak kena gaya..haishh..
BalasPadamseronok je setan-setan dok berpesta tengok manusia jadi cenggitu..(-_-")
@Ad-Dien :: alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian tersebut..semoga memberi kesedaran kepada semua pembaca..^_^
BalasPadam@Namee Roslan :: betul tu namee..hati manusia ni bukan boleh diduga..kekadang yg nampak baik tu pun dalam hati die kemaen lagi macam2 anasir jahat bersarang..kan?
BalasPadam@Emmet :: saye pun tak tahu nak kata salah sape..salah sendiri ke salah orang lain..rumit kan?
BalasPadam@embun d tengah malam :: apiz..org terpelajar tak semestinye die bijak dalam mengatur kehidupan die dan menjaga adab peribadi die..kite kena ingat yg itu..
BalasPadamtakut baca aib2 ni dear..
BalasPadamfirst time nad masuk sini dh berkenan kat header sebab kain yg awk pakai tu sebijik macam baju nad..:)
nauzubillah semoga kita tak jadi begitu dan allah pelihara aib kita
BalasPadamX suka sebarkan aib org lain sbb itu berdosa.
BalasPadam