Kenapa Tolak Ujrah PTPTN?

Assalamualaikum. Hai!


Ini kali ke-3 aku nak sembang pasal PTPTN dalam belog. Dua entri sebelum ni aku bincangkan pasal Ujrah. Bagi yang belum baca, boleh baca entri Analisis Ujrah dan entri PTPTN oh PTPTN. Kali ni pun perkara yang sama aku nak bincangkan lagi. Sebab aku rasa ramai jugak yang agak konpius tentang hal ujrah ni. Ragu-ragu sama ada nak pohon atau tidak. Kemudian bila dah diberikan surat tawaran bertambah curiga sama ada nak terima atau tidak tawaran Ujrah tersebut.


Dalam hal ini, sepatutnya korang buat research dulu. Baca dan teliti surat tawaran dari huruf pertama sampai yang terakhir. Jangan skip satu pun. Tambah-tambah part pengiraan yang die syorkan. *Aku sangat particular bab pengiraan duit ni. Kedekut le katakan. Huahuahua.* Dan yang paling utama 'Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan' yang 6 helai tu dan ade 30 Fasal di dalamnye. Baca dan hadam betul-betul bagi faham. Kemudian baru korang boleh decide nak teruskan atau tidak dengan Ujrah. Janganlah malas sangat eh.


Satu kesilapan kebanyakan dari kita adalah malas nak membelek dan baca menda alah tu. Kononnye sebab panjang sangat dan berjela-jela. Memang la surat agreement berkajang-kajang wei. Sebab depa pun tahu orang kita ni memang pemalas nak membaca. Buat berjela-jela gitu mesti orang skip baca terus je sign. Itulah sebabnye surat agreement panjang-panjang. 


Tambah-tambah agreement loan. Tak kesah la loan bank ke, loan kereta ke, loan PTPTN ke. Semua sama. Memang berjela-jela dan banyak sangat point syarat-syaratnye. Jadi nak tak nak kite kena baca dan teliti satu persatu. Wajib! Takde alasan. Memang silap besar la kalau korang ambil tindakan taknak baca. Jangan ambil mudah. Aku nasihatkan korang baca la dulu Agreement tu. Memang panjang. Tapi ada untungnye kalau korang baca dan fahami. Baru tak menyesal dengan tindakan sendiri yang terburu-buru terus 'sign' je. 


Sekarang ni meh sini aku nak explain fasal-fasal tertentu yang terdapat dalam agreement yang membuatkan aku menolak ujrah. Tambah-tambah buat korang yang belum buat permohonan dan yang malas nak membaca agreement tu. Tujuan aku nak bagi korang lagi jelas. Ramai jugak yang 'tembak' aku dalam entri-entri aku yang lepas. Mungkin sebab korang keliru dengan penjelasan aku tu kot. Macam bukti tak kukuh je kan. Sekarang ni meh aku bagi bukti-bukti yang kukuh.




Sebab-sebab aku menolak Ujrah PTPTN adalah seperti yang aku akan nyatakan dibawah berserta penjelasannye sekali. Harapnye korang jelas la eh. Pasni jangan tembak aku lagi tau. Hehehe.

  • Tak yakin dengan pengiraan yang diberikan oleh PTPTN dalam surat tawaran.
          Bukti : Berikut adalah pengiraan yang disyorkan pada aku.
                   
                             Pembiayaan = RM21000.00 (berasaskan baki pada 01/01/2009)
                       Tempoh bayar balik = 180 bulan (15 tahun) mulai 01/01/2009
                       Upah ujrah = pembiayaan yg diluluskan x 1% x tempoh bayar balik
                                         = RM 21000.00 x 0.01 x 15
                                         = RM 3150.00
                       Jumlah bayaran = RM 21000 + RM 3150 = RM 24150
                       Ansuran bulanan = RM 24150 / 180 = RM 134.17 (mulai 01/01/2009)

    Penjelasan :
    Memang kiraan ni betul dan takde salahnye. Jumlah sebenar pinjaman aku pun memang RM21000. Masalahnye, cuba la korang tengok dia kira dari tahun apa. Tahun 2009 wei berdasarkan baki terakhir aku pada tarikh tu. Dan aku sepatutnya membayar dengan ansuran sebanyak RM134.17 sebulan bermula pada 01/01/2009. Sekarang ni dah tahun 2011.

      Misal kata aku terima ujrah ni dan paling awal pun mungkin bulan 10/2011 aku nak start bayar ikut jadual ansuran. Maknanya dah 34 bulan aku tertunggak dari 01/01/2009-01/10/2011. *Rujuk Fasal 7 dan 8 dalam Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan*. Kalau aku nak pastikan yang tempoh aku tak drag lagi lama, aku kena bayar jumlah yang tertunggak sebanyak RM4561.78 sekaligus la. Kalau tidak mesti la tempoh 180 bulan tu lagi drag. Dari tahun 2024 aku patut habes bayar, drag sampai tahun 2026 baru habes kot. Huhu.

      Kalau aku stick dengan yang 3%, aku akan habes bayar pada Mac 2020 walaupun start bayar pada April 2010 mengikut jadual yang diberikan. Enam tahun beza tu wei. Menanges. Hidup menanggung hutang punya lama. Sadis sungguh. 


    • Cara Bayaran Balik
      Punya terang lagi bersuluh, dalam surat tawaran ujrah dah nyatakan cara bayaran balik bagi yang dah bekerja adalah melalui potongan gaji.
      Bukti 1 : "Surat Tawaran, Cara Bayaran Balik : Penerima biaya yang bekerja hendaklah membayar ansuran bulanan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri ". 
      Bukti 2 : "Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan, Fasal 2 : Penerima Biaya yang bekerja dikehendaki membuat pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut melalui kaedah potongan gaji majikan yang diuruskan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebarang kelonggaran kepada Fasal ini adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak Perbadanan." 
      Bukti 3 : Surat Kebenaran 2 dan Borang Maklumat Potongan Gaji.

      Penjelasan :
      Kenapa aku taknak buat melalui potongan gaji? Pertama, aku bekerja dalam sektor swasta yang berkemungkinan besar aku akan bertukar tempat kerja dengan kadar kekerapan yang amat tinggi. Dah tu setiap kali tukar tempat kerja kena buat prosedur maklumkan pada PTPTN, LHDN dan majikan. Jenuh kot. Watpe la aku nak nyusahkan diri. Uhuhu. Kalau kerja gomen lain la. Tak payah fikir ape-ape dah. Tahu-tahu dapat gaji je. Tak sedar pun sebenarnye gaji dah dipotong untuk bayar PTPTN. LHDN yang uruskan.

      Kedua, aku taknak terikat. Itulah tujuan sebenar pembayaran dibuat melalui potongan gaji. Supaya korang tak miss bayar tetiap bulan. Itu maknanye korang dah terikat dengan PTPTN la. Korang kan jenis liat nak membayar hutang. Seciput pun payah nak bayar. Baiklah buat melalui potongan gaji. Kalau jenis macam aku yang tak pernah buat-buat lupa nak bayar tetiap bulan takpe tak buat melalui potongan gaji. Lagipun kalau ade duit lebih aku boleh bayar lebih sikit. Huahuahua. 

    • Curiga dengan ketelusan PTPTN
      Ada seorang pembaca belog aku tentang Analisis Ujrah menghantar email pada aku. Beliau mintak tolong aku kirakan untuk beliau. Setelah aku buat analisis maklumat yang beliau berikan, aku rasa macam ade 'slack' something. Kiraan tawaran Ujrah akak tu bukan berdasarkan jumlah bersih pinjaman yang dibuat. Tapi jumlah terkumpul pada tarikh tertentu dengan kos pentadbiran. Aku dah mula pelik kat situ. 

      Bila aku check dengan penyata, jumlah tu melebihi dari jumlah sebenar dalam penyata pada tarikh yang sama. Hoi..curiga sungguh! Lepas tu, tarikh mula bayar macam aku explain kat point pertama tadi. Gila  kot. Banyak gila jumlah akak tu tertunggak dari tahun 2008. Sian dia. Jenuh le nak membayor jumlah tunggakan.

      Pada pandangan aku, kalau betul PTPTN telus nak tawarkan Ujrah pada semua peminjam dorang, kenapa kiraan tu tak diambil je dari jumlah pinjaman bersih yang dibuat? Kenapa ada yang dikira dari jumlah pinjaman bersih dan ada yang dikira dari baki pada tarikh tertentu yang telah bertambah disebabkan kos pentadbiran bulanan? Pelik betul la.



    Hmm..itu adalah antara sebab-sebab utama aku menolak ujrah. Sebab terpencil macam aku dah cerita kat entri PTPTN oh PTPTN. Terasa hati dengan layanan orang depa yang PR langsung tak best. Ada aku pulak yang disalahkan padahal dorang yang silap. Kes nama arwah abah aku ditulis dalam surat tawaran sebagai penjamin pertama walaupun aku dah mention masa permohonan arwah dah meninggal. Memang la bagi korang macam remeh je kan. Tapi bagi aku tidak. Sensitip la hoi! Takkan la itu pun korang tak paham. Haishh..(-_-")


    Apa-apa pun, semua ini bukanlah nak pengaruh korang. Kalau korang rasa ujrah tu lagi menguntungkan korang, accept je la. Mungkin pemikiran aku lain. Jangan la korang terpengaruh dengan aku pulak. Keputusan di tangan korang sendiri. Jadi buatlah keputusan terbaek untuk diri sendiri ye. Yang penting, hutang tetap hutang. Silalah bayar. Wajib tu membayar hutang. Jangan ambil mudah pulak hal hutang-hutang ni. Berdosa tau berhutang tak bayar. 



    Bisik2 :: Aku setuju dengan pendapat akak yang hantar email kat aku tu. Beliau ada cakap, kenapa la PTPTN tak buka kaunter cawangan di setiap negeri bagi memudahkan proses pembayaran dan urusan pertanyaan untuk mendapatkan maklumat. Betul jugak tu. Hmmm.

    26 Ulasan

    Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

    1. walaupun panjang, saya baca sampai habis.

      walaupun saya tak pinjam ptptn, saya baca sampai habis.

      terima kasih! such a good info. biar semua orang faham berapa pentingnya setiap huruf dalam surat perjanjian tu.

      :)

      BalasPadam
    2. i stick to ujrah. sbb i buat pinjaman masa 2008, so mmg dah automatic dia kira 1%. and baru ja habis study june haritu. hehe


      btw, ini info sgt berguna, thanks a lot :D

      BalasPadam
    3. hi! very2 gud info..dah dpt surt twaran tp pk byk kali nk submit ke x.. at last smpi kesudah xanto2.. :p

      BalasPadam
    4. sy dah submit ujrah yg online tu..tp dokumen yg diperlukan tak dihantar pun even tarikh akhir 30 Sept..emm..mcm mane tu ek..?sila bg sy advise smada ujrah sy ni still on or tak..b4 dis, sy bayar via maybank2u every month...

      BalasPadam
    5. mantap....

      bro pun kenkadang tertungak gak 2-3 bulan tak bayar...

      seksa gak...

      if rezeki lebih.. bro hulur gak la dalam ratus2 sebulan... tapi cam xberkesan gak...

      jeles tengok member, 2 tahun je dah habis langsai hutang PTPTN...

      sebabnye die simpan rm400 je sebulan... selebihnya bayar PTPTN...

      now tiap2 bulan.. ade je benda yang die beli.. kereta la.. tv la.. ps3 la.. g oversea g makan angin...

      ops..!! gaji die memang beso.... xboleh nk kata ape2

      BalasPadam
    6. akak,contoh lah kan,kalau kita bekerja di sektor swasta and then kita nak further study balik and mesti ada penangguhan bayaran yang kita pinjam, kira macamana tu? boleh hentikan kejap proses pembayaran tu atau tak?



      p/s:terus nak p godek laman web ptptn,hoho

      BalasPadam
    7. perkara biasa.

      bila sampai masa membayar hutang. ramai yang akan curiga dengan PTPTN.

      tapi bila terima duit PTPTN setiap semester dulu... abis buat berjoli.

      no offence, just reality

      BalasPadam
    8. hizami rahim::

      mekaseh sebab sudi membaca..

      itulah kesilapan ramai org..semua suka ambil mudah tentang surat perjanjian..

      BalasPadam
    9. aini ::

      welkum..takpe..janji kite tak pernah skip byr..itu yg penting..

      ohh..blog ni semua saye design sendiri je..nak upah saye ke?err..kalau berminat bole la email saye..nnt saye bgtau detail..^_^

      BalasPadam
    10. dylla fadzil ::

      pelajar yg memang dari awal dah ditawarkan dgn ujrah ni memang untung saye rase..sebab memang dari awal die dah kire pinjaman berserta upah masa ditawarkan dengan pinjaman..so, just stick je la dengan ujrah k..

      BalasPadam
    11. atikNAOshi::

      it's ok kot..tapi kena make sure la tetiap bulan tak miss bayar..itu yg penting..hehe..

      BalasPadam
    12. nurha ::

      aik? biar betul dokumen die tak hntr2 lagi..selalunye dlm masa seminggu lepas apply dorang emailkan dokumen kat kite dan kite kena print sendiri dokumen tu untuk hntr balik kat dorang..

      saye rase ujrah ni still on..kalau nak lebih pasti cube cik nurha check kat web dorang atau kol dorang sendiri tanya..

      BalasPadam
    13. broframestone::

      saye gaji seciput gak bro..tapi saye akan pastikan tetiap bulan ade peruntukkan untuk bayar PTPTN..huhu..


      kalau gaji beso best kan?tetiap bulan leh byr ratus2..bleh cepat sket habes..

      BalasPadam
    14. meaw ::

      kalau meaw stick to 3%, kos pentadbiran akan tetap berjalan setiap bulan walaupun proses pembayaran dihentikan..so better jgn stop byr..

      yg ujrah akak tak berapa nak pasti..mungkin kalau proses pembayaran diberhentikan pun, jumlah tetap same dan tiada penambahan kos pentadbiran berlaku..

      so, kalau rase nak further study, better apply ujrah la rasenye..cume mungkin tempoh pembayaran tu je la akak tak pasti camne..mungkin die akan drag smpai kite habes study baru start kire balik tempoh pembayaran..


      ape2pun, semak dengan pihak PTPTN untuk lebih kepastian..

      BalasPadam
    15. delarocha ::

      itu mungkin org lain la kot bab berjoli..

      kalau orang susah macam saye dapat PTPTN nak berjoli memang nak mampos la..takde sape nak tanggung..dah la bapak dah takde..memang pergi belajar bergantung dengan PTPTN semata-mata..

      duit PTPTN yg saye terima dulu semua untuk byr yuran, beli buku, beli tiket flight dan buat belanja makan harian saye..takde seciput pun yg tertinggal untuk saye berjoli..maybe sebab tu saye curiga dengan ketelusan PTPTN..jadi sebab tu la saye meluahkan dekat belog..itu saje..^_^

      BalasPadam
    16. ermmm...ader gak dgr cter cam penulis ckp ni...hmmm..but dah siap sign n antar dah pun..dkt 1 tahun gak tertunggak ni....but sblm ni ader gak byr sket2..tp ble tgk pnyata ptptn 2 cam kire duk byr faedah jer...

      BalasPadam
    17. ish kena selidik balik aggrement ni..ciktom ade apply n dpt..pastu kena isi borang n mati setem..tp cik tom xbuat lg..ade rs ragu2 plk sbb ada kawan2 yg ckp ujrah ni xmenguntungkan..hmm...thanks utk info ni...

      BalasPadam
    18. saya dah tolak ujrah. diorg kelabukan mata dgn jumlah percentage yang nampak sedikit tu. tapi sebab utama saya tolak ujrah adalah pasal taknak terikat potong gaji.

      ada agenda lain sebenarnya ptptn buat mcm tu. diorng cuma nak latest update kita je...

      BalasPadam
    19. first time baca blog saudari.

      info yang sangat berguna!

      very informative!

      keep it up!

      BalasPadam
    20. saya grad degree jun 2011 dan terus sambung master.saya nak apply ujrah but at the same time kena apply utk penangguhan bayar ptptn sbb nak sambung belajar. jadi saya pun isilah "borang penangguhan bayaran balik". tapi dalam syarat penangguhan tu,dia tulis "kos pentadbiran akan dikenakan di sepanjang tempoh penangguhan". maksudnya ptptn akan charge saya extra sbb saya tangguh byr utk 24bulan@2tahun ke?? berapa banyak?

      BalasPadam
    21. Tanpa Nama28/2/12 1:33 PG

      ujrah murah bbanding 3%..anyway..ko slh phm..mls nk explain pjg2..tp pe ko tulis ni..point die salah..okbai

      BalasPadam
    22. @Anonymous :: encik ke cik ye ni? takpe la..mungkin anda tak baca betul2 kot ape yg saye tulis dalam entri ni..entri ni menceritakan kenapa saya tolak ujrah..bukan saye kata ujrah tu murah ke mahal ke..memang le ujrah lebih murah kos upahnya berbanding 3%..tapi untuk saya yang dah lama habes belajar ni rugi kalau ambil ujrah..cube encik/cik tengok pengiraan yang saya terima dalam surat tawaran yg saya letak dalam entri tu..die kira dari tahun 2009 kan? sila baca bagi habis dan faham betul2 apa yg cuba saya sampaikan..

      lain org kan lain pendapat..macam encik/cik jugak la pendapat nye lain..point saye dalam entri ni cuma bgtau apa reason saya taknak terima ujrah je kan..jgn cepat melatah ye dan tuduh pulak org salah faham..sekian terima kasih..

      BalasPadam
    23. hi! Nak tanya kalau tawaran Ujrah hari tu dah terlepas, boleh tak kita apply balik? tak sanggup wei nak bayar 3% tu....

      BalasPadam
    24. @Vee Jinggol :: boleh je..nak cepat urursan pergi terus je kat kaunter..

      BalasPadam
    25. Haha aku pun tak ambil UJRAH sbb dah bayar loan nak dekat 5 tahun nanti balik to square one. Walaupun aku keje kerajaan taknak potong gaji.. aku rela bayar guna cimbclicks

      BalasPadam
    26. salam..
      saya just nak tanya dua perkara
      1. first saya nak tanya berkenaan pinjaman saya yang berbaki dlm 4 ribu.. yang skrng saya tukarkan kepada ujrah kerana saya ingin langsaikan hutang ini dlam 12 bulan lagi... apa kaedah saya untuk bertukar dari 3% sblum ini kpd 1% bermula bulan hadapan berbaloi? maksud saya menguntungkan saya ke merugikan saya.

      2. second saya nak tanya saya bercadang untuk membuat potongan pembayaran melalui potongan gaji selama 12 bulan ini.. apa yang membimbangkan saya biasanya 2 bulan dalam setahun gaji saya tertungga dan akan dibayar pada bulan ketiga...maksudnya saya bekerja status kontrak dimana gaji saya akan hold setiap kali kontrak baru... biasa dalam 2 bulan ke 3 bulan akan dapat penuh selma yang tertunggak. persoalan saya adakan akan memberi effek kpd cara bayaran melalui potongan gaji ataupun dia berjalan seperti biasa dimana bulan k3 gaji saya stabil akan ditolak terus sebanyak 3 bulan bayaran ptptn ataupun jumlah hutang bertukar angka baru bila 3 bulan tertunggak.

      sekian terima kasih...

      BalasPadam
    Terbaru Lebih lama

    Borang Maklumat Hubungan