Kini berwajah baru!

Assalamualaikum. Hai!


Dah hampir seminggu menyepi. Agak sebok dengan kerja dan aktiviti harian. Sampai tak menyempat nak jengok belog sendiri. Komitmen oi. Biasa la tu kan. Nama pun wanita bekerjaya. Ececeh. Lagipun sekarang ni ade projek nak kena setel. Memang sebok le.


Projek pertama, design belog bisnes kakak encik CH. Belum siap lagi. Tapi encik CH dah bayo. Adudui. Kena setelkan cepat ni. Projek kedua, ada someone upah aku buat projek Multimedia. Perbetulkan scripting dan design. Masih on progress. Dan tempoh hari dapat sorang customer upah designkan header belog die. Yang ni dah setel. Design header kejap je kot. Ingatkan takde yang berminat nak aku design header. Maklum le tangan kayu. Ehehe. 


Alhamdulillah. Ada jugak bisnes masuk. Walaupun sikit tapi untuk permulaan ok la tu kan? Lagipun ini part-time je aku buat. Terima kasih kepada yang memberi sepenuh kepercayaan nak gunakan khidmat aku. Maaf  sesangat kalau hasil nye takde la hebat mana. Itu je yang mampu aku buat. Maklum le tangan tak berseni ni yang buat kerja. Sila lah pasrah ye. Hehe. Tapi aku akan pastikan aku beri khidmat yang terbaik untuk customer aku. Kredibiliti diri kena jaga jugak. Baru customer trust. Ye dak?


Diam tak diam dah nak hujung bulan 11 dah. Dan lagi 3 hari umat Islam akan sambut tahun baru 1433 Hijriah. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang buat kita semua untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan seharian. Semoga kita tidak terus lalai dan alpa sebab masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah di bumi ini. Semoga Allah terus memberi kita kudrat untuk terus berjuang. InsyaAllah.



~Header baru belog busuk ini. Nak tengok template penuh? Sila skroll sampai bawah ok! (^_^)~


Ahaa. Korang perasan tak ada perubahan dekat belog aku ni? Banyak sangat yang berubah. Totally! Aku redesign semula belog dan buat template sendiri. Dan inilah hasilnya. Tiga hari aku gigih menggodek coding sampai rasa macam nak rabak mata ni. Tido pun tak sempurna sebab tak puas hati selagi tak siap sepenuhnya. Itu yang sampai tiga hari aku seksa diri sendiri design belog ni bagi siap. Haha. Amacam? Cantik tak wajah baru Belog Riesha Ariesha ni?


Of koz le aku design ni rujuk dekat tutorial jugak. First time kot design template sendiri. Jadi kena la buat rujukan. Mana boleh terus pandai kan? Terima kasih la kepada blogger-blogger yang baik hati sediakan entri tutorial yang berlambak-lambak. Walaupun ada yang entri copypaste dan tak menjadi pun bila cuba. Tapi takpe. At least aku belajar something. Ada jugak coding yang aku pandai-pandai sendiri ubah. Nasib baek la ade ilmu sikit dan pernah belajar masa kat universiti dulu. Ehee.


Kenapa aku redesign belog ni? Sebab ini adalah hadiah untuk diri sendiri dan belog kesayangan sempena 2 tahun dah aku berbelog. A'ah! Lagi tiga hari genap 2 tahun aku menulis belog. 27-11-2009 hingga 27-11-2011. Serentak dengan Awal Muharam besday belog aku kali ni. Kebetulan pulak. Jadi sempena tahun baru maka belog pun berwajah baru la. Ehehe.


InsyaAllah aku akan terus menulis selagi masih diberikan ilham. Semoga perkongsian aku di belog ini juga banyak memberi manfaat buat semua pembaca aku. Maaf andai selama berbelog ni ada penulisan aku yang telah mengguris hati sesiapa saja yang membaca. Tiada sekelumit niat pun yang terdetik untuk menyakiti hati korang tau. Maafkan aku. Apa-apa pun, aku berharap penulisan aku ini akan terus dibaca oleh korang. Ehehe. Terima kasih kerana menyokong aku. Sayang semua!



Bisik2 :: Macam tak percaya dah 2 tahun aku membebel tak hengat dunia kat belog ni. ;p

34 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. minta tlg bagikan link yang selalu cik riesha refer untuk edit header blog.plsss...tq :)

    BalasPadam
  2. header saye buat sendiri je..tak refer mane2 belog pun..^_^

    BalasPadam
  3. wahh birthday blog sama dgn awal muharam.. happy blogging.. :D
    pandainya buat header..

    BalasPadam
  4. simple but very nice!!!

    BalasPadam
  5. aku suka blog baru kau nih 2 kali ganda... tulisan pun dah kemas dan cantik..

    header wallah.. pro!

    terer ahh..

    BalasPadam
  6. riesha !! sangat cantik blog baru. saya suka. aa saya sorang punya blog yg buruk. wuuu.

    BalasPadam
  7. @Amirrah Zawani :: a'ah..kebetulan pulak besday nye belog ni jatuh masa awal muharam..ehehe..

    takde la pandai sangat wat header..tapi boleh la untuk kepuasan sendiri..^_^

    BalasPadam
  8. @Zulfikar Hazri :: 2 kali ganda je ke ko like? nape tak berganda2..haha..

    BalasPadam
  9. @Kumbang Jingga :: KJ kate sha cantik ke? mekaseh..;p

    haha..gurau je..sha sedo diri sha tak cantik..kui3..tahu KJ kate belog ni yg cantik..tenkiu oke!

    BalasPadam
  10. @Namee Roslan :: mekaseh namee!hehe..


    belog namee ok la..yg penting penulisan tu hebat..^_^

    BalasPadam
  11. wahh..siap dok tersipu2 kat header tu ek. hehe..best kalo reti design sendiri. thumbs up cik sha..=)

    BalasPadam
  12. terer la hang! aku jenis malas nak belek coding, berpinar bijik mata!

    BalasPadam
  13. blog & header memang cantik.. best la pandai design template sendiri. kita x sempat nak study benda2 tu semua skang ni

    BalasPadam
  14. cantik wey!
    cantik sangat.


    eh macam sama jek tempoh kita berbelog.
    tapi blog kita tak byk reader pon. huahhh!


    keep blogging ya. ada masa iA, kita datang jenguk/

    BalasPadam
  15. @Jejaka Terhangat :: hehehe..kengkonon nye nak bgtau yang saye ni gadis pemalu la tu..tapi non hado la camtu..realitinye loklak nak mampuih..;p

    BalasPadam
  16. @ParkAir :: terer hang kata pa'an? nak terkeluar bijik mata aku belek coding weh..hahaha..

    BalasPadam
  17. @Pondok Usang :: header je comey..tuannye idok comey pun..perasan comel ye..;p

    BalasPadam
  18. @THE LEKAT LEKIT STORY :: mekaseh mummy lala! takpe..saye pun amik masa smpai 3 hari nak buat template sendiri ni tau..hehe..

    BalasPadam
  19. @A.I :: tenkiu wey! hehe..

    same ke tempoh berbelog kite? geng la nih..gimme 5!

    takpe..pelan2 nnt ramai la tu reader..^_^

    nnt rajin2 dtg la lagi ye..jgn memalu..

    BalasPadam
  20. hep! tuannye comey jugak.. confirm tak tido malam dok meng adjust ini wajah baru..

    BalasPadam
  21. dah beli kereta belum?

    BalasPadam
  22. semat weh nampak mcm template pro

    BalasPadam
  23. @Pondok Usang :: comey ke saye? hoho..takde la..biase2 je..

    huishh..memang tak tido malam buat natang alah ni ha..kalau tido pun kejap je nk bg hilang ngantuk..takut mabuk..hehe..

    BalasPadam
  24. @Mr.Fuz (Watak Protagonis) :: belum lagi le..nape? nak tolong belikan ke? hehe..;p

    BalasPadam
  25. @ARC™ :: pehh..pro ko kate arc? ahaha..alhamdulillah..boleh wat portfolio nak mintak kerja web designer la camni..;p

    BalasPadam
  26. kak shaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! i miss u so much laaaaa. sorry lame tak jenguk blog akak. jenguk blog sendiri pon xsmpat. bselah wanite bekerjaya. kehkeh. copy paste ayat akak. btw, pandainyeee akak design template ni. cantik gileee. pink gitewww. hehehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan