Kita semua tahu yang bersedekah adalah amalan yang mulia dan terpuji. Tapi berapa ramai dari kita yang suka bersedekah? Ramai di antara kita selalu berdalih untuk bersedekah walaupun RM1 kan? Eleleh..tak payah nak menipu la. Itu memang realiti nya.
Kebanyakan dari kita memang bersikap begitu. Aku sendiri tak terlepas dari sikap huduh tu. Sebab kadang-kadang ada bisikan jahat yang menghasut dalam hati kata jangan mudah percaya takut kena tipu.
Contohnya ; tetiba ada budak kecik datang hulur tin atau pergi pasar malam tetiba kat tengah-tengah jalan ada peminta sedekah duduk bersimpuh takda kaki/dukung baby kecik. Apa yang terdetik kat hati masa tu selain rasa kesian? Sebenarnye memang ada niat nak menghulurkan sedekah.
Tapi tetiba hati berdetik, "Ish..ni betul ke peminta sedekah ni? Ke ada agen di sebalik kegiatan dorang ni? Nak bagi ke tak eh? Err..err.."
Haa. Pernah tak korang alami macam tu? Ke aku sorang je macam tu ek? Jahat benor hati kecik aku ni. Tskk..(-_-")
Punca Rasa Takut Nak Bersedekah
Nak tahu sebab apa ada bisikan jahat begitu? Kenapa kita rasa takut nak bersedekah?
Itulah kerja syaitan yang tak putus-putus nak menimbulkan perasaan ragu-ragu dan syak dalam hati manusia. Kerana bersedekah itu adalah amalan yang paling dibenci oleh syaitan. Sebab tu kita kena selalu berzikir dan istighfar untuk hilangkan rasa-rasa begitu di hati kita.
Aku ni paling kena banyak sikit berzikir dan istighfar. Ada ke boleh hati aku bisik gitu. Nipis betul iman aku. Uhuhu. Kesian kat orang-orang yang begitu kerana aku bersyak wasangka yang bukan-bukan.
Tapi tu la kan, dah nama pun manusia. Lemah iman. Tidak terlepas dari ada perasaan begitu. Sama-samalah kita perbaiki diri.
Aku pun bukanlah tak pernah bersedekah kat orang-orang yang aku mention kat atas. Pernah. Kedekut aku pun, takde la sampai taknak bersedekah. Bab bersedekah aku tak pernah nak kedekut. Bab membazir kat benda lain je aku kedekut. Cuma kadang-kadang dalam hati terdetik rasa ragu-ragu tu. Hmm. InsyaAllah aku akan memperbaiki kelemahan aku tu.
Sumber gambar : Carian Google |
Cara Nak Bersedekah
Banyak sebenarnya cara yang kita boleh salurkan sedekah kita. Antara mahu dengan tidak je. Susah sangat ke nak bersedekah walaupun sedikit?
Nak bersedekah tak semestinya kena tunggu dah kaya duit berjuta-juta. Sementara kita mampu hidup dengan selesa ni, sepatutnya kita kena hulurkan sedikit bantuan buat mereka yang memerlukan. Betul tak?
Jadi janganlah berdalih dan beralasan lagi kalau kita sebenarnya mampu untuk beri sedikit dari rezeki yang diperolehi. Rezeki tu kan dari Allah. Jadi kita berkongsi la. Tak salah kan? Lagipun takkan berkurang nya duit kalau kita bersedekah.
Bersedekah Di Masjid/Surau
Antara cara yang paling mudah, bersedekah kat tabung dalam masjid. Mungkin duit sedekah tu digunakan untuk pembaikan masjid. Tapi secara tak langsung kita bersedekah untuk orang juga. Pahala yang kita dapat still berganda selagi ada jemaah yang mengimarahkan masjid tersebut. Jadi kalau pergi masjid tu, sedekah la dalam seringgit dua. Jangan selalu buat-buat terlupa pulak. Konon pergi masjid tak bawak duit. *ditujukan khas bagi kaum lelaki yang pergi solat jumaat. Hik3..* Eh? Bukan kat masjid je tau. Kat surau pun boleh jugak.
MENARIK UNTUK DIBACA
Bersedekah Di Rumah Kebajikan Orang-orang Tua
Kalau rasa mampu dan ada rezeki lebih, beri sedekah kat rumah kebajikan orang-orang tua. Mungkin sedekah yang diberikan boleh menggembirakan hati warga-warga tua tersebut selagi hayat mereka masih ada. *Kesian kat dorang kan sebab anak-anak 'buang' dorang kat situ taknak bahagia kan dorang. Hmm.*
Jadi apalah salah nya kite hulur sedikit. Tak banyak pun takpe. Sedekah yang diberikan tu sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan membeli keperluan harian atau ubat-ubatan untuk kegunaan mereka.
Bersedekah Untuk Anak-anak Yatim
Lagi satu kita boleh jugak bersedekah untuk anak-anak yatim. Carilah rumah-rumah yang menempatkan anak-anak yatim. Aku rasa sangat banyak kat Malaysia ni ha. Bantulah mereka. Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan ni selalunya terdiri dari keluarga yang susah atau mereka sudah tiada kedua ibu bapa.
Aku sendiri pernah bergelar anak yatim ketika masih di bangku sekolah. Mujur ada datuk lagi ketika itu yang sudi menjaga kebajikan aku adik beradik. Sampai kami dah dewasa dan dia 'pergi' bertemu Illahi. Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga buat arwah datuk.
Haa. Satu pesanan aku nak bagi. Korang jangan sesekali terdetik di hati untuk menafikan hak anak-anak yatim tau. Terutama sekali kalau perkara sebegini terjadi di kalangan sedara mara korang. Siap nak mengungkit-ungkit lagi kononnya akan menyusahkan korang. Pastu tak puas hati bila ada yang baik hati nak hulurkan tangan memberi bantuan. Buruk beno perangai macam tu.
Sepatutnya korang hulur-hulurkanlah sama bantuan setakat yang termampu. Besar pahalanya tu. Nikmat yang Allah berikan juga bakal berganda-ganda kalau korang membantu anak-anak yatim. Jangan mengungkit dan merungut ye.
Sumber gambar : Carian Google |
Kesimpulan
Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita bersedekah. Biar jumlah derma yang diberikan kecil. Asalkan kita ikhlas memberi. Ganjaran dari Allah lagi berlipat kali ganda tau. Semoga Allah merahmati kita semua atas sedekah yang dah kita hulurkan. Mudah-mudahan.
Bisik-bisik :: Jom jadikan bersedekah sebagai amalan.
:) even rm1 pun dpt mmbantu cuma kalau lebih byk lebih byk org kita bantu kan ! :D kita juga yg lega bila kita bg sumbangan.
BalasPadamaku kalau nak sedekah kat orang tepi jalan tu memang tak..tapi kalau sedekah kat tempat lain,tengok keadaan..
BalasPadamokey dah klik.. hip hip horaaayyy:)
BalasPadamGanjaran kita bersedekah tu ada walau kita sedekahkan pd mereka yg ambik kesempatan bukan mereka yang betul2 kesempitan tp kita manusia ni la rasa x puas hati duit yang di salurkan tak sampai pada org2 yg betul2 perlu. sy paling tak suka kalau lepak uptown minum2 dtg org buta dgn seorang jurupandu dia minta sedekah sebab nampak sgt org buta tu di gunakan utk kepentingan org lain. Percaya @ tak pendapatan dorang lebih tggi dr gaji kita.. Bygkan tiap2 mlm minta sedekah kat tempat yg sama. bkn 1 tempat jer.. abis 1 tempat ke 1 tempat lagi. Kalau nak bg juga sedekah, bg je kt org2 buta yg menyanyi tepi jalan kt uptown tu. dh tentu dorang bekerja dgn kebolehan yg ada
BalasPadambanyak sedekah, banyak jugak yang akan kita dapat in return. itu janji Allah. :)
BalasPadamincome begger skang pun da cecah rm30k. xheran la kalau 10 thn akan dtg kerja mengemis diiktiraf satu pekerjaan. top rank job
BalasPadamincome begger pun da cecah rm30k per month. kalah gaji salary engineer
BalasPadam@Namee Roslan ::
BalasPadamBetul! RM1 pun dah cukup kalau tak berapa mampu nak bagi banyak.. ^_^
@aniki ::
aku yang kat tepi jalan memang selalu rasa was2..jarang bagi..tengok keadaan jugak..tapi kalau macam tabung kat mesjid ke kat mane2 ke aku sumbat je RM1 paling sket..^_^
@Zulfikar Hazri ::
BalasPadamgood good..^_^
@Mummy Lekit ::
Itulah..bila fikirkan balik sebenarnye biar niat kita nak bersedekah tu ikhlas dan kite kena la berbaik sangka kat dorang..kalau dorang ada niat nak menipu, itu antara dorang dengan Allah kan mummy lekit..tapi better bagi kat orang yg kita yakin betul memerlukan..betul tak?
@gadisBunga ::
BalasPadaminsyaAllah..setiap yg baik dibalas dengan kebaikan..betul tak GB?
@Laici Kang Ais ::
sebab tu ramai yang jobless menyamar then mengemis..betul?
hulurlah kan bantuan sbb kite dpt rezeki untuk d kongsi bersama...
BalasPadam