Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Err..belom terlambat lagi kot nak wish kan? Maaf la. Orang perasan sebok macam aku ni memang cenggini la. Pemalas nak mampos update blog. Lagipun takde yang menarik pun tentang life aku seharian sampai tetiap hari nak update blog semata-mata nak cerita apa aku buat. Buang masa je korang nak baca. Sama je jadual seharian aku setiap hari.
Lagipun siapa la aku ni ha nak cerita personal life aku setiap hari kat orang. Dah la tak menarik langsung. Membosankan je. Lebih baik la aku menulis apa yang aku rasakan ada ilmu nak dikongsikan dengan korang. Ye dak? Ehehe. Cuma kekadang tu ada la jugak aku selit-selit cerita pasal diri aku. Menipu sangat la kalau kata aku tak pernah menulis tentang diri aku kat blog kepunyaan sendiri. Ish ish ish. Nak menipu pun agak-agak la. (-_-")
MENARIK UNTUK DIBACA : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Kategori Penulisan Blog
Ahaa..cakap pasal penulisan belog ni tetibe idea nak membebel pun mencurah-curah. Dah lama jugak tak sentuh pasal dunia blog. Selama aku berblog ni, dah bermacam-macam jenis blog yang aku jumpa.
Serius. Sangat banyak rupanya kategori blog ni. Maklum la penulis blog pun terdiri dari pelbagai golongan. Ada budak sekolah, pelajar U, mak orang, bapak orang, bini orang, laki orang, kuli, bos, pekerja profesional, pekerja tak profesional. Eh! Pendek kata macam-macam jenis orang la.
Bila dah penulis blog pun bermacam-macam jenis orang, maka penulisan di blog pun ada bermacam-macam kategori jugak la. Kalau nak dikaji memang tak terkaji kot ada berapa banyak kategori blog.
Jadi kat sini aku nak senaraikan beberapa kategori blog yang aku dapat kenalpasti je la. Kalau korang ade penambahan, sila tulis di ruangan komen ok. Nak jugak tahu kategori apa yang ada lagi yang aku terlepas pandang.
#1 :: BLOG PERIBADI
Kategori ni paling banyak rasanya. Semua golongan pun terlibat. Blog peribadi ni lebih kepada menceritakan tentang kehidupan seharian. Aktiviti apa yang dibuat hari ni. Pergi dating kat mana hari ni. Makanan apa yang best dapat makan hari ni. Sakit hati dengan orang tu. Stress dengan diri sendiri. Err..kesimpulannya, apa je yang berlaku ke atas diri ditulis dalam blog. Kekdang seronok jugak baca. Hihi.
#2 :: BLOG CINTAN-CINTUN
Kategori ni boleh terbahagi kepada 2 jenis. Satu yang ditulis tentang tips-tips dalam percintaan. Contoh macam Belog Terfaktab. Satu lagi jenis yang ditulis oleh individu yang entri blognya semua tentang kisah cintan-cintun dia. Putus-sambung balik-dapat yang baru. Yang manis-manis, yang pahit-pahit. Semua dia luahkan dalam blog. Blog kan diari peribadi. ;p
#3 :: BLOG MOTIVASI
Blog motivasi ni pulak penulis blognya lebih suka menulis sesuatu untuk memberikan motivasi dan nasihat pada orang lain. Tak semestinya perlu jadi pakar motivasi untuk memotivasikan orang. Kadang-kadang penulis blog jenis ini menggunakan diri sendiri sebagai contoh untuk memberi motivasi dan nasihat.
#4 :: BLOG KEAGAMAAN
Blog keagamaan selalunya dimiliki oleh golongan-golongan yang tinggi ilmu agamanya. Menulis untuk memberikan dan berkongsi ilmu agama kepada orang lain. Secara tak langsung blog menjadi platform untuk mereka berdakwah.
#5 :: BLOG POLITIK
Err..ini jenis blog yang paling aku menyampah nak baca. Haha. Bukan apa, kebanyakan blog politik yang aku jumpa penulisnya emo kemaen. Mengutuk pihak yang bertentangan ideologi politik dengan mereka. Yang pro-kerajaan maki pro-pembangkang. Yang pro-pembangkang maki pro-kerajaan. Haishhh. Tak paham langsung! Tapi ada jugak la yang natural. Menulis tentang politik dari sudut pandangan dia tanpa berpihak pada sesiapa pun. Yang ini ok kalau aku nak baca. Ehehe.
#6 :: BLOG MASAKAN
Blog paling best! Aku suka pergi sebab nak cuci mata menatap gambar-gambar makanan sampai rasa terliur. Haha. Satu lagi tentulah nak 'mencuri' resepi yang ada untuk dicuba.
#7 :: BLOG TUTORIAL
Blog yang totally tulis pasal tutorial je agak jarang nak dijumpai. Kebanyakannya terselit dalam blog peribadi dan penulisannya banyak yang copy-paste je. Ye dak? Tapi ada je yang memang fokus semuanya pasal teknikal blog. Selalunya blog dari seberang.
#8 :: BLOG GOSIP ARTIS
Pada yang jenis gila hiburan dan seronok nak tahu aib artis-artis yang dibenci atau perkembangan terkini artis kesayangan mesti selalu terjah Blog Gosip Artis ni kan? Tu korang la tu. Keh3. Aku tak berapa gemar baca blog jenis ni. Sebab aku tak amik tahu pun pasal artis.
#9 :: BLOG FOTOGRAFI
Blog kategori ni pun aku suka jengah sebab nak tengok gambar-gambar yang awesome. Tambah-tambah gambar orang kawen. Hahaha.
#10 :: BLOG BISNES/SHOPPING ONLINE
Blog yang didominasi oleh kaum perempuan. Maklum le yang gila nak shopping pun orang pompuan jugak. Macam-macam jenis blog bisnes yang ada. Yang buat tempahan cupcake, cake, chocolate dan hantaran. Yang jual beg, shawl, kasut, contact lens dan sebagainya. Yang buat bisnes kerja freelance macam lukis doodle, design blog, design itu ini pun ade jugak.
Aku sendiri pun ada jugak blog kategori ni. Untuk bisnes online dan kerja freelance yang aku buat. Sampai 3 blog aku tapau. Hahaha.
#11 :: BLOG PENDAPAT
Penulis blog ni selalunya menulis tentang sesuatu isu dan memberikan pendapat dari pandangan beliau secara telus. Aku suka baca blog jenis macam ni jugak. Tambah-tambah kalau isu yang dibangkitkan menarik. Lepas tu pendapat yang diberikan oleh penulis pun ada rasionalnya. Kalau yang jenis bagi pendapat ikut sedap rasa, point tak kukuh dan langsung tak rasional, memang aku tak gemor sangat nak membacanya.
Belog pendapat ni selalunya akan buat kita terfikir balik secara kritis. Belog Pendapat yang aku suka baca adalah macam Belog Rasa Hati tulisan Zulfikar, Belog My Name is Namee tulisan Namee Roslan dan Belog Kereta Mayat tulisan Hamka. Sebenarnye banyak lagi. Ini 3 di antaranya.
#12 :: BLOG TENTANG HAIWAN KESAYANGAN
Uik? Panjang benor nama blognya. Ehehe. Aku reka je tu. Tak tahu nak bagi kategori apa. Blog jenis ni selalunya berkongsi tips-tips penjagaan haiwan kesayangan. Kebanyakan yang aku jumpa pasal kucing le. Aku kan cat lovers. Memang la aku jengah blog jenis ni nak amik tahu semuanya tentang penjagaan kucing kesayangan aku tu.
#13 :: BLOG MAKI HAMUN
Jangan tak tahu dalam dunia blog ni wujud blog jenis macam ini ye kawan-kawan. Banyak jugak kot. Penulis buat blog memang bertujuan untuk memaki hamun dan mengutuk orang yang dibenci teramat sangat. Memang semata-mata untuk itu saja. Sian benor orang yang jenis ni. Takde life gamaknya sampai wujudkan blog untuk maki orang yang dia benci. Rajin benor dia stalk pasal orang tu setiap masa. Ish3.
#14 :: BLOG INFORMASI
Blog yang memberikan pelbagai informasi kepada pembaca. Informasi macam mana? Informasi pasal kerjaya, pasal penulisan resume, pasal tips nak pergi temuduga, pasal penjagaan kesihatan, pasal penyakit-penyakit dan bermacam-macam lagi la. Itu aku kategorikan sebagai belog informasi. :p
#15 :: BLOG CARCA MARBA
Erk? Kategori apa la ni gamaknya ek? Ehehe. Carca marba tu maksudnya bercampur-campur la. Semua pun dia nak sumbat dalam blog. Pendek kata dari 14 kategori blog di atas ada jugak dalam blog jenis ini. Kecelaruan identiti sungguh. Ahaha. Tapi rasanya blog aku boleh disenaraikan dalam kategori Belog Carca Marba ni kot. Tskkk. (-_-")
Contoh pembahagian topik penulisan blog carca marba. HAHAHA |
Kenapa Kategori Penulisan Blog Jadi Isu?
Rasanya ada macam-macam lagi kategori blog kan? Malas dah aku nak fikir. Korang fikir la pulak. Ehehe. Mesti ada yang tak puas hati dengan entri aku ni jugak kan? Kategori penulisan blog pun nak jadi isu ke?
Eh2..rileks le kawan. Aku tak jadikan isu pun la. Apa pun kategori blog yang korang tulis, bukanlah menjadi isu yang besar sebenarnya. Yang penting korang tak melanggar etika dalam penulisan. Menulis juga perlu ada tata tertib. Jangan sebarangan pulak. Kita perlu menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
Sebabnya, tak semua akan suka dan bersetuju dengan apa yang kita tulis. Maklum la manusia ni kan tahap pemikiran nya berbeza-beza. Kekadang lain yang kita tulis dan nak cuba sampaikan, lain pulak yang diterjemahkan oleh otak dorang. Lepas tu nanti mula la dijadikan isu. Biasa la. Perangai manusia yang suka cari pasal memang akan macam tu selalunya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebagai seorang blogger yang beretika, menulislah dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab dengan apa saja yang telah ditulis. Yang pembaca pula sila hormat penulisan dan pendapat orang yang menulis selagi tulisannya tidak melanggar etika dan melampaui batas.
Memang kita berbeza pendapat, tapi tak perlu la sampai nak mengecam sehingga memaki hamun pula sebab berbalah tentang pendapat yang penulis berikan. Rasanya masing-masing dah bijak kot nak berfikir dengan rasional. Apa-apa pun, Selamat Berblog dan Selamat Membaca!
Bisik2 :: Menulis dan membaca belog adalah salah satu terapi minda buat aku.. (^_^)
blog i caca marba gak .. mcm2 ada.. yang banyak personal life, org nak bace, bace.. xnak bace.. jangan bukak.. habis cerita ^^
BalasPadamblog keh tak tahu genre menda..aok boleh tolong chek? kakaka
BalasPadamblog aku pun takde dlm kategori kt atas hehehe...
BalasPadamblog saye carca marba. hehe ~
BalasPadamaku suka baca blog pendapat jugak...
BalasPadamsenang citer aku suka baca blog semua... selagi cara penulisan dia bagus aku baca je...
cuma aku tak minat sangat blog maki hamun, buang masa je masuk baca.. :)
teruskan berblogging yah...
berblog dgn sebaik mungkin.
BalasPadamhope tak ada yg maki hamun...
hmmmm...
budi bahasa budaya kita.. hehehe
singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
salam singgah.
belog i pun carca marba...menulis dan meletak gambo sesedap rase..haha
BalasPadam@Marya Hana ::
BalasPadamhaha..kita boleh geng..belog carca marba la cool..ki3..;p
@hiro ::
BalasPadamamboii..madah sarawak ya kitak ni..kenak pa?jatuh hati sama gadis sarawak kah?(betol ke aku merepek ni?haha)
belog ko aku pun tak reti nak klasifikasikan..belog bapak-bapak mithali kot..ko kan suke tulis pasal ica anak khayalan ko tu..;p
@Kumbang Jingga ::
BalasPadamtakde ke?habes tu belog ko ape la kategori nye? cer kabo sket..
@starzieti ::
BalasPadamhehe..takpe..kite geng ok!
@Zulfikar Hazri ::
BalasPadamaku pun baca je semua jenis belog tapi yang penulisan die bagus le..yg maki hamun aku pangkah je terus..pening nak baca..haha..
@Alieza Dayasari ::
BalasPadambetul..berblog sebaik mungkin..bila kite jaga etika berblog kita insyaAllah takde yg akan maki hamun..^_^
btw, thanks sudi singgah..
@Nurha ::
BalasPadamwahaha..best kan kalau belog carca marba..boleh sumbat ape je sesedap rasa..hoho..
hey riesha, hehe. saya sebenarnya teringin nak tulis peribadi macam blog gadis yg biasa buat. i mean peribadi yg detail lah tp setakat ni belum ready lg kot nk buat entry macam tu. keluar pergi tesco pun nk tulis dalam blog..hehe.
BalasPadambelog aku belog campur2 jek.
BalasPadamasal aku rasa nak tulis aku tulis.
aku tak suka tgok org yang mmg tiap hari update, tapi update semata nak update sebab tiap hari nak update.
paham tak?
cam keling plak eh ayat.
kira cam ni la dia set mind tiap hari mesti update. bagos la cam tu, dapat kawan ramai blahblah.
tp letih gak kalo nak baca. tetmbah kalo dia mmg dok komen blog kita salu. hewhew.
neway, apesal aku rasa ko menulis matang eh? WEY NAK KEJE GAK! tak sabarnyaa! hahaha
Aku ni kategori ape sha? Bleh bagi 1 link blog motivasi dengan blog kucing?
BalasPadamBlog saya yang #15 tu hahaha
BalasPadam