Assalamualaikum. Hai!
Sedar atau tak kebanyakan dari kaum sejenis aku iaitu perempuan sangat obses dengan kecantikan. "Ek eleh ciksha ni! Dah nama pun perempuan, mesti la nak jadi cantik sentiasa. Mana ade perempuan yang taknak cantik dan nampak hodoh. Statement ntah hape-hape je. Gile kot pompuan ni. Ntah-ntah ko ni hodoh gamaknya." Mesti ade yang cakap kat aku camtu kan? Huahuahua.
Ye la. Aku sedar la aku ni hodoh. Tapi aku tak cakap pun aku tak suka pada kecantikan. Mesti la aku suka jugak nak nampak cantik. Tapi takde la melampau-lampau sangat sampai terlalu obses. Biase-biase je sudah. Lagipun aku ni kan low-profile orangnye. Blueekss. *statement perasan*
Sebelum aku melalut yang bukan-bukan, kite straight to the point je la eh. Sebenarnye tujuan aku tulis entri ni adalah nak kongsi pendapat aku dari pemerhatian yang telah dijalankan di sekeliling aku. Ecewah. Macam buat thesis pulak. Aku tengok kan, sangat ramai pompuan terlalu obses untuk kelihatan cantik. Mereka sanggup buat ape-ape je, asalkan nampak cantik. Sakit pun tak kesah janji cantik. Berhabes duit pun takpe yang penting cantik. Cantik cantik cantik.
Sekarang ni meh kite tengok kategori-kategori obses kecantikan tersebut. Err..banyak jugak rasanye ni. Tapi takpe. Aku ulas satu persatu. Terlebih dahulu nak mintak maaf la kalau ade ayat-ayat yang agak 'kasar' pada pembacaan korang. Takde niat nak menghiris hati korang dengan kata-kata tersebut. Ambil yang positif je eh.
#1 - Gemok vs Kurus
Haaa..yang ni memang paling ditakuti oleh kebanyakan girls. GEMOK. Kadang-kadang yang dah sedia ada kurus pun perasan yang diri mereka gemok dan nak kurus lagi. Ish3. Punya la takut sangat. Bagi kebanyakan mereka, gemok itu tidak cantik. Maklum la lemak terlebih kat sana sini. Kurus pulak pada pandangan dorang adalah sangat cantik. Biarlah nampak melengkung macam jerangkung sekalipun. Janji badan kurus dan solid molid. Erk?
Tapi betul weh. Ramai girls sanggup menghabeskan duit untuk mendapatkan badan yang kurus secara mudah dan cepat. Contohnye macam beli produk-produk slimming. Berlambak kot jenama. Malas nak senaraikan. Kononnya dengan minum produk slimming tu atau sapu losyen slimming ni, boleh jadi kurus dengan cepat. Hari ni pakai, *bling* esok dah kurus. Takde maknanye.
Yang berduit sikit, pejam mata korbankan duit pergi kat mana-mana slimming centre. Slimming Sanctuary, Bizzy Body, Marie France Bodyline, London Weight Management, Terimee, MayFair Bodyline, SlimWorld. Mak aihh..banyak betol slimming centre kat Malaysia ni eh. Yang ni boleh dikire famous la. Belum lagi aku listkan yang biase-biase punye slimming centre. Demi nak kurus sanggup 'bakor' duit beribu-ribu pergi jugak.
Skang ni kan pemes girdle yang mahal-mahal tu. Macam-macam jenama ada. Pakai tetiap hari boleh kurus dan kesihatan pun bertambah baik. Nak pakai hari-hari, maknanye kena la beli 2 set minimum. Kalau tak camne nak ganti-ganti. Takkan nak pakai yang satu tu je sampai kepam. Maka sanggup beli walaupun beribu. Janji hasrat nak kurus tercapai.
Padahal, kalau ambil slimming product ke, pergi slimming centre ke, pakai girdle ke, tapi kalau pemakanan tak jaga, bersenam pemalas nak mampos, takde maknanye boleh kurus sekelip mata. Nak kurus tapi takde disiplin. Memang sia-sia je la. Even korang ambil slimming product, pakai girdle dan pergi slimming centre, korang tetap kena bersenam dan jaga pemakanan. Sampai bila-bila. Kalau tak, non hado la nak kekal kurus. Mimpi.
#2 - Kulit Fair n Lovely. Kulit putih melepok le.
Girls jugak sangat obses nak dapatkan kulit putih melepok. Sebab ape? Sebab bagi dorang kulit putih lepok adalah sangat cantik. Lagipun kebanyakan lelaki ni gatal. Nak gadis yang kulit putih bersinar-sinar je. Yang gelap gulita *macam aku* jangan harap la dorang nak pandang. Macam dorang tu putih sangat. Haha. Inilah puncanya girls obses nak kulit cerah.
Jadi untuk dapatkan kulit putih lepok, mulalah masing-masing mencuba pelbagai produk kecantikan yang diwar-warkan boleh memutihkan kulit. Pihak pengeluar pun berlumba-lumba keluarkan iklan produk dorang nak mempengaruhi pembeli. Ambil model yang kulit dah sedia ada cerah. Lepas tu, edit la konon model tu dari kulit gelap boleh jadi cerah dengan pakai produk dorang. Padahal wat editing lightning je. Hampeh. Tapi ramai jugak yang terpengaruh. Ye dak?
#3 - Kulit muka bebas cela.
Maksudnye kulit muka licin macam kulit telur. Takde sebarang jerawat, bekas jerawat, bintik hitam, bintik putih, mahupun garis-garis kedut. Macam reason di atas jugak la. Lelaki kan demand nak aweks yang cun muke licin je. Macam kulit dorang tu licin sangat. (-_-")
Jadi, demi mendapatkan kulit idaman itu, girls sanggup berkorban habeskan duit mencuba pelbagai produk. Cuba produk itu, cuba produk ini. Bertukar-tukar selagi tak dapat kulit licin yang diidamkan. Kalau banyak duit, terkedek-kedek la masuk beauty centre yang bakal mengikis beribu-ribu ringgit. Tak kesah. Janji dapat kulit idaman.
New York Skin Solution, Ree's Skin, Aster Spring, Skin Renew, Sendayu Tinggi semua diredah. Butik-butik dan spa kecantikan yang biasa-biasa pun hentam jugak. Tu tak kire lagi yang pergi cucuk botox le, vitamin C le, collagen le dan ntah hape-hape lagi yang dicucuknye. Janji kulit licin, gebu, tegang dan bebas cela.
#4 - Gigi cantik dan tersusun.
Percaya atau tidak, ramai girls sanggup menanggung sakit dan berhabes duit untuk mendapatkan gigi yang tersusun. Bagi dorang gigi yang tersusun adalah sangat cantik. Ye la. Bila senyum nampak sebaris gigi yang tersusun cantik. Otomatik muka pun kelihatan cantik la. Kira macam pakej gitu. Ini muka dah cantik licin takde cela dan kulit pun putih lepok, tapi bile senyum gigi berterabur.
Jadi demi mendapatkan gigi yang cantik mereka pun pergi buat rawatan memakai braces. Lantak le saket pun. Biar la duit habes pun. Yang penting CANTIK. Terlupa hukum agama. Jangan tak tahu yang buat gigi semata-mata untuk cantik adalah haram. Melainkan tujuan membuat gigi itu adalah untuk tujuan kesihatan dan mengelakkan berlaku fitnah.
Contohnya macam gigi jongang. Ye la mana tahu tereksiden ke, gigi jongang tu boleh menyebabkan mulut bersepai kalau eksiden. Takpun akan menjadi ejekan pada masyarakat. Itu boleh dan diharuskan demi menjaga kesihatan dan maruah diri. Kalau sesaje buat semata-mata nak cantik, tanggung la dosa. Jangan ambil mudah hukum agama ye. Setakat gigi berlapis takde mendatangkan kesan buruk pada diri, tak payah la gatal-gatal nak buat gigi tu. Bersyukur dengan kurniaan Allah. Jadi yang dah pakai braces tu sila perbetulkan niat anda semua ya.

Cukup la 4 ini saje yang aku senaraikan. Sebab yang 4 ni paling obvious. Ini dari segi fizikal la. Yang kita boleh nampak secara luarannya. Yang kebanyakan girls ada buat ke atas diri dorang. Semuanya sebab terlalu obses untuk kelihatan cantik. Cantik adalah segala-galanya bagi diri dorang. Sebab apa dorang nak cantik? Itu atas niat diri memasing la.
Ada yang nak cantik sebab nak tarik perhatian ramai lelaki. Ada yang nak cantik sebab takut takde orang nak kawan dengan dia. Ada yang nak cantik sebab nak bersaing sesama sendiri sape yang lagi cantik. Ada yang nak cantik sebab nak jaga kesihatan diri. Ada yang nak jadi sebab nak bina confident dalam diri. Terpulang atas diri sendiri apa tujuan dorang nak cantik tu.
Apa-apa pun, silalah perbetulkan niat. Cantik ni tak semestinya hanya fizikal je. Dalaman (hati) pun kena cantik. Kalau luaran je cantik tapi dalaman hampeh, takde guna jugak. Takkan terserlah 'kecantikan' sebenar yang ada tu walaupun fizikal tu dah tip top. Memang otomatik nampak buruk kalau perangai tu sebenarnye buruk.
Naseb baek la aku ni kedekut dan tak heran pun orang nak mengata kat aku. Lantak le dorang nak kata apa pun. Bukan takde yang direct cakap aku gemok la, kulit hitam, muka penuh dengan parut jerawat, tak cantik dan sebagainya. Tapi ada aku kesah? Bukan dorang yang bagi aku duit pun nak tanggung kos nak buat rawatan kecantikan semua tu. Setakat bagi air liur mengata kat aku, takdenye aku heran langsung. Hidup aku tak kucar-kacir pun dengan kutukan dorang. Lagi bagus ada la. Berkoyan-koyan pahala aku dapat.
Tak salah kalau nak kelihatan cantik. Tapi biarlah bersederhana. Jangan lah sampai menyeksa diri sendiri dan membazir tahap melampau. Lagipun cantik tu sesuatu yang subjektif sebenarnye. Ada orang tengok si gadis tu cantik sangat. Tapi bagi orang lain gadis tu sebenarnya biasa-biasa je. "Beauty is in the eye of the beholder". Statement tu dah menerangkan dengan jelas maksud cantik. Pandangan mata kita sebagai manusia ni berbeza-beza. Jadi bersyukurlah dan terima diri seadanya selagi tidak memudaratkan. Jangan terlalu obses sangat ok!
Bisik2 :: Biar tak cantik pada pandangan mata manusia, janji cantik pada pandangan Allah. Biar rupa fizikal tak cantik, janji akhlak cantik.
'Bukan takde yang direct cakap aku gemok la, kulit hitam, muka penuh dengan parut jerawat, tak cantik dan sebagainya.'....
BalasPadamyg ni heran, tengok kamu cantik je, putih je...xgemoh tak gelap pn..confiuss 0.o
kite nak gemukk tapi tatau nak wat camne. klo nak tambah lemak, agak2 boleh tak ? keh keh. :b
BalasPadamRJ Beena ::
BalasPadamgambar tu ilusi optik je Beena..fotogenik je tu..realitinye non hado le camtu..hehe..;p
starzieti ::
BalasPadamerrr..dulu saye cekeding sangat..makan ape pun tak gemok..bile dah meningkat usia ni senang je badan naek tau..belum kawen lagi..dah kawen nnt tak tahu le camne gamaknye..
kalau zieti nak tmbh lemak kena makan makanan yg berlemak je semedang..hehe..;p
zulfikar hazri ::
BalasPadamhahaha..pasal yang tu nanti aku buat part 2 pulak oke..;p
equrlz ::
BalasPadamhaha..td petang tgk dorang punye diari..rase macam nak menanges pun ade..
hmm, ya. its true. cant denied it.
BalasPadamriesha..awak cantik . :D by the way, bg saya cantik tu dr hati. kalau nk ikut kulit, size badan ke mmg sgt subjective. :) awak cantik tau!mne de gemuk.
BalasPadamlagi satu yang pasal gigi tu, kalau gigi tu mengaibkan boleh lah pakai braces, tapi jangan niat sebab nak cantik mmg haram terus... hehehe
BalasPadammmg tak dapat dinafikan saya jg obses cantik tapi takde lah sampai habiskan duit hehehhe just ikut petua orang dolu dolu je..
cik AF ::
BalasPadam^_^
perempuan kan? memang tak boleh nak dipisahkan dengan kecantikan..yg membezakan antara obses dengan tak je..
Namee Roslan ::
BalasPadamNamee lg cantik..^_^
cantik tu subjektif kan? sebenarnye semua org cantik..cume berbeza pada pandangan mata setiap org..kan?
Ain Zulaikha ::
BalasPadambetul..pasal gigi tu saye ade tulis..kalau rasa boleh mengaibkan diri, braces boleh dipakai..tapi dengan niat bukan untuk kelihatan cantik..
guna petua orang dulu2 lagi jimat kan ain?tak pakai duit banyak pun..
ParkAir ::
BalasPadambedak tu weh..tu yg cerah tu..wahahaha..
memang kena la jaga kecantikan..tapi tak boleh la obses sgt sehingga membazir..
bakal suami pun kena la terima diri bakal isteri seadanya..cantik rupa bukan kekal sampai tua pun..yang penting cantik hati..;p
hmmm....saya suka entri ni.
BalasPadamyang lawaknya saya ni cukup lengkap - dgn debabnya, gelapnya, muka ada parutnya, gigi tak cantiknye. - patutla tak kawin sampai sekarang. :D
@Siti Nurshafiqah :: saya pergi 2 kali je..tapi ok la die punye treatment..cuma memang kena sedia duit la..mahal..sebab tu saya stop..
BalasPadamSebenarnya and ni mesti jeles ngn kecantikan dorg kn. ala ckp jek jeles. tak yah nk membebel pjg2 camni. LOL
BalasPadam@Anonymous :: err..takde maknanye nak jeles..aiyooo..sakit jiwa nau kamu ni tanpa nama..tetibe je..kesiannn..
BalasPadamHi salam dear.ini first time akak singgah kat sini.Suka sangat dgn bebelan manje u .hehe.jemput singgah blog akak yer.
BalasPadamObses cantik.. Dah fitrah wanita nak nampak cantik.. Apapun yg kita buat untuk cantik jgn sampai melanggar hukum Allah... Kena ingat tu
BalasPadam