Kalkulator Cinta

Assalamualaikum. Hai!


Topik ni sebenarnye tetibe muncul dalam kepala otak pagi Rabu yang lalu masa tertengok rancangan live HotFM kat 8TV. Baru hari ni ade kesempatan nak tulis sebab hari Selasa hingga Khamis yang lalu aku pergi kursus di Hotel Empress Sepang, Kuala Lumpur. Agak bizi la jugak. Biasa la kan. Nama pun pergi kursus. Jadi hari ni mari kita berbincang tentang topik "Kalkulator Cinta".


Kalau korang perasan, time pagi rancangan tv kat siaran 8TV tu mesti kecik je sebab bahagian tepi ada chatbox. Ntah sape la yang rajin sangat perabih kredit pergi chatting kat situ. Membazir betul! Pastu kat bahagian bawah pulak ade la aplikasi yang merepek2 ntah hape pun tak tau. Hari tu tertengok, aplikasi 'kalkulator cinta' yang keluar. Apa dia aplikasi 'kalkulator cinta' ni?




Meh nak terangkan. Kalkulator cinta ni aplikasi yang konon nye boleh mengukur peratus cinta pasangan yang tengah 'hot' bercinta. Contohnye taipkan nama korang dengan bf/gf korang then submit dan otomatik menda alah tu akan calculate peratusan cinta korang. Lepas tu nanti die explain la tentang peratusan tu. Contoh: "Aida tak perlu la nak kuat cemburu sangat. Amin betul-betul cintakan kamu. Bagi Amin tiada gadis lain dalam hatinya selain kamu Aida." Pernah tengok tak? Nanti pagi-pagi try tengok kat 8TV eh.


Bile sebut pasal aplikasi ni, tetiba aku teringat sesuatu. Aku rasa, korang pun pernah gak buat menda ni kot. Tambah2 pompuan. Biase la tu. Pompuan ni kan mudah terpengaruh sikit. Dah tu bab cintan cintun pulak kan. Huahuahua. Aku pun pernah gak buat weh. Masa sekolah-sekolah dulu. Asal ada admire kat sesape mesti nak try buat. Cetek betul la pemikiran aku masa bebudak remaja dulu. Huhu. Malu dengan diri sendiri. Rasa macam nak tampo laju-laju. (-_-")




Haa. Menda alah ni la yang aku cakap kat atas tadi. Lebih kurang macam aplikasi 'Kalkulator Cinta' tu kan? Pernah tak korang buat? Baek mengaku. Huhu. Cara ni konservatif sikit la. Main kira-kira secara manual. Tulis nama korang dengan pasangan macam contoh yang aku buat kat atas tu. Then, korang start la kire setiap huruf2 yang ade dalam nama korang dan pasangan. Start dari huruf yang pertama hingga huruf yang seterusnya. Huruf yang sama tak payah kira dah kalau di awal pengiraan dah kire. Pengiraan nombor pulak kena kira dari hujung ke hujung sampai la ke tengah. Lastly dapat la jumlah peratusan.


Jenis yang ni bukan macam yang aplikasi tu. Yang ni korang boleh tukar-tukar nama. Memula nama korang kat atas. Lepas tu nama pasangan korang pulak kat atas. Peratusan yang dapat tu cuma nak tengok berapa tinggi korang sayang @ cinta antara satu sama lain. Kalau peratusan sikit tu maknanye hubungan akan putus dan tak lama. Kalau peratusan tinggi maknanye hubungan memang berpanjangan. Kalau 50% tu kire macam tengah-tengah je la. Seimbang kot. Hahaha. Ntah hape2 je. Sape la yang mulakan menda mengarut ni sampai aku terpengaruh dulu. Haishhh. (-_-")


Agaknye dari menda ni la yang terhasilnya aplikasi "Kalkulator Cinta" sekarang ni tu kot kan? Macam-macam betul. Sebenarnye menda ni mengarut je lebih. Tak payah la nak terpengaruh sangat. Bukan menda ni sebenarnya penentu hubungan cinta korang. Ramalan-ramalan yang diberikan tu pun tak logik. Memang tak boleh nak dipercayai langsung. Tapi aku pasti mesti ada jugak yang terpengaruh kan? Kalau tak, takkan ade punye la aplikasi yang kat 8TV tu ramal peratusan cinta dan apa yang akan berlaku dan sikap pasangan-pasangan yang gunakan aplikasi tu. Ye dak?


Kesimpulannya, hubungan cinta tak boleh dikira peratusannya melalui nama. Memang tak logik. Dah sah-sah la menda tu ciptaan manusia pulak kan? Memang dah boleh tahu la betul atau tidak menda tu. Secara logiknye korang sendiri boleh tahu hubungan cinta korang boleh bertahan lama atau tidak. Dah kata ada 'chemistry' antara satu sama lain kan? Mesti la 'instinct' tu kuat. Betul tak? Ngeh3. Pendek kata, silalah jangan jadi 'dungu' dan terpengaruh dengan aplikasi "Kalkulator Cinta" yang mengarut tu. Buang duit je weh! Apa kata sedekah je kredit tu kat aku kalau dah kaye sangat nak perabih kat benda tak pekdah gitu. Kui3.



Bisik2 :: Selalunye remaja sekolah la yang mudah sangat terpengaruh dengan aplikasi tu kan? Kaya 8TV dengan pembaziran kredit bebudak tu.

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ha ha betul tu cik sha.dulu kecik2 ada juga main kira2 peratus cinta guna cara ni. lawak la bila ingat.
    Pasal 8tv tu..memang tu la cara 8tv kaut untung. rasanya budak2 kot yang rajin perabih duit kat situ.

    BalasPadam
  2. sikap anak remaja.. sahja jer seronok2.. kalau manual tu oklah seronok2.. kalu berbayor ni.. seronok tak kena gaya.. yang penting jangan percaya.. boleh jatuh syirik pula..

    BalasPadam
  3. Adeii aku ni lemah matematik, guna cara mudah la. Baling dadu je amacam.

    BalasPadam
  4. teringat zaman sekolah

    BalasPadam
  5. pernah gak la men masa kat skola2 dulu..hahaha..tp bkn aku la yg kira2 tu..member2 aku..pasal aku bab2 kire2 ni mmg pemalas sikit..hahaha..tp ada satu lagi permainan apa nta aku lupa. yg org tnye kite soklan pastu kite jwb then dea bc balik jwpn kita jd lain.xsama jwpn dgn yg kita bgtau..nta apa2 la..hahaha

    BalasPadam
  6. hahaha....lama tak wat..last sekali wat masa 207 kot tak salah aku...sesaja wat kat kawan2 time kejer...mengingati zaman silam...apa pon nice posting...teringat jugak kat kisah lama nih...pernah dapat 100% dulu tapi dengan sapa aku tak ingat dah...

    BalasPadam
  7. hahaha. bagi saya kirakan pun bagus. kaya saya

    BalasPadam
  8. hehe..suke nau try mase sekolah2 dulu..ngarut je..

    BalasPadam
  9. wahahahahahaa, aku sekolah menengah dulu selalu buat dengan sape yg budak pompuan cun kat kelas...



    sekali dapat 38%... mcm mane?


    ahh peduli ape, tipu je la kira.. biar sampai jadi 80%... kalau nama 'Mohamed' dan dan tukar jdi Mohd... semata2 kan? hahahahah ada siap letak nama bin ayah...

    BalasPadam
  10. sy skg mseh lg budak skola menengh..tp xpnh la lg wt mcm tu.. asa cm buang duit n masa ja,.. hahaha

    BalasPadam
  11. Bagus2 info .. cam kira2
    Apa kata kalau kita kira 6%
    http://bit.ly/1cCS4j3
    Berapa Peratus Keyakinan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan