Assalamualaikum. Hai!
Dada aku masih berdebar-debar terbayangkan eksiden yang berlaku depan mata aku masa on the way balik kerja tadi. Wuu. Motor bertembung dengan motor. Perempuan cina tu terpelanting kat jalan raya tertiarap tak sedarkan diri. Yang lelaki Melayu terperosok masuk dalam longkang tapi masih boleh bangun sendiri. Betul-betul berlaku depan sikit dari exit pintu Sungai Dua USM. Gile ah. Yang aku pasti salah lelaki tu sebab die take over jalan bertentangan.
Takpe la. Mungkin dugaan Allah di bulan puasa ni. Huhu. Berbalik kepada topik. Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku nak share dengan korang pasal tazkirah masa aku pergi solat terawih malam pertama sampai malam ketiga yang lalu. Terawih ke-4 malam semalam aku tak pergi sebab hujan. Hehe. Tengok tu. Dah mula bagi alasan. >_<
Takpe la. Mungkin dugaan Allah di bulan puasa ni. Huhu. Berbalik kepada topik. Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku nak share dengan korang pasal tazkirah masa aku pergi solat terawih malam pertama sampai malam ketiga yang lalu. Terawih ke-4 malam semalam aku tak pergi sebab hujan. Hehe. Tengok tu. Dah mula bagi alasan. >_<
Sebenarnye aku nak tulis pasal ni malam semalam memandangkan aku skip terawih kan. Tapi tapi tapi..aku tertidur la pulak! Kuikuikui. Masa nak sahur baru aku bangun tau tak? Dari pukul 9 malam aku dah terbungkang. Mak kata aku tidur tak sedar apa dah. Panggil pun tak dengar. Punya la 'pengsan' tak hengat dunia. Ish3.
Baiklah. Meh kite sesama muhasabah diri sat lepas dah berbuka ni. Semoga apa yang aku sampaikan ni dapat memberikan kesedaran untuk kita semua. Perkongsian aku ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk apatah lagi nak cakap aku pandai berkata-kata tentang agama. Bukan ye kawan-kawan. Ini adalah tazkirah yang aku dengar dari orang bijak agama masa aku pergi terawih dan aku rasakan ada pengisian yang boleh aku kongsikan dengan korang semua. Jadi, kita ambil dan muhasabah diri sama-sama ok?
~Pemandangan matahari terbenam kat pantai Labuan depan kampus aku belajar dulu. Gambar ni diambil tahun 2008 kot. Rindu kat Labuan. Cantik kan ciptaan Allah? Subhanallah.~
#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 1 RAMADHAN
Memandangkan malam tersebut adalah terawih pertama sempena menyambut kedatangan 1 Ramadhan, maka tazkirah adalah berkisar tentang keistimewaan kedatangan bulan Ramadhan. Antara pengisian yang aku dapat dari tazkirah yang diberikan ialah :
- Kita kena bersyukur kerana diberikan nikmat hidup sehingga dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.
- Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita diberikan keistimewaan oleh Allah untuk mengumpulkan pahala sebanyak yang mungkin.
- Kita juga harus bersyukur kerana kita MAMPU dan SEMPURNA untuk berpuasa dan menikmati bulan Ramadhan. Sebab ada di kalangan kita TIDAK BERKEUPAYAAN nak berpuasa kerana sakit dan TIDAK MAMPU untuk berbuka puasa dengan penuh nikmat kerana hidup susah.
- Kita patut bersyukur sebab dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga dimana seorang Islam wajib melakukannya.
#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 2 RAMADHAN
Tazkirah pada malam ini pula ustaz sentuh tentang erti bersyukur kalau tak salah aku. Alamak! Dah terlupa sikit la tazkirah malam ni. Nyanyuk sungguh! Muda-muda dah kena penyakit lupa. Adoi. Aku share yang aku rasa aku ingat je la eh. Dan pengisian yang masih aku ingat ialah :
- Kita patut bersyukur sebab berpuasa ni mengajar kita erti sabar dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita.
- Kita juga kena bersyukur kerana diberikan kudrat untuk berjemaah dan melakukan solat Terawih.
Err..yang tu jela yang aku ingat tazkirah malam kedua ni. Lupa weh. Sebab tazkirah ustaz yang malam ni kureng memberansangkan sikit. Takde lawak-lawak. Aku jadi ngantok sikit-sikit time tu. Ehehe. Sorry ok. Ni aku kongsi yang aku mampu ingat je tau. ^_^
#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 3 RAMADHAN
Malam ketiga ni, ustaz tazkirah pasal bersedekah. Berikut serba sedikit pengisian yang aku terima daripada tazkirah tersebut :
- Selagi kita mampu, bersedekahlah walaupun sedikit tambah-tambah di bulan puasa ni sebab ganjaran yang Allah berikan berlipat kali ganda. Tapi kena la seikhlas hati bukan mengharapkan ganjaran kerana hanya Allah yang berhak memberikan berapa banyak ganjaran untuk hamba-hambaNya.
- Jika nak bersedekah, boleh je cari orang-orang susah contohnye yang macam kerja tukang sapu tu. Hulur setakat yang kita mampu nak bagi walaupun cuma RM10. Tak perlu nak tunggu cari rumah anak yatim ke rumah orang tua ke kalau tak berapa nak mampu.
- Sedekah yang diberikan dengan tangan sendiri adalah lebih afdal.
Itulah pengisian yang aku dapat dari tazkirah yang ustaz-ustaz berikan. Semoga korang pun dapat manfaat jugak eh. Nanti aku share lagi. Kali ni aku pergi terawih aku nak bawak buku nota kecik dengan pen. Nanti boleh lah catit. Takde la lupa-lupa macam tadi dah. Kuikuikui. Ok la korang. Jumpa lagi ye.
Bisik2 :: Jangan lupa pergi terawih malam ni ok!
Manisnya kurma iniiii.... bersama-sama mengerjakan ibadat puasa taun ni. harap2 dapat keberkatan dari-Nya.
BalasPadammakasih berkongsi..
BalasPadameksiden depan mata? pehhh..memang jarang scene tu.