Semangat kejiranan yang kian luntur

Assalamualaikum. Hai!


Dapat idea nak tulis pasal ni sebab sembangSMS aku dengan encik CH tempoh hari. Kitorang sembang-sembang pasal kesah hidup masa zaman kecik-kecik dulu. Ape ingat kitorang ni doplohpat jam nak mesej cintan-cintun ke? Takde maknanye. Sepanjang 6 tahun bercinta dengan beliau ni, peratus nak mesej mengarut 'ailebyu yulebmi aimishyu yumishmi' memang amat tipis kot. Jarang sangat-sangat. Kalau ade pun, aku la tu yang meroyannye dulu. Bhahaha. Biase la tu. Nama pun pompuan. (-_-")


Hari tu kitorang share la pasal kenangan berjiran masa zaman kecik-kecik dulu. Mulanye sebab aku tanya kat beliau tentang someone yang add aku kat pesbuk. Lama dah nak tanya, tapi tak tertanya. Sebab aku tengok mutual friend orang tu dengan aku, semuanya adik beradik encik CH yang 8 orang lagi tu. Tu yang aku konpius kot sedara mara beliau ke. Rupanya jiran encik CH masa beliau kecik-kecik kat Setiu dulu katanya. Memang family dorang close sangat walaupun hanya berjiran. Ohooo..terjawab sudah persoalan yang bermain di minda aku selama ini.


Jadi, disebabkan itu aku pun nak share jugak la dengan korang kat belog ni kenangan aku hidup berjiran masa kat Kem PGA 3 Bidor tempat aku membesar masa kecik-kecik dulu. Walaupun dulu jiran aku kat sana kebanyakannya orang asli dan bukan seagama, tapi kami rapat sesangat. Masa kecik-kecik kawan aku ramai orang asli kot. Ada la jugak jiran melayu sebelah-sebelah rumah. Tapi geng main aku memang anak-anak orang asli. Dah aku pun keturunan orang asli jugak kot. Apa da. Wat lupa pulak. Ahaha.






Nak tahu rapatnye macam mana? Aku dengan muka tak malu selambe je lepak-lepak dalam rumah dorang tengok tv sesama. Kekadang selamba badak boleh pergi dapur ambik makanan lagi. Lagi muka tak malu memalam angkut bantal busuk dengan selimut pergi tido kat rumah dorang. Bhahaha. Memang muka kulit tebal betol aku ni. Tapi best ok! Dorang langsung tak berkira walaupun berlainan agama. Kalau dengan jiran-jiran melayu sebelah rumah pulak, selalu bertukar-tukar juadah. Nak-nak masa bulan puasa. Kalau masak sedap dan best sikit, bagi kat jiran sebelah. Esok dorang pulak balas balik. Syoknye. Rindu pulak!


Itu zaman berjiran dulu-dulu. Sekarang ni, ade lagi ke yang buat camtu? Rasanya takde dah kot. Nak bertegur jiran sebelah pun payah, apatah lagi nak bertukar juadah. Masing-masing buat hal sendiri. Tak peduli dah jiran sebelah pun. Kalau peduli, takde la nak bukak sound tv sampai bergegar dinding macam nak runtuh rumah sebelah. Tak heran jiran nak tidur ke apa. Penting diri. Pastu tak boleh tengok jiran lebih sikit mula nak berdengki. Mula la nak memburuk-burukkan sebab tak puas hati. Punya la busuk hati. Dah la tak mesra alam. Tak best langsung!


Sebab itulah aku lebih banyak terperap dalam rumah je. Mak aku pun dilarang keluar bersembang dengan makcik-makcik jiran sebelah. Dorang kalau duduk 'bermesyuarat' asyik 'buat ketupat' je kerja. Dok ngata kat anak orang tu, anak orang ni. Anak orang je nampak buruknye. Anak sendiri punya 'buruk' tak nampak pulak. Eh? Tahu pulak aku dorang 'buat ketupat' pasal apa. Hakhakhak. Aku pernah terdengar le weh. Sebab tu aku taknak bagi mak share saham dosa 'buat ketupat' dengan dorang tu. Baiklah duduk dalam rumah diam-diam kan. Ehehe.


Cuma satu menda je la aku respek kat kejiranan aku ni. Ada 'Pakatan Lorong'. Kiranya kalau ada apa-apa kenduri satu lorong pakat gotong-royong rewang. Tapi ada jugak la cacat celanye. Namanye je 'Pakatan Lorong' tapi bukan semua nak terlibat pun. Tak bersatu hati. Orang tu nak macam ni, orang ni nak macam tu. Pastu bermasam muke sebab tak sekepala. Haishh. Macam-macam kan? Itulah namanye manusia. Adat la kan kalau macam tu. Tapi kalaulah semua jiran kat lorong aku ni bersatu hati, takde dengki-mendengki, ambil berat antara satu sama lain, kan ke syok macam tu.






Berbeza kan kejiranan dulu dengan kejiranan sekarang? Dulu komuniti berjiran tu macam keluarga. Sekarang tak boleh nak kata macam keluarga, tapi macam musuh ada la. Semangat kejiranan dah kian luntur zaman sekarang ni. Menyedihkan bukan? Aku rasa jiran kat taman perumahan ni berbeza yang amat dengan jiran masa aku duduk kat kem PGA dulu. Mungkin sebab dulu sama-sama merasa hidup susah kot. Sekarang kan dah moden. Pakat dah senang masing-masing. Watpe la nak peduli jiran-jiran sangat. Ye dak?


Apa-apa pun, sepatutnya kita hidup berjiran ni kenalah sentiasa tegur menegur, saling menghormati dan bersepakat. Barulah hidup aman harmoni. Lagipun Islam sendiri menuntut umat-umatnya supaya memelihara hubungan kejiranan. Jika kita menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga, insyaAllah takkan ada persengketaan berlaku. Allah pun akan merasa kasih kepada mereka yang memelihara hubungan sesama manusia. Cuma itulah, kita tidak dapat menghalang sekiranya ada jiran yang mempunyai sifat-sifat 'kotor' dalam hatinya. Yang penting kita jaga peribadi kita supaya tidak jadi seperti mereka. Ingat tu!



Bisik2 :: Kalau tak nak hidup berjiran dengan manusia, tinggallah dalam hutan dan berjiran dengan haiwan. Nak ke? Ehehe.

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Kejiranan msred pon tak rapat dah....raya pun kadang2 tak pegi rumah jiran....

    BalasPadam
  2. setuju2..jiran ni mcm adik beradik kita sbb dorang paling dekat ngn kita hehe

    BalasPadam
  3. em, skang dah tak seronok. jiran buat hal2 sendiri je. takde pun tukar2 lauk ke. even anak2 pun dah tak main bersama. pelik. tp tu lah yg jd sekarang. tak seronok la.

    BalasPadam
  4. @msred ::

    tu la kan? saye rase mase kecik2 dulu lagi best..komplot dgn anak2 jiran sebelah nak pusing kampung kutip duit raye..syok je..skang ni nak pergi rumah jiran sebelah pun segan..org tutup pintu je..

    BalasPadam
  5. @kumbangjingga ::

    tu la..jiran ni ibarat sedara mara sebab rumah sebelah menyebelah je..tapi bile dah takde semangat kejiranan tu memang takkan ade la istilah macam sedara mara tu..

    BalasPadam
  6. @arc::

    karangan upsr ko kate? hahaha..ni kalau buat karangan dalam exam fail kot..bahasa bercampur aduk..kuikuikui..

    BalasPadam
  7. @nameeroslan ::

    kan?berbeza sangat kejiranan dulu dgn sekarang ni..orang cakap dah hilang 'seri'..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan