Prepaid vs Postpaid. Yang mana berbaloi?

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya artikel ni ditulis pada tahun 2011. Sebabkan artikel ni selalu naik hasil carian Google, maka aku edit la sikit untuk pembacaan yang lebih relevan ikut peredaran tahun. Harapnya membantu la korang yang Google nak tahu samada berbaloi guna prepaid ke postpaid. Okay?


Dulu aku pernah tulis pasal >> Tebiat orang yang suka tukar-tukar nombor phone. Sebab aku rasa pelik kenapa dorang mudah dan kerap sangat buat camtu. Dah rupa macam hobi. Pastu tak reti pulak nak maklumkan pada kenalan-kenalan dorang yang agak rapat. Kesnye sebab aku pernah call member lama. Konon nak tanya khabar. Tetibe suara garau yang jawab. Ingatkan salah tekan nombor. Check dengan orang tu betul pulak nombornye. Bile tanya dia kata nombor tu dia baru beli. Aiseh! Kes recycle number le pulak. 


Dalam entri yang tu jugak aku ada tulis yang aku ni pengguna setia talian Maxis selama 10 tahun. Kengkonon nak claim hadiah sempena kesetiaan aku tu la kan? Kire macam reward la untuk pengguna setia macam aku ni. Hoho. Tapi memang mimpi la kot nak dapat hadiahnya. Ingat dorang kesah ke dah berapa lama pun kita ni guna khidmat dorang tu. Kirim salam je la. Ye dak? 


Tapi dalam bulan 9/2011 aku dapat panggilan dari Maxis. Kononnya aku akan diberikan broadband free dari Maxis sebab kesetiaan aku. Memang dapat pun la broadband free nya. Cuma untuk active kan line internet aku kena bayar jugak la activation fee. Pastu tetiap bulan aku kena bayar jugak la bilnya. Takdenya la nak dapat free semua. Mampos bankrup le dorang kan. Ehehe. Tapi kira orait la dapat broadband free. Cuma aku jarang online la pulak guna broadband tu. Sebab line macam tak berape nak laju. Rugi pulak tetiap bulan bayo tapi jarang guna. Lastnya dah selamat pun aku terminate. Hahaha.


Lepas tu kerap pulak pihak dorang call nak offer aku guna postpaid line. Kirenya convert dari prepaid ke postpaid la guna nombor yang sama. Oh ye. Aku memang guna prepaid line sejak dari 2001 lagi. Tak berminat nak guna postpaid. Sebab aku bukan orang kaya nak bayar bil memahal. Jadi orang tak berapa nak ada-ada macam aku lebih sesuai guna prepaid. Hehe. Cumanye, bila dorang kerap sangat call offer aku guna postpaid tu aku jadi macam rimas pulak. Tak boleh ke dorang take note yang aku dah pernah cakap aku tak berminat. Adudui.


Prepaid vs Postpaid


Sekarang dah di tahun 2022, aku masih lagi setia menggunakan prepaid line. Perghhh. Setia betul kan aku? Cumanya aku dah beralih arah dari Maxis ke UMobile sebab kat kampung suami aku ni line Maxis tak memberikan kerjasama langsung. Tapi nombor phone masih kekal nombor yang sama aku pakai dari tahun 2001. Dah 21 tahun weh. Nampak kan kesetiaan aku yang tak berbelah bahagi itu? Hahaha.


Kenapa masih guna prepaid? Relevan lagi ke di zaman canggih milenium yang konon patutnya dah ada kereta terbang masa tahun 2020 lalu? Hahahaha. Sorry. Aku gurau je. Rasanya prepaid masih lagi relevan digunakan. 


Masih dengan alasan yang sama di tahun 2011, aku tetap tak nak guna postpaid sebab :

  • Jarang call orang lain melainkan mak aku sendiri. Maklum la sekarang ni dah jauh dari mak. Wajib call at least seminggu sekali. Kalau ikut hati hari-hari nak bergayut. Hahaha. Tapi bila dah ada berderet anak kecik-kecik ni komitmen nak bergayut tu terbatas la sikit. Untuk orang lain, aku cuma akan call bila ada benda penting atau urgent saja. Kalau sesaja nak call bergayut, memang takde la. Harap maaf. 
  • Aku cuma perlu spent RM30 untuk sebulan topup kredit. Nak bagi nyawa je kat nombor tu. Kadang-kadang RM30 tu pun tak habes sebulan. Internet jarang beli dah data sebab kat rumah pakai wifi Unifi. Aku pasang Unifi sebab kerja aku banyak memerlukan internet. Pakai data Umobile pun kat rumah ni lembab nak mampuih. Selalu buat aku hangen. Hahaha. Jadi kredit yang aku topup tu banyak dihabeskan untuk benda lagha macam subscribe apps bersenam konon nak kuruskan badan dan beli coin kat tiktok nak sedekah kat orang gift. Yang tak lagha pun subscribe apps canva sebab aku kan buat kerja design sambil menulis content untuk client.


Jadi apalah faedahnya aku nak guna postpaid ye?  Buat merugi je. Bil postpaid mahal weh korang. Aku dah la kedekut. Hahaha. Baik aku melabur kat Unifi untuk line internet yang berdesup bagi memudahkan kerja aku seharian. Jadi aku teruskan je dengan line prepaid. Jimat pun jimat. RM30 je tetiap bulan nak bagi ada nyawa sebulan kat dia. 


Kesimpulannya, antara prepaid dengan postpaid yang mana lagi berbaloi bagi aku? Tentulah jawapan nya prepaid. Hehe. Dasar orang kedekut memang macam ni ye.



Bisik-bisik :: Korang guna prepaid ke postpaid?

21 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. lau kaya tak pa ah nak guna...saya ni masih belajar lagi konfom2 la tak mampu. lain la kalau ada bapak gula-gula sorang.kuikuikui

    BalasPadam
  2. guna prepaid je... 3 no.. huhuhu.. 1 no topup sebulan 30.. 2 no lagi topup 10/20 sebulan.. :-)

    BalasPadam
  3. dulu penah guna postpaid..

    ngarut je... macam ada cas tersembunyi plak..

    padahal tak guna byk mana pon...

    pastu tukar pakai prepaid blk...

    BalasPadam
  4. Yup btol tu tuan umah..
    bukan masalah kaya x kaya..
    tp pasal kita guna ke x..
    kalo kita jarang guna baik
    guna prepaid je..nt pkai postpaid
    jd membazir la plak..ye x?..hehe

    jom la singgah jap:)

    BalasPadam
  5. dulu aku pakai topup, pastu bill, pastu topup balik...

    yg penting kalau bill maxis mahal, tak berbaloi langsung!....

    BalasPadam
  6. @BeloG MTT :: guna prepaid jimat kan? ehehe..saye ni memang kedekut sket..takde maknanye saye nak habeskan duit bayar bil tepon..baek simpan duit tu..;p

    BalasPadam
  7. @amirah bapak gula-gula? amboiii..ade hati ke nak sorang amirah? ahahaha..

    BalasPadam
  8. @Muslimah Optimis :: 3 nombor? banyaknye! saye yg satu tu pun dah biol nak manage..ehehe..

    BalasPadam
  9. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: ye eh ade cas tersembunyi dalam bil postpaid? die cas cukai kot..

    tapi betul..better guna prepaid..;p

    BalasPadam
  10. @HalaTuju kaya tu maksud saye mampu nak membayar le..ade je yg tak kaye tapi mampu nak membayar..ye la sebab guna banyak kan..ehehe..

    tapi tu la..kalao jarang guna baek guna prepaid..jimat! ;p

    BalasPadam
  11. @zulfikar hazri :: behehe..ramai jugak pesyen ko ni rupanya..tukar-tukar..sat topup sat postpaid pastu topup balik..

    aku rase semua bill pun mahal kot..jadi gunalah topup..murah..;p

    BalasPadam
  12. dulu masa ada gadis, aku pakai bil. musim mengaruk kan, pastu mampus tak makan bayar hutang. setelah penyesalan tu timbul, maka sehingga kini masih topup dan sebulan RM10 pun tak habis.

    mak aku pulak amatlah cool sebab dia tak pernah angkat telefon kalau aku telefon dia. dia akan tunggu aku givap, dan dia akan kol aku balik. HAHA sayanglah mak! memang tak habis kredit aku.

    BalasPadam
  13. riesha,prepaid je bagus. :) hehe. sy guna prepaid je sbb kalau guna postpaid pun emm kdg2 smpai over limit. :/

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama3/5/12 10:27 PG

    Sekarang ada postpaid yang boleh kata bersaing dengan prepaid. Kalau jarang bercakap, hanya perlu bayar RM 8 sebulan untuk line. Itu pun boleh guna RM 8 itu sebagai talk time credit. Lebih lagi, panggilan antara sama rangkaian adalah percuma. Caj biasa call pun Rm 0.15 satu minit malah prepaid RM 0.25 sen ke atas. Jadi yang mana lebih berbaloi?

    BalasPadam
  15. @Anonymous :: erk? ye eh ade gitu? line mane la tu? tak pernah pun tahu lagi..

    BalasPadam
  16. Pasti skrg dh guna pospaid

    BalasPadam
  17. Pernah pakai pospaid... Tapi lebih suka pakai prepaid. Flexible. Lagipun kat rumah pakai Unifi.

    BalasPadam
  18. Mrs. A pun rasa lebih sesuai guna prepaid kiranya dah sedekad. Dulu pernahlah tukar ke postpaid sekejap gara-gara husband nak sangat amik line family tu tapi bukannya hari-hari call pun tu yang tukar balik ke prepaid. Lagi jimat berbaloi-baloi

    BalasPadam
  19. Ofcoz lah prepaid. Meluat postpaid. Dlu pkai postpaid RedOne. Charge smpai kena beratus ratus. Pdahal plan hrga RM40 sebulan. Gila btul. Even dh port out msuk telco lain pun Red One still call ckp ada tunggakan. Pdahal dh settel smua dh tunggakan hri tu. Sekali dgn charge sbb kluar dari telco. Then? Lepas beberapa tahun.. call pulak mintak byar tunggakan. Mmg dorang ni lpar duit ni… Tktau mcm mna nk dptkan untung.. then scam org dgn cara tu🙄

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan