Lepas dah kahwin, nak terus bekerja atau tidak

Assalamualaikum. Hai!


Amboi amboi. Kemain lagi tajuk entri aku kali ni kan. Macam dah nak kawen esok je. Hua3. Perancangan masa depan sebenarnye. Memandangkan sekarang ni aku merupakan seorang wanita yang bekerjaya. Ecewah! Wanita yang bekerjaya tu tak menahan frasa ayatnye. Keh3. Jadi, menda2 macam ni aku kena fikir dari sekarang.



Sebenarnye perkara ni la yang selalu jadi dilema di kalangan kaum hawa kan? Bila dah kahwin mesti kat fikiran terlintas tentang perkara ni. Nak terus bekerja atau tidak? Lagi merumitkan bila sebelum berkahwin yang perempuan sudah bekerja tetap di negeri lain. Bakal suami pulak bertugas di negeri lain. Dah berkahwin mesti la si isteri nak ikut si suami. Ye dak? 



Jadi maknanye kena korbankan kerja la. Masalahnye sanggup ke berhenti kerja tu? Tapi kalau tak berhenti camne nak ikut suami? Haa. Memeningkan kepala otak kan? Kalau kerja di tempat yang sama, tak jadi masalah sangat. Boleh kautim dengan suami mintak izin nak teruskan kerja. Boleh pergi kerja sama-sama. Oh sweet! Tapi dengan niat nak bantu kukuhkan kewangan keluarga yang dibina la. Niat tu kena betulkan ye.






Masalahnye sekarang ni, kerja di negeri yang berlainan dan jawatannye tetap. Kalau nak berhenti sayang pulak. Lagipun gaji yang dapat boleh bantu suami ringankan beban kewangan keluarga. Jadi minta izin suami untuk terus bekerja. Dan nak tak nak terpaksa la bertahan. Kena la menempuhi perkahwinan jarak jauh. Dalam kes ni hati kena betul2 kuat. Perkahwinan jarak jauh ni dugaan dia agak hebat jugak. Kalau hati mudah goyah dan rapuh memang 'selamat' la ikatan suami isteri yang terbina tu. Jadi persoalannya di sini, sanggup atau tidak berhadapan dengan situasi begini?



Rumitnye woi nak fikir hal ni. Suami kaya gaji ribu riban makan pun tak habes, tu lain cerita la. Berhenti kerja pun takpa. Takde hal kot. Duduk rumah kerja jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Jaga suami je. Ekeke. Tapi ni gaji suami pun tak berapa nak besau. Tolak hutang, bayar itu ini, belanje dapur, tinggal la ciput je untuk belanja harian. Boleh la cukup2 makan, hidup bersederhana tak boleh membazir dan nak bermewah-mewah sangat.



Tapi kan, pompuan ni ade jenis-jenisnye jugak. Kalau jenis bini yang berdikari memang beruntung la si suami. Suami suruh berhenti kerja pun takde hal. Dia memang takkan susahkan suami dan akan fikir cara lain nak kerja dari rumah. Macam buat bisnes online. Belog kan ade. Pandai2 la kan. Kalau jenis bini yang mengharap kat suami je camne? Semua suami dia yang kena tanggung. Nama dia nak terfikir cara lain yang boleh bantu suami walaupun duduk kat rumah je memang takde la. Dah tu camne? Jawapan dia, padan la muke suami tu. Hua3. Eh! Jahat benau aku ni. Hehe. Tapi ade tau pompuan jenis tu. Jangan tak tau.






Ohoii. Semak jugak kepala hotak nak mikir hal ni kalau aku dah kawen nanti. Dah la aku ni jenis yang suka berdikari sendiri. Rasanye bergantung kepada keadaan masa tu nanti la gamaknye. Kalau plan aku dengan encik CH nak buka bisnes tercapai, aku kerja dengan dia je la andai kata aku berkahwin dengan dia. Kerja dengan suami sendiri syok lagi kot. Keh3. Angan tinggi melangit kau. Biase. Aku memang kuat berangan pun. 



Tapi kalau aku masih bekerja seperti sekarang, aku mintak izin dulu la dari suami aku nanti. Harap-harap dia tak kisah dan izinkan. Lagipun tujuan aku nak kerja sebab nak bayar hutang PTPTN aku la. Takkan aku nak suruh suami aku pulak bayarkan. Yang berhutangnye aku bukan dia. Jadi aku taknak la bebankan die dengan hutang belajar aku tu. Biarlah aku yang selesaikan sendiri. Uii. Ada ciri isteri solehah tak aku? Hua3. Perasan gila la pompuan ni. Haishh.



Itulah perancangan aku. Aku hanya mampu merancang je la, yang menentukan segalanya dah tentu-tentu Allah SWT. Jadi, korang yang pompuan-pompuan yang bujang trang tang tang macam aku, nanti dah kawen korang nak kerja atau nak berhenti je kerja jaga suami kat rumah? Apa-apa pun, berfikirlah yang terbaik untuk kebaikan bersama. Kalau boleh kerja, teruskan dengan niat nak bantu suami. Kalau suami mampu, tak kerja pun takpa kot. Duduk rumah jaga makan pakai suami lagi seronok. Kih3.



Bisik2 :: Pompuan kalau dah kahwen tapi nak kerja takde masalah sebenarnye. Yang penting tahu jaga diri dan batas pergaulan. Ingat sikit yang diri tu isteri orang ok! Lagi satu jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri di rumah. Penting tu!

15 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wahh..bgusnya ada perancangan bisnes bersama..lagi sweet pegi keja tmpt skali..staf len mcm jeles je tgk..hhaha..

    BalasPadam
  2. hmm..
    saya lagi suka bakal isteri yang buat keputusan sendiri samada mahu teruskan bekerja atau x..

    tp zaman skang nih, orang kata cam susah jer nk hidup kalo dua2 x kerja..

    wallahua'lam=

    BalasPadam
  3. kalau akak sha..rase malas nk keje..tp kalau keadaan xmengizinkan kenelah keje jugak tuk tolong..kena cari org kaya lah cm nie..hehe

    BalasPadam
  4. Perkahwinan jarak jauh pun best aper.. Ahahahhaa.. hanya orang2 yang kawen ja yang tau.. :P

    Kerja skali dalam bisness sendiri cadangan terbest.. tapi nak dapat gitu agak susah ler.. Tapi bagi aku kalau nak benda nie boleh diusahakan insyaAllah..

    Bila kerja skali utk bisness sendiri, masa utk keluarga lebih fleksibel.. dan keserasian tu mungkin jadi lbh baik.. sebab masing2 berada pada persekitaran kerja yang sama.. Mungkin lebih memahami dan boleh menghargai..

    :)

    BalasPadam
  5. klau pkir bnda2 cm ni, mmg skit kpale aaa... x nak pikir.... persoalan jdi kawen ke tdak pon belum terjwab lgi, inikan nk pkir ttg keje ke x lps kwin! Tpi, mmg mnarik aaa post ini!

    BalasPadam
  6. saya rasa elok bekerja dengan ekonomi zaman sekarang. jangan terlalu bergantung pada suami semata :)

    BalasPadam
  7. Aku suka pompuan yang pandai berdikari. At least kalu aku xde esk2, bleh dia survive ngan anak2.

    BalasPadam
  8. bkan kakak ko duk asing ke ngan laki dia? tu kan dah ada reference tu?...


    ko kan minat dlsr, nanti amik upah photo kenduri kawin je la...

    takpun jd babysitter :) weeehuuuu

    BalasPadam
  9. Pendapat saya, lepas kahwin, elok la kerja. tapi kalao boleh kerja yang biasa2 jer la..maksud nya tak la terlalu fokus sampai nak kejar jawatan tinggi ke hapa. Sebab keluarga lebih utama kan..
    Dan lagi, kalau tak kerja, in future sapa tahu kan..apa yang terjadi-mintak2 dijauhkan la benda2 yang tak elok, tapi seandainya terjadi..sekurang2nya kita ada jaminan kewangan..Sebab kita still kerja..
    Ini pendapat saya je..selebihnya terpulang la pada individu tu sendiri..he he

    BalasPadam
  10. hutang ptptn tu kalu suami yg bayarkan apalah salahnya ... kan! :)

    BalasPadam
  11. ya...cuba mintak izin dulu...insyaallah boleh...benda baik ape salahnya huhuhuhu

    BalasPadam
  12. mmg dilema kes ang ni. harap2 leh la bukak bisnes so run bisnes ngan suami je.

    aku pun plan nak bukak bisnes after kawen, i mean. keja sendiri yang tak terikat dengan mana2.

    haha, moga angan2 kita sama2 tercapailah yep. :p

    BalasPadam
  13. Pepatah ada mengatakan....
    sayangkan anak tibai2kan...
    Sayangkan isteri tinggal kan...
    hahahah....
    rasa ada ramai kawan2 aku yang kawen dok jauh...tapi ok jer aku tengok...
    pandai mengawal pergaulan kot...

    BalasPadam
  14. saya dulu pun tak terfikir lepas kawen nak jd surirumah tp semua berlaku secara kebetulan. Lepas resign baru nak cr keja baru dah di sah kan pregnant. So, tak keja la sampai sekarang. Tunggu lepas bersalin baru buat perancangan baru

    BalasPadam
  15. pehhh..banyak jugak pendapat dari kawan2 belog aku tentang hal ni kan..ehehe..anyway thanx korang semua..yg mana elok aku akan amik wat persediaan masa depan aku..;p

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan