Welcome to our 'HOME SWEET HOME'

Assalamualaikum. Hai!


Lagi sehari Rumah Terbuka 1 Malaysia (RT1M) akan diadakan kat sekolah aku belajar dulu, SMK Guar Perahu. Esok la maknanye tu. Pak Najib buat jamuan raya kat sekolah aku wei! Bhahaha. Eksaited kemaen lagi mention. Mahu tak eksaited. 'Orang besar' nak datang tu. Perdana Menteri Malaysia kot. ;p


Welcome to our 'home sweet home'. Mai la tengok 'pembangunan pesat' kat sini. Huehuehue. Jangan tak tahu, kat jalan keluar taman perumahan aku yang dikelilingi dengan kampung-kampung ni dah ade traffic light. Maju ok! Walaupun trafik takde la busy mane sangat pun melainkan waktu pagi. Maklum le 'orang hulu' macam kami semua keluar ke bandar pada waktu pagi untuk pergi kerja demi mencari sesuap nasi. Kuikuikui.


Sebenarnya, aku macam terkejut jugak la bile RT1M ni nak buat kat sini. Macam tak percaya je. Dah la tu buat kat sekolah aku dulu. Glamer lak rase tetibe tempat aku menimba ilmu disebut-sebut kat seluruh Malaysia. Bhahaha. Lagi satu yang buat aku terkejut, kawasan sini adalah kubu kuat Pak Nuar. Err..kiranye agak 'berani' jugak la Pak Najib ambil keputusan nak buat RT1M kat sini. Harap-harap takde la kekecohan dan kekacauan berlaku masa jamuan raya tu nanti.




Petang Jumaat semalam masa aku balik kerja, sepanjang jalan dari sekolah aku sampai la ke taman perumahan aku penuh dengan bendera Umno dan bendera Malaysia. Meriah betul! Merah putih sepanjang jalan. Pagi nye masa pergi kerja kat kawasan sekolah je penuh dengan bendera. Bile petang dah penuh sepanjang jalan pulak. Siap bendera PAS dan PKR pun ade sekali 'memeriahkan pemandangan'. Dah rase macam waktu mengundi pulak. Ni Jamuan Raya ke Musim Mengundi? Konpius. Ehehe.


Apa-apa pun, aku harap semoga takde la berlaku perkara bukan-bukan nanti. Masa google nak cari poster RT1M ni tadi macam-macam belog yang tulis kata nanti nak berlaku kekecohan dari pihak pembangkang masa jamuan tu nanti. Tak tahu la kesahihan dia. Maklum le bile bab politik ni, ade je la yang 'suka-suka' je buat cerita. Nak bagi bergadoh. Padahal kedua-dua pihak tak tahu ape-ape pun. Ntah malaun mane yang sebarkan 'berita' pun tak tahu.


Adudui. Tak payah le cari pasal oi. JAMUAN RAYA kot. Orang nak bagi makan, pergi je la makan. Rezeki tu. Tak payah nak obses sangat dengan politik tu sampai buat kacau kat majlis. Tak kesah la jamuan tu siapa yang buat. Pergi jamuan tu sebab nak makan dah le. Idok le nak mati terus kalau pergi makan pun. Pastu takdenye bile pergi makan kat jamuan tu terus berubah hati dari sokong pembangkang terus nak sokong kerajaan pulak. Takde maknanye. 


Didoakan semoga majlis tu berjalan lancar nanti. Aku tak pasti lagi nak pergi ke tak. Sebab aku ni 'pemalu' orangnye. Nak pergi kenduri kawen pun segan, lagi nak pergi jamuan yang 'bakal' ramai dengan manusia macam tu. Err...segan mak noks. Bhahaha. Lagipun semalam aku nampak lori RTM besar gedabak masuk kat taman perumahan aku. Kang tetibe muke aku masuk dalam tv pulak kan? Walaupun pemalu, aku gile kamera jugak kot. Tak memasal kang aku asyek mencapab depan kamera. Maklum le orang 'comel' kan selalu jadi perhatian kamera. Huahuahua. Perasan!



Bisik2 :: Orang Penang oi! Tak kesah la korang 'parti' apa pun. Jom la kite pakat p makan ramai-ramai. Jamuan raya kot. Ekeke.

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wah bestnya!! boleh makan banyak2 dan tapau. :P hehe PM Najub pun ada ke?? kim salam ye nanti. hihi

    BalasPadam
  2. la..org kampung sy la awk ni...umah lps skit dr caltex ja =)..jom2 p mkn bg kenyang....ptg ni nk kuar p psr mlm dlu....nk usha2 line...sok kayuh beskal je la p haha ^^

    BalasPadam
  3. org akan mudah lupa bila bab makan hahahaha...parti apa pun akan join sbb nk mkn free hehehehe

    BalasPadam
  4. kalau aku jadi kau, aku dah pegi dah... aku dah 3 tahun pegi open house dsNajib kat pekan pahang...

    BalasPadam
  5. @Namee Roslan ::

    saya tak pergi pun rumah terbuka hari tu..takdan nak p..bgn dah lewat..kuikuikui..


    @Mirasz ::

    eh?kite sekampung ke?ahaha..kecik beno dunia..;p


    @KJ::

    hahaha..tahu takpe..kak sepupu aku kata dia p ramai nak mampos org yg pergi..smpai die p makan angin je..takdan nak makan..berebut2..

    BalasPadam
  6. @Zulfikar ::

    aku segan plus aku rimas nak bersesak2 dgn ramai orang..tu yg berat hati nak pergi dan memang aku tak pergi pun..huahuahua..


    @wan perlis ::

    amboi2..gadis2 je ke?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan