Isteri Curang

Assalamualaikum. Hai!


Kepala aku agak serabut jadi malas nak buat kerja dan nak curik tulang update belog. Boleh? Hadoi..semak betul rasa. Sebenarnye dah lama nak update tentang ni. Tapi tak tertaip-taip sebab takde idea nak ulas dengan berhemah. Tapi bila terbaca suratkabo tempoh hari, perkara ni asyik bermain-main di fikiran aku. Pastu baca pulak kat laman web Ustaz Zaharuddin tentang soal jawab agama, lagi bertambah-tambah 'berat' kepala otak aku. Betapa ramainya wanita yang bergelar isteri telah curang terhadap suami dan terlanjur dengan lelaki lain. Astaghfirullah.


Walaupun aku masih belum berkahwin, tapi rasanya tak salah aku nak bincangkan tentang hal ini kan? Lagipun buat peringatan untuk diri aku sendiri juga. Supaya bila aku dah berkahwin, adab aku sebagai seorang isteri akan sentiasa terpelihara. InsyaAllah. Betapa takutnya aku melihat situasi ini. Pincang sungguh akhlak dan iman umat Islam sekarang. Terasa macam semakin hampir je hari kiamat. Uhuhu.


Korang perasan atau tidak yang drama-drama di stesen tv pun banyak memaparkan kes seumpama ini. Isteri Curang! Kalau tak percaya cuba tengok drama Tihany, Cinta Elyssa, Soffiya. Setiap drama ni ada kisah isteri yang berlaku curang. Adakah ini realiti yang berlaku di sekeliling kita pada masa kini? Ya Allah..takutnya aku.


Aku nak taip entri ni pun terketar-ketar wei. Kenapa la kaum sejenis aku ni ramai sungguh yang tersasar? Yang anak dara dengan hamil luar nikah kerana terlanjur. Yang isteri orang pulak curang di belakang suami sehingga terlanjur. Semuanya disebabkan 'terlanjur'. Terlanjur atau sengaja melanjur? Murah sungguh harga diri. Sanggup digadaikan kerana terlalu ikut nafsu. Buntu betul aku dibuatnye. Walaupun bukan masalah aku, tapi aku sedih bila hal-hal ini terjadi.






Dalam kes isteri curang ni, aku tak nampak di mana punca sebenar yang menyebabkan hal ini boleh berlaku. Adakah alasan kerana tidak mendapat layanan batin yang diidamkan dari suami maka mereka berlaku curang? Adakah kerana suami melayan mereka ala kadar dan tidak romantik? Adakah kerana masalah ekonomi rumahtangga? Adakah kerana tergoda dengan layanan lelaki lain? Atau adakah kerana sememangnya mereka jenis suka menggatal dengan lelaki? 


Wallahu'alam. Entahlah. Terlalu banyak sangat kemungkinan yang tak mampu aku nak huraikan. Aku sendiri pun tak tahu dan tak faham. Tapi kebanyakan nye kerana tidak puas dengan layanan batin yang diberikan suami. Astaghfirullah. Adakah mereka berkahwin semata-mata hanya kerana seks? Jika tidak puas dengan suami, maka harus berlaku curang dan melakukannya dengan lelaki lain. Ya Allah..nipisnya iman saudara sejantina ku ini. Hanya kerana nafsu mereka tunduk dengan hasutan syaitan.


Peringatan buat diri aku dan sahabat-sahabat pembaca yang sudah bergelar isteri mahupun masih anak dara, sentiasalah perkukuhkan ilmu agama dan iman dalam diri masing-masing. Hanyalah itulah benteng terkuat yang dapat melindungi kita. Ingatlah bahawa sebagai isteri, kita wajib menjaga kehormatan diri selain mentaati suami. Jika ini yang 'berjaya' kita pertahankan sehingga tiba hari kiamat, insyaAllah syurgalah tempat kita. Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dilindungi dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. 


Buat kaum lelaki yang sudah bergelar suami dan bakal bergelar suami, silalah belajar untuk menjadi 'imam' yang dapat membimbing isteri. Bukan nak suruh perfect sangat macam alim ulama'. Tapi berusahalah dan sentiasa belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Sentiasalah berbicara hati ke hati dengan si isteri dan berilah layanan sewajarnya. InsyaAllah, jika betul 'imam' nya maka betul lah 'makmum' yang dibimbing itu. 


Pendek kata, suami dan isteri perlu saling menjaga batas masing-masing supaya tidak tersasar. Lepas tu, sama-sama pergi belajar ilmu agama untuk mantapkan iman dalam diri. Siapa cakap dah kawen tak perlu belajar semua tu? Dah kawen la lagi banyak yang perlu kita belajar tentang agama. Ilmu rumahtangga ni pun lagi banyak yang perlu kita belajar sebenarnya tau. Bila ada ilmu dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin, baru rumahtangga sentiasa aman dan dirahmati Allah. Betul tak?


Hmm. Ini hanya curahan rasa hati aku je terhadap kes isteri curang ni ha. Memberikan pandangan dari sudut seorang anak dara yang belum berkahwin. Lega sikit hati bila dah luahkan. Kalau tidak rasa sangat-sangat la terbeban. Semoga aku dilindungi dari perkara begini bila aku sudah bergelar isteri satu hari nanti. Takutnya nak tempuh alam rumahtangga. Cabaran menjadi seorang isteri di akhir zaman ini sangat mencabar. Sebab syaitan akan lebih kuat menggoda untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah. Huwaa. 



Bisik2 :: Isteri yang baik tidak akan sesekali terniat untuk berlaku curang terhadap suami walaupun suami perangai macam 'hantu'. Make senses or not? ;p

32 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. yg drama2 tu plak kononnya nk memaparkan kehidupan realiti la kononnya. aku nengok cam jd agen penggalak lg ada la. haha. puihhh.

    p/s: kat opis aku pun dah ada bini org ayat aku weh. adoyai.. lawa lak tu. seb bek la iman aku kuat. hahaha.

    -amir kacak a.k.a robben-

    BalasPadam
  2. betul2...jgn lah curang..jadi lah seorang yg setia...

    BalasPadam
  3. em, sy ada satu kawan rapat lelaki. dia slalu kata, lakin pmpuan tak boleh berkawan rapat.nnti mesti jd benda lain. dr kawan rapat, minat, luah perasaan /masalh, pastu bercinta, pastu lupa batas lalu terlanjur. kalau nk berkawan tu,kita kena pandai bataskan diri kan. :) dah jd isteri prg lg lah kena pandai jaga diri.

    BalasPadam
  4. artikel yg mmg kena pd msnya.. point yg tepat skali.. sbagi isteri, jg la batas2an sbagi seorg isteri.. insyaallah dpt mengelak kecurangan..

    pesanan utk isteri2 di luar sna:

    TIADA ALASAN UNTUK ANDA CURANG!

    BalasPadam
  5. tak tahu la apa yang dipikirkan isteri yang curang ni. adakah sebab betul-betul tak tahan dengan perangai si suami? berlaku curang sampai terlanjur or cerai, which one is better?

    mintak-mintak dielakkan. selalu jugak pikir, takutnya nak masuk alam perkahwinan ni. adess

    BalasPadam
  6. suami isteri kena main peranan pelihara rumahtangga, menuju redha Ilahi.

    kalau fikirkan dunia je mmg makin teruk lah kes curang2 ni.

    BalasPadam
  7. cuba perhati kes-kes isteri curang yang digemparkan dalam media massa ni...majoriti alasan diberi sebab curang...kerana suami terlalu baik sangat..what the ???

    BalasPadam
  8. @amir kacak bluekk perasan nak mampus::


    yg hg kata drama tu agen penggalak mmg la aku sokong sgt weh..


    p/s:: aku rasa hg kot yg ayat bini org tu kot..hg bukan boleh tgk pompuan cantik..haha..

    BalasPadam
  9. @kumbang jingga ::

    itulah yang sepatutnya..

    BalasPadam
  10. @namee roslan ::

    tak jugak kot namee..sha sendiri ada kawan rapat lelaki..memang semua kami kgsi..minat, masalah..cuma yg terlalu peribadi tu tak la..dan kami ok je..takde pun nk jatuh hati, bercinta dan smpai terlanjur..nauzubillah..


    sebenarnye semua tu atas diri masing2 jugak..yg penting iman tu..^_^


    betul2..dah jadi isteri mmg kena pandai jaga diri..itu yg sepatutnya..

    BalasPadam
  11. @kama irahsa ::

    setuju! memang 'tiada alasan untuk curang'..kena pandai jaga batas sebagai seorang isteri..

    BalasPadam
  12. @rainyscream::

    sebenar nye curang dan cerai tu bukanlah jalan terbaik untuk alasan tak tahan dgn perangai suami..kenapa tak tahan? masa awal perkahwinan kenapa boleh tahan? dan bukan ke kita sudah tahu bagaimana suami kita sebelum terima dia menjadi suami?


    kalau ada maslah sekali pun sepatutnya cari jalan penyelesaian dengan cara yg betul..bukan dengan curang..cerai mungkin jalan terakhir jika tiada penyelesaian yang dapat menjernihkan masalah yg terjadi dlm perkahwinan..


    takut kan nak tempuh alam perkahwinan? banyak sangat cabaran..T_T

    BalasPadam
  13. @puteri biru ::

    sangat tepat! itulah peranan utama yg sepatutnya dipegang dari awal perkahwinan..


    fokus berkahwin memang adalah untuk menuju redha Ilahi..kalau berkahwin setakat nak melunaskan tuntutan nafsu itulah yg menyebabkan kes curang makin menjadi2..

    BalasPadam
  14. @aman_arab ::

    erk? biar betul? sebab suami terlalu baik then nak curang? mental betul la isteri yg macam tu..ish3..

    BalasPadam
  15. pergaulan adalah punca utama kes curang ni.. Bila dah jd bini orang kena pandai bataskan pergaulan biarpun di beri kebebasan bergaul oleh suami. sebab tu sy sejak kawen memang krg bergaul.. kalau online pun tak suka sgt layan chat.. sentiasa mention di laman sosial yg sy adalah bini orang & sentiasa ingatkan diri sy sendiri dah bersuami & ada anak..

    BalasPadam
  16. salam kenal

    singgah sini terus follow

    kalu sudi, jom follow ai pulak

    selamat berkenalan

    ^_"

    BalasPadam
  17. rasanya diri sendiri yang menentukan segala. bukan jantina menjadi ukuran

    BalasPadam
  18. jgn jgn jgn mendekati zina. itu kunci! *keluar berdua, berdua-duaan dalam kereta pun dah dikira sbg perkara yang mendekati zina. kene jauhi...kene jauhi...~

    BalasPadam
  19. haii cik sha... slmt awi waye... haji..
    hehe..
    bleh .. tetibe ?
    hahhaa...
    suka laa ur entry yg neyh...
    nk ckp org pon takut jgk neyh..
    moh ler..periksa diri kta agar tidak terpesong dan doa agar mnjadi isteri yg solehah..pada suami kte..walo depa cm hantu.. hahhaa....

    BalasPadam
  20. ntah la sha, tengok harian metro macam2 kes ada. dah akhir jaman memang macam ni kot.

    BalasPadam
  21. selalunya benda ni jadi sebab dua pihak..

    tepuk sbelah tangan takkan berbunyi plak kan?

    lainlah kalau tepuk bontot makcik bibah sebelah rumah...

    memang berbunyi la..

    siap bunyi kat pipi lagi... pap...

    aku banyak kawan yang curang... dan dorg takde rasa berdosa pun.. T__T

    BalasPadam
  22. @mummy lekit ::

    betul tu mummy lekit..pergaulan adalah salah satu punca utama..


    memang tak salah kita nak memperluaskan pergaulan dengan org di sekeliling kita..tapi kena ada batas-batas nya..tambah2 jika dah berkahwin..memang wajib menjaga batas dan adab sebagai seorang suami/isteri..

    BalasPadam
  23. @NM02 ::

    salam kenal..terima kaseh kerana sudi singgah dan membaca..terima kasih juga kerna sudi folo..^_^

    BalasPadam
  24. @naz::

    ye abg naz..betul tu..semuanya atas diri sendiri..lelaki/perempuan sama saje akan tetap berlaku curang jika tak pandai jaga diri..

    BalasPadam
  25. @gadisBunga ::

    sebagai seorang isteri tak molek keluar berdua dgn lelaki lain..memang patut kena jauhi dari perlakuan tu..

    BalasPadam
  26. @Perempuan Maniss ::

    hai perempuan manis..memang manis betul wajahnye..^_^

    selamat hari raya haji juge..

    terima kaseh kerana sudi membaca..

    takpe..kite jadikan pengajaran dari perbuatan mereka2 yg curang ni supaya kita tidak menjadi sepreti mereka..ok?^_^

    BalasPadam
  27. @ParkAir ::

    tu le weh..aku pening kalau baca paper..baiklah tak payah baca..wat semak pale..


    memang itu tanda2 nak akhir zaman..memang dari dulu ade dah kes macam ni..tapi skrg makin melampau2 dan dorang tak segan silu nak tunjukkan aib dorg berlaku curang..tu yg sangat menakutkan tu..T_T

    BalasPadam
  28. @zulfikar hazri ::

    ko ni tetibe plak masuk makcik bibah..haha..

    tapi betul la tu..semua ni atas dua pihak..

    err..gile betul kawan2 ko tu..takde rasa berdosa? memang jauh tersimpang dah tu..astaghfirullah..takut aku dengar..T_T

    BalasPadam
  29. dunia skang dah tunggang terbalik..sama-sama la kita beringat.

    By da way, cantik layout. Nice..~

    BalasPadam
  30. dunia akhir zaman..berdoalah kt terhindar dari itu

    BalasPadam
  31. @Sandokhan
    perempuan akal pendek bila dah berlaku sesuatu keterlanjuran baru menyesal...akal pendek ni kena didik dgn agama dan amalan yang murni barulah ada perasaan malu nak meluahkan perasaan pada orang yang tak sepatutnya.. lelaki pulak suka ambik peluang atas kelemahan perempuan jgn nak simpati dgn perasaan bini orang kerana itu tiket ke neraka sebenarnya

    BalasPadam
  32. haslia pun curang dengan suaminya sbb suaminya kerja jauh,
    bkn kat bandar,tp kat kampung pun ada kejadian ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan