Assalamualaikum. Hai!
Ini entri tahun 2011 yang dikemaskini dan dipublish semula tau. Hihi. Selamat membaca!
Sebenarnye dah lama persoalan ni bermain-main di fikiran aku. Nak bincang kat belog, tapi pemalas yang amat la nak mengerah otak untuk ulas perkara ni dengan sangat bernas. Ececeh. Macam la selama ni penulisan aku bernas sangat kan. Berjela-jela je sampai orang meluat nak baca ada la. (-_-")
Jadinya, tetibe pulak sekarang ni aku jadi rajin. Pergi la menggoogle terlebih dahulu tentang topik ni. Saja nak tengok pendapat orang lain. Macam-macam versi entri ada. Kebanyakannya tempek gambar sendiri dengan couple dan tanya ade iras ke tak. Ada la jugak yang tulis bagi pendapat dari perspektif mereka sendiri. Tapi paling banyak entri kopipes la. Sama je ayat kat entri dorang. Jadi, inilah penulisan tentang ini dari prespektif aku pula.
Dari mana bermulanya teori Wajah Seiras Jodoh Kuat?
Aku pun tak tahu dari mana dan siapa yang memulakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Err..dengarnye dari orang tua-tua zaman dulu. Macam mana tercetusnye teori ni ye? Kriteria apa yang membuatkan tok nenek kita terfikirkan tentangnye? Entah la. Aku sendiri tak pasti. Ada yang cakap mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, kelakuan, gaya dan entah apa-apa lagi. Kalau ada iras tu maknanya berjodoh dan jodoh sangat kuat serta berpanjangan.
Pasangan yang sedang hangat bercinta selalunya akan menjadi sangat teruja bila ada orang menyatakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Terasa bagai diawan-awangan. Menjadi terlalu yakin yang pasangan itulah jodoh buat diri dan bakal dinikahi. Mula la nak membelek setiap inci wajah pasangan memasing nak cari 'spot' yang dikatakan seiras tu. Eksaited gila. Betul tak?
Ada jugak pasangan yang bercinta ni jadi was-was bila dorang rasa langsung tak seiras bila disogokkan dengan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' tersebut. Mula la risau dengan hubungan cinta yang terjalin takut-takut terputus. Maklum la, tak seiras maknanya jodoh tak kuat. Sia-sia je bercinta bagai nak rak tapi hubungan kasih tak berpanjangan. Risau kemain hati.
Jodoh Itu Rahsia Allah
Perasan tak orang selalu cakap ayat-ayat klise seperti di bawah ini bila dorang tengok couple yang macam sweet-sweet je. Kononnya nak menegaskan yang couple tu memang berjodoh.
"Eh..eh..muka korang ada iras-iras la. Jodoh kuat ni!"
"Sweetnya! Nampak macam adik beradik je. Muka memang sebijik sangat. Mesti jodoh korang panjang."
"Perasan tak muke korang sama? Ada jodoh la korang ni tau. Bestnya!"
Ramai kot di antara kita ni yang pernah terjebak dengan situasi ni. Betul tak? Baik korang mengaku. Bohong berdosa tau. Hehe. Memang la kadang-kadang kita rasa bila tengok pasangan tu macam seiras betoi wajah dorang. Kebanyakannya kita tengok memang seiras. Sampai jadi macam obses tengok orang muka seiras.
Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.* Hakikatnya, seiras atau tidak wajah bukan penentu jodoh seseorang tu bertahan atau tidak. Semuanya rahsia Allah.
Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.* Hakikatnya, seiras atau tidak wajah bukan penentu jodoh seseorang tu bertahan atau tidak. Semuanya rahsia Allah.
Wajah Seiras Bukan Penentu Jodoh Kuat
Secara logik akalnya, mungkin teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni semua kebetulan sahaja. Ye la. Dah kebetulan wajah pasangan tu ada iras dan jodoh berpanjangan pulak. Ada jugak yang pasangan tu takde iras langsung wajah dorang, tapi tetap berkekalan jodohnya. Ada yang dikatakan seiras wajah, tapi jodoh dorang tak berpanjangan pun.
Haa. Perkara ni boleh dikatakan subjektif jugak la kiranya. Sebab kan pandangan mata manusia ni berbeza. Kita tengok pasangan tu seiras sangat. Tapi pada pandangan mata orang lain, pasangan tu langsung takde iras pun. Jadi, tidak mustahil teori ini ada kebenarannya. Dan mungkin jugak tidak.
Yang penting, jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita.
Yang penting, jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita.
'Wajah Seiras Jodoh Kuat' bukanlah jaminan yang kita perlu cari pasangan seiras untuk hidup bahagia dan jodoh berkekalan. Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberikan kita pasangan yang baik. Kalau dapat pasangan yang seiras wajah tu kira bonus la tu buat diri. Kemudian berusahalah untuk mencorakkan hubungan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Yang penting sentiasa memohon keberkatan dari Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya.
Bisik-bisik :: Hah! Mesti ramai yang tengah belek muka memasing ada iras ke tak dengan pasangan la tu. Kuikuikui. ;p
mana satu muka sama cm aku? adik ipar ko yg berdiri tu ke? haha
BalasPadamdulu aku ada kawan. muka sama gila ngan pakwe dia... dah kawen kot.
tapi aku ingat lagi dialog...
"bangga la korang muka sama, sekali cek darah rupanya adik beradik kandung baru pdan muka" hahahahaha
teori yang langsung tak boleh di terima akal..haha
BalasPadamkalau seiras pun kalau takde jodoh tak ke mana gak hehe.rasanya kalau sekampung dan kerja dekat antara satu sama lain itu lebih membuatkan jodoh kuat hahahaha....
BalasPadamtak pena ag jmpe org laki yg seiras ngan sye. pmpuan yg seiras ramai la. hehehe. :b
BalasPadam@Zulfikar Hazri ::
BalasPadama'a la weh..bile aku belek2 muke adik ipar aku tu..ade pulak iras ko sikit2..korang ade jodoh eh? wahaha..
hoh?jahat gila dialog tu..sian kawan ko tu..keh3..
aniki ::
BalasPadamkan? itulah yang aku cuba nak sampaikan..macam tak ngam je..tapi ramai kot couple yg obses muka seiras ni ha..jodoh kuat katanya..^_^
@kumbang jingga ::
BalasPadamha'ah..betul tu..iras sekalipun kalau takde jodoh memang tak ke mana..lagipun kan, bukan ke manusia ni ade 7 individu yang mempunyai wajah seiras..habes tu takkan 7-7 tu semua jodoh pulak..kalau pompuan dgn pompuan tu rupa seiras, takkan berjodoh jgk..ye dak? haha..
yg part sekampung dan kerja dekat tu agak boleh jugak la diterima akal kot..haha..
@starzieti ::
BalasPadamuiks? kalau gitu kamu ni lesbian la ek..ahaha..;p
tak logik kan?
pertanyaan dan persoalan kak sha mmg betul dan selalu bermain di kepala otak neh..hahaha :D
BalasPadamehem2.. kak sha punye partner muka ade lebey kurg same x? hehehehe :P
yg selalu org kata dekat ss, ss ni ada iras macam muka abah. hehe. eh macam lari tajuk je? ;p
BalasPadamSaya penah dengar orang cakap, kalau kita dah hidup lama dengan seseorang pun wajah kita boleh jadi akan seiras.. Hehe..
BalasPadamnice entry :)
BalasPadamhehehheh kite tak sama muka dengan ehem ehem. mcne pun berharap akan berkekalah..mmuhehhehe=p
BalasPadamriesha..sangat lah. sy selalu dgr org ckp mcm tu tp entah la. hanis zalikha n bf dia muka serupa gila. kita tgk nnti depan kahwin !!, maknanya ye la tu. :P tp betulla kata riesha, jodoh ni kita tak boleh predict kan :)
BalasPadam@ezmaliza ::
BalasPadamdari dulu kaksha dengar pasal ni..dan selalu erfikir tang mana la kebenaran dia..hehe..
err..rasenye me n my partner muka tak same kot..taktau la pndangan orang pulak..ehehe..
@Siti Saffiyah ::
BalasPadamhehe..muka sis pun org cakap iras macam arwah abah sis..so kalau org lain rindu kat arwah abah sis yg dh 12 tahun pergi tu boleh la belek muka sis ni..ekeke..;p
@FarhanaDr ::
BalasPadamha'ah doc..yg tu pun saye pernah dengar jugak..tapi macam mana la tu ek boleh jadi seiras tu..magik betul..hehe..
@era kecik ::
BalasPadamthanx era..^_^
@Ain Atika Zailani ::
BalasPadaminsyaAllah..mudah-mudahan jodoh kamu dengan ehem ehem tu berpanjangan..heee..
jodoh tu kan rahsia Allah..^_^
@Namee Roslan ::
BalasPadamkite memang takleh nak predict siapa jodoh kite Namee..hanya Allah saje yang tahu..
baru petang tadi borak dengan mak pasal ni. tp betul la xsemestinya muka seiras tu jodoh kuat, dan sebaliknya. kita sendiri xbole predict. doa je yang termampu. hihi
BalasPadammak dgn ayah saya langsung x de iras.. alhamdulillah bercerai mati juga ayah & mak.. sy dgn en hubby pun langsung takde iras.. tp jodoh tu rahsia Allah.. kalaupun jodoh ni tak panjang (bukan minta tp kalau terjadi ler) bkn sebab muka x sama.. mungkin ada hikmah di sebaliknya. Apapun moga jodoh kami pasangan x seiras ni kekal hingga akhir hayat.. tak kira la hayat sapa yg pendek & panjang harap ajal je yg memisahkan. AMin
BalasPadamhee,yup2.memang dari dulu slalu dengar org ckp pasal ni.muka klo ade iras kuat jodohnya.tp jgn percaya sgt plak kan.. :)
BalasPadamkalau cm tue dh tahulah sapa jodoh kite erk..hehe
BalasPadamHa'ah bnyak teori aku dngr "seiras muka jodoh namanya". Tak tahu la btul ke tak, jodoh ni smua urusan Allah wallahualam :)
BalasPadamTpi kn, aku trtnya diriku.
Aku suka stu mamat ni. Non muslim. Bnyak org kata kitorang sma muka
Dah tu bnyak pula kebetulan trjadi pd kitorang kblkangan ni. Apa tu ek? o_o
Tpi sedih la dia tak suka aku balik huhu..
Awak kita sama. Nk buat mcm mana kan. Org dh tk suka. Sekarang dia dkt mana? Korg kwn rapat ke?
Padam@Mimi
BalasPadamkalau tgk muka kat gambar tu semua ada irasnya...cuba tgk bentuk muka..semua sama.. cuma bentuk mata dan kedudukan hidung je beza... bukan sebijik sama tp ada persamaan itu sudah menunjukkan persamaan rupa tu jodoh kita hehe... just my 2cent
Hihikk ^,^ nenek pon ada ckp cmtu ^,^ kite ni ade la sorang boyfriend ni .. Dah 3tahun kitorang knal , sllu je gaduh .. Tp dia xptus2 nk pujuk .. Dia sweet ^,^ mula2 tu kitorang xprasan a muka kitorang mmg sama .. Smpai kn satu time tu mase dkat klas kn , sy pggil dia nk bg air mineral .. Pstu ad pulak kwn dia ni ckp .. Eh , adik kau ke ni ? Dia pun jwb ye , adik aku .. Kwn dia pun jwb balik , oo patut la muka ada iras .. Nk trgelak je time tu. Haha .. Smpaikn kwn2 sme ckp muka same , classmate saya pun ckp mende same taw .. Insyaallah kalo ad jdoh xkn ke mana2 :) ye dok ? Hehe ^,^
BalasPadamKesayagan Saya Smaa mukaa Dgn saya.
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
BalasPadamhttp://acuyuhan.blogspot.com/
Mostly pasangan ada nampak iras iras gitu. Tapi yelah, itu bukan menguatkan lagi fakta jodoh tu. Apapun jodoh tu Allah yang tentukan. kita pegang yang tu je lah :)
BalasPadamOrang selalu ckap muka aku dengan pasangan sama seiras. Kami kawan almost 4 tahun lebih pastu tunang & break. Sekarang dia dah kahwin dengan orang lain. Even muka sama pon belum tentu jodoh 😥
BalasPadam