Assalamualaikum. Hai!
Lagi 2 hari dah nak masuk bulan November. Maknanya ada lagi 2 bulan untuk tahun 2011 dan tahun 2012 pulak datang menjengah. Pantas betul masa berjalan tanpa kite sedar kan? Diam tak diam 'musim mengawan' pun datang lagi. Err..maksud aku, musim kenduri kawen le. Ehehe.
Dapat banyak sangat jemputan dari kawan-kawan. Tapi jauh-jauh semuanya. Memang la tak dapat nak pergi. Lagipun aku takde kenderaan sendiri a.k.a kereta. Takkan nak pergi merempit dengan motor pulak. Kalau dekat dan dalam area Penang ok lagi. InsyaAllah boleh pergi kalau berkesempatan. Ini luar dari Penang. Memang terpaksa la menolak jemputan tu. Hanya mampu mengirimkan ucapan tahniah dari jauh dan mendoakan majlis yang dirancang berjalan lancar. *Asyik wish kat orang je. Aku ni ntah bile pulak orang nak wish. Haishhh.*
Bile sebut pasal musim kenduri kahwen ni, tetibe rasa nak tulis entri yang berkaitan. Ekeke. Korang perasan tak? Selalu bile hal majlis kahwen ni, orang perempuan je yang terlebih-lebih excited. Siap ada "Perkahwinan Impian" lagi. Nak itu nak ini. Nak buat macam tu, taknak macam ni. Cerewet habes. Punya teliti buat perancangan. Yang blogger, siap buat belog khas lagi nak menceritakan segala proses dari awal perancangan majlis sampai tiba hari majlis. Semua nak cerita dalam belog "Bride-to-be" dorang. Kan? Untuk rujukan katanya. Tak pun tulis dalam entri belog macam aku buat ni ha. Kuikuikui.
Kalau orang lelaki pulak, dorang rileks je. Sebab tahu bakal bini akan rancang yang terbaek untuk majlis. Lagipun orang perempuan dalam keluarga macam mak, makcik, adik beradik mesti tolong handle semua perkara punye la. Orang lelaki ni simple je. Asal nikah dah syukur dah. Pasal majlis ni selalunya dorang mengikut je apa kehendak bakal bini dan keluarga. Ye dak? Err..ini pada pandangan aku la sebab kebanyakan aku tengok memang camni. Tapi ade jugak kot lelaki yang lebih excited dari pompuan. Ada pulak yang dua-dua nye sekali excited. Bergantung pada diri memasing la kan?
Aku faham. Semua gadis yang bakal berkahwin ada 'Perkahwinan Impian' mereka tersendiri. Yang lelaki aku tak tahu la pulak. Sebab aku menulis ni dari perspektif seorang gadis. Aku sendiri ada 'perkahwinan impian'. Tipu la kalau aku cakap tak pernah mengimpikan majlis perkahwinan yang terbaik untuk diri sendiri. Cuma mungkin 'perkahwinan impian' aku tidak sehebat impian gadis-gadis yang lain. Sebabnya aku ni simple je orangnye. Sangat simple kot. Dan aku memang bukan seorang yang demand. Tak percaya? Nanti aku cerita satu persatu. Ekeke.
Sebenarnye tak salah nak ade 'Perkahwinan Impian'. Memang la kahwin ni sekali seumur hidup. Itupun kalau korang tak kahwin cerai la. Tapi jangan lah sampai melebih-lebih dan membazir tak ketahuan hala. Lepas tu jangan dilupakan pulak syariat agama. Nak ikut adat? Terpulang atas diri masing-masing asalkan tidak melanggar syariat. Adat ni kalau tak ikut pun takpe. Tak mendatangkan masalah pun. Buat yang wajib-wajib pun dah memadai sebenarnya.
Apa-apa pun kite kena ingat. Berkahwin ni bukan untuk sehari dua saja. Banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul selepas sudah sah menjadi suami isteri. Yang paling utama tentulah hal kewangan. Jangan masa kenduri kawen berhabes duit nak melaksanakan 'perkahwinan impian'. Tapi selepas tu hidup diselubungi dengan hutang piutang tak berkesudahan. Merana kot. Nanti tak tenteram rumahtangga asyik bergaduh hal kewangan. Sape suruh masa kawen nak buat grand sangat?
Haa..yang ni peringatan la untuk cik-cik gadis semua. Korang nak hidup dengan laki korang bukan sekejap ye. Mesti ada impian nak hidup sampai akhir hayat. Jadi silalah jangan demand sangat mintak itu ini untuk laksanakan 'perkahwinan impian' korang. Nak ke bakal suami korang berhutang sana sini sebab perangai demand korang tu? Jadi silalah bertolak ansur dan berbelanja yang patut-patut je untuk majlis kawen korang. *Peringatan untuk diri aku sendiri jugak*
Ececeh. Bukan maen lagi cakap pasal kahwen aku ni ha. Mood nak sembang pasal kahwen pulak dua tiga menjak ni. Bukan sebab meroyan nak kahwen. Tapi sebab sekarang ni kan musim orang berkahwen. Tu yang tergedik-gedik nak tulis entri pun pasal hal kahwen-kahwen ni. Haha. Aku nak kahwen? Buat masa terdekat ni idak le. InsyaAllah bila sampai masanya aku hebahkan. Sila jangan tanya bila turn aku pulak. Aku lepuk korang kang! ;p
Bisik-bisik :: Berpinar mata tengok tema kahwin sekarang yang macam-macam dan membazir gila. (-_-")
perkahwinan impian aku adalah di panati..perghhhhhhh...*ok x slh berangan*
BalasPadam(-_-") malam ni je dah 2 blog cite pasal kawen. eh tak, 3 termasuk riesha. tapi tak pe, tambah ilmu. miahahaha.
BalasPadamgirls memang excited bab kawen2 ni. dari A - Z. Semua nak diuruskan. tapi ada jugak rasanya lelaki yang nak masuk campur. sebab aritu baru tengok cite Kardashian's Fairytale wedding? yekott namanya tu.
Lagipun nanti kan girls akan ikot husband pas kawen, so tak salah kalau nak berangan lebig sikit. ahahaha.
*nak tema ape ye kawen nanti?? erm*
sori bagi komen pjg. hiiii
kawen siam dah la.haha
BalasPadamsgt setuju tentang kenkadang perempuan lebih excited berbanding lelaki bab kawin..laki nie jiwa dia simple je..pas nikah dh cukup kalau boleh hehe..laki nie pikir pasal nk kumpul duit nk kawin je hehe
BalasPadamkahwin mahal ni dah macam trend dah. sy rsekalau smua org buat trend nikah je..Alhamdulillah kan :) mesti jd ikutan. hujung tahun ni mmg byk sgt jemputan, sy taktau nk g mana satu sbb banyak tarikh bertindih. smua sibuk kejar tarikh cantik..hehe
BalasPadam@dya ::
BalasPadampantai?perghhhhhhhh..kang kena hempas ombak kang camne?ahaha..
@rainyscream ::
BalasPadamerk? ye ek? ekeke..sebab skang ni musim kawen2 kot..tu yg pakat update pasal kawen je..;p
kan?girls memang akan excited punya bab kawen..tipu la kalau cakap tak..
@Fuz. ::
BalasPadamerk? kawen siam? ahahaha..ade ke org yg impian kawen die gitu?eh..ade-ade..yg kawen lari..kui3..
@Kumbang Jingga ::
BalasPadamtu la..yg aku nmpk pompuan mmg excited..laki biase2 je..
tp kalau aku pun..aku mikir pasal nak kumpul duit untuk kegunaan pas kahwin ni ha..rasanye yg tu lagi penting..*dasar org kedekut nk wat kenduri kawen grand* haha..
@Namee Roslan ::
BalasPadamtu la Namee..semua tu trend je kan?
tapi saye punye dream wed mmg nk wat nikah je tau..maklum org kedekut..hoho..
cik sha pon dah tak lame tu. hehe..JT sendiri kalo utk nikah nanti, majlis walimah buat kecik2 je kot..tak payah over bajet sgt..mcm cik sha kata. lelaki nak simple2 je..err, yg tersiratnya adalah..LAKI BUKAN ADA DUIT SGT PON SBRNYA. lepas kawen lagi byk nak pakai duit kot. pasal tu kena bajet. haha..
BalasPadamkehidupan selepas kawin tue yg penting...
BalasPadammajlis Nurha pn sgt simple tau...huhu..alhamdulillah, dah selesai pon...tp sblum kawen tu, lelaki yg beria2 lbh dr pmpuan..tp paling nak npak majlis perfect skali..of cos la my parent....i pulak jenis simple je orgnye..tul kate zura, life after kawen tu yg pnting taw!
BalasPadamperkahwinan impian .. hehehe
BalasPadamtak tau lagi ~
-.-'