Assalamualaikum. Hai!
Selamat berpuasa buat semua. Dah 3 hari puasa baru aku terhegeh-hegeh nak wish korang. Lambat betol. Hoho. Takpe kan? Selagi belom habes Ramadhan aku masih boleh lagi wish selamat berpuasa kat korang. Kalau boleh setiap hari nak wish. Tapi memandangkan aku ni pemalas yang amat nak mentaip entri maka tak payah la korang berharap aku nak wish tetiap hari. Ekeke. Macam la korang kesah sangat kan?
Diam tak diam dah masuk 3 Ramadhan. Sekejap je kan? Nanti tetiba dah cukup sebulan kita berpuasa. Pastu dah nak Hari Raya. Masa berlalu cepat sangat tanpa kita sedar. Apa-apa pun kita kena bersyukur sebab masih diberikan nikmat hidup dan masih bernafas sehingga ke hari ni untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.
Sebenarnya entri kali ni aku nak share dengan korang something. Alhamdulillah sebab tahun ni aku berpeluang pergi solat terawih. Tahun lepas haram tak pergi langsung. Err..bukannya apa. Keadaan kesihatan tak mengizinkan tahun lepas. Seminggu demam. Lepas tu kena buat kueh raya pulak. Sebab yang paling utama ialah takda geng nak pergi. Malu ai nak pergi sorang-sorang tau. Padahal boleh je pergi sensorang. Sebab-sebab inilah yang terus membuatkan penyaket pemalas aku datang. Amboi amboi. Alasan kemaen banyak benau cik sha ni. Kui3.
Tahun ni memandangkan pelajar U semua pakat dok cuti panjang sekarang, aku ade la geng nak ajak pergi terawih. Hooyeah! Dah tentulah kazen kesayangan aku, Mek Solehah jadi teman aku pergi solat terawih. Ehehe. Tetiap malam aku g kayuh beskal ke rumah dia pastu kami jalan kaki sama-sama pergi masjid. Cari pahala lebih sikit. Ecewah. Yela kan. Dah la dosa berkoyan-koyan. Entah tertampung ke tak dengan pahala yang aku kumpul sepanjang bulan Ramadhan ni. Uhuhu.
~Gambar ihsan dari Google~
Masjid kat taman perumahan aku ni buat terawih 8 rakaat je. Lepas tu solat witir 3 rakaat. Nape tak 20 rakaat terawih? Sebab nak buat 8 rakaat je la. Ehehe. Gurau je. Sebabnye kita solat terawih ni untuk dapatkan keberkatan Allah. Kalau buat 20 tapi terkocoh-kocoh nak habeskan mana nak datang keberkatan, kan? Lagipun terawih tu kan maksud dia beristirehat atau bersenang-senang. Jadi solat terawih tu bermaksud solat sunat dengan rasa senang dan lapang hati selepas waktu Isya'.
Korang pergi ke tak terawih tu atas diri sendiri la kan? Lagipun solat terawih ni cuma sunat saje. Tak buat tak berdosa, buat dapat pahala. Kalau nak pahala, pergilah solat terawih. Masa ni la kita nak kumpul pahala banyak-banyak. Lagipun banyak kelebihannya yang korang boleh dapat. Apa kelebihannya? Hanya Allah saja yang tahu dan berhak berikan pada hamba-hambaNya. Korang pun kena ikhlas la. Kalau buat semata-mata nak dapat kelebihan je memang tak berbaloi la. Pahala pun kurang. Keberkatan pun mungkin berkurang.
Oh ye. Kami kat sini buat terawih 4 rakaat yang pertama, lepas tu rehat 30 minit dengar tazkirah. Habes tazkirah sambung lagi 4 rakaat terakhir dan terus solat witir 3 rakaat. Sebenarnye pasal tazkirah tu la aku nak share dengan korang. Dah 3 malam terawih tapi aku tak sempat lagi nak coretkan perihal tazkirah tu kat belog. Balik terawih dah pukul 10.30 malam. Memang takde maknanye la aku nak online. Aku dah mengantoks time tu. Lagipun malas nak mintak pinjam broadband kat kakak aku. Jadi tertangguh la nak share dengan korang.
Memang niat nak share dengan rakan-rakan dan pembaca belog aku pun pasal tazkirah tu. Dah aku yang dengar jadi patut la aku share dengan korang kan? Mana tahu kita boleh dapat sama-sama pengajaran dari tazkirah tu. Tapi memandangkan entri aku ni pun dah berjela-jela, aku rasa pasal tazkirah tu aku tulis dalam entri baru la ye. Kang korang cemuih lak nak baca panjang-panjang. Maaf la. Aku ni memang tak reti nak memendekkan ayat. Kalau boleh semua benda aku nak taip. Kui3. Kita jumpa di entri seterusnya ok?
Bisik2 :: Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
part moreh jangan d lupa lak...hehehe
BalasPadamterima kasih di atas perkongsian ilmu buah fikiran boleh digunakan modal untuk berdakwah. kalau boleh copy paste kan lebih mudah untuk digunakan untuk berdakwahkan? pahale pun lbih mudah kan?
BalasPadamterima kasih di atas perkongsian ilmu dan buah fikiran. kalau boleh copy paste kan lagi senang untuk berdakwah, mudah je dapat pahale kan?
BalasPadam