Sakitnya PUTUS CINTA

Assalamualaikum. Hai!


Ramai cakap bila PUTUS CINTA rasa dia sakit sangat-sangat. Tapi aku tak tahu betul ke tidak. Tak tahu bagaimana rasa sakit tu sebenarnya. Sebab aku tidak pernah putus cinta yang sebenar-benarnya jadi aku belum pernah rasa kesakitan yang amat sangat akibat putus cinta. Mudah-mudahan dijauhkan.



Kalau diperhatikan, ramai yang hilang arah dan kewarasan akal bila mereka putus cinta. Seolah-olah dunia mereka lenyap dan diri mereka tenggelam bersama cinta yang hancur. Mereka hilang dalam dunia mereka sendiri. Hingga diri menjadi semakin tidak terurus. Kasihan. Mereka terlupa yang sebenarnya itu hanyalah cinta manusia yang bersifat sementara. Memang begitulah keadaannya. Cinta manusia tidak akan kekal selamanya. Itu hakikat sebenar yang mereka terlupa. 

 




Jadi, aku nak bagi sedikit tips la macam mana nak atasi kesakitan akibat putus cinta ni. Ecewah! Sindrom kaunselor cinta dah mai dah. Haha. Sekadar berkongsi pendapat je. Tapi sebelum tu, aku ada satu kisah yang nak dikongsikan. Kisah aku dan encik CH. Di awal perkenalan aku dengan encik CH 6 tahun yang lalu, pada mulanya kami hanya teman mesra. Rasa ada chemistry. Hari ke hari semakin rapat. 



Sampai satu masa, bila rasa cinta mula berkembang mekar dalam hati, *jiwang kemain ayat ni..geliss..haha..* encik CH minta masa dan ruang untuk diri masing-masing. Bukan 'putus cinta' sebab kami tidak pernah declare kami bercinta. Aku terima dan aku redha. Walaupun sedikit sedih dan rasa kehilangan. Tapi bagi aku, itu sebagai memberi peluang kepada diri masing-masing untuk memahami hati dan diri sendiri.



Sepanjang tempoh tu, aku selalu buat solat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Jika dia yang telah ditetapkan untuk aku, semoga Allah mengizinkan hubungan  itu berterusan. Jika tidak, aku mohon dia dijauhkan dari aku. Taknak aku buang masa bercinta dengan salah orang. Niat aku bercinta kerana Allah dan nak kahwin. Bukan nak main-main. Takdo masa ok kalau nak main-man je. Hari demi hari berlalu. Aku hanya berserah kepada Allah. 



Genap sebulan dia menghubungi aku kembali. Sehingga ke hari ini kami masih lagi berdua. Walaupun seingat aku kami tak pernah declare pun kami bercinta. Sendiri faham hati masing-masing. Tak perlu kot nak ada tarikh tertentu kengkonon anniversary cinta. InsyaAllah sampai masa dan ada jodoh, kami akan disatukan sebagai kekasih halal. Amin. Bila tu tak tahu la lagi kan. Sedang merancang-rancang je. Sila doakan kami weh! *Ugut ni. Keh3.






Jadi, apa yang korang dapat dari kisah aku tadi tu? Hoh? Tak dapat apa-apa. Haishhh. Tak menghayati betol la korang ni. Penat aku cerita. Point yang aku nak sampaikan ialah YAKIN dengan ketentuan Allah. Setiap dari kita telah ditentukan jodohnya. Tapi kena berusaha la mencari ye. Tak semestinya orang yang tengah korang HOT bercinta tu yang akan jadi kekasih halal korang. Ingat tu!



Bercinta lah lama mana pun. 5 tahun 7 tahun 10 tahun sekalipun, kalau bukan jodoh memang sampai ke sudah takkan berjodoh la orang kata. Jadi jika putus, sila jangan disalahkan takdir Allah pula. Ada sebabnya korang bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan yang jodoh yang sebenar. Tapi, kalau dah memang jodoh, terputus sekejap sekalipun perhubungan cinta, pastu lari la bawa diri ke ceruk mana jauh sekalipun, memang berjodoh la korang. Jangan risau.


~Ambillah masa untuk rawat hati yang luka..insyaAllah akan pulih seperti sedia kala walau masih tersisa rasa sakitnya.~



Oleh itu, seandainya ditakdirkan korang putus cinta, janganlah terlalu kecewa sangat ye. Kecewa sikit-sikit je dah le. Jangan ikut hati nanti mati. Jangan ikut rasa nanti binasa. Sebab tu yang ada kes bunuh diri, gila meroyan, gila talak semua tu. Semuanya sebab terlalu meletakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah. Belum bernikah lagi tu weh. Jangan nak melebih sangat. Babap kang!

 

Apa-apa pun yang terjadi, silalah mohon petunjuk dari Allah. Buat solat istikharah banyak-banyak dan yakin denganNya. InsyaAllah pasti Dia akan bagi petunjuk dan jalan keluar pada korang. Berilah ruang untuk diri korang sendiri. Ambil masa untuk menilai dan memuhasabah diri kembali. Jangan terburu-buru dan buat keputusan melulu yang boleh memudaratkan diri korang. Bersabar dan yakin pada Allah kalau dah berusaha dan bertawakal pada Dia. Dan semestinya jodoh yang telah ditetapkan untuk korang akan muncul lepas tu. Nak bercinta tak salah. Tapi sila jaga diri dan perilaku. Kalau yang dah pernah buat salah tu sila bertaubat dan mohon ampun pada Allah cepat. Itu pun kalau nak cinta korang tu diredhai Allah la ye. Wokeh!



Bisik2 :: Bercinta lah berpada-pada..Kalau putus cinta takde la merana..;p

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. betul, set dalam mind bercinta nak ke arah kawen jangan main2 tak elok wo..

    and kalau dah jodoh tak ke aman.. kalau takde jodoh redha jelah dalam terpaksa. asal jangan binasakan diri udah ler..

    BalasPadam
  2. Cik sha,
    Noce tips.... Putus cinta tak pela. Janji kita jgn sedih lama2 sgt. Life must go on....

    Muga hubungan cik sha ngan dia akan berkekalan kalau itu yg terbaik....

    BalasPadam
  3. sebabkan mind set bercinta sebab nak kawen la bila putus tu rasa sakit gilaaaaa...

    BalasPadam
  4. nak tau tak cik sha.. cerita kita hampir sama.. cuma sekarang saya dengan dia dah tak berhubung lagi.. alhamdulillah saya berjaya kuatkan hati saya utk tinggalkan dia sebab saya takut kalau kami bukan jodoh sedangkan kami dah bersama lama. dan keputusan yg diambil ialah kami membawa haluan masing2 dan jika kami ada jodoh, dia pasti akan jadi suami saya suatu hari nanti..

    semoga cik sha jugak akan bahagia bersama kekasih halal cik sha satu ari nanti. amin. ^___^

    BalasPadam
  5. awak perli saya hahaha saya lebih berhati hati untuk cinta kedua :)

    BalasPadam
  6. Bagus! Inspirational!
    Cinta - In order to reach a great height a person needs to have great depth.
    Walau bagaimanapun, life may not be the party we hoped for, but while we are here we might as well dance.

    BalasPadam
  7. wah...gila la ada tips putus cinta beb. Aku lebuh kurang macam ko la...penah gak putus cinta. Tapi takde la feel lebih2...sehari je feel. Pastu ok dah..huhu

    Biasanya orang mengharap tinggi sangat ni la yang sll depress gile2 bila putus cinta...

    So, jangan la mengharap tinggi sangat ye. Jodoh tu benda ghaib. Kena usaha dengan doa dan tawakal...and pandai jaga batas...

    BalasPadam
  8. relax2 je. Sudah ditentukan ad lagi yg lebih baik luar sana.

    BalasPadam
  9. Thanks. Kebetulan saya tengah alami semua ni. Tapi bila baca entri ni saya dapat kekuatan semula. May Allah bless you ;)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan