Assalamualaikum. Hai!
Setiap orang mesti ada nama glamer sendiri kan? Ala..orang kampung cakap 'nama timangan' takpun 'nama samaran'. Kiranya nama panggilan yang lain dari nama sebenar seperti dalam surat beranak @ kad pengenalan. Aku confirm semua orang ada nama glamer memasing. Kalau takde tu menipu sangat la nampak gayanye. Takkan la skema sangat kot sampai takde nama glamer. Tak pernah lagi aku jumpa.
Aku sendiri berlambak-lambak nama glamer. Dari nama sebenar aku tu, ada la dekat 6 jenis nama glamer aku dapat. Jenis ke weh? Ah..tibai je la. Kui3. Nak tahu ke apa nama glamer aku? Ni ha nama glamer aku - Noor, Sha, Shada, Ada, Shahada, Sakdah. Kawan-kawan paling ramai panggil aku Sha atau Shada. Kalau yang baru-baru kenal, aku selesa orang panggil aku Shahada.
Yang paling lain dari yang lain panggilan nama glamer aku ialah Sakdah. Itu adik-beradik aku je panggil eh. Korang jangan ngengada nak panggil. Aku side-kick kang. Sebenarnye aku tak boleh orang luar panggil nama tu. Sensitip oo. Aku pun pelik. Entah dari mana datang nama Sakdah tu.
Dulu masa aku Form 6, dalam kelas aku sorang je perempuan Melayu. Jadi, bebudak Cina tak berapa reti nak sebut nama aku. Selalu dorang panggil aku Sahahada. Penat aku nak betulkan sebutan dorang kekadang. Last-last dorang panggil aku S-HAHA-DA. Kuang asam je. Apa ke payah sangat ke nak sebut nama aku ha? Agaknye lidah dorang memang pelat kot eh? Tapi, orang melayu pun selalu tersasul sebut nama aku Syuhada. Kenapa eh? Nama Shahada kurang orang guna agaknye eh? Agaknye la kot.
Tapi nama glamer aku tu takde la pelik mane sangat kan? Biasa-biasa je tu. Ada orang yang nama glamer die lagi pelik bebenor bunyinye. Kadang-kadang kite dapat nama glamer ni dari kawan-kawan atau orang di sekeliling kita. Misal kata dalam satu komuniti tu, ada beberapa orang yang nama sama. Contoh macam kat kampung. Ada 2 orang nama Hassan. Jadi nak bezakan mereka berdua tu, sifat fizikal mereka la yang dikaitkan. Contoh macam Hassan Pendek dan Hassan Renjong. Jadi senang orang nak bezakan. Betul tak?
Kalau nama glamer dikaitkan dengan sifat fizikal yang tak memalukan takpe lagi. Boleh lagi diterima. Tapi orang kita ni lagi suka panggil nama glamer yang dikaitkan dengan sifat fizikal yang 'kurang' pada individu tu. Ala, contohnye macam Fatimah Juling, Halimah Jongang, Rizal Capik, Atan Sumbing dan macam-macam lagi la. Macam drama swasta kat tv tu la kan. Siap ada lagu bagai. Macam menghina kekurangan orang tu pulak. T_T
Ada tu kadang-kadang dikaitkan dengan sesuatu yang biasa dilakukan @ pekerjaan individu tu. Tetibe aku teringat kata-kata salah sorang sahabat lelaki aku masa kami lepak sama-sama dulu. Masa tu semua lelaki dan aku sorang je perempuan. Kami singgah makan sebelum gerak balik ke Penang lepas habis Kursus Keusahawanan Multimedia kat Kolumpo.
Kami dok sembang pasal kerja. Ada sorang sahabat aku ni pernah kerja dengan pejabat veterinar dan dia kena incharge bahagian ba-alif-ba-ya a.k.a babi. Tapi dia dah berhenti la. Kalau aku kat tempat dia pun aku berhenti jugak kerja tu. Tak sanggup oh! Tengah-tengah bersembang tu tetiba sorang lagi sahabat aku ni menyampuk. "Nasib baik hang dah berhenti kerja situ. Kalau tak mesti orang panggil hang Amir Babi." Bersembur gelak kitorang semua masa tu. Macam mana ntah die boleh terfikir sampai ke situ. Haishh.
Tapi ada betulnye jugak la. Kalau kerja jaga lembu orang panggil Atan Lembu. Kalau kerja jaga kambing orang panggil Atan Kambing. Segala jenis menatang pun boleh dorang kaitkan dengan nama kita. Betul tak? Itulah orang kita. Bab nak bagi nama glamer kat orang memang cerdik. Ada-ada je kan? Tak kisah la nak panggil ape pun. Asalkan nama glamer tu tidak menjatuhkan air muka seseorang. Jadi kalau nak bagi nama glamer kat orang, sila lah jaga sensitiviti orang tu jugak. Jangan ikut sedap korang je nak panggil. Hormat orang sket.
Haa..korang ade ke nama glamer yang pelik-pelik? Meh la kite kongsi-kongsi. Ekeke. Sebenarnye kan, aku ada satu nama glamer yang agak huduh bagi aku la. Nama glamernye 'Sakdah Bom'. Ini kakak aku yang bagi. Haha. Cube korang teka sebab apa aku dapat nama glamer tu. ;p

Bisik2:: Aku suka kalau orang sebut nama penuh aku. Sebab sebutan nama penuh tu macam satu doa buat diri kita jugak tau.
cik mar pun de nama glamor...hehe
BalasPadamnama glamor cik mar de kat cni, banyak tau..
http://bobotpink.blogspot.com/2010/12/nama-ada-macam-macam.html
aww~huhu~ shahada... siap ade lagu you...
BalasPadamnur syahadah by far-east.... ;)
wardah pon de gak name panggilan pelik nih.... nama aqilah, tp, de kwn sorang ni panggil me'ah... tak ke jauh bebeno bunyiknye tuh?? huhuhu~
fuyoh..SAKDAH BOM..dabomb gituh ;)
BalasPadamaku ingat lagi yang kisah veteriner tu...hahahahah tapi aku nak panggil hang nama lain la lepas nih...
BalasPadamhye sakdah...Opss silap...jgn bagi saya side kick....saya tak sengaja..hehehe..gurau je..anyway,,nama glamour saya ialah alief muncung...boleh tak kalau alief muncung kenal2 dgn shahada??LoL
BalasPadamheeeeeeeeeee skrang name konon konon kte mira edora. :P kalo ikutkan nickname laen melambak dari kecik smpai besoo
BalasPadamslalunya nama timangan ni nama manja la konon2...
BalasPadamhehehe...
ada juga nama timangan =P
Hari ni aku terdengar 1 nama timangan baru, Rosli Sihir. Dia dapat nama tu gara2 minat dengan watak sampingan Undertaker dulu yang bawak abu mayat... Seram tak?
BalasPadam