Nak Tempah Header Blog?

Assalamualaikum. Hai!


Pada yang masih belum tahu, dulu aku pernah dedahkan (amboi..macam censored je bunyinye..ehehe..) yang aku ade buat bisnes underground. Underground la sangat kan. Ehehe. Sebenarnye aku ade buat part time ambil upah design mendesign la. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je click kat 'Design Tab' di atas. Jangan segan-segan nak click ok. Boleh la korang tengok menatang ape je yang dah aku design. Hasil nye takde la mabeles sangat. Maklum la tangan kayu kan. (-_-")


Banyak ke orang yang dah upah aku? Tak banyak pun. Ada la. Tak sampai 10 orang pun. Alahai..sikitnye kan. Nak buat camne. Mungkin sebab aku tak market sangat kot. Market ni pun ade beberapa kategori jugak. Tak market sebab aku bukan blogger popular. Nak jadi blogger popular memang tak mampu sebab tak memenuhi kriteria comel, cun, mesra alam dan seangkatan dengannya. Jadi nak heboh kan seantero alam tu memang mustahil la. Tak market mungkin jugak sebab aku kurang buat promosi. Err..sebab aku pemalu kot. Pemalu tak kena gaya memang cenggini. Dan mungkin jugak tak market sebab orang gelis tengok hasil kerja aku yang tangan kayu langsung tak kreatif tu. Kui kui kui.


Baru-baru ni aku dah settlekan satu projek multimedia buat courseware. Sebulan jugak kot nak siapkan sebab tunggu bahan-bahan nye. Alhamdulillah dah settle. Ini merupakan upah yang paling mahal aku dapat. Terima kasih pada yang berkenaan sebab memberikan kepercayaan kepada tangan kayu dan otak tak kreatif aku untuk buat projek die. Ehehe. Lagi satu yang belum settle design belog kakak encik CH. Alamak! Idea..tolonglah datang. Boleh aku settle kan cepat-cepat. Uhuk.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Tapi kali ni aku nak kongsikan pasal design header yang orang dah upah aku buat. Takde la cantik mana.  Simple dan biasa-biasa je. Tapi kalau ade yang berminat boleh la order kat aku eh. Cuma kena pasrah la tengok hasil kerja tangan kayu aku. Sanggup ke? Haha. Meh ushar dulu 4 header yang aku dah design. Dapat upah dari 3 orang blogger. Jeng jeng jeng! Inilah hasilnya..


Ini header belog bisnes akak aku yang aku pernah design dulu. Simple je. Die cari gambar bear tu pastu die suh jadikan header. Aku tambah bubuh nama belog je la. Hehe.



Ini pulak ade sorang blogger nak header berkonsepkan pelangi. Aku lukis header ni guna flash. Sebab aku reti melukis kat flash je. Photoshop aku tak reti nak melukis. Hoho. Yang burung tu burung twitter la aku cilok kat pakcik google. Malas aku nak lukis balik burungnye. Jadi burung tu je yang tak tulen. Yang lain 100% tulen oke. ;p 



















Dua header di atas ni ditempah oleh orang yang sama untuk 2 belog beliau yang berbeza. Terima kaseh kak zura sebab upah sha sekali 2 header. 2-2 header ini belakangnye lutsinar ye kengkawan. Sebabkan akak ni terlupa nak mention beliau nak yang lutsinar ke yang ade background, jadi aku telah mendesign sesedap rasa aku je. Ehehe. Harapnye beliau puas hati la. Kot tak puas hati boleh komplen. Takde masalah punye. ;p

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Itulah header yang dah berjaya aku design dengan buruk. Ngahaha. Aku pun pelik kenapa la susah beno aku nak jadik sekreatif mungkin macam orang lain. Sedih betul! Yang ini je la yang aku mampu. Terima kaseh kat dorang semua di atas sebab sudi menggunakan khidmat aku. Terharu je rasa. Ingatkan takde orang yang teringin nak gunakan khidmat aku. Sekali ada da. Tapi tak ramai la. Ehehe.


Hah! Ade ke yang berminat nak tempah header hasil buatan aku? Boleh je roger aku bile-bile masa eh. Tapi berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum buat tempahan. Emailkan aku details korang yang berkaitan untuk proses header seperti berikut :
  • KONSEP : Nak simple/girlish/boyish etc. Lutsinar / ade background.
  • SAIZ : Lebar x Tinggi header korang nak besar mane. Contoh : 1000px x 250px.
  • BAHAN : Gambar korang atau ape-ape je yang berkaitan yang korang nak sumbat.
  • NAMA BLOG : Nama belog korang le. Contoh : MIRACLE WORDS.
  • TAGLINE : Kalau belog ade tagline sila maklumkan kalau nak letak.
  • URL BLOG : Terpulang nak letak atau tak. Boleh je. Ikut suke korang.

Okies. Itu saje yang aku perlukan. Aku akan design samada guna photoshop atau flash. Kalau tak nak aku design ikut kepala otak aku je, korang boleh bagitau macam mana yang korang nak. Tiada masalah. Sila email di email berikut : noorshahada@gmail.com. 


Tentang upah? Jangan risau. Aku tak ambil memahal pun. Aku risau design aku ni tak lawo dan customer tak puas hati. Jadi aku cuma ambil memurah je. Tapi ini untuk static header tau. Bukan flash yang ade gerak-gerak tu. Belum terer tahap tu lagi. Ehehe. Customer aku sebelum ni semua kata aku ambil murah sangat. Tapi aku memang tak sampai hati nak cas memahal. Baik hati kan aku? Design selalu aku ambil masa sehari je kalau ade idea. Kalau takde harap bersabar la menunggu. Boleh macam tu? Ahaha. 


Bila header dah siap, aku akan maklumkan untuk korang bank-in upahnye. Aku prefer bank-in walaupun upahnye ciput ye. Taknak topup-topup. Nombor akaun nye bile dah siap baru aku email bagitau. Kat sini tak boleh la nak reveal. Bahaya oo. Jadi, bile korang dah bank-in dan hantar bukti nye pada aku, sepantas kilat aku akan send header korang tu. Semudah itu saje syaratnye. Murah dan mudah kan?



Bisik-bisik :: Baru belajar nak berbisnes. ;p

27 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. duit nuffnang tak cukup lagiii. hehe:)

    BalasPadam
  2. canteknye.. tadi tengok header kat blog zura.. tu yang datang sini..

    salam kenal..

    BalasPadam
  3. nice gak!
    tapi...
    kita blog main2 ja.
    header buat sendiri dah ler. hewhew.

    BalasPadam
  4. cantik la headernya design..;)

    BalasPadam
  5. wuih boleh kumpul duit wat kawen la nih..

    BalasPadam
  6. 1- template ko problem dekat 2 bahagian. dekat title post (sepatutnya boleh klik) dan jugak design post komen yang agak tersorok sebab kau ubah dr yg asal, dan yg baru x menonjol.

    2- aku x minat dengan header. ko amik tempahan watermark x?

    BalasPadam
  7. wah, pandai business ye :D bagus. cantik2 yg riesha design :)

    BalasPadam
  8. @FarhanaDr :: Biase2 je ni doc..maklum le tangan kayu yg design nye..ahaha..


    eh?thanx for the link doc..yippie! boleh try nnt..

    BalasPadam
  9. @LAici KAng Ais :: duit nuffnang tak cukup, duit sendiri kan ade..ehehehe..;p

    BalasPadam
  10. @|| NaFiRaa || :: ehe..thanx..biase2 je tu..;p

    mekaseh sebab sudi datang sini..salam kenal juge..^_^

    BalasPadam
  11. @A.I :: ehehe..kalau dah tak main2 nnt mai le order ye..;p

    BalasPadam
  12. @CSI :: ade tak comel macam saye? ehehe..;p

    BalasPadam
  13. @ILA HonEyBuNNy :: boleh la sikit2..nak kata cantik sgt tu idok le..baru belajo design untuk org..;p

    BalasPadam
  14. @ParkAir :: ahaha..memang itu pun tujuannnye nak berbisnes ni..;p

    BalasPadam
  15. @ARC™ :: a'a..aku perasan jugak yg tu..tp takde mase nak repair lagi..ehehe..nnt aku fix kan..thanx remind aku semula..

    watermark? boleh je..ko nak camne? ke nk ikut pale otak aku? hoho..

    BalasPadam
  16. @Namee Roslan :: baru nak belajar namee..ehehe..tenkiu! tapi takde la cantik mcm org lain yg dah expert..;p

    BalasPadam
  17. alaaa janganlah merendah diri sangat akak.. hehe.. cun tu.. untunglah pandai buat header cun2.. ;)

    BalasPadam
  18. ikut palotak ko, tapi nak dia mcm watermark national geographic. ada kiri kanan. cbe tgk kt http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150443384083951&set=pu.23497828950&type=1&theater

    tp xnak la empat segi gak. carik design lain heheh

    BalasPadam
  19. @Siti Safiyyah :: ehehe..dah akak memang rendah dik piah..tu kena merendah diri tu..;p

    cun ke? mekaseh..biase2 je tu..^_^

    BalasPadam
  20. @ARC™ :: wokeh! beres..nnt dah siap aku bgtau ko eh..

    BalasPadam
  21. @eLLa n aLia :: ella punye pun comel jek ape..kalah saye ni ha..uhuk!

    BalasPadam
  22. Boleh lah join contest ni~
    http://bukanblogjiwang.blogspot.com/2012/07/contest-header.html

    BalasPadam
  23. Salam dear. berminat nak tempah flash header ngan u .
    pls email momoy kalau dear free
    syalyx_00@yahoo.com

    BalasPadam
  24. Mcamana kalau nk tempah utk courseware education?
    Email me k farha2681@gmail.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan