Assalamualaikum. Hai!
Maaf lama menyepi. Macam la ade orang kesah sangat kan? Ehehe. Padahal baru seminggu belog tak berhapdet. Perasan betul minah ni. Macam la berbulan tinggal belog. Ahaha. Takpe la. Aku nak perasan sensorang konon ade orang peduli. Memandangkan kat luar tu hujan dan malas nak merempit balik lagi, jadi aku ambik peluang le update belog ni supaya tak sepi je dengan entri lapuk tu. Kot la ade yang rindu nak baca aku membebel kat belog busuk ni.
Alahai..dua tiga menjak ni agak busy macam perdana menteri. Maklum le wanita bekerjaya ni memang cenggini. Kesibukan kerja yang tiada kesudahan sampai nak update belog pun tak menyempat. Ecewah! Memang le kerja takkan pernah habes kan? Nama pun kerja. Kalau habes takde kerja dah la nak buat ye dak? Takkan nak makan gaji buta pulak. Lain la korang. Time kerja pun sempat lagi kuar ngeteh. Aku ni jangan kata nak pergi ngeteh. Makan pun depan komputer sambil buat kerja ngadap coding. Gigih tak aku? (-_-")
Sebenarnye aku tengah redesign laman web untuk opis aku ni ha. Design lama dulu aku buat hodoh gile. Buat asalkan ade. Haha. Masa tu kejar deadline. Dah la first time nak design web. Mahu tak terkedu nak design. Yang ni kemas la sikit dan tersusun. Dah terer dah main coding untuk design web. Ecewah. Eksyen kemain. Terer menda kalau design pun cara lama. Pakai Dreamweaver. Orang lain pakai Joomla! nak design web. Haha. Nak buat camne. Aku memang old school. Padahal tak reti nak guna Joomla! tu. Kuikuikui. Ahh! Aku malas nak explore natang alah tu. Lantak le. Janji kerja aku jalan.
Alhamdulillah dah settle bab design web. Tapi yang version Melayu je la. Yang version english tak settle lagi. Hmm. Esok le aku siapkan. Ubah ayat je pun. Design tak payah kacau dah.
Tapi nak ubah ayat tu jadi english tu yang lomah sikit. Dulu aku pakai coding google translate yang boleh direct je translate dari melayu ke english. Tapi banyak lak complain nye kata english translate dari google tu berterabur. Maknanye kena translate sendiri le. Tapi masalahnye english aku pun same jugak terabur. Haha. Camne la tu. Adoyai.
Cakap pasal bahasa omputih ni, tetibe rase nak membebel pasal ni. Bebel pasal kerja pun bukan korang paham. Haha. Aku rasa skill aku nak speaking english ni memang dah berterabur tak ketahuan hala merata-rata. Lidah tergeliat tak payah cakap le. Rase macam terbelit-belit lidah aku nak keluarkan ayat omputih. Kiranye memang skill communication in english out terus. Dalam resume boleh tulis skala die 0. Haha. Melampau beno. Nak hiperbola sangat. Takde la tak boleh cakap langsung. Cumanye tergagap-gagap le. Itulah masalah aku sekarang ni ha. Kesian betul!
Nak buat tak tahu pasal bahasa omputih ni pun tak boleh jugak. Bahasa international katakan. Memang kebanyakan orang guna tambah-tambah bila berurusan dengan bangsa asing ni. Pergi interview kerja dengan syarikat swasta pun kena speaking omputih jugak. Kalau sesama Melayu mengade nak speaking omputih gak dengan aku, memang aku tibai je cakap Melayu dengan die. Tak payah nak gatal speaking sangat la. Nak tunjuk standard ke dengan aku? Tak payah. Hehe. Padahal takut termalu sendiri tak pandai speaking.
Tapi ini la yang aku nak cerita nye. Orang cakap tu aku boleh la paham. Tapi nak balas balik memang terkedu terus. Simple english mungkin takde masalah la. Tapi kalau yang perkataan aku kurang paham tu memang rase blur nak mampus. Nak balas balik memang tak tahu camne. Dah la sekarang ni asyik meeting dengan omputih je sebab ade projek dengan dorang. Takkan aku nak balas cakap Melayu pulak dengan dorang kot. Adudui. Nak menanges je rasa. Kena pergi kelas speaking kot aku ni ha.
Korang takpe la. Memang terer habes speaking kan? Bukan main lagi macam machine gun bersembur-sembur speaking omputihnye. Tulis status kat pesbuk pun kemaen lagi omputih. Ayat hebat-hebat pulak tu. Tapi kalau takat menaip or copypaste je memang ramai yang terer pun. Ni masalahnye cerita pasal berkomunikasi. Ke ade jugak yang pesyen macam aku? Jom kite belajar speaking sama-sama. Haha.
Bisik-bisik :: Bahasa Arab pun tak pass. Setakat pandai mengaji Quran je boleh la. Nak speaking Arab? Berguguran air mata. T_T
ala kalo mat saleh dorg mmg xkesah kalo speaking berterabur, asalkan dorang paham...tapi memang masalah kalo ckp dgn org bukan mat saleh tp nak speaking...silap cakap sikit, habess kena gelak...
BalasPadambiar terabur takpe.. pelan2 susun balik lama2 ok la tu.. :D
BalasPadam@Rina Rossoneri :: a'a..perasan jugak yg tu sepnjang cube berkomunikasi dgn dorang..hehe..
BalasPadamtapi bile dgn yg Melayu ni bile cakap silap sikit ke, ter'broken' english ke, mesti pandang slek je kat kite..nyampahs..
@THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la mummy lekit..kena praktis selow2..dah lama tinggal speaking ni memang terbelit je lidah rase..maklum le memang lidah melayu..;o
BalasPadamkita selalu nak improve english kita n org sellau gelakkan kita bila kita salah grammar but well...reality, kita ni tatabahasa melayu pun tak betul. semua org tatabahasa tak betul. tp kenapa takde org gembar gemburkan pun bila salah ? hehe.
BalasPadamI don't know sepatah haram , haha . Tapi tu lah kan practise makes perfect , so kena practise bebanyak ler , sy belajar bi pun melalui lagu bi , cerita bi , baca buku bi , bila jumpa new word , terus tgk kamus kalau tak fhm .
BalasPadam