Berbicara tentang POLITIK? Macam tahu sangat

Assalamualaikum. Hai!


Gelombang pilihanraya umum ke-13 dikatakan semakin hampir. Sebab tu la masing-masing dok berkobar-kobar demo sana demo sini. Sebok cari bukti itu bukti ini nak saling menjatuhkan. Ops! Ehehe. Pehal tetibe nak berbicara tentang politik pulak aku ni? Macamlah aku tahu sangat kan? Sebenarnya aku nak cakap pasal lain. Tapi nak jugak la kupas sikit pasal ni dari sudut pandangan aku. Yang pasal lain tu nanti aku tulis. Honestly, aku tak berapa nak ambil tahu sangat tentang politik. Kurang berminat. Maaf la. Kalau korang cakap aku ni rakyat derhaka pun aku nak kata apa kan. Uhuhu.



Apa-apa hal pun aku nak MINTA MAAF awal-awal kalau entri ni sensitif sikit. Secara jujur aku ni bukan pro mana-mana parti pun. Pro hape mende nye mengundi pun tak pernah lagi. Jadi jangan salah anggap pulak. Aku berbicara ni sebagai seorang rakyat yang neutral la maknanye. Mesti ade yang cakap. "Hek eleh minah ni! Mengundi pun tak pernah ade hati nak cakap pasal politik. Boleh blah la! Ko cakap kosong je takde isi. Takde hak nak cakap pasal politik." Eh? Rileks le brader. Aku nak bagi pandangan aku je. Kalau nak tahu kenapa aku masih belum mengudi, bacalah entri ni sampai habes ye.



Kenapa aku masih belum mengundi? Secara logiknye sebab dulu aku belajar lagi kot. Tahun 2009 baru habes belajar. Sebagai seorang pelajar, amanah aku adalah menuntut ilmu. Bukan sebok nak berpolitik. Sebab keduanye, aku tak nampak pihak mana yang aku patut sokong. Asyik dok berbalah je tak habes2. Sebab ketiga, aku memang tak berminat pun tentang politik. Politik atas dunia je semua tu bagi aku. Tak terlibat pun tak berdosa kot. Politik akhirat aku pun tak terjaga dan belum sempurna lagi. Wuuu.



Entahlah weh. Pada pengamatan aku, dunia politik ni sangat licik dan takkan ade istilah 'bersih'. Semua pihak ada agenda tersendiri. Tak kesah dari pihak pembangkang atau dari pihak kerajaan. Bagi aku semua tindakan yang dibuat oleh mereka ada hidden agenda. Tipu la kalau cakap takde. Mungkin pada dasarnya nampak baik untuk kita, tapi sebenarnya ada maksud lain di sebalik tindakan mereka. Eh? Macam negatif sangat pandangan aku terhadap politik kan? Tapi itulah yang aku nampak pun. Sorry.


~Politik macam main catur. Kena ada 'strategi hebat dan licik'. Baru boleh 'menang'. Ye ke?~


Bagi aku la kan, kerajaan dan pembangkang lebih kurang je perangai, selalu provok antara 1 sama lain. Tuding menuding sesama sendiri. Dan perkara ni takkan pernah berhenti sampai bila-bila kot. Yang jadi mangsa adalah kita sebagai rakyat. Tambah-tambah rakyat yang 'atas pagar' macam aku ni ha. Taktau nak memihak kepada yang mana. Masing-masing ada kelebihan dan keburukan. Konpius je rasa. Uhuhu.



Tambah-tambah bila lihat situasi di mana sesama Islam dan sebangsa Melayu pulak tu yang selalu bertelagah hanya kerana perbezaan ideologi politik. Menyedihkan tapi itulah hakikatnye bile terlalu fanatik dengan politik. Memalukan juga sebab bangsa lain hanya bertepuk tangan tengok Melayu sama Melayu dan seISLAM bergadoh sesama sendiri. Itulah silapnya. Bertindak melulu dan membabi buta. Mengikut rasa hati yang berkobar-kobar kononnya menegakkan keadilan dan mempertahankan ideologi politik masing-masing tapi dengan cara yang salah.



Memberontak dan bersuara lantang tanpa tindakan yang betul bukanlah cara yang terbaik. Malah tak mendatangkan apa2 hasil pun sebenarnya. Jika kita merasakan ideologi politik kita terbaik, maka buktikanlah ia sebenarnya memang terbaik. Bukannya dengan mencari kesalahan pihak yang satu lagi dan memfitnah pula kerana nak menjatuhkan reputasi mereka. Ini kerana, itulah yang menunjukkan kekurangan dan kelemahan kita juga.



Jadi, sekalipun tidak bersetuju dengan mana-mana pihak, tidak perlu la menyusahkan diri mencari kesalahan pihak terbabit. Tetapi berusahalah menyerlahkan kebaikan dan kelebihan yang diperolehi supaya dapat menyedarkan rakyat macam aku ni ha. Biar secara 'halus', tapi mendatangkan kebaikan untuk semua pihak. Yang penting motifnye betul-betul untuk rakyat. Bukan kerana kepentingan sendiri di sebalik hidden agenda yang disembunyikan. Biar 'bersih' dalam erti kata sebenar. Itu lah yang terbaek. Mencari kesalahan pihak lain dan mencaci maki adalah perbuatan yang sangat 'loser'. Ini kerana hanya mereka yang  'loser' sahaja akan berbuat begitu untuk menutup kesalahan sendiri.


~Jangan jadi buta tuli dan mudah diperdayakan.~


Rakyat pula janganlah sembarangan je bertindak. Mudah-mudah je diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu. Tambah-tambah yang terlalu fanatik terhadap sesuatu pihak. Orang yang fanatik ni semangat die berkobar-kobar lain macam sikit. Kena 'cucuk' sikit mulalah 'tunjuk taring'. Kadang-kadang benda yang takde diada-adakan sebab kononnya nak 'mempertahankan' pihak yang disokong dan 'membuktikan' kejahatan pihak yang dibangkang. Hentikanlah. Buat tambah dosa je. Ye la, dah dok maki hamun keluar perkataan yang kurang ajar. Kadang-kadang yang dicanangkan tak tahu pun kesahihan dia. Main sebarkan je. Itu dah masuk kategori fitnah. Ingat boleh dapat pahala dan masuk syurga ke buat gitu?



Berfikirlah dengan akal waras dan secara bijak. Aku rasa rakyat sekarang dah boleh fikir yang mana baek yang mana buruk, ape yang betul ape yang tidak. Yang terlalu fanatik tu, tak perlulah nak provok sana sini. Rakyat yang bijak dan berfikiran waras boleh 'nampak' siapa yang harus disokong dan siapa yang harus dibangkang. Tak perlu cakap banyak. Jadi sekiranya anda merasakan anda seorang rakyat yang bijak, buatlah pilihan yang tepat masa mengundi. Jangan belakang bukan main lagi pompang2 bercakap, tapi masa mengundi tak bertindak pun pangkah wakil rakyat yang dipercayai untuk diamanahkan memimpin kita. Yang tahu hanya nak memberontak, mencaci, maki hamun dan memfitnah sana sini.



Mmm, korang nak cakap aku ni tak berfikiran terbuka? Sempit otak? Bodoh? Tak tahu menilai? Alhamdulillah. Itu tandanya Allah masih lindungi aku supaya tak terjebak dalam hal-hal begitu. Politik dunia je semua tu. Politik aku dengan Dia lagi penting dan aku kena jaga. Banyak lagi tanggungjawab aku terhadap Dia. Maafkan aku sebab itu pandangan aku terhadap dunia politik di Malaysia. Lagipun ini cuma pendapat peribadi aku saje. Macam aku cakap kat atas tadi. Aku kurang berminat pasal politik. Ini pun sekadar memberikan pandangan dari sudut 'mata hati dan akal waras' aku. Lain orang lain pemikiran kan? So, harap takde yang ambil hati. Peace no war. (^_^)v 



Bisik2 :: I'm not into politic or against it. Dan aku tak memihak pihak yang mana-mana pun. Sampai masa aku rasa aku patut mengundi dan ada calon yang tepat untuk aku jadikan pemimpin di kawasan aku tinggal, aku akan pangkah undi. Itu saje.

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Oho..
    betul2.. ayu pun x sokong mana2..
    but i evaluate both sides..
    yang sini tunjuk sana & vice versa..

    cuma bila ada yang anti dengan Islam mahu menerajui Malaysia.. walaupun bukan 100% dia yang memerintah, tapi dia akan memastikan "puppet" dia bergerak atas arahan dia.. Itu yang paling menggusarkan ..

    & yes, everybody have their own agenda.. but to have as such, we should think more deeply who to choose.. ^_^

    percayalah, bila yang bawah mengatakan yang atas tu korup, bila tiba masanya, yang bawah akan menjadi lebih korup dari yang atas..

    p/s : ini cuma pandangan ayu je.. sbb tgk 2 2 belah pihak.. x setuju x apa.. because we agree to disagree ^_^

    BalasPadam
  2. politik zaman moden ni lebih kepada politik menjatuhkan dan menyerang pribadi..

    tak mcm dulu, politik berkempen kemajuan dan kebaikan yang parti nak buat utk rakyat..

    tu yg dunia skrg haru biru tu..

    BalasPadam
  3. yang penting masa hari mengundi nanti pg undi..takut2 nanti orang gunakan nama kita utk buat undi hantu plak..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan