Fenomena Seth Tan

Assalamualaikum. Hai!



Aku pasti semua tahu tentang cerita yang tengah meletop-letop kat TV3 setiap petang Isnin-Khamis sekarang ni. Ala..drama bersiri 'NORA ELENA' tu la. Bila jam dah pukul 7 petang je semua dah tercangak depan tv. Ye dak? Sanggup hold dulu solat Maghrib tunggu cerita habes sampai pukul 8. Bukan ape. Takut terlepas moment sweet dan romantik nak mampos yang ada dalam drama tu. Betul tak? Betul tak? Ish3. Tak senonoh betul perangai. Lagha sampai lengahkan solat. *Mengata diri sendiri nampaknye. Huhuhu.



Disebabkan sifat romantik Seth Tan, semua perempuan tak kira la kaum isteri atau anak dara, mengidamkan lelaki seromantik Seth Tan. Merata-rata dok sok-sek-sok-sek pasal beliau. Semua pakat jatuh hati. Semua berangan nak dapat suami romantik macam tu. Tapi masalahnye, WUJUD ke lelaki macam tu? Tambah-tambah lelaki Melayu. Ada ke weh? Ada ke? Ofismate aku pernah cakap, kalau nak lelaki yang romantik, lelaki Mamak la yang bersesuaian. Lelaki Melayu tak romantik. Wakaka.



Kalau lah wujud lelaki macam ni, maksud aku suami romantik macam ni, mesti la takda dah kes suami pukul isteri kan? Takde la kes bini nak buat perangai pelik-pelik macam cari skandal kat luar, memberontak tak ketahuan hala dan macam-macam lagi yang boleh menggugat keharmonian rumahtangga, kan? Dah tu sepanjang masa rasa bahagia dapat layanan istimewa dan romantika de amor dari suami tersayang.




~Hensemnye woiiii~



Tapi semua tu hanya dalam drama je. Realitinye susah kot nak jumpa lelaki seromantik tu. Ada tu memang la ada rasanye lelaki macam tu. Tapi satu dalam sejuta kot. Mak oi. Melampau sungguh perumpamaan aku bagi. Ekeke. Itu tandanya kewujudan lelaki seromantik begitu adalah amat tipis bilangannye ye kawan-kawan. Sila terima hakikat itu. Kalau dapat lelaki jenis macam ni bertuah la badan weh.



Tetiba aku teringat ada sorang kawan lelaki aku cakap. Perempuan ni mudah sangat terpengaruh dengan drama. Apa yang jadi dalam drama tu kalau boleh nak jugak dijadikan realiti dalam kehidupan sebenar. Ada betulnye jugak apa yang die cakap tu rupanya. Tengok 'demam' akibat cerita Nora Elena ni dah la. Memang sungguh fenomena. Fenomena Seth Tan.



Tak percaya? Cuba type keyword 'Seth Tan' kat Google. Berlambak link belog yang tulis pasal Seth Tan kat belog memasing. Dan yang pasti penulis tu kebanyakannya perempuan. Eh? Aku pun termasuk jugak la ni kirenye kan? Ekeke. Nak lagi bukti sahih? Tengok berapa ramainye perempuan meroyan kat Fanpage Seth Tan ni. Perghh! Dashyat betul penangan Seth Tan. (^-^)





Bisik2:: Semua perempuan mengidamkan lelaki yang romantik jadi suami kot. Ye dak?

20 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. apa barang sethan, nora elena la..nyum2

    BalasPadam
  2. agak fenomena jugakla beliau ni =.="

    BalasPadam
  3. cik sha.. memang betul.skang susah nak jumpa lelaki romantik macam watak seth tan. Kalau ada la kan..alangkah indahnya dunia..he he(berangan jap)

    BalasPadam
  4. wah! sume bercerita tentang Seth Tan ni kan?:P lelaki idaman lah bliau!:)

    BalasPadam
  5. smpai cm tue sekali hebatnye watak aaron tue..tp akak kurenglah ngadap cite nie sbb romantik sgt..kehkehekh

    BalasPadam
  6. sethan ni sapa? hantu ke?

    BalasPadam
  7. setan ohh setan.

    psstt...aku xmo laki romantika de amor sgt cam setan ni.. aku nak yg badan sasa cam seth tan je.bole? ekekeke ;p

    BalasPadam
  8. punggah....seb bek aku nih tak minat tengok citer2 kat tv tu...so aku tak taw la apa yang hang sembangkan ini

    BalasPadam
  9. the sharkox::

    ahh..ko laki memang nmpk elena je la..pantang tengok pompuan cantik..huh!

    BalasPadam
  10. nanad::

    tu la kan? fenomena sungguh..;p

    BalasPadam
  11. nur_cahayamataku::

    ekeke..bukan susah lagi dah ni..memang kritikal dah..nak cari laki cam watak Seth Tan tu menangis air mata darah pun tak jumpa..;p

    BalasPadam
  12. dark rose::

    ramai sangat yang cerita pasal beliau..sebab ramai yang tergila-gilakan watak seromantik macam tu..hehe..

    BalasPadam
  13. kak zura::

    hebat kak..tu la ramai yg tergila-gila..sebab watak tu je..saye layan gitu2 je kak..idok le fanatik sangat..

    BalasPadam
  14. shahjiehan::

    seth tan le..bukan sethan..dah rupe macam setan je..ekeke..

    BalasPadam
  15. hanumHae::

    ekeke..aku pun mau laki berbadan sasa begitu..tapi..encik ton yusri itu bdannye..uhuk3..

    ang tau kak aku cakap apa?sok aku kawen ton yg tido atas lengan aku bukan aku tido atas lengan dia..wahaha..jahat siot!

    BalasPadam
  16. frause::

    ahahaha..ang tak payah tau pun takpa..

    BalasPadam
  17. hahaha..i tak layan cerita ni..tapi kat twitter i kecoh pasal seth tan ni

    BalasPadam
  18. kalau sy romantik sgt pun sy x minat.. sy suka yg sedang2.. romantik skit, kelakar skit, gila2 skit, happening skit, semuanya serba sikit ada baru rasa meriah. kekekekeke

    BalasPadam
  19. ahahaha...

    turut terpikat pada seth tan dalam drama tu...

    tapi bukan setan yer??

    keh3..

    BalasPadam
  20. Amende laa pilih nama watak iras2 Setan gitu. Pengaruh cinta budak setan kot.

    Tapi aku memang romantik macam Seth ni kalo ko nak tahu, bertuah sape dapat aku.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan