Assalamualaikum. Hai!
Kali ni nak bincang perkara yang agak serius jugak. Tentang keharmonian rumahtangga. Walaupun aku masih belum berkahwin, tapi aku nak jugak gedik-gedik bincang topik kahwin-kahwin ni dengan korang. Hua hua hua. Sekadar berkongsi pengetahuan dan pendapat aku dengan korang. Ini adalah sekadar perspektif dari aku yang masih bujang lagi dan belum mengalami sendiri fasa rumahtangga. Tapi tak salah kan nak berkongsi pendapat?
Aku kadang-kadang tak faham bile tengok situasi pasangan suami isteri bergaduh. Hmm. Mungkin itu salah satu cara mereka nak mengeratkan hubungan. Sekadar bergaduh mesra orang kata. Biasa la tu kan. Dalam hubungan suami isteri ni kadang-kadang ada masa jugak akan berlaku percanggahan pendapat. Tapi bagi aku, bergaduh mesra tu ok lagi. Yang tak ok nye bergaduh sampai mengakibatkan berlakunya perpecahan dan penceraian. Uhuhu. Sangat tidak syok! Sedih ok sebab mereka GAGAL memegang janji mereka dan amanah Allah supaya sentiasa menjaga keharmonian rumahtangga. T_T
Bagaimana nak mengekalkan keharmonian rumahtangga dan mengelakkan berlaku 'perang' di dalam hubungan suami isteri? Banyak kot cara yang ada. Antara nak laksanakan dengan tak nak je. Ini aku nak kongsi sikit la pandangan aku bagaimana caranya berdasarkan logik akal aku. Mungkin ada baiknye kan? Mana tahu pandangan aku ni dapat memberikan kesan kepada mereka yang membaca entri aku ni. Apa ingat orang belum kahwin macam aku tak boleh nak bagi pendapat yang rasional pasal rumahtangga ke? Boleh ok! Semua orang ada hak nak bagi pandangan walau apa status pun.
Ok. Jom kita tengok bagaimana cara nak elakkan berlakunya pergaduhan di antara suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga. Ini adalah pandangan aku semata-mata mengikut logik akal aku dan pengamatan aku melalui pengalaman melihat kehidupan mereka yang rapat dengan aku dan telah melayari alam rumahtangga.
#1 : Jangan terus 'serbu tak pakai helmet'
Hahaha. Itu pepatah aku sendiri memandai bubuh. Biasa la orang utara memang suka guna pepatah ni. Apa maksudnya? Maksudnya jangan la membuta-tuli je p serang suami/isteri tanpa soal siasat terlebih dahulu jika ada perasaan curiga. Sekiranya berlaku kecurigaan akibat mendengar 'cakap-cakap orang luar' tentang suami @ isteri, silalah selidik dahulu ye. Jangan terus serbu je. Belum tahu sahih ke tidak tanpa selidik terus serang je suami @ isteri sebab konon marah sangat. Sebab tu la yang boleh berlaku 'peperangan besar'.
Cuba belajar bersabar. Tenangkan diri. Lepas tu duduk berdua berbincang hati ke hati. Jangan mudah terpedaya dengan 'cakap-cakap orang luar' ni. Tujuan mereka tu memang nak tengok hubungan korang suami isteri hancur. Sebab tu la depa bawak mulut. Apa-apa pun siasat dulu ok!
#2 : Jangan libatkan 'orang luar' kalau ada perselisihan faham
Rahsia rumahtangga tak elok diceritakan pada orang luar. Tak kisah la kawan-kawan ke, adik-beradik ke, ibu bapa ke, kat sape2 je la. Itu antara suami isteri saja. Ingat elok ke p canang2 kat orang, rahsia dalam bilik tidur @ perselisihan faham yang berlaku di antara korang suami isteri? Tak elok tau. Kalau orang yang korang p cerita tu jenis 'busuk hati', bertepuk tangan la dia. Diam2 dia p 'cucuk jarum' nak hancurkan rumahtangga korang. Memang boleh jadi punca 'Perang Besar' ni weh.
Seelok-eloknya berbincang dulu antara suami isteri. Cuba cari penyelesaian. Elakkan bertegang urat @ bertekak masa berbincang tu. Redakan dulu keadaan, cari masa yang sesuai dan semasa fikiran sedang rasional baru berbincang. Kalau dah tak boleh sangat, carilah orang yang betul2 boleh dipercayai, arif dan boleh memberikan nasihat yang terbaik. Contohnya, ustaz @ ustazah di pejabat agama.
#3 : Jangan terlalu mementingkan keSEMPURNAan
Tiada seorang pun manusia yang memiliki sifat yang terlalu sempurna. Suami dan isteri saling melengkapi kekurangan masing-masing. Jadi jangan terlalu mengharap dan mementingkan keSEMPURNAan. Belajarlah terima diri suami @ isteri seadanya. Jangan jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk memulakan pergaduhan. Cuba ingat balik kenapa sebelum berkahwin kita boleh terima suami @ isteri kita walaupun tahu masing-masing ada kekurangan? Kenapa bila sudah berkahwin kekurangan itu pula menjadi punca pergaduhan?
#4 : Jangan lupa tanggungjawab
Sesibuk mana pun dengan kerjaya, jangan sesekali lupakan tanggungjawab yang harus dilunaskan sebagai suami @ isteri. Tanggungjawab ni luas perspektifnya. Tanggungjawab dari segi masa, kewangan dan sebagainya. Tapi tanggungjawab ni aku nak fokus dari segi masa. Cuba luangkan masa untuk pasangan masing-masing walaupun sibuk. Kualiti masa yang diluangkan itu lebih penting dan memberikan makna. Kalau berapa banyak kuantiti masa yang diluangkan pun, tapi tiada kualiti takde makna jugak.
Bila perkara ni dapat dilakukan, insyaAllah pergaduhan dapat dielakkan. Jangan tak percaya, kurangnya masa diluangkan bersama boleh jadi punca pergaduhan di antara suami dan isteri. Dah la kurang masa pastu takde kualiti pulak. Memang parah la. Dan jangan terkejut kalau korang ada jumpa suami @ isteri yang cari skandal kat luar dengan alasan kurang kasih sayang dan perhatian dari pasangan masing-masing.
Bisik2:: Perkara cerai berai dan gaduh suami isteri macam ni la yang buat aku takut nak kahwin. Huhu.

~Tak comel langsung gaduh macam ni. Huhu.~

~Kan comel kalau sampai ke usia tua mesra macam ni..(^_^)~
Hmm. Setakat yang ni dulu la yang aku mampu fikirkan. Blur pulak tetibe. Tapi itulah, sebenarnye ada cara untuk mengelakkan berlakunya 'perang besar' dalam rumahtangga ni. Seelok-eloknya, elakkanlah pergaduhan yang boleh mengakibatkan rumahtangga kucar-kacir sehingga berlakunya penceraian. Masa awal-awal bernikah dulu kan dah lafaz akad. Cuba ingat balik apa yang dilafazkan. InsyaAllah, mesti tak tergamak suami isteri nak bergaduh besar sampai nak bercerai hanya kerana perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara baik.
Dulu aku pernah jugak cakap pasal rumahtangga ni. Pasal trend kahwin cerai dan tips menempuh kehidupan suami isteri. Dah macam kaunselor perkahwinan pulak. Ada bakat jadi kaunselor kot aku ni kan? Patut la kawan-kawan aku kalau ade masalah dalam rumahtangga je mesti cari dan rujuk pada aku. Padahal aku ni belum kahwin lagi. Nak tukar kerjaya la camni nampak gayanya. Haha.
Sebenarnya, benda ni kita kena fikir secara logik akal. Memang la aku belum kahwin lagi. Tapi tak semestinya aku tak perlu ambil tahu pasal hal-hal rumahtangga dan kehidupan suami isteri kan? Aku pun nak kahwin jugak nanti. Impian aku nak rumahtangga yang bakal aku bina berkekalan sehingga hujung nyawa. Bukanlah sekerat jalan je. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, alih2 kahwin baru 2-3 tahun dah bercerai. Taknak la aku macam tu. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.
Orang zaman moden ni ramai yang tak berfikir panjang. Mudah-mudah je ambil keputusan drastik sebab mengikut hawa nafsu. Sebab tu la banyaknye berlaku penceraian. Cuba tengok orang-orang tua macam datuk nenek kita. Paling dekat mak ayah la. Kenapa sampai umur senja, depa masih boleh kekal mesra dan pertahankan rumahtangga? Sebab depa tidak bertindak mengikut hawa nafsu bila ada masalah dalam rumahtangga. Bersabar dan berfikir secara rasional. Sebenarnya setiap masalah yang tercipta pasti ada penyelesaian nya. Sentiasalah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Itu jalan yang terbaik.
Bisik2:: Perkara cerai berai dan gaduh suami isteri macam ni la yang buat aku takut nak kahwin. Huhu.
semua points yg cik sha bagi ni ada benar belaka..dah boleh kawin dah ni..hee,
BalasPadamSalam.
BalasPadamHahhahaha..tahniah.. tips yang amat mantap skali.. malangnya bukan semua orang akan baca entry blog nie..
aku nak tambah 1-2 point lagi.. kawal keCEMBURUan.. jangan jadi pasangan yang terlalu cemburu sampai segala hal nak dipertikaikan..
cuba sedaya upaya hormati pasangan dan elakkan dari perbuatan memalukan pasangan sendiri didepan orang yang tak ada kena mengena..
dan paling penting, jangan terlalu ikut emosi.. jangan jadi seorang yang mudah lupa apa kebaikan orang pada kita hanya kerana satu dua perkara dia buat kita tak suka.. berdendam tu sangat tak baik utk kesihatan...
dan melampaui batas dalam semua perkara amat buruk dalam hubungan rumah tangga.. sekali terlajak perbuatan... nak undur balik susah..
dan buat yang belum kahwin kena ingat.. sekali korang kahwin.. korang bukan kawen dengan suami@isteri korang saja... perkawenan ialah Percantuman sebuah keluarga... hormatilah dan sayangilah keluarga suami@isteri sebagaimana korang cuba sayangi pasangan korang... tanpa keluarga, sapolah pasangan korang..
sekian..
(Tips dari dr love yang hebat 1996-2009) hahhaha
Waduh waduh macam dr.fadilah kamtumi dah.. layak kawin dah ni.
BalasPadamAku pun penah dengar perbualan laki ni marahkan isteri, siap cakap "KO NAK CERAI? AKU BOLEH BAGI!! KO NAK ANAK? AMBIKK LAA ANAK KO TUH!"
dasyat2 time marah ni..
wahhh..tips yg panjang cecah lantai ni boleh ezma wat simpanan utk masa depan..ekekeke :PP
BalasPadambiasanya kita org luar nampak ja mcm senang... tp kan... kalau kita alami kadang2 susah sebab dua2 belah pihak kena faham. mungkin ko paham, suami ko x paham
BalasPadamsusah kan
@Balqees Amanda::
BalasPadampoints yang diberikan semuanya berdasarkan pemikiran logik saya saje..tak semestinye betul kan? ehehe..lagipun saya belum kawen lagi..
err..dah boleh kawin ke?belum lagi kot..kui2..;p
@aceDultraman::
BalasPadamwassalam..ahaha..tahu takpe..bukan ramai pun yang nak baca belog tak semenggah aku ni ha..
aha! kawal cemburu..point tu la yg aku nak tulis jugak tapi tetibe blur..kui3..mekaseh share..betul sangat hujah hg tu..memang yg tu wajib dikawal..cemburu tak bertempat takde faedah pun..merosakkan diri lagi ade..lagipun sifat cemburu membuta tuli tu kan datangnye dari syaitan..
yang last sekali pasal keluarga tu pun aku setuju..aku dah pernah tulis dah pasal tu..ce hg try godek link yg aku sertakan sekali dlm entri ni..mesti hg jumpa pandangan aku tentang point tu..^_^
@ParkAir::
BalasPadamwakaka..byk la ko dr.fadilah kamtumi..aku layak kawen dah?belum lagi kot..kui3..
tu sebab la aku kata kena belajar kawal kemarahan..marah tu kan sifat syaitan..bile tak boleh kawal marah, tu yg keluar cakap yg bukan2 tu..end up nnt nyesal..hmm..
@ezmaliza::
BalasPadamahaha..simpan2..mana tahu nanti boleh jadi rujukan..;p
@Aimi dan Pakcik Hashim::
BalasPadamye..sebab tu la suami isteri kena saling memahami..masa bercinta belum berkahwin lagi selalu cakap yg pasangan kita seorang yg memahami..kita pun memahami pasangan kita..
tapi kenapa bila dah kawen semua benda tu hilang?kenapa tak berjaya kekalkan sifat saling memahami sebelum kawen tu selepas sudah hidup bersama sebagai suami isteri?sebab kita gagal berkomunikasi dengan baik dengan pasangan kita..bila gagal tu yg boleh jadi punca kepada pergaduhan..
tapi tu la..ape2 pun, balik kepada basic..kena mantapkan ilmu agama dalam diri..kan2?
harap2, bila saya dah nak kawen nnt saya dapat pasangan yang terbaik untuk saya..^_^
salam,
BalasPadamingat lagu p ramlee...
"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulaa suami dan isteri..."(sila nyanyi dengan membuat suara yang garau)
tak kawin lg.. hehe
BalasPadamsalam ziarah dan salam kenal,
BalasPadam...berpeganglah kepada agama,mengadulah kepada Ya Maha Kuasa, InsyaAllah...berat macammanapun masalahnya, ada jalan penyelesaiannya...dlm r/tangga yg penting kesabaran....btw, nice !
akak! wah. dah leh jadi pakar motivasi. pape pon semua points akak tu sgt lah tepat! yeayyy
BalasPadambetul ke ni cik sha takut nak kawen ni?????
BalasPadamkawen best ape, leh mandi sama2. makan suap2... eee rasa mcm esok nak kawen je lah... leh tengok tv sambil guling sama2...
gaduh2 tu bese la.. lepas gaduh ada acara 'kau merajuk - aku memujuk' :)