Berkat ke buat 'BISNES SEGERA'?

Sekarang ramai dah yang sedar tentang kelebihan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebab tu ramai yang dah jadi bisneswomen dan bisnesman yang berjaya. Tak kesah la dalam bidang ape sekali pun mereka berbisnes. Bidang pemakanan, komputer, andaman dan sebagainya.

Banyak bidang keusahawanan yang boleh diceburi kalau kita ada minat dan bersungguh-sungguh. Lagipun kita umat Islam ni memang digalakkan berniaga sebab hampir 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Betul tak?

Aku sendiri memang dah lama bercita-cita nak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Rasanya yang selalu ikut belog busuk aku ni memang tahu dah kot pasal angan-angan tinggi melangit aku ni ha. Tak habes2 asyik canang kata nak buat bisnes. Sian korang kena berkali-kali baca. Jangan muntah hijau sudah. Ahaha. 

Bagi aku setiap kata-kata itu adalah doa. Lagi banyak kali aku sebut lagi cepat la doa aku makbul dan cita-cita aku tercapai. Jangan marah ha. Tolong doakan aku sekali tau. Mekaseh korang!

Sebut pasal bisnes ni, sebenarnya banyak cabang yang aku nampak boleh diusahakan. InsyaAllah. Yang pasti semua bisnes tu aku akan gunakan kemahiran yang aku ada dan atas usaha aku sendiri. Bab bisnes yang berpotensi aku nak usahakan ni nanti aku cerita kat entri lain. Sebab nak cerita jugak apa relevan aku nak jalankan bisnes tu. Saja nak kongsi pendapat dengan korang. Ehehe. Sekarang ni aku nak cakap pasal 'bisnes segera'.




Apa Maksud Bisnes Segera? 

Apa 'bisnes segera' tu? Rasanya ada kot yang dah boleh tangkap maksud aku. 'Bisnes segera' tu bisnes MLM le. Bukan malam ye. Tapi multi-level-marketing

Err..terlebih dahulu aku nak mintak maaf le kalau ada yang buat bisnes MLM butthurt dengan artikel aku kali ni. Niat aku cuma nak memberi pendapat dan berkongsi dengan korang apa pandangan aku terhadap bisnes MLM ni. Takde niat lain pun ok. So, jangan ambil hati eh.


Pengalaman Kena Approach Leader MLM

Sebenarnya, aku dah banyak kali kena approach dengan orang-orang yang terlibat dalam bisnes MLM ni supaya aku terjebak sama. Adakah aku terpengaruh dan terlibat untuk join bisnes ni? 

Ohoo. Silap besar la. Aku memang takkan mudah terpengaruh. Memang aku ada intention nak berbisnes. Tapi kalau MLM, memang mintak maaf le. Not my interest. Aku memang pangkah awal-awal. Mak pun takkan bagi aku terlibat dengan bisnes cenggitu. 

Kesian dorang kemain semangat lagi explain itu ini kat aku. Keluarkan segala bukti yang menunjukkan dorang berjaya dalam bisnes tu. Duit masuk berkoyan-koyan. Tunjuk diagram camne aku nak jadi upline dan cari downline. Tunjuk bukti produk-produk depa yang kononnya paling hebat berbanding produk kesihatan yang lain. Wohoo. 

Tapi aku pun sekadar angguk-angguk je la dengar dorang explain sampai dorang ingat aku berminat. Bila dorang 'cucuk-cucuk' aku suruh join, macam-macam alasan la yang aku bagi. Wahaha. Bila ingat-ingat balik, rasa macam lawak pulak. Kesian pun ada. Pandai jugak aku berlakon eh. Kui3.



~Gambar ambik dari belog sedara ni-encik farhan~


Sebab Tak Berminat Bisnes MLM

Ok. Sekarang meh sini aku nak explain kenapa aku taknak terlibat dengan bisnes MLM ni? Pertama, sebab aku rasa duit yang dapat dari bisnes tu kurang berkat. Macam menipu ja. Cari downline ramai-ramai suruh depa cari lagi downline sambil jual produk-produk. Kita yang upline ni kira macam goyang kaki je tunggu duit masuk. Tak berapa aktif jual produk pun takpa dah. Buat talk je promote bagi lagi ramai yang berminat daftar jadi downline. Pujuk sampai dorang setuju. Tepon berkali-kali konon kita aware nak tolong dia berbisnes. 

Kedua, sebab aku bab-bab nak cari orang suruh jadi downline memang takkan punya la. Aku tak sanggup nak menipu orang weh. Rasa bersalah tu memang akan menghantui hidup aku sampai aku meninggal kang. Taknak la aku. Lagipun aku bab nak approach orang ni memang tak terer kot. Haha. Jadi harap maaf memang aku tak berminat nak join.

Ketiga, aku bukan tak cerdik sampai tak nampak yang bisnes ni jenis manipulated. Terang lagi bersuluh kot boleh nampak dengan akal celik aku ni. Ada ke kaut untung dari orang bawahan yang bertungkus lumus jual produk dan promote kat orang lain sambil goyang kaki je? Konon kira macam profit share dari dorang sebab kita promote dorang jadi rakan kongsi. Ngek hang! Takat keluar air liur potpet potpet buat sampai orang terpengaruh keluar duit bayar yuran ahli mahal nak mampus dan dapatkan produk untuk jual dan cari lagi downline, lepas tu hang yang kutip untung. Mana aci cenggitu.





Pandangan Tentang Bisnes MLM 

Pendek kata, bagi aku bisnes MLM ni bisnes yang low-standard sebab motif die lebih kepada manipulate orang. Huhu. Sebab aku dah saksikan sendiri orang yang join MLM ni jatuh menjunam. Kaya memang kaya. Tapi sekejap je pastu sekelip mata miskin balik. Kesian tau.

Sebab tu jugak la aku tak terpengaruh pun. Lantak la kalau orang yang promote kat aku tu kata aku rugi besar sebab tolak tuah nak jadi kaya. Kaya dengan manipulate orang? Aku tak kisah pun kalau aku tak kaya. Tambah yang promote kat aku tu bangsa lain. Konon orang Melayu takde lagi yang terlibat dan aku ni berpotensi besar. Kalau orang Melayu sendiri yang promote pun memang mentah-mentah aku tolak weh.  

Banyak lagi cabang perniagaan yang halal. Jadi pada mereka yang Islam tu berhati-hati la kalau nak terlibat dalam bisnes pun. Jangan mudah gelap mata nak kaya sekelip mata. 

Percayalah, duit yang dapat tu tak pasti keberkatannya. Sebab tu sekejap je boleh habis. Takpun tetiba muflis ke. Benda tu berlaku tanpa kita sedar pun. Hidup dengan manipulate orang memang tak selamat tau. Allah pun takkan redha. Berniaga dengan menggunakan kudrat sendiri baru berkat. Jual air tepi jalan lagi berkat dari jual produk tipu orang. So, beringat-ingatlah!


Bisik2 :: Say NO to MLM!

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. banyak sangat bisnes MLM sekarang nieh.
    berlambak.
    :D

    BalasPadam
  2. betui tu shada..! MLM nie jugak punca aku fobia nak angkat tepon no tak dikenali... huh!!

    BalasPadam
  3. aku baru semalam je kena aproch ngan MLM ni...

    penat wehh nak dengar celoteh sampai 2, 3 jammm PfffTttt

    BalasPadam
  4. MLM ni tanam tebu tepi bibir.. saya pun tak minat apa lagi nak nak sokong

    BalasPadam
  5. Pemikiran kita sama..Thumbs up..Bg yang berjaya buat MLM tu mmg rezeki depa pandai bercakap. Kalau mcm i ni, tak reti nak bercakap mmg susahlah nak kayo..better buat bisnes konvensional je..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan