Trend Kad Kahwin #1 :: Pangkat Kerja

Assalamualaikum. Hai!


Terlebih dahulu Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur kita semua. Semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan kite insan yang lebih baik. Sama-sama kite hijrah diri ke arah kebaikan oke? Jangan pulak hijrahkan diri ke arah keburukan. Ish3. Terbalik pulak tu. Apa-apa pun, Salam Maal Hijrah buat semua. (^_^)


Diam tak diam dah seminggu rupanya bebudak cuti sekolah ek? Jelesnye! Nak jadi budak sekolah balik boleh tak? Err..ini namanya tak sedar diri. Perasan mude le tu. Padahal dah kertu. Hehe. Disebabkan cuti sekolah dah bermula, maka tetiap minggu ade je la kenduri kahwen. Dan banyak sangat jemputan yang diterima. Dari kawan-kawan aku, staf-staf kakak dan makcik-makcik kawan mak. Kami pergi mana yang sempat je la kalau takde perancangan lain.


Haa..dalam banyak-banyak kad kawen yang diterima, ada beberapa keping kad kawen yang menarik minat aku untuk diceritakan dan dikongsikan dengan korang. Kad kawen yang mak aku dapat dari kawan dia kat sekitar rumah ni la. Ehehe. Apa yang menarik sangat tu ye? 


Hmm..satu yang aku perasan, jiran-jiran kat rumah aku ni ade sikap yang pelik beno pada pandangan mata aku. Sikap nak berlumba-lumba tunjuk siapa yang boleh buat majlis kawen yang paling grand. Yang itu satu hal la. Memang dari dulu lagi kot. Ini yang baru aku dapat tahu, sikap nak menunjuk pangkat menantu tu kerja apa. Erk?


Serius weh! Dalam kad kawen tu tertera pangkat si menantu tu. Setakat ni yang dah aku jumpa ada dalam 2 kad kawen yang mak dapat. Pangkat Inspektor dengan Leftenan Muda. Amboi..hebat beno kerja si menantu nye eh. Ini kalau kerja Doktor ke Engineer ke mahu beso gedabak nama menantu tu dengan pangkatnye sebagai Dr. dan Ir. dicetak pada kad kawen tu. Adudui. 



~Imej disedut dari Google~


Sebelum ni kan, aku ingatkan kaum India je yang suke wat camni. Aku pernah dapat kad jemputan kawen dari kawan India aku. Dalam kad kawen dorang memang akan ditulis si pengantin perempuan dan lelaki tu belajar tahap ape kalau dorang belajar tinggi. Maksud nye jenis degree ke master ke Phd ke dan kat universiti mana dorang study. Memang akan dicetak di bawah nama pengantin. Tapi tak kesah la sebab dorang memang suka menunjuk pun kan.


Masalahnye, sekarang ni orang Melayu kite pun dah mula buat camni jugak eh? Maksud aku orang kebanyakan macam kite ni la. Yang ade pangkat Dato' Datin Tan Sri Puan Sri semua tu memang le dalam kad kawen anak depa tertera nama depa yang berpangkat tu. Ini orang yang biase-biase ni ha. Tak nak kalah jugak tu. Nak jugak tulis pangkatnye kerja apa. Alahai..


Buat apa lah nak menunjuk ye. Dapat apa dengan berbuat demikian eh? Nak orang memuji yang dorang tu pandai pilih menantu ke? Nak orang puji yang anak gadis dorang pandai pilih suami ke? Pelik betul la aku rasa sikap sesetengah orang ni. Terlalu mengagung-agungkan darjat dan pangkat. Lepas tu suka menayang kat semua orang. Penting sangat ke pangkat ni?


Entahlah. Bukan niat aku nak mengata ye. Cuma aku berasa sedikit jelik dengan sikap orang yang begini. Ramai sangat orang yang suka menunjuk-nunjuk ni rupanye eh. Memang dah jadi trend gamaknye kot. Aku pun tak tahu la. Sebab aku bukan jenis mengikut trend. Ehehe. Agaknye mungkin sebab orang kita ni terlebih 'prihatin' sangat kot. Mulut tu 'ringan' je nak bertanya kat tuan rumah menantu nye kerja apa. Jadi nak senang cerita malas nak menjawab banyak kali, tulis je atas kad kawen la. Takde orang tanye banyak-banyak kali. Ye dak? Ekeke. 


Apa-apa pun, tak kesah la kawen dengan kerja pangkat apa sekalipun, tak perlu la nak menunjuk sangat ye. Biar low profile. Orang tanya pun senyum je takyah jawab ape-ape. Lantak deme la nak ngate ape pun. Menyebok je hal orang. Kite buat rileks sudah. Hehe. Janji perkahwinan yang dibina berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah. Itu lagi penting.



Bisik-bisik :: Pangkat bukan jaminan rumahtangga bahagia ok!

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ahuu betul2 baru2 ni mak tunjuk kad anak member dia.. siap letak pangkat2 tu

    BalasPadam
  2. @♪ cik katak ♪ :: aik? kat tempat kamu pun camtu jugak ke? ish2..rupanye dah menular di mane2 saje trend ni..ingatkan kat sini je..;p

    BalasPadam
  3. @ainol akasyah :: kad kawen nak meletops dan cantik ni trend kad kawen yg seterusnye pulak..nnt saye hurai kan eh..;p

    BalasPadam
  4. Kadang2 pengantin tu tak nak letak, tapi orang sekeliling yang lebih sudu pada kuah!

    BalasPadam
  5. biasala tu, sha..kadang2 org ni sikap tinggi diri tu tebal lagi..xbawak kematipun pangkat dan darjat tu..xdenya malaikat nak sebut, "wahai XXX bin DATUK xxx"..sama je semua org..mati nti balut dgn kain putih gak..semoga kita xtergolong dlm org2 mcm tu..



    -zurinah-

    BalasPadam
  6. @ParkAir :: a'a..maknanye parents la yg suruh letaknye kan? ehehe..

    BalasPadam
  7. @Anonymous :: a'a..tu la kan kak..sikap tinggi diri..salunye jadi macam ni sebab parents..pengantin tu jarang kot yg gini..tapi disebabkan kehendak parents terpksa la diikut..ntah la kak..

    moge kite tak la macam tu kan? insyaAllah..

    BalasPadam
  8. alahai cm tu pon ada??

    kami xpnh jumpa lagi...bila baca entry sha ni baru tau ada juga yang cenggitu eyh??

    BalasPadam
  9. aikkk ?? ada pulak macam tu ?? manusia ni mcm2 lah. hmmm.

    BalasPadam
  10. tu lah org skang. cari yang pangkat aje. yg low class xmo.

    BalasPadam
  11. Hmm. memang ade jumpe species mcm ni dari kalangan kwn sy sendiri. Kwn sy guy & dia bukan doc. But masa kat kad kahwin, tulis `Dr` kt depan nama wife dia. Ok fine.

    Masa majlis, si pengacara majlis berulang2 sebut `selamat dtg ke majlis resepsi Dr. B & CD` Setiap kali sebut nama that girl, mmg dia akan sebut `Dr` gak kt depan. Duhh. Is it necessary? Sy rs a bit annoying

    Cerita lain. Kwn sy dua2 doc. Kt kad, banner, bunting just tulis nama dorg je without `Dr`.
    Masa majlis pn, pengacara majlis sebut nama dorg saja. So sweet. X nmpk bangga sgt dengan gelaran tu :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan