Assalamualaikum. Hai!
Aku rasa semua dah sedia maklum pasal kes Petknode Cat Boarding yang telah melakukan penganiayaan terhadap beratus-ratus ekor kucing yang ditinggalkan di dalam premis perniagaan mereka. Perangai sungguh 'hantu' betul makhluk Allah 2 orang jantan tu. Dapat kat aku memang aku belasah sampai nyawa-nyawa ikan. *macam mampu la konon.* Tapi sungguh! Aku geram betul kat dorang. Uhuhu.
Mengalir air mata aku tengok gambar dan video yang dirakam oleh mereka-mereka yang telah memecah masuk kat premis tu untuk selamatkan kucing-kucing yang ada dalam tu. Sebenarnye bile dapat tahu pasal ni hari tu, aku rasa nak update. Tapi tak mampu nak menaip. Sebak yang amat. Ni masa dok menaip ni pun terbayang-bayang dan rasa macam nak menangis. Kenapa la dorang tu kejam sangat. Wuu.
Kononnye menawarkan pakej yang murah sempena Aidilfitri baru-baru ini. Berjanji dapat memberikan jagaan yang rapi terhadap kucing-kucing yang ditinggalkan dalam jagaan mereka. Tapi hampeh! Semua janji palsu. Ambil sampai beratus-ratus ekor. Tamak nak mampuih! Fikir nak untung je. Bila dah gelap mata tengok duit masuk berkepuk-kepuk dalam poket terus lupa daratan. Setan betul perangai. Memalukan usahawan Melayu je. Sebab tu la orang kata Melayu ni bodoh meniaga. Ni la salah satu contohnye. Takde akal!
Kesian kat owner kucing-kucing tu. Kepercayaan yang diberikan sia-sia je. Mesti sedih yang amat bila tahu kucing kesayangan dorang diseksa macam tu. Sampai ada kucing yang kebuluran, dehydration, mati, dan sakit dalam 'jagaan' mereka. Huhuhu. Tak dapat aku bayangkan. Sebab tu la raya hari tu aku rela tinggal sorang-sorang beraya kat rumah demi menjaga 9 ekor kucing aku. Aku tak yakin dan tak percaya ada orang mampu bela kucing-kucing aku macam aku bela dorang.
Tapi aku pelik betul la kalau ada yang cakap dia tak suka kucing. Ramai kot orang yang tak suka kucing kan? Ada tu punya tak suka dengan kucing boleh saje suka-suka pergi sepak terajang kucing sebab kucing tu datang bergesel manja. Punya buruk perangai. Entah ape-ape je. Tak suka sekali pun jangan la buat camtu. Aku sepak balik kang baru tau. Kucing comel tahu tak? Dah la binatang yang paling manja. Rugi betul orang yang tak suka dengan kucing ni. Bela kucing murah rezeki tau.
Kalau nak tahu, orang yang tak suka dengan kucing ni bukan seorang yang amat penyayang. Tahap penyayang dia sangat rendah dan kemungkinan besar memiliki sifat panas baran yang melampau. Kuikuikui. Memandai je buat teori sendiri. Sebenarnya, semua orang ada sifat penyayang dan panas baran dalam diri masing-masing. Cuma tahap nye je berbeza. Tapi kenyataannya, orang yang tak suka kucing memang sangat kurang sifat penyayang dalam diri. Ehehe.
Sebab kurang penyayang tu la gamaknye yang membuatkan dorang ni boleh sesuka hati seksa binatang peliharaan. Huishhh. Emo betol aku kalau cakap pasal penderaan binatang ni. Tambah-tambah pasal kucing. Aku pencinta kucing tahu tak? Sampai ada simpan angan-angan nak buka satu rumah kucing. Boleh bela kucing lagi ramai. Syoknye! Punya la obses dengan kucing. Siapa yang pencinta kucing macam aku jugak? Jom join venture bukak nursery kucing. Kuikuikui.
Bisik2 :: Jangan la aniaya binatang. Tak kesah la kucing ke ape ke. Even anjing sekali pun kalau kite aniaya kite berdosa tahu tak?
rumah aku pun ada kucing jugak..
BalasPadamtapi aku minat hamster..huhu~
saye nk join venture bukak umah neko! nk kutip n bela kucen2 yg terbiar.. pastu sape2 yg nk beli jual rege murah dr rege pasaran.. ^^ duit tu tuk tampung belanje umah neko.. syoknye klo buleh buat.. ^^
BalasPadamentahlah..try kalau diorang disumpah jadi kucing tetiba baru tahu cane! ishh
BalasPadamsy sampai skrg fobia nak tgk video atau gambar org seksa binatang or kucing ni. Aritu blk kampung adik adopt sekor anak kucing yg still menyusu lg. dia kata dia jmpa kucing tu malam masa hujan turun. maybe ada org buang. anak kucing tu masa tu mata pun blm celik. nasib baik kt umah ada seko kucing yg still menyusu anak tp anak dia dh mati so dia jd ibu angkat. bila pk.. kejam org yg buang anak kucing tu.. smpai jd banggang x blh pk
BalasPadamkesian. tengok kucing2 tu kurus sgt :'( menangis tgj. kenapa lah jd mcm ni.takde duit ke untu bg ckp makan. itu aniaya. :(
BalasPadamtumpang geram jugak...
BalasPadamdah tu xde tindakan mahkamah ke kat jantan 2 ekor tu ek?...muka poyo ar masa media amik gambar..mcm xde apa2...geram gile nih
Tuhan tu adil, satu hari jantan2 tu akan dapat balasan di dunia lg...aminnn
aku tak suka kucing tapi kadang2 syok plak men ngan depa..aku suka tupai yang kecik comel tu..
BalasPadam