Siapa kata perempuan tak layan bola sepak?

Assalamualaikum. Hai!


Aku pasti semua tengah frust menonggeng sebab Skuad Harimau Malaya tak berjaya menumpaskan Singapura dalam perlawanan bola semalam dan sekaligus gagal melayakkan pasukan Malaysia untuk terus beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Takpe la. Mungkin belum rezeki Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia. *Ayat sedapkan hati sendiri.* Walau apa pun tahniah kepada pemain-pemain Malaysia yang sudah berpenat lelah memberikan permainan yang terbaek. Tahniah jugak kepada penyokong-penyokong yang memberikan full support untuk skuad Harimau Malaya.



Sebenarnye aku tak berpeluang nak tengok match semalam. Mak aku conquer tv sorang-sorang tengok rancangan kegemaran beliau. Huhu. Tapi mujur gak aku tak tengok. Kalau tak mesti berdebor-debor nak tunggu Malaysia sumbat gol. Pastu mulut mesti tak henti-henti membebel kot. Tak puas hati punya pasal. Aku dapatkan update dari encik CH je. Beliau menjadi wartawan tak berbayo untuk buat liputan khas match semalam dan laporkan kat aku melalui mesej. Kah3. Padahal encik CH pun tengok kat tv je bukan kat stadium.



~Mr. Google kasik. Smart betol gambo ni.~



Encik CH cakap defend Malaysia sangat lemah. Hmm. Aku memang dah jangka dah yang tu. Dan macam biase seperti yang dicanang-canangkan, skuad Singa adalah 'pelakon terhebat'. Aku rasa mungkin itu taktik mereka agaknya. Tak mengapalah. Yang penting skuad Harimau Malaya dah perform dengan baek takde la berlakon macam dorang kan? Ops!



Lagipun ini adalah sekadar perlawanan bola saje. Jadi tidak perlulah memperbesar-besarkan lagi benda ini sehingga menimbulkan perbalahan di antara penyokong Malaysia dan Singapura. Oit! Takkan pasal bola pun nak 'berperang' kot. Tak matured langsung ok. Selepas ini, pasukan Malaysia perlu berlatih dengan lebih gigih lagi ye. Kuatkan bahagian defend. Untuk persediaan di masa hadapan.



Waseh! Kemaen lagi aku cakap pasal bola sepak kan? Apa ingat perempuan tak suka bola sepak ke? Siapa kata perempuan tak layan bola sepak? Salah tu. Ramai je spesis perempuan ni layan bola sepak. Cuma fanatik dengan tak je. Aku sendiri pun layan je bola sepak. Tapi tahap biase-biase je la. Idok le fanatik. Setakat rules dalam game tu tahu la jugak sikit2. Cuma kalau nak kata aku hafal semua nama pemain bola dan cam muka memasing idok la. Takde kerja aku nak hafal dan cam muka dorang. Banyak lagi menda aku kena fokus kot. Kui3.



~Geng futsal/beach soccer aku time kat universiti. 2 dari Semenanjung, 3 dari Sabah dan 4 dari Sarawak. Aku yang paling hitam sekali tu. Maklum le kulit murah. Mudah sunburn. Keh3. Yang aku peluk tu pompuan ok. Nama beliau Jacylyn dan beliau seorang Palapes.~



Bile ingat-ingat balik kisah zaman silam, rasanya dari kecik aku dah terdedah dengan bola sepak ni. Dulu selalu je teman arwah abah layan bola sepak kat tv pepagi buta. Lepas tu dua-dua ternganga mengeroh depan tv. Tv yang tengok kami. Mak pun membebel-bebel. Wahaha. Oii! Rindunye kat arwah abah. Uhuhu. Petang-petang pulak selalu pergi main dengan kengkawan kat padang campur laki pompuan lawan bola sepak. Kena pulak main lepas hujan turun. Perghhh! Syok tak hengat main bola sepak dalam lumpur. Bestnye. Rindu kenangan zaman kecik-kecik dulu.



Aku ni nampak je macam sopan dan ayu-ayu gitu. *perasan* Tapi sebenonye lasak jugak orangnye ye. Masa zaman universiti dulu pun aku aktif gak sukan-sukan ni. Sebab tu la kulit aku rentung, hitam menghelit bak kata orang utara. Padahal memang kulit dah hitam semulajadi pun. Kui3. Tapi ada aku kesah? Lantak le hitam pon. Janji minat aku dalam bersukan ni tetap kental. Tak goyah sikit pun akibat kulit bertambah hitam sebab asyik berjemur bersukan. Ecewah. Padahal dalam hati menyumpah seranah apsal kulit hitam. Hehe.



~Cube cari aku yang mana? Aku yang kat tengah2 dengan bola tu la. Terer tak? Kui3.~



Kalau korang nak tahu, netball adalah 'dadah' aku ye. Selain netball aku main jugak futsal. Adik beradik bola sepak la tu kan. Cuma main dalam gelanggang tertutup. Bola sepak pantai pun aku layan. Memandangkan kampus aku dekat yang amat dengan pantai, memang sesuai sangat la kan ade sukan bola sepak pantai. Rasa-rasa aku kampus aku selalu jadi tuan rumah untuk match bola sepak pantai antara universiti. Ok. Tetibe rindu zaman belajar kat universiti pulak. Huhu.



Pendek kata, BUKAN SEMUA perempuan jenis nak bergeli-geli bajet ayu, gila fesyen dress-up pelik-pelik, mekap tebal berinci-inci dan 'hantu' berphotoshoot sana sini doplohpat jam. Ada je perempuan yang tak heran langsung benda alah tu semua dan minat benda-benda lasak macam sukan bola sepak misalnya. Eh? Tapi ada jugak kot perempuan yang jenis 'ayu' seperti di atas tu minat bola kan? Sebab boleh usha pemain bola yang hensem-hensem. Kui3. Jadi, jangan pandang rendah kat kami kaum perempuan tau sebab kami spesis versatile. Macam-macam jenis ada tau. *tetiba* Ekeke.



Bisik2 :: Wall pesbuk aku penuh dengan update pasal bola semalam je woi!

13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. akak mmg minat bola...rule dlm game pun thlah sikit2...nama pemain pun thlah sikit..bile ada games melibatkan malaysia harus tengok bg support..

    pape pun tahniah pd malaysia sbb berjaya bermain dengan baik..mmg cuak tgk smlm...tunggu jugak bilalah nk msuk gol..sbb nk jerit kuat2...hahahaha..

    BalasPadam
  2. fufufufuuuf memang meroyan ah semalam tgk bola >.<

    BalasPadam
  3. peh...ni boleh lawan juara dunia ni..

    BalasPadam
  4. pmpn bersukan sgt seksi bg aku.. :)

    BalasPadam
  5. minat tengok bola tapi tak reti main bola..main badminton je teror..terorrist hehehe

    BalasPadam
  6. malas nak cakap, ramai member laki aku kagun dengan aku sebab banyak tahu pasal dunia bola sepak. ekeke

    aku mmg gila bola. tapi ai tetap feminin. cuma kontrol ayu mmg bukanlah. hakhakhak

    BalasPadam
  7. saya suka tgk. tapi main nehi.

    kalau org suruh main jugak, saya akan suruh org tukang buat air replace. saya ganti dia buat air. hihihi~

    BalasPadam
  8. ehem2..ezma pon salah sorg peminat bola jugakkk!! mmg best kalau tgk kat stadium!

    kak sha, happy fasting yaw! :)

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2/8/11 1:27 PG

    Tahniah sebab sudi menjadi penyokong Malaysia... heeee...

    BalasPadam
  10. harimau malaya kalah sbb xde pom pom gurl yg pakai skirt pendek atas lutut..pecaya la

    BalasPadam
  11. wa caya sama lu lah sha atau shafee sali hahaha

    BalasPadam
  12. popuan bersukan = seksi...auuummmmm~

    hehe..singgah2 la sini :)

    BalasPadam
  13. Skang ramai dah pompuan suka pakai jersi bola, dulu mana nak nampak sangat. fenomena2..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan