Rahsia Hubungan Rapat Dengan Keluarga Bakal Mentua

Assalamualaikum. Hai!


Entri santai hujung minggu. Walaupun Raya Haji dah lepas seminggu yang lalu, tapi saje nak kongsi pengalaman beraye kat Terengganu. Orang cakap sambutan Raya Haji sebelah negeri Pantai Timur meriah kan? Jadi aku nak cerita la pengalaman aku merasai sendiri suasana Raya Haji kat sana. 


Oh ye. Sebenarnya raya tempoh hari aku ikut kakak dan adik perempuan encik CH balik kampung. Dorang berdua stay kat Penang ni. Kakak CH kerja nurse kat sini. Adiknye pulak belajar course nurse pergigian kat sini jugak. Jadinye bile dorang bercadang nak balik kampung, dorang akan pelawa aku ikut sekali. Dah beberapa kali tak berkesempatan, Raya Haji hari tu baru berpeluang. Dan mak pun izinkan. Maka aku pun dengan hati gumbira terima la pelawaan kakak encik CH. Dapat jumpa encik CH setelah sekian lama tak jumpa. Mestilah aku suka. Hoho. Dan malam hari Jumaat tu dorang datang ambil aku dekat rumah.


Malam tu bertolak turun Shah Alam dulu rumah abang ngah encik CH. Pagi Sabtu konvoi 2 buah kereta menuju ke Terengganu. Lotih tak payah nak kabo le. Perjalanan menjadi sangat panjang sebab jalan jammed merata-rata. Maghrib baru sampai Terengganu. Encik CH sebenarnye tak tahu pun aku ikut kakak dan adik die dari Penang. On the way tu sepanjang jalan mesej aku punye la cover line bagi tak terkantoi. Kononnye surprise dari aku la tu. Sekali dah sampai die buat rileks je. Mesti rahsia dah terbocor ni sebab abang ngah sampai dulu dari kitorang. (-_-")


So, macam mana suasana Raya Haji kat Terengganu yang aku alami? Err..sebenarnya masa raya tu kami tak sebok sangat nak beraya sebab malam tu kakak encik CH yang lagi sorang nak bertunang. Jadi persiapan untuk bertunang yang diutamakan le. Cuma ade la sesi bersalam, ambil gambar dan pergi beraya rumah sedara mara dorang. Aku mengekor je la. Kalau ade sedara mara dorang tanya aku sape, kami berpakat kata aku ni kawan adik encik CH dari Penang. Huahua. Itulah untungnye menjadi rapat dengan adik beradik kekasih hati ye. ;p



~Ramai kan? Aku bersama famili encik CH, abang ipar, kakak ipar dan anak-anak buah beliau. Mane aku? Tu ha yang tersepit tepi tingkap kena himpit dengan ayah beliau. Beliau jadi jurukamera. Kui3.~



Balik dari beraya sebok siapkan dulang hantaran, backdrop tempat kakak encik CH nak duduk sarung cincin dan makanan untuk tetamu. Majlis tunangnye berlangsung di malam hari. Simple je majlis tapi agak meriah la. Ramai betol rombongan dari pihak lelaki yang datang. Oh ye. Aku jadi bidan terjun mekapkan kakak encik CH. Mekap light je. Natural. Aku sendiri tak bermekap sebenarnya. Tapi aku suka la mekapkan orang kalau ade permintaan. Cuma takde la hebat macam pakar.


Itulah pengalaman aku beraya aidiladha kat Terengganu. Ini adalah kali ketiga aku pergi rumah keluarga encik CH sepanjang 6 tahun berkawan. Pertama kali masa abang ngah encik CH kawen. Kali kedua masa balik dari konvo kat Sabah, ayah die yang pujuk ikut balik Terengganu. Alhamdulillah kehadiran aku memang diterima baik oleh keluarga encik CH walaupun pada mulanye encik CH takut-takut nak kenalkan aku kat famili die dan aku pun cuak nak mampos takut kena reject. (-_-")


Apa rahsia aku boleh get along dengan famili encik CH? Rahsianya ialah jadi diri sendiri. Yang penting kena pandai bawak diri, jaga pertuturan dan sikap, hormat semua ahli keluarga, berkawan baik dengan adik beradik dan tahu nak ambil hati parents. Aku baik dengan semua adik beradik encik CH yang 8 orang lagi tu. Dengan mak ayah encik CH pun alhamdulillah aku boleh ngam. Walaupun kekadang tersalah komunikasi la jugak. Err..maklum le deme cakap bahasa ulu ganu. Kekadang aku tak berapa nak paham. Bahasa ganu moden aku paham le sikit-sikit. Ekeke.


Haa. Itulah rahsia hubungan rapat aku dengan keluarga bakal mentua. Ececeh. InsyaAllah. Ye la kan. Aku nak kawen dengan encik CH nanti bukan aku kawen dengan die semata-mata. Kena la berbaik dengan famili die jugak. Korang yang dah kawen pun boleh je gunakan rahsia aku ni ha. Lagi bagus. Takde ruginya kita jaga hubungan rapat dengan keluarga mentua. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Untung tahu tak? Baru hubungan suami isteri dan kekeluargaan tu erat dan mesra sepanjang masa.


Dah rapat dengan famili beliau, bile lagi cik sha dan beliau nak ikat jadi kekasih halal? Nak tunggu ape lagi? Err..boleh tak jangan tanya soalan cepumas ni? Haha. Jangan risau, ade berita baik akan aku khabarkan buat pengetahuan semua. Just wait and see. Jangan le gopoh-gopoh. Ada lagi sorang kakak dan sorang abang encik CH tak lepas lagi. Takkan nak langkah bendul kot. Konkrit tak alasan ni? ;p



Bisik2 :: Beruntung rasa bila diri diterima baik oleh seluruh famili si dia yang disayangi, kan?

13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Heeeeee.. Tetibe saye pulak rasa seronok dan excited.. Mengenangkan kembali kisah silam.. Pengalaman indah.. Kan Cik Sha? Hehe.. :D

    BalasPadam
  2. wahh untongla.sy bf pon xde.hee bile nk mkn nasi myk ni.hehe

    BalasPadam
  3. tak konkrit la alasan tu.. hehe

    aku tak pernah pergi rumah awek sambil beramah mesra,

    mungkin sebab aku belum betul jatuh cinta betul2 kot...

    BalasPadam
  4. riesha..ahaha. saya paling takut benda ni lah dalam sesutau relationship.takut tak reti nk get long sbb sy ni tak talkative. so agak sukar untuk dibawa berbual :) aaaa..worry.

    BalasPadam
  5. sesi kenal2 ye tak.. kita lepas nikah baru jejak kaki rumah mertua.. perangai tu tak blh buang. dr zaman gedik2 kalau cintan cintun je jgn hrp nk pegi rumah boipren. boipren pun x bg dtg umah.. sebab MALU

    BalasPadam
  6. mula2 aku kawin risau gak nk get along ngan famili dia, dan dia pun sama nk get along ngan famili aku.

    tapi syukur semuanya berjalan lancar setakat ni..

    BalasPadam
  7. FarhanaDr ::

    hee..takde la silam sangat doc..baru jugak pengalaman ni..minggu lepas..^_^

    BalasPadam
  8. atiqa aris ::

    nasi minyak? insyaAllah dalam proses merancang..ehee..

    BalasPadam
  9. Zulfikar Hazri ::

    alahai..tak konkrit lg ke weh?haha..

    aku masa mula2 pergi tu pun cuak weh..takot kot..malu lagi satu hal..

    tapi bile famili die bg layanan yg mesra dan baik..terus rasa boleh 'in' dgn famili die..

    BalasPadam
  10. Namee Roslan ::

    seriously, saye pun paling takot benda ni sebenarnye..sebab saye pun bukan seorang yg talkative jugak..kui3..

    tapi alhamdulillah la sebab famili die sangat baik dan mesra..

    BalasPadam
  11. Mummy lekit ::

    lebih kurang la tu..sebelum ni saye takde kekaseh hati..beliau ni memang saye really in love..ehehe..


    memula memang malu yg amat mummy lekit..masa first time nak jejak kaki kat rumah die tu rase macam nak tercabot jantung, kaki tak jejak tanah, muka rasa macam takde hidung mata mulut semua..;p

    tapi harapnye berkekalan la jodoh kami berdua sampai jadi kekaseh halal..

    BalasPadam
  12. ParkAir ::

    alhamdulillah..korang dah jadi suami isteri ni lagi la kena pandai nak get along dengan famili mentua memasing kan?

    BalasPadam
  13. Mohd Amir ::

    takde la macam diari sangat pun blog saye ni macam orang lain..semua kisah peribadi nak cerita..saye jarang tulis aktiviti harian pun..cuma kekadang nak share kenangan dan pengalaman hidup yg pernah dialami..ehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan