Kereta Idaman

Assalamualaikum. Hai!


Asyik tulis topik yang berat-berat je kebelakangan ni kan? Jadi hari ni nak menulis entri yang rileks sikit la. Sejak cuaca tak menentu sekarang ni, keinginan aku nak memiliki kereta sendiri makin membuak-buak pulak. Maklum la asal balik kerja je hujan turun. Lebat pulak tu. Tension benor dibuatnye. Tapi nasib baik la hujan turun masa nak balik kerja. Basah pun dah tak kesah sebab memang dah nak balik rumah. Kalau masa nak pergi kerja pun hujan jugak, mahu menanges aku. Pergi balik kerja bermandikan air hujan. Inilah nasib seorang gadis rempit. Sedih betul!


Sebut pasal kereta ni, aku sebenarnye mengimpikan kereta jenama Mazda Sport. Pehhh..Mazda siot! Taste kemaen hebat tuh. Macam mampu nak beli. Wahaha. Sebabkan aku tak mampu la yang jadi impian tu. Gile hape nak beli kereta mahal cenggitu. Harge pun dah RM90ribu++ woi. Mahu terkincit aku nak membayor bulan-bulan beribu. Gaji pun seciput. Berangan boleh le. Aku berkenan design kereta tu je sebenarnye. Lampu kat bontot die seksi gile. Tergoda~~


Angan kemaen tinggi melangit kalah Mat Jenin aku ni tau. Takde maknanye aku mampu nak beli kereta keluaran oversea mahal-mahal gitu. Beli moto pun berhutang. Konon nak beli kereta mewah-mewah dari oversea. Gile kot. Kalau ikut kemampuan, setakat kereta lembu je aku boleh beli. Haha. Ni kedekut tahap dewa namanya. Teruk sangat dah penyakit kedekut aku ni. Ish3. 


Kalau nak ikutkan KEHENDAK tentu lah aku nak memiliki kereta jenama keluaran oversea. Sebab kualiti dah kompom tip top. Bukan macam kereta keluaran Malaysia yang orang asyik kata macam tin milo. Kalau eksiden gerenti remuk tak hengat. Tapi yang mampu aku target nak beli pun kereta keluaran Malaysia la. Kerja gaji seciput tak payah berangan sangat nak beli kereta oversea. Sila ikut KEMAMPUAN. Beli kereta tempatan sudah. T_T


~Seksi kemaen design Mazda ni. Lampu kat buntot die tu yang aku tergoda gile. Macam mata sepet gitu. Fuhhh..~


Memandangkan moto kesayangan aku tu dah habes hutangnye, jadi boleh la aku berangan nak beli kereta pulak. Yippie! Sekarang ni tengah ushar-ushar kereta mana yang akan jadi milik aku satu hari nanti. Ada 3 pilihan dalam senarai pendek kereta idaman aku. Ececeh. Siap ade senarai pendek lagi tu. Macam pilih calon pekerja pulak. Err..calon-calon yang dah berjaya tambat hati aku ialah Myvi, Persona dan Gen2. Jadi yang mana satu akan jadi pilihan aku eh?


Nampak gayanya kereta jenama Proton mendominasi pilihan aku. Antara Persona dengan Gen2 aku lebih berkenan Gen2 kot. Satu sebab enjin Campro (jimat minyak), satu lagi sebab design nampak smart. Kalau modified sikit nampak sporty habes. Love it! Kualiti mungkin ok la gamaknye. Pernah test-drive kereta bestfriend aku sebab aku jadi pengapit+driver masa hari kahwin dia. Keselesaan memandu agak best. 


Persona pun design macam ok je. Enjin aku tak pasti Campro ke tak. Dalam nampak macam agak selesa kot. Dah pernah dah test-drive kereta Paksu aku. Sedap jugak bila memandu. Rasa selesa. Kualiti kereta aku tak pasti sangat. Tak pernah tanya kat Paksu kereta tu ade problem ke tak. Nanti aku try tanya kat dia. Mungkin pilihan boleh beralih arah kat Persona pulak.


Kereta Perodua pun not bad kot. Sebab tu Myvi tersenarai dalam pilihan aku. Cumanya kereta Myvi ni kecik sikit la berbanding Gen2 dan Persona. Walaupun kecik, design agak smart jugak. Kualiti ok agaknya. Pernah banyak kali dah drive kereta Myvi. Boleh la sebab agak selesa ketika memandu. Tapi memang tak boleh pecut laju. Kang stereng bergegor-gegor tak hengat. Aku dah le kalau drive atas lebuhraya memang nak laju je. Haha.


~Gen2 :: Myvi :: Persona. Mana satu pilihan hati?~


Pilihan jenama kereta dah ada. Sekarang nak pilih antara auto ataupun manual. Sebenarnya auto aku boleh drive, manual pun aku boleh. Biasa la. Pemandu pro katakan. Amboi! Riak tu. Ehehe. Tapi aku selesa drive kereta manual lagi sebab boleh main gear. Takde la mengantuk sangat. Kalau auto macam rileks lebih. Masuk gear D, tekan je minyak terus drive. Rileks benor. Tak mencabar langsung. Tapi kalau untuk perjalanan jauh dan selalu mengalami kesesakan time nak pergi kerja, better kereta auto kan? Kaki tak lenguh. Tapi kereta manual lebih jimat minyak. Hmm..konpius ni. Adudui.


Kesimpulannya aku masih belum dapat decide kereta mana yang aku nak nanti. Tengah konpius lagi. Takpe-takpe. Banyak lagi masa. Bukan nak beli sekarang pun. Boleh lagi fikirkan dan buat pilihan. Mana tahu tetibe aku dapat kerja gaji beribu-riban cecah RM5k sebulan. Boleh la rembat kereta Mazda yang aku mimpi-mimpikan sangat tu. Wahaha. Apa-apa pun, beli ikut KEMAMPUAN. Yang penting kereta tu nak guna untuk KEPERLUAN bukan semata-mata KEHENDAK. Ingat tu ye cik sha!



Bisik2 :: Member semua dah berkurun pakai kereta. Aku baru nak berangan. Kesian betul! Sighhh..(-_-")

21 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. aku pakai kereta toyota corolla je..


    aku rasa terbaik utk ko Myvi... laju, jimat minyak, praktikal...

    BalasPadam
  2. wahh..toyota corolla kereta ko pakai..


    aku agak berkenan jugak la dgn Myvi..tapi Myvi 1.3 je kot kan? memandangkan kemungkinan akan berulang alik jauh..maklum le bakal cik abe orang ganu..tu yg Persona @ Gen2 jadi pilihan jugak..sebab aku rasa dua kereta tu 1.6..ye dak?

    BalasPadam
  3. Persona memang best drive, tapi bagi aku seat dia keras sikit. Yang dok seat belakang memang kurang selesa.

    Gen2 pun sama, belakang sempit sikit.

    Ko dah try Saga BLM? Dia punya seat memang selesa depan belakang. Cuma enjin je la kecik sikit pada Persona.

    BalasPadam
  4. myvi myvi !

    sbb myvi comel. :D

    BalasPadam
  5. sha...:D saya rse yg plg sesuai untuk kita dua ni adalah myV! :D sbb mudah nk bawak mana n kecil.plak myV baru sungguh sporty :) wee, saya pun minat mazda. hehe. mazdz cx9 ke apa yg besau tu.lawa nyaaa.

    BalasPadam
  6. he he tak kira la kereta apa pun, yang penting cik sha selesa...

    saya dah naik ketiga2 kereta..

    pendapat saya,gen2 mmg sporty..tapi belakang sempit sikit..seat dia pun keras..sakit bahu bila nak sandar.

    persona elegance, seat ok,bonet besar..
    dua2 persona gen2 1.6..

    myvi, memnag kecik.saya pakai myvi..1.3 jer...kalau cik sha nak laju sikit beli la myvi 1.5 extreme..he he

    antara auto/manual..setuju dengan cik sha, manual lagi ok..sebab boleh rempit..ha ha kalao auto dia mcam slow sikit kat jalan..kuikuikui

    BalasPadam
  7. Kalau ikut hati memang mati nak bayar bulanan.hahahaaha..

    Sophie amek Saga FL. bulanan bayar ikut kemampuan la. Nak persona rasa macam tak mampu pulak nak bayar.tambahan pula nanti nak masuk belajar mana nak cekau duit.huhu..

    But all the best Sha! belilah barangan buatan Malaysia.ecececece..

    *ohya, beli Proton sebab ada Lotus ride (which Perodua takde) plus sebab space la obviously.

    BalasPadam
  8. WuMing minat sangat dengan kreta Mazda nii...

    Kena kumpul duit lama lagi laaa..

    BalasPadam
  9. myv je la. sesuai dengan girls.:)

    BalasPadam
  10. alaa dah kerja best laa. rasa teringin boleh je nk capai. den ni....



    adoi.


    neway kalo aku amek myvi auto. pompuan2 sikit. hewhew.

    tapi smart gen2 laa.

    kalo aku yang bawak manual ala2 nak hidop mati je baik amek auto jaa.

    neway auto la wey, best! kalo ko pakai kain sempit masa raya pon tak susah nak bawak. lol.


    good luck ya! dah ada kete kanmg jgn lupa bawak aku. (cewah cam kenal plak kan/ hehehe)

    BalasPadam
  11. @ParkAir ::

    Best ke Saga BLM weh? nnt kalau ade promosi kat memane aku nak try la test-drive..

    BalasPadam
  12. @starzieti ::

    haha..jgn le goda guna perkataan 'comel' tu..nnt hati tak menahan nak dapatkan Myvi pulak..;p

    BalasPadam
  13. @Namee Roslan ::


    ala..ala..ala..namee pun nak goda sha amik Myvi jugak ke..ni yang buat hati berbelah bagi ni..;p

    BalasPadam
  14. @Nur_cahayamataku ::

    itu lahnye..memang nak mementingkan keselesaan dan enjin yg agak power sket..tu yg konpius nak buat pilihan antara 3 kereta ni..hehe..

    BalasPadam
  15. @Sophie Al-Yahya ::

    haa..sebab tu pilihan sha ni didominasi oleh kereta keluaran Proton..;p


    tapi tu la sophie..memang nak kena amik yang mengikut kemampuan untuk dibayar tetiap bulan..kalau tak semput le..

    BalasPadam
  16. @WuMing ::

    Smart kan kereta Mazda..hensemmmmm!


    tapi tu la..harge nye mahal nak mati..menanges nak bayar..T_T

    BalasPadam
  17. @Fuz ::


    alahai..ni lagi sorang nak goda suruh amik Myvi..hahaha..

    jap2..dalam pertimbangan lagi..kite tgk je nnt yg mana akan menjadi milikku..;p

    BalasPadam
  18. A.I ::

    hahaha..amik Myvi macam pompuan2 sket eh? kalau laki pakai Myvi die pun nmpk mcm keperempuanan la kan?hahaha..


    tapi aku berkenan gila dgn Gen2 ni..camne la? tapi terpikat jugak dgn Myvi..aishhh..konpius betul..


    insyaAllah..mane la tahu tetibe terserempak ko ade masalah kat tepi jalan ke..aku bagi la ko tumpang kereta aku nnt..nak? haha..

    BalasPadam
  19. kite prefer swift! ehe

    BalasPadam
  20. perghh!! kak sya dah mula berangan nak pakai kereta apa dah niii...hehee :D

    kereta idaman ezma ----> caldina...

    tapi idaman aje laa..hahaha :D mampu ke tak, insyaALLAH...

    ezma doakan kak sya dapat apa yg kak sha idamkan...aminnnn :)

    BalasPadam
  21. Inspira la oooi....terlatest

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan