Sesat Dalam Terang

Assalamualaikum. Hai!


Hari ini aku nak bincang isu yang agak serius sikit la. Sekadar nak menyampaikan apa yang berlegar-legar di fikiran aku. Mungkin agak 'berat' tapi aku mahu ajak rakan pembaca aku berkongsi pandangan. Aku tengok isu ini semakin hangat dan menjadi-jadi bila ada yang berani muncul menjelmakan diri konon-konon nak mempamerkan pegangan songsang mereka. Kemudian dengan takde rasa bersalah membuat propaganda dengan menyebarkan fahaman songsang mereka dan menghina pula agama yang mereka anuti sejak mula dilahirkan. Ya! Isu Melayu Islam murtad la yang ingin aku bincangkan.



Sebenarnya, isu ni sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi dah berlaku. Cuma mungkin dulu tidak sehangat macam sekarang sebab mereka yang murtad itu melakukannya secara diam-diam dan tiada siapa yang tahu. Sekarang, golongan yang murtad ini dengan terang-terang berani tampil memberitahu 'dunia' yang mereka telah murtad. Riak dengan ke'murtad'an mereka walaupun sedar mereka telah jauh tersasar.



Sesat dalam terang. Itulah mereka yang telah murtad kerana hilang pedoman dan kasih sayang Allah. Bangga menyatakan yang mereka tidak percaya kewujudan Tuhan (atheis) dan riak mengatakan mereka 'bebas' dengan menganut agama Kristian. Tak cukup dengan itu menubuhkan 'kelab' untuk menyebarkan fahaman mereka dan menghasut Melayu Islam yang tidak kuat pegangan untuk mengikut jejak mereka. Dan golongan sasar yang mudah terpengaruh tentulah remaja. Siapakah yang bersalah sebenarnya dalam hal ini?



Murtad Bukan Isu Politik

Pihak yang terlalu taksub dengan parti politik berunsurkan Islam mula menjadikan ini sebagai isu yang kononnya kerajaan lah bersalah dalam hal ini. Ya! Aku bukan cakap kosong. Walaupun aku tidak berminat dalam hal politik tapi bukan bermakna aku 'bodoh' sehingga tidak nampak permainan politik. Wahai sahabat pembaca. Janganlah babitkan agama dengan politik. Itu bukan jihad namanya. Itu permainan politik. 



Memetik pernyataan seorang sahabat di wall facebook yang menyatakan, "Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?" Ya. Memang sedih kerana ramai Melayu yang keluar Islam. Tapi persoalan yang ingin aku bangkitkan di sini, mengapa disalahkan Umno? Jika Pas sekali pun yang mentadbir negara, terjaminkah bahawa tidak akan ada Melayu nak keluar Islam? Parti politikkah yang menentukan Melayu keluar Islam? Cuba gunakan akal waras untuk berfikir dengan bijak. 



Berhentilah dari menjadikan isu ini permainan politik. Murtad bukan isu politik. Cuba fikirkan penyelesaian bagaimana nak mengatasi kelambakan Melayu Islam murtad. Bukan menghangatkan lagi dunia politik dengan menyalahkan satu pihak sedangkan jika langkah bekerjasama menangani isu ini diambil alangkah lebih baik. Sama-sama berjuang memerangi isu ini. Bukan dengan memaki hamun dan menunding jari sahaja. Setakat berdebat dan bersuara lantang menyalahkan pihak tertentu bukanlah jalan penyelesaian. Tiada sebarang tindakan. Itu cakap kosong namanya.



Hmm. Cukuplah berbicara hal politik dunia tersebut. Aku bukanlah seorang pejuang politik. Sekarang mari kita lihat mengapa boleh terjadinya isu Melayu Islam murtad ini. Itulah yang aku ingin bincangkan. Memang aku bukan ahli agama yang bijak pandai bercakap pasal agama. Aku cuma seorang insan biasa yang sayangkan agama yang aku anuti sejak aku dilahirkan lagi. Aku seorang hamba Allah yang tidak mahu agamaNya dipermainkan dan dihina sesuka hati. Itu sahaja. Jadi tiada salahnya aku berkongsi pandangan untuk membincangkan hal ini bukan?





Punca Murtad

Berikut adalah beberapa sebab yang dapat aku simpulkan dari pemerhatian aku kenapa terjadinya kes Melayu Islam murtad ini. Semua ini adalah pemerhatian aku semata-mata. Betul atau tidak itu terpulanglah untuk korang fikirkan dan nilaikan sendiri. Jadi, mari kita fikirkan bersama. Dan inilah sebab-sebabnya Melayu Islam jadi seorang yang murtad :

  • KUFUR NIKMAT
    • Ya. Merekalah golongan yang kufur nikmat. Inilah ujian yang Allah telah berikan kepada mereka yang lupa dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan iaitu dilahirkan sebagai seorang Islam. Tidak pernah sujud dan patuh dengan suruhanNya sehingga tersasar dari landasan agama dan hanyut dalam dunia sendiri. Sebab itu dengan mudah mereka murtad kerana hati telah mati dan jiwa mereka kosong. Itulah tandanya tiada iman di dalam diri mereka.       

  • TIDAK PERNAH AMALKAN KEHIDUPAN ISLAM
    • Percaya atau tidak, memang ramai dari kita tidak amalkan kehidupan Islam walaupun beragama Islam. Betulkan? Ala..ni ha bulan puasa ni berapa ramai yang ponteng puasa sedangkan tahu berpuasa itu rukun Islam yang ke-3 dan wajib dilakukan. Dah kalau puasa pun kantoi lagikan nak SOLAT 5 WAKTU. Ye dak?
    • Sedar atau tidak, jika kita menjaga solat 5 waktu itu sebenarnya rukun Islam pertama kita sentiasa terpelihara? Ya. Mengucap 2 kalimah shahadah. Setiap kali solat bukankah dalam tahiyat awal dan tahiyat akhir kita akan mengucap 2 kalimah shahadah? Maknanya setiap kali kita solat, kita telah memperbaharui 'lesen' kita sebagai seorang muslim. Setuju?
    • Jadi, jika kita menjaga solat, insyaAllah hati kita takkan pernah terpesong kerana sentiasa dilindungi oleh Allah. Sebab itulah solat dikatakan tiang agama.

  • TIDAK MENDAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA
    • Memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Jika mereka tidak mampu, tidak salah jika dihantar anak-anak ke tempat yang sepatutnya seperti sekolah agama rakyat. Mungkin juga silibus pendidikan agama di sekolah harian tidak mencukupi. Jadi hantarlah anak untuk mendapat didikan agama yang sempurna di sekolah agama. 
    • Ibu bapa itu sendiri juga boleh pergi ke kelas-kelas fardhu ain yang disediakan oleh pihak qariah masjid atau pejabat agama. Sama-sama mantapkan ilmu agama dalam diri. Tiada salahnya untuk mencari ilmu. Dengan itu, bolehlah dipraktikkan di rumah kehidupan Islam yang sebenarnya. InsyaAllah jika keluarga mengamalkan kehidupan Islam, iman mereka akan sentiasa terpelihara. Jadi, buat ibu bapa atau pasangan yang baru berkahwin dan bakal menimang cahayamata, please take note about this. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab dan amanah memberikan didikan agama kepada anak-anak.

  • SALAH DIRI SENDIRI
    • Inilah penyebab paling utama rasanya kenapa mereka-mereka yang murtad ini boleh tersasar dari landasan Islam. Tidak pernah bersyukur dilahirkan dalam Islam. Tidak menjaga solat. Tidak mengamalkan kehidupan Islam walaupun mendapat didikan agama yang cukup. Diri mereka sendirilah puncanya. Tiada iman dalam diri. Mudah terpengaruh. Semua ini kerana jiwa mereka 'kosong' dan tiada 'nur'. Mereka-mereka ini golongan yang rugi kerana telah hilang nikmat Islam dalam diri mereka. Allah telah menarik kembali 'keistimewaan' yang telah Dia kurniakan. 




Nikmat Islam

Jadi, marilah sama-sama kita mantapkan iman kita. Semoga kita dijuahkan dari kekufuran dan semoga Allah sentiasa melindungi kita. Sebab tu aku pernah cakap dalam salah satu entri aku dulu, kita semua ini sangat istimewa kerana dikurniakan nikmat Islam. Jadi kita kena ingat yang diri kita ni sangat beruntung dilahirkan dalam Islam. Sebabnya Allah dah buka jalan seluas-luasnya untuk kita mendalami agama Islam tanpa ada apa-apa halangan pun. Tapi itulah, cuma kita yang malas dan selalu alpa dengan keistimewaan yang dah Allah kurniakan. 



Buat mereka yang telah murtad tu, sama-samalah kita doakan semoga Allah mengembalikan semula 'sinar' Islam dalam jiwa mereka dan semoga mereka sempat bertaubat sebelum terlewat. Hanya Allah je yang berhak ke atas itu. Jika mereka masih berdegil dan tetap berpendirian untuk kekal murtad, semoga Allah memberikan balasan yang setimpal ke atas mereka. Kita yang masih berpegang teguh dengan Islam ni, berdoalah semoga Allah tidak memesongkan akidah kita semua. 



Sama-sama la kita memerangi golongan Melayu Islam murtad ini. Sesungguhnya mereka musuh Islam yang nyata. Jika mampu dan mereka masih boleh 'dipulihkan', kembalikanlah mereka semula ke jalan yang benar dan mengikuti ajaran Islam. Itulah jihad yang sebenar-benar jihad. Bukan menjadikan isu ini permainan politik demi kepentingan parti politik masing-masing. Hentikan propaganda menuduh dan menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Kita semua sama di sisi Allah. Berganding bahu dan bangkitlah bersama-sama untuk menegakkan agama Allah ini semoga terus terpelihara.



Bisik2 :: Semoga 'kalimah shahadah' akan terus kekal meniti di bibir aku dan kamu semua.

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kalau tengok yg kebanyakan murtad selalunya disebabkan duit..terjadi sesuatu musibah kt dorang..dan memang betul lah dorang ni memang org yg jenis kurang ilmu agama...even dalam zaman pemerintahan saidina abu bakar pun ada org murtad..pokok pangkalnya individu tu sendiri..bukan salah sepenuhnya kpd pemerintah...

    BalasPadam
  2. nicely said..pemikiran luar kotak~ =)

    BalasPadam
  3. well said..pemikiran luar kotak~ =)

    BalasPadam
  4. rasulullah pernah cakap kemiskinan mampu menyebabkan kekufuran. dugaan sebenarnya sekejap tetapi kita mengambil jalan pintas. dan islam sendiri kadang mengkondem islam sendiri.

    BalasPadam
  5. kefakiran membawa kekufuran. bimbang yg murtad ini dorang sebenarnya sudahla lemah iman, miskin harta dan mudah diperdaya oleh agenda kafir yg nak orang Islam murtad. nauzubillah.

    tugas berat adalah di bahu ketua masyarakat. ada kuasa, guna dengan baik. bantu dan pimpin masyarakat yg terumbang ambing. yg sempit hidupnya.

    BalasPadam
  6. muhasabah diri. palaing2 jahat pun jgn lah sampai kita tinggalkan agama. takut saya, insyaAllah tak kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan