Sikap Buruk Kebanyakan Dari Kita

Assalamualaikum. Hai!


Entri hari ni nak kongsi pengalaman lagi masa pergi meeting minggu lepas kat Kolumpo. Entri lalu aku kongsikan rasa janggal aku tentang opis besar gedabak yang takde tempat solat. Sian aku datang jauh-jauh dari Penang dengan tak familiar kat area tu, bile masuk waktu solat takde tempat nak solat pulak. Dah le takde transport sendiri kalau nak pergi cari masjid yang terdekat pun. Uhuk! Sadis betul rasenye masa tu.


Kali ni nak kongsi pulak pasal beberapa jenis perangai manusia yang aku jumpa sepanjang perjalanan menaiki pengangkutan awam dari Penang sampai ke Kolumpo. Flight tu kategori pengangkutan awam jugak ke eh? Hentam je la. Dah ramai orang naik kire termasuk jugak la tu. Dah motto nye pun 'Now Everyone Can Fly'. Pengangkutan awam le tu. Hehe. 


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#Manusia 1 : Tak Penyabar Punye Orang

Ok. Kite mulakan dari Penang dulu la ye. Pagi tu bertolak ke Kolumpo aku naik flight. Lepas subuh terus bergegas ke airport sebab memang dah lewat dan tinggal lagi 30 minit sebelum bertolak. Lewat sikit sebab aku nak solat dulu le. Nasib baik la stay rumah Kak Mas (opismate). Rumah die dekat gile dengan airport. Boleh tengok flight naik tiap kali ade penerbangan. Kuikuikui. Dan mujur die pun kena pergi sekali. Kalau dari rumah aku mahu pukul 4 pagi dah nak kena keluar. 


Masa nak naik flight tu ade la insiden sikit berlaku. Kan kami berdua dah lambat. Maka terkocoh-kocoh la kami berdua ni ha. Takut terlepas flight. Haha. Redah punye redah, ikut beratur penumpang yang lain, sekali yang masuk boarding tu untuk penumpang yang nak pergi ke Kuching dulu. Jadi yang nak ke Kolumpo ni kena la ke tepi. Haaa..masa ni la berlaku insiden yang pagi-pagi dah buat aku nak berleter. Nasib baik la aku ni penyabar boleh cakap elok-elok balik dengan Indian guy tu. Sabo je la. 


Ada ke patut die marah kami berdua kononnye kami berdua halang jalan orang nak lalu masuk boarding kat pintu masuk tu. Padahal tak pun. Dah kami terlajak, jadi bile kena tahan tu kami nak patah balik masuk dalam, susah la sikit sebab bertentangan dengan laluan orang nak ke flight. Jadi kami terpaksa berdiri depan die. Tetibe die sound. Kot nak cakap baik-baik takpe jugak. Ntah pape. Sebenarnye die yang rasa terhalang sebab takut kami potong que die nak masuk dulu. Maklum la die berdiri memang betul-betul depan pintu tu. 


Kami pun tak hadap nak berebut masuk la. Bukan ade faedah dan untung pun. Bila naik flight tu memang sedia ade dah tempat duduk. Dah tertulis dalam tiket. Naik lambat ke naik cepat ke takde bezanye. Ingat naek bas ke nak berebut tempat duduk? Perangai buruk benor. Sebab nak berebut naik dulu sesedap rasa je sound orang. Tak reti nak sabar ke?



#Manusia 2 : Cakap Tak Serupa Bikin Punya Orang

Sampai airport LCCT, pergi melantak dulu. Lepas tu naik bas pergi KL Sentral. Dari KL Sentral naik KTM Komuter pulak turun ke Stesen Putra. Then dari situ ambil teksi untuk ke area opis tu. Masa naik teksi ni berlaku lagi insiden yang aku tak berapa nak gemor. 


Mungkin la pakcik tu cuba nak bersikap ramah-tamah dengan kami berdua. Aku takde masalah kalau nak bersembang. Tapi bile tetibe pakcik tu masuk bab politik terus aku rasa macam nak terjun dari teksi tu ikut tingkap. Sumpah rasa semak otak!


"Saya ni bukan nak kutuk la. Saya memang tak suka kutuk-kutuk orang ni. Tapi apa punya haram jadah si Sarijat tu asyik duk mengarut cakap yang bukan-bukan masa perhimpunan agong dorang hari tu. Dah la pakai selendang tayang jambul besor die yang kat depan tu. Ada ke Nuor yang baik tu dikatanye bla bla bla..."


Panjang lagi la yang die berleter. Malas aku nak ambik port. Aku ingat yang tu je la. Haha. Seyes die cakap macam tu. Rasa nak tercabot telinga aku. Yang tak menahan tu cakap tak suka kutuk orang. Tapi dia pulak yang melebih-lebih mengutuk. Apakah? Memang jenis 'cakap tak serupa bikin' punye orang. Adudui..(-_-")

~Gambar Hiasan : Carian Google.~


#Manusia 3 : Kaki Putar Belit Punye Orang

Insiden last ni berlaku masa dah nak balik. Disebabkan leka berhuya-huya dengan besfren aku yang tolong pick kami kat tempat meeting tu hantar ke KL Sentral, terlajak waktu yang dirancang nak naik bas ke LCCT. Haha. Jadi kami tergesa-gesa turun kat bawah konon nak naik bas la. Tapi tengok-tengok bas takde. Aku jadi pelik la. Biasenye bas ade kat situ. Tanye la kat pemandu teksi yang ade. Semua sebok pakat nak tarik suruh naik teksi dorang. Padahal aku tanya kat mana nak naik bas je. 


Ada yang cakap tak sempat la nak sampai LCCT kalau naik bas. Takut jalan sesak la apa la. Ada sorang pemandu tu pulak siap cakap kalau naik teksi die nanti die boleh hantar pergi kat tempat bas tu. Aku pun macam blur-blur. Ape benda la mamat ni merepek. Orang tanya lain cakap belit-belit pulak. Sebab dah rush sangat aku pun rase macam buang masa je tanye kat dorang. Naik balik kat atas dan tanya kat orang yang jaga booth perniagaan kat situ. Rupanye tempat bas dah berubah kat atas. Huk aloh.


Putar belit betul la pemandu-pemandu teksi yang kat bawah tadi tu. Pandai la nak suruh kite ni naik teksi die. Berbelit-belit cakap nye. Macam la kalau naik teksi die boleh terus sampai. Padahal sama jugak jarak dan masa perjalanan nak ke LCCT tu kalau naik bas pun. Macam aku tak biasa pulak. Dulu masa study kat UMS, itulah rutin aku tiap kali balik cuti semester. Ulang alik LCCT dengan KL Sentral. Silap orang la nak tipu wei.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hah! Ini la tiga jenis sikap manusia yang aku jumpa sepanjang hari tu. Sabar je la. Tapi ini memang sikap tipikal yang ada pada kebanyakan orang. Kadang-kadang tanpa kite sedar, kite sendiri pun ade jugak sikap begitu. Betul tak? Tak payah le nak menipu sangat. Kite ni manusia lemah. Mesti ade sikap-sikap mazmumah macam tu. Mungkin sedikit dan tidak terlalu ketara. Dan mungkin jugak jelas terpancar. Takde manusia yang sempurna. Kite juga tidak sempurna.


Jadi, seeloknya kite elakkanlah dari bersikap begitu. Sebab ia bergantung pada diri kite sendiri juga. Kalau kita sendiri yang pilih untuk mempamerkan sikap buruk begitu, maka memang akan terserlah sikap tu secara jelas. Tapi kite juga ada pilihan untuk memilih tidak bersikap buruk macam tu, kan? Jadi, tepuk dada tanya iman. Kalau rasa nak jadi manusia yang baik, cuba elakkan semua sikap-sikap buruk yang memudaratkan amalan baik kita. Dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Oke!



Bisik-bisik :: Jom kita sama-sama ubah sikap buruk! (^_^)

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. the most thing i hate dalam semua2 ni cakap putar belit. geram sangat bila tetiba terjumpa the truth behind it. eh memang geram lah!

    politik? ahahaha. aku suka org bercerita kat aku. sebab boleh dgr view dia. haha.

    BalasPadam
  2. @A.I :: btw aku boleh je nak dengar pasal politik weh..tapi yg wat aku semak tu jenis yg suka maki2 ni..aku kurang 'masuk' sket le..kalau pendapat tu nuetral dan bagi pendapat yg boleh jadi penyelesaian takpe jugak..ish3..tu la aku cakap die tak serupa bikin tu..huehue..


    yg cakap putar belit tu memang mencabar kesabaran aku..sib bek aku tak sound drebar teksi tu masa tu..kuikuikui..

    BalasPadam
  3. itu br sikit je sha..mcm2 lagi perangai manusia nie...

    BalasPadam
  4. Mcam aku plak pengalaman kat tempat keje..org tu ckp punya lah pandai tapi bila suh wat keje tak reti plak...gerammmmmmmmmmmmmmm....

    BalasPadam
  5. rasanya yg paling sakit hati yg cakap putar belit kot. ssh nak deal dgn org lidah bercabang ni. kita cakap apa pn, cnfirm kalah punya. org putar belit ni banyak idea.

    BalasPadam
  6. Teringat first time jejak kaki di KL, dah kena tipu dengan driver teksi.

    Orang KL memang suka jalan laju2 kot..

    BalasPadam
  7. @Zura :: itu la kan kak..pelik2 je perangai manusia ni ha..3 jenis ni pun dah cukup buat sha pening..

    BalasPadam
  8. @Kumbang Jingga :: jenis yg ni memang ramai wei kalau kat mane2 opis pun..cakap kemaen lagi..pompang pompang..sekali suruh buat bukan die reti pun..

    BalasPadam
  9. @Namee Roslan :: betul la namee..memang susah deal dgn orang jenis putar belit alam ni..boleh jadi stress nak hadap orang jenis macam ni..(-_-")

    BalasPadam
  10. @ParkAir :: aku cuak sket kalau nak naek teksi kat KL..rela naek bas ke komuter ke lagi..salu kalau g kl aku mintak tolong kawan2 aku yg memang stay kat kl..senang sikit..kih3..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama24/6/13 1:40 PG

    saya pula rasa bengang time pergi vietnam secara pakej naik airasia,first time juga try naik airasia. tak sangka airport airasia sangat2 teruk.facility memang second hand. tetiba masa saya dan family beratur untuk masuk flight tup tup ada family cina ni duduk belakang saya, saya diaorang himpit2 sebab time tu tengah bersesak2 penuh dengan orang ramai. tetiba dia sound saya suruh ke tepi untuk laluan dia dan katanya saya ni bukan dalam barisan dan marah saya. celaka punya cina padahal dia nampak saya dalam barisan tapi sengaja dia nak test market samada dia boleh marah orang melayu macam saya. saya ni jenis panas baran juga tapi sebab tak nak gaduh dan bising2 so saya mengalah, memang rasa nak terajang dia juga masa tu walaupun saya perempuan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan